Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Februari 04, 2012

Apa terjadi selepas PRU13


Tarikh pilihanraya umum kini menjadi perhatian dan tumpuan semua orang. Mereka berdebar menantinya dengan pelbagai perasaan dan harapan.

Najib sebagai Perdana Menteri tentulah mengharapkan kemenangan supaya boleh terus berada di tampuk kekuasaan sementara Anwar yang kini Ketua Pembangkang dan mengetuai gabungan Pakatan Rakyat sedang berusaha keras untuk mengambil alih Putrajaya.

Melihat kepada perkembangan politik mutakhir ini, terutama selepas Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas pertuduhan liwat kedua (kes kini dalam proses rayuan) yang menyebabkan semangat dan moral penyokong pembangkang amat tinggi semantara moral penyokong UMNO dilihat merudum serta UMNO terus diselubungi pelbagai isu, kedudukan antara BN dan Pakatan Rakyat nampaknya seimbang dan mempunyai peluang 50-50.

Sementara Anwar dan Pakatan Rakyat dilihat cukup yakin untuk mengambil alih Putrajaya, hakikatnya mereka tetap berhati-hati dengan permainan dan "senjata sulit" yang mungkin digunakan oleh BN di saat-saat akhir.

Kebimbangan nampaknya tetap ada kerana sedikit kecuaian sahaja akan membuatkan semuanya musnah begitu saja.

Bagi Najib dan UMNO pula, meskipun mereka mendakap kuasa melalui warisan yang dtinggalkan oleh Pak Lah dan terus berusaha dengan pelbagai program, pendekatan dan pemberian "gula-gula" untuk meyakinkan rakyat, yang jelas juga tidak sesiapa pun dari kalangan pimpinan UMNO dan BN yang benar-benar yakin akan memperolehi kemenangan dalam pilihanraya nanti.

Baik Najib, Muhyiddin, Zahid Hamidi, Hishammuddin, Shafie Afdal dan lain-lain pemimpin, tidak ada yang berani meluahkan keyakinan bahawa BN akan menang dengan selesa. Muhyiddin sendiri, selepas beberapa kali turun padang dan meninjau sokongan serta bertemu rakyat di seluruh negara, tetap menyatakan kedudukan BN dalam PRU 13 ini adalah kritikal. Beliau juga menyeru supaya jentera parti di semua peringkat terus dipertingkat sementara perpaduan dikekalkan.

Tun Mahathir juga mempunyai pendirian yang sama. Bekas Perdana Menteri itu malahan meminta Najib menangguhkan tarikh pilihanraya lebih lama lagi dan menggunakan masa yang ada untuk terus menarik sokongan rakyat, terutamanya kaum Cina serta mengenalpasti calon-calon yang terbaik untuk mewakili BN.

Najib sendiri kelihatannya sedang bergelut untuk meraih sokongan rakyat sebanyak mungkin sambil menawarkan pelbagai "umpan" dan "gula-gula" kepada rakyat meskipun dalam masa yang sama diri dan keluarganya menjadi sasaran pelbagai bentuk kecaman pihak pembangkang.

Beliau dilihat cuba menampilkan wajah yakin di mata rakyat tetapi apa yang ditunjukkan oleh beliau melalui gerak kerja, siri bertemu rakyat dan pelbagai habuan yang diberikan kepada rakyat, jelas menggambarkan keadaan sebaliknya. Ada kebimbangan yang besar sedang bersarang di kepalanya.

Sementara banyak pihak melihat peluang antara BN dan Pakatan Rakyat adalah 50-50 dan faktor kemenangan banyak bergantung kepada strategi di saat-saat akhir, terdapat beberapa pihak yang meramalkan bahawa BN akan tewas dalam PRU 13 ini.

Selain kelemahan Najib sebagai antara faktornya, skandal berterusan dalam kerajaan, kedudukan UMNO yang tdak mahu berubah sedangkan rakyat amat mengharapkan perubahan, adalah antara faktor-faktor penolakan itu. Pengundi Cina pula didapati masih tetap bersama Anwar dan Pakatan Rakyat. Isu lembu yag membabitkan Shahrizat Jalil meletakkan UMNO semakin parah di mata rakyat.

Kalangan veteran UMNO, bekas-bekas menteri dan mereka yang berpengaruh dalam masyarakat juga merasakan BN akan tumbang kali ini. Mereka ini yang sering bertemu rakyat dan meninjau ke seluruh negara untuk mengetahui hakikat sebenar dan mendapati ianya makin kritikal hari demi hari.

Difahamkan badan-badan yang sering membuat tinjauan tentang arah aliran sokongan rakyat seperti perisikan polis, perisikan tentera, JASA, Kemas, Biro Tatanegara dan pelbagai lagi hampir senada bahawa keadaan amat kritikal dan dan harapan untuk BN kehilangan kuasa amat besar sekali.

Malahan dikatakan ada pegawai tinggi kerajaan yang berkaitan dengan soal tinjauan kepada rakyat telah memberi pandangan kepada Najib bahawa pilihanraya masih tidak boleh diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Diramalkan bahawa kali ini BN hanya mampu menang sejumlah 90 kerusi Parlimen saja daripada 222 kerusi keseluruhannya. Atau paling tinggi pun 105 kerusi sahaja. MCA dan MIC akan terus kehilangan sokongan daripada masyarakat Cina dan India dan tidak akan mampu menyumbang banyak kerusi untuk BN.

BN juga dijangka akan kehilangan banyak kerusi di Sabah dan Sarawak berikutan pergolakan semasa di kedua-dua negeri itu, selain undi Cina yang masih tidak memihak kepada BN. Sebelum ini Sabah dan Sarawak menyumbang kemenangan hampir 100 peratus untuk BN.

Di Sabah kini beberapa parti baru sudah muncul disebalik penolakan yang semakin kuat kepada UMNO dan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Di Sarawak pula, perpecahan parti dalam BN Negeri yang makin ketara dan isu Ketua Menteri Taib Mahmud, selain kehilangan sokongan undi Cina, akan menjadi punca utama Pakatan Rakyat akan menang lebih banyak kerusi.

Untuk sesebuah parti menubuhkan kerajaan, jumlah kerusi Parlimen yang paling minimum diperlukan ialah sebanyak 112 kerusi. Berdasarkan jangkaan bahawa BN hanya mampu menang antara 90 hingga 105 kerusi sahaja, logiknya kerajaan BN yang dipimpin oleh Najib akan tumbang dan terpaksa menyerah kalah kepada Anwar Ibrahim.

Namun demikian Najib, UMNO dan BN masih boleh berharap kerajaan yang dipimpinnya tidak tumbang serta-merta jika kerusi yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS, DAP dan PKR juga tidak melebihi 112 kerusi.

Andai kata BN dan Pakatan Rakyat masing-masing gagal memperolehi lebih daripada 112 kerusi, ini akan menjadikan Parlimen tergantung.

Keadaan ini pernah berlaku di Britain dua tahun lalu di mana Parti Buruh dan Konservatif masing-masing tidak cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan dan akhirnya Parti Liberal Demokratik menjadi "kuasa ketiga" memastikan gabungan Konservatif dan Liberal Demokratik menubuhkan kerajaan campuran.

Jika BN dan Pakatan Rakyat gagal mendapat sekurang-kurangnya 112 kerusi itu dan ada pula parti-parti lain, baik di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak serta calon Bebas turut memenangi pilihanraya, kedudukan Parlimen tergantung akan berlaku.

Ketika itu akan berlaku tawar-menawar untuk masing-masing menubuhkan kerajaan dan sesiapa yang mampu memberi tawaran yang lebih baik akan berjaya menubuhkan kerajaan.

Walaupun begitu, jika ini berlaku, BN sebagai pihak yang berkuasa akan terpaksa menjadi pengemis kepada parti-parti kecil itu. Sama ada mereka menerima atau menolaknya sukar diramalkan tetapi mengikut logiknya parti-parti kecil itu sendiri bertanding adalah untuk menentang BN dan sokongan rakyat yang diperolehi mereka juga adalah berupa undi protes kepada BN.

Dalam hal ini amatlah sukar bagi parti-parti kecil atau kuasa ketiga ini mengkhianati undi rakyat yang diberikan kepada mereka.

Sesuai dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan, kedudukan Pakatan Rakyat dilihat lebih selesa untuk menubuhkan kerajaan baru jika berlaku kedudukan tergantung itu. Kebarangkalian parti-parti kecil dan kuasa ketiga ini bergabung dengan mereka juga adalah lebih besar atas nama membawa perubahan.

Namun mereka juga menyedari dari segi memberi tawaran, kedudukan BN adalah lebih baik kerana BN sebagai pihak yang sedang berkuasa, mempunyai segala-galanya untuk ditawar, malah digadai sekalipun.

Dalam hal ini Pakatan Rakyat tidak ada pilihan, mereka seboleh-bolehnya mesti memenangi lebih daripada 112 kerusi Parlimen supaya peluang menawan Putrajaya tidak kecundang di saat-saat akhir.

Sebagaimana moral dan semangat ahli serta penyokong UMNO agak merudum apabila Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, kedudukan UMNO dan BN yang agak genting dengan jumlah kerusi selesa dimenangi hanya antara 90 hingga 105 kerusi sahaja, ia tidak pula mencetuskan semangat untuk berusaha lebih kuat dan mengelakkan kekalahan itu daripada berlaku.

Sementara rakyat terbanyak mahukan perubahan dan yakin perubahan itu akan membawa kebaikan, sebahagian ahli dan penyokong UMNO juga berpendirian sama dan atas keyakinan bahawa "hanya rebah UMNO akan berubah".

Bukti amno telah lama bersahabat dgn Israel

Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa berkata sikap membisu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed apabila diajukan soalan mengenai hubungan diplomatik dengan Israel disifatkan mempunyai ‘udang disebalik batu’.

Er mendapati kenyataan dalam sebuah laman web www.anakmudamalaysia.com bahawa wujud beberapa dokumen kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang dengan Malaysia.


Maka penjelasan lanjut dikemukakan beliau ketika persidangan Dewan Rakyat semalam sehingga menyebabkan beliau diarahkan meninggalkan dewan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Katanya disebabkan keengganan menteri menjawab disebalik kebenaran laman web itu menunjukkan seolah-olah kerajaan menyorokkan sesuatu berhubung hal tersebut.

“Saya hanya meminta Menteri untuk menjawabp benar atau tidak wujudnya hubungan dagang ini. Sekiranya tidak, Perdana Menteri harus menafikan kenyataan Menteri Perdagangan dan Industri Israel, Mischa Harish yang menyebut secara jelas dalam kata-kata aluan beliau dalam majalah promosi perdagangan Isreal.

Menteri Israel itu dipetik sebagai berkata, “The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industry that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade in this continent.”

“Kenyataan Mischa Harish ini boleh mengguris hati bukan sahaja umat Islam di Malaysia tetapi juga seluruh rakyat yang mengutuk kekejaman tentera Zionis Israel terhadap rakyat awam Palestin beberapa tahun ini,” dakwa beliau.

Menurut Er selama ini kerajaan Barisan Nasional (BN) kerap menuduh Pakatan Rakyat sebagai agen zionis, namun hakikatnya mereka yang sebenarnya bersekongkol dengan Israel.

Er berkata isu ini bukan kecil kerana ia melibatkan pandangan dunia terhadap Malaysia, memandangkan seantero dunia menyelar kekejaman Israel terhadap Palestin.

Jelas beliau, Malaysia dilihat vocal dalam menyuarakan pandangan mengutuk kekejaman Israel, malah negara kita aktif menyalurkan bantuan kemanusiaan terhadap penduduk Palestin.

“Kenyataan Mischa Harish dan pendedahan dokumen Kastam transaksi perdagangan dengan syarikat berpengkalan di Israel, apatah lagi keengganan Menteri menjawap boleh mencacatkan pandangan dunia terhadap inisiatif Malaysia terhadap isu kemanusiaan di Semenanjung Gaza,” katanya yang juga wakil rakyat dari DAP.


Siapa yang ada hubungan Israel sebenarnya????


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.


Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi. Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians."

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY). Beliau menyebut:

"..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi. Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.




Israel: Mahathir kecewa kenyataan Anwar? Alahai Tun.. cuba tengok surat apa nih?


Mungkin Mahathir telah lupa pada 16 Ogos 1999, bagi pihak UMNO beliau telah mengutuskan satu surat kepada Ehud Barak mengucapkan tahniah kerana Ehud Barak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Israel… tengoklah kat akhir entry ni..


Dalam surat ini Mahathir juga melahirkan hasratnya untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv..

Sebelum itu baca laporan ni dulu…
Israel: Mahathir kecewa kenyataan Anwar
30 Januari 2012

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya, hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa.

Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. - Bernama

Alahai Tun.. kalau duduk diam-diam jaga cucu dirumah atau pergi ke masjid kan lebih baik..

Cuba korang tengok siapa yang menandatangani surat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel dan melahirkan hasrat mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv ni..

Dalam Surat ini Tun Mahathir Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya. Kalau dilihat di dalam surat ini, Jelas sekali Tun Mahathir memohon pertolongan dari PM Yahudi itu untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" berhubung dengan Pilihanraya Umum Malaysia yang akan diadakan tidak lama selepas itu.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Malah Tun Mahathir yang lantang menentang Yahudi ini menawarkan kepada Ehud Barak pendekatan hubungan Diplomatik yang baru kepada Tel Aviv. Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, Namun di sini jelas sekali Mahathir menawarkan hubungan diplomatik kepada Israel. Apa semua ini? Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image

Tak jelaskan?? ha.. korang klik kat image di bawah..

oto Nur Amalina -Pelajar 17A1, Penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H Tersebar



Pelajar cemerlang 17 A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, Nur Amalina Che Bakri melonjak namanya di negara ini kerana kecemerlangannya. Atas sebab kecemerlangannya dia menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426H/2005 dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail. Pernah menjadi Duta Akademik Berita Harian.


Sekitar 2009, riuh diperkatakan dia gagal di Universiti Edinburgh dalam bidang perubatan sehingga terpaksa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menerangkan di Dewan Rakyat bahawa dia tidak gagal.
Kini namanya diperkatakan semula kerana gambar seksinya mula tersebar di internet. Banyak blog memperkatakan hal ini. Mungkin kerana terkena kejutan budaya. Dahulu kita mengenali melalui imej sopan bertudung dan kini perbezaan amat ketara. Imej berpelukan dengan lelaki bukan muhrim mengejutkan kita.
Ini memberi gambaran kepada umum bahawa cemerlang 17A A1 tidak menjamin sahsiahnya sebagai muslimah turut cemerlang. A1 dalam Pendidikan Islam tidak mampu menjadi pedoman.
Secara umumnya, doa harapan kita setelah kita usahakan apa yang sepatutnya. Ini kerana kita juga mempunyai dan akan mempunyai anak-anak.Sungguh kita perlu berdoa sungguh-sungguh supaya anak-anak kita terhindar dari bisikan duniawi dan selamat dunia dan akhirat. Mudah-mudahan… EkELEH.com

Gempar!! Bukti Umno Telah Di Terima Rakyat 1Malaysia!!

KAH KAH KAH..
INI ADALAH BUKTI BAHAWA KERAJAAN UMNO BARISAN NASIONAL..
TELAH DI TERIMA OLEH SEGENAP PELUSUK RAKYAT..
UMNO ADALAH PEJUANG KETUANAN MELAYU..
KAH KAH KAH..


IANYA DI TERIMA BAIK OLEH KANAK2 SEKOLAH SAJA..
  KAH KAH KAH
  

KAH KAH KAH
  KAH KAH KAH
  
  
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



LU ORG BEZAKAN LAH SENDIRI..
HANYA 500 ORG SAJA YG HADIR..
KAH KAH KAH

Sabtu, Januari 28, 2012

Pas sasar 12 kerusi Sarawak 9 Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

"Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah.

Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding.

Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit.

Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, sehingga kini PAS sudah sah bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di Sarawak berdasarkan kerusi tradisi.

Namun sehingga kini, 10 kerusi yang ditandingi calon bebas dan dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN belum ditentukan lagi parti mana yang akan bertanding.

Sejak beberapa bulan lepas, pelbagai badan dalam PAS turun ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung. Antaranya yang berkaitan dengan pilihan raya dan penerangan.

Yang terakhir adalah rombongan Lajnah Penerangan PAS Pusat yang dipimpin Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
(Gambar: Rombongan Lajnah Penerangan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim memacakkan kayu asas surau di pulau Shanghai, Sandakan)

Melalui ekspedisi itu, PAS membuka denai dan jalan untuk membolehkan benih-benih PAS di tanam di bumi Kenyalang dan Negeri Bawah Bayu itu.

"Sambutan amat baik dan ramai penduduk tempatan yang berharap PAS bertanding di kawasan mereka," kata salah seorang anggota rombongan itu kepada Harakahdaily.

Di Sandakan, PAS telah membuat satu projek angkat iaitu membina sebuah surau di Pulau Shanghai, yang terletak setengah jam menaiki bot laju dari Sandakan.

Semua penduduk pulau itu beragama Islam namun tidak ada sebuah pun surau di pulau itu.

Calon PRU13 ditentukan pimpinan - Tengku Hasan

(Tengku Hassan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Cina di Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Jan: Desas-desus yang tersebar kononnya pendakwah bebas yang tersohor masa kini, Ustaz Azhar Idrus bakal dicalon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sekadar spekulasi.

Bahkan, ianya tidak menggugat penyandangnya Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada pilihan raya 2008, lalu.

Katanya, siapa yang berhak sebagai calon PAS bertanding dalam PRU13 akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti.

Menurutnya, bukan hak sesiapa yang boleh mendahului keputusan kepimpinan parti termasuklah menamakan mana-mana calon.

“Soal calon itu terserah kepada pucuk kepimpinan parti dan biar mereka (pimpinan) yang tentukan siapa calon-calon yang layak bertanding pada PRU13.

“Saya tidak rasa tergugat atau tercabar kerana hal calon bukan kita yang tentukan tetapi pucuk kepimpinan parti (PAS),” ujarnya ketika menghadiri rumah terbuka Dewan Himpunan Cina di Kampung Cina, dekat sini, 27 Januari lalu.
(Tengku Hassan menyambut salam Pengerusi Parti Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping pada majlis rumah terbuka Dewan Himpunan Cina Terengganu.)

Hadir sama mengiringi Tengku Hassan ke majlis rumah terbuka tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Beliau yang Timbalan yang Dipertua PAS Kuala Terengganu menyifatkan desas-desus mengenai calon PAS di Dun Ladang itu sekadar spekulasi di kedai kopi sahaja.

Katanya, sebagai Adun Ladang yang dipilih oleh rakyat masih menjalankan tugas berkhidmat kepada masyarakat sehingga kini.

“Itu (desas-desus) sebagai calon mungkin spekulasi di kedai kopi yang melihat aura populariti dia (Ustaz Azhar) masa kini yang diminati ramai.

“Saya masih seperti biasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkhidmat kepada masyarakat di Dun Ladang dan sekitarnya,” jelas Tengku Hassan.

Pada pilihan raya tahun 2008, PAS berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Dun Ladang apabila calon PAS, Tengku Hassan Tengku Omar menang dengan majoriti 31 undi.

Beliau memperolehi sebanyak 6,723 undi dengan menewaskan penyandangnya calon BN, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh yang mendapat 6,692 undi pada PRU12 lalu.

Jumaat, Januari 27, 2012

KFC Malaysia dah jadi yahudi punya

PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA


Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi “syarikat persendirian”.

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.



2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato’ Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta. JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini. Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion. Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu. Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Ali Hashim yang menyebabkan Dato’ Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Dato’ Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan “20 percent”. Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato’ Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor