Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Januari 27, 2012

Kelantan 1977- Darurat Pergolakan Politik


               BABAK ‘Kerjasama Kongsi Kuasa’ menurut istilah Datuk Mohd Asri ini, adalah suatu perubahan dalam taktik perjuangan PAS di bawah kepimpinan beliau. Pergolakan-pergolakan dengan wujudnya ‘team’ atau puak mulai membesar sekitar pertengahan tahun 70an.
Golongan pertama ialah penyokong Datuk Mohd Asri sendiri dan golongan kedua ialah pengikut setia atau pro Datuk Muhammad Nasir yang menjadi Menteri Besar (MB) Kelantan waktu itu. Kumpulan Datuk Muhammad Nasir telah mengadakan demonrasi protes pada 24 September
1977 di Padang Merdeka, Kota Bharu, Kelantan. Mereka membantah kumpulan pro Asri yang dikenal dengan ‘Kumpulan 16’ dan akhirnya ‘Kumpulan 20’. Dikatakan lebih 80,000 rakyat Kelantan di seluruh pelusuk tanah air menyertainya.

Lambang Parti Berjasa (Barisan Jamaah Islamiah Se Malaysia) pecahan dari PAS pinpinan MB Kelantan waktu itu, Datuk Muhammad Nasir.

              Datuk Muhammad Nasir pula digulingkan dari jawatan MB melalui usul undi tidak percaya. Usul tersebut dibuat oleh 20 orang ADUN Kelantan dari PAS yang diketuai oleh Datuk Haji Ishak Lutfi Omar. Ekoran dari peristiwa tersebut, pada 19 Oktober 1977 satu lagi demontrasi telah diceturkan. Kira-kira 20,000 rakyat Kelantan berarak dari Padang Merdeka ke Pejabat Setiausaha Negeri. Perintah berkurung pun diisytiharkan oleh pihak keselamatan pada jam 3.15 petang dan berterusan selam 24 jam berikutnya.

              Pihak Kerajaan Pusat tidak mahu berkerja sama dan membelakangkan pendapat majoriti ADUN Kelantan kerana segala rundingan yang dibuat dengan MB tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Bermulalah ‘Politik Darurat’ untuk merampas Kelantan. Formula mewujudkan Akta Darurat dan kerajaan MAGERAN di Kelantan tanpa rundingan dan rujukan apa-apa dengan PAS
sebagai rakan ‘kongsi kuasa’nya. PAS hanya diberitahu untuk dipersetujui sahaja. Pemimpin PAS dalam kabinet Kerajaan Pusat pula terpaksa letak jawatan masing-masing kecuali Haji Hasan Adli yang membantahnya.

            Mereka terpaksa berbuat demikian kerana dikatakan telah melanggar disiplin BN ekoran dari bantahan Datuk Asri terhadap Akta Darurat. Akta tersebut dibentangkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Hussein Onn di Dewan Rakyat Kuala Lumpur pada 19 Oktober 1977, yang pada masa itu masih lagi dalam bentuk rang undang-undang Kuasa Darurat Kelantan. Sistem pemerintahan demokrasi digantung dan ditadbir secara’de facto’ oleh Kerajaan Pusat apabila MAGERAN diisytiharkan pada 8 November 1977.

            Pada 13 Disember 1977 PAS disingkir dari BN kerana enggan mematuhi whip BN mengenai undang-undang Darurat. Pada 12 Januari 1978, pemerintahan MAGERAN ditarik balik oleh Kerajaan Pusat dan pada 11 Mac 1978 Kerjaan Pusat terus mengisytiharakan PRU peringkat negari sahaja. Ternyata BN menangguk di air keruh dan PAS dikalahkan dengan teruknya oleh BN. Dari 43 kerusi DUN seluruh negara tahun 1974 jatuh tinggal 11 sahaja pada tahun tersebut. Kerusi PRU parlimen perolehan PAS lepas itu juga berkurang dari 14 tahun 1974 kepada 5 sahaja pada tahun 1978.
Oleh itu dikatakan kemasukan PAS dalam BN merupakan faktor kekalahan PAS dalam PRU 1978, menggambarkan kejatuhan kekuasaan dan pengaruh PAS di Malaysia. Ada yang berpendapat kejatuhan PAS adalah kerana pimpinan dan tenaga kerja PAS lebih banyak tertumpu kapada sumbangan dalam jentera kerajaan dari tumpuan untuk menggerakkan parti sendiri. Hal ini menyebabkan ahli-ahli PAS terabai dan kurang mendapat pengisian sewajarnya dari segi kerohanian dan kesedaran politik. Sehingga tiada beza antara ahli dan bukan ahli hingga boleh mengelirukan dalam menjadikan mereka sebagai regu perjuangan parti tersebut.

             Bekas Setiausaha Agung PAS 1978 yang telah melompat kepada UMNO, Ustaz Nakhaie Ahmad mengatakan, kekalahan PAS adalah kerana kurang perhatian pemimpin PAS dalam menggunakan ruang dan peluang semasa berada dalam BN. Beliau mensifatkan penyertaan PAS tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu parti, bahkan masing-masing berebut jawatan dan kepentingan. Penyingkiran PAS dari BN juga mempunyai saham dalam menjatuhkan PAS.

             Peristiwa yang memaksa beberapa tokoh PAS tidak aktif lagi kerana larangan ahli-ahli akademik terlibat dalam politik. Mereka adalah seperti Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok, Dr Harun Din, Uthman Khalid dan lain-lain. Oleh itu kekosongan yang wujud dalam post-post tertentu sedikit sebanyak mengganggu pentadbiran dan perjalanan parti. Lebih-lebih lagi apabila imej Yang Di Pertua Agung PAS Datuk Mohd Asri telah dianggap kurang baik dan gerhana hasil dari penentangan beliau terhadap perlantikan Datuk Haji Muhammad Nasir.

           Walaupun sebenarnya perlantikan Datuk Haji Muhammad Nasir sebagai MB Kelantan tersebut didalangi oleh BN, namun MB itu tetap dianggap jujur dan ikhlas terhadap rakyat. Apabila Datuk Asri menentang Akta Darurat dan terpaksa meletak jawatan, tiba-tiba Hasan Adli enggan letak jawatan, sedangkan beliau juga adalah tokoh berpengaruh yang menjadi Menteri Kerajaan Pusat sesudah Datuk Asri. Keadaan ini juga mendorongkan perbedaan pendapat yang membawa kepada sikap berpuak-puak di kalangan ahli.

         Ada juga yang berpendapat bahawa ‘perebutan jawatan & rezeki’ adalah punca perpecahan dan yang menyebabkan kejatuhan PAS. Datuk Asri merasa berautoriti mencadangkan Wan Ismail Wan Ibrahim sebagai MB Kelantan. Beliau enggan menerima Datuk Muhammad Nasir tajaan BN yang menyebabkan mereka tidak sehaluan dan berlaku perpecahan dalam PAS. Datuk Muhammad Nasir keluar menubuhkan Parti Berjasa. ‘Kelicikan politik BN’ ini menyebabkan Berjasa bertanding atas tiket BN menentang PAS dalam pilihan raya.

         Seorang ahli akademik mengatakan, maslah percubaan ini bukan sahaja bermula kerana kemasukan PAS dalam komponen BN, bahkan kerana perpecahan dalaman PAS itu sendiri yang lebih tertumpu kepada perbedaan fikrah. Kemasukan ahli-ahli ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia), atau ahli-ahli IRC (Islamic Representative Council) yang berpusat di luar negara telah cuba menerapkan pemikiran mereka terus menambah lagi perbedaan fikrah tersebut. Suasana demikian berlaku sekitar tahun 1977 dan 1978, yang mendorongkan lagi perbedaan tindakan dan taktik dalam perjuangan.

           Kesannya menyebabkan ketidaksatuan hati dan tindakan yang mewujudkan puak-puak tertentu dalam PAS. Ini menambahkan lagi suatu punca perpecahan. Selain dari faktor Kerajaan Campuran, Tengku Razaleith Hamzah juga dikatakan berperanan menjatuhkan PAS. Pengaruhnya yang kuat dan bersungguh-sungguh dalam menjadikan UMNO Kelantan sebagai base atau tapak untuk karier politiknya di samping mempunyai beberapa kelebihan dan kemudahan di negeri tersebut.

           Menurut Tengku Razaleith waktu itu, sepanjang tempuh menerajui Kelantan sejak 1959, PAS kurang memberi perhatian kepada rakyat, bahkan berselindung dengan Islam dan propaganda politiknya hingga mengkhayalkan ramai orang. Justeru, atas kesedaran bahawa rakyat Kelantan mempunyai mentaliti yang tinggi dan berpotensi untuk maju terutama sebagai anak Kelantan, beliau ingin melihat orang-orang Kelantan menguasai bidang-bidang pekerjaan mengikut merit dan bukan kerana lain-lain sebab. Beliau tidak mahi rakyat Kelantan diperalatkan oleh sesetengah golongan.

           Beliau mengatakan PAS memperalatkan Islam kerana sepanjang 19 tahun, tidak ada satupun akta dari undang-undang yang dipinda untuk menghala kepada penghayatan Islam. Timbalan Setiausaha DAP, Encik P.Patto pula menegaskan, punca kejatuhan kerajaan PAS Kelantan ialah kerana permainan politik yang berat sebelah dari pemerintah. Semasa darurat dan MAGERAN rapat umum tidak dibenarkan, tetapi melalui usaha beberapa tokoh politik UMNO telah menghangatkan suasana keruh di Kelantan.

           Rapat umum sudah tidak kira permit lagi. Jentera Kerajaan Pusat telah digunakan sebagai jentera parti, membantu demontrasi anti Asri dalam bulan September hingga Oktober 1977, di Kota Bharu. Dikatakan juga ada antara anggota polis memainkan peranan yang sama tanpa memikirkan tugas sebenar mereka sebagai pegawai keamanan rakyat. Pada P.Patto, rakyat tidak menolak kerajaan PAS tetapi kejatuhan PAS disebabkan penyalahunaan kuasa oleh pihak kerajaan.

            Beberapa kalangan pimpinan PAS sependapat mengatakan sebab utama kejatuhan PAS Kelantan adalah kerana tindakan tidak demokratik dan sistem politik kuno pemerintah dalam pilihan raya tersebut, yang secara mengejut tanpa memberi ruang waktu serta kebebasan berkempen, iaitu lebih kurang 3 bulan sebelum MAGERAN diisytiharkan. Sedangkan semua media masa dijadikan alat sebaran BN yang mempengarui kepercayaan dan sokongan pengundi.

             PAS tidak mempunyai alat sebaran yang cukup untuk menerangkan kepada rakyat Kelantan tentang peristiwa MAGERAN, politik darurat, isu balak, rasuah, tanah dan krisis Asri-Nasir, sedangkan rakyat disumbat dengan kekeliruan tersebut melalui tv, radio, akhbar dan sebagainya. Ini bermakna PAS bukan sahaja berlawan dengan parti-parti yang menentang seperti UMNO, Berjasa, Bebas dan lain-lain, tetapi juga berhadapan dengan seluruh jentera parti kerajaan BN atau Kerajaan Malaysia.

             MeMAGERANkan Kelantan sebenarnya merupakan satu senjata politik untuk membolehkan UMNO menang di Kelantan. Dalam suasan darurat PAS sudah pasti tidak dapat menangkis tuduhan-tuduhab liar. Dengan itu fitnah-fitnah yang dilempatkan kepada kerajaan PAS menambahkan kekeliruan rakyat, sedangkan PAS tersekat dari membela diri. Datuk Muhammad Nasir sendiri jelas menampakkan kecenderungan dan sikap ke arah BN sejak tahun 1975 lagi. Katanya, beliau ‘bukan MB PAS tetapi MB BN’ se waktu diinterbiau oleh wartawan Bernama pada masa itu.

            Dalam ucapan di Pasir Mas pada 13 Mei 1977, Muhammad Nasir mendakwa beliaulah satu-satunya MB Kelantan yang menyelamatkan Kelantan dari kerosakan yang telah ditimbulkan oleh kerajaan lalu, maksudnya kerajaan yang diperintahkan oleh PAS sejak tahun 1959 lagi. Melalui akhbar-akhbar tempatan pula pada 14 September 1977, beliau menuduh usaha untuk menggulingkan beliau didalangi oleh tokoh-tokoh tertentu di Kuala Lumpur untuk menutup apa yang dikatakan sebagai kecurangan berkaitan 3 masalah, iaitu:

1..Masalah Syarikat Timber Mine.

2..Masalah membalak di kawasan sempadan Kelantan-Perak seluas 250,000 ekar tahun 1972, antara Kerajaan Negeri melalui SEDC dengan Syarikat Ong Kian Seng.

Datuk Mohd Asri pula dalam ucapan di Mesyuarat Agung PAS ke 24, beliau menjelaskan, “Perbelanjaan bulanan Pejabat Agung adalah $3,000, sementara perolehan pendapatan melalui pendermaan daripada legislator adalah hanya $1,950 sebulan.”
Ustaz Nakhaie menjelaskan, sepanjang penglibatannya dalam PAS sekitar tahun70an hingga 80an, beliau menyenaraikan empat bentuk kelemahan dalam PAS:

1..Kelemahan pengurusan dan pentadbiran parti, terutamanya dalam pengurusan kewangan dan keahlian yang licin.

2..Budaya ilmu dalam PAS yang belum mantab, di mana perjuagan Islam yang ditegakkan tidak begitu dinilai dari sudut keupayaan memahami Islam, tetapi lebih kepada semangat dan sentiment sahaja.

3..Kemantapan ideologi dan Islam belum mantap pada tahun 1978. Walaupun matlamatnya Islam, tetapi cara untuk mencapainya tidak jelas bagaimana ia boleh dilaksanakan dalam masyarakat.

4..Kurang pentarbiahan ahli-ahli di mana pengurusan pentarbiahan dan sumber kewangan menghadapi masalah.

Khamis, Januari 26, 2012

161 pekerja kilang tempatan diberhenti, warga asing tidak



Januari 26, 2012. NILAI
 - Jawatankuasa Tenaga Kerja (JTK) diminta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan nasib dihadapi 161 pekerja tempatan sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Nilai, di sini yang diberhentikan.

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Negeri Sembilan, Mohamed Dauzkaply Nor Ghazali berkata, sehingga kini, JTK seolah-olah mengambil sikap tunggu dan lihat. Sedangkan, katanya, mengikut undang-undang, mereka mempunyai kuasa untuk membuat keputusan atau tindakan dalam menyelesaikan masalah itu.

“Sebelum ini, MTUC bersama pihak JTK dan wakil daripada kilang sudah pun mengadakan perbincangan tetapi saya kecewa kerana apa yang kita tuntut bagi membela nasib pekerja tempatan tidak dipersetujui.

“JTK seolah-olah tidak menggunakan kuasa yang ada untuk menyelesaikan masalah ini yang dianggap mereka remeh. Masalah ini melibatkan nasib pekerja tempatan bukannya pekerja asing dan kemana lagi pekerja mahu mengadu kalau bukan dengan JTK,” katanya kepada Sinar Harian selepas pekerja terbabit sekali lagi membuat piket, semalam selepas tindakan sama dilakukan pada 20 Januari lalu.

Semalam, mereka berjalan kaki sambil mengusung keranda sejauh 500 meter sehingga depan pintu utama kilang sambil melaungkan ‘di mana keadilan kami’ sebagai tanda protes .

Mereka berbuat demikian selepas beberapa tuntutan dibuat kepada pihak pengurusan syarikat, terutama menggesa supaya menghentikan pekerja asing dan mengambil pekerja tempatan.

Menurut mereka, isu mereka mahu mengecilkan operasi tidak timbul kerana syarikat masih mampu membayar pekerja asing berbanding tempatan.

Sementara itu, seorang bekas pekerja, Ahmad Kamal Affendi Shaari, 47, berkata, pekerja yang diberhentikan itu akan mengadakan piket secara berterusan, sehinggalah pihak pengurusan mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita akan adakan piket lagi bagi menunjukkan betapa seriusnya kami dalam menentang syarikat yang hanya mengutamakan pekerja asing berbanding tempatan.

“Sepatutnya syarikat perlu mengutamakan kami kerana kami ini adalah rakyat negara ini. Malah, sebahagian besar sudah bekerja lebih 10 tahun, tetapi malangnya syarikat membuat aniaya pula,” katanya.

Sumber: www.sinarharian.com.my"
 

Rabu, Januari 25, 2012

ujian bacaan alquran perlu dijalani oleh calon pilihanraya gabenor aceh

Jika ini dilakukan untuk menjadi calon pilihan raya untuk orang-orang Islam agaknya berapa orang UMNO yang boleh jadi calon? Kak Rosmah saya pasti boleh jadi calon dalam bab Ngaji.. Tapi bab tutup aurat fail, 0 per 100.
JAKARTA 25 Jan. – Pasangan calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor dan Timbalan Gabenor Aceh harus membuktikan kemampuan membaca Al-Quran dengan lancar yang merupakan sebahagian daripada ujian untuk menentukan pemahaman mereka mengenai Islam

Kemahiran membaca kitab suci agama Islam itu bukan hanya diwajibkan kepada calon yang ingin bertanding kerusi Gabenor Aceh semata-mata.


Sebaliknya, ujian sama perlu dilalui oleh bakal calon datuk bandar atau timbalan kerusi berkenaan sejak pengenalan undang-undang syariah di wilayah berkenaan pada tahun 2003.

“Ini merupakan kali ketiga kami melaksanakan ujian membaca Al-Quran kepada bakal calon sejak kami membuka pendaftaran pilihan raya di Aceh,” kata jurucakap suruhanjaya pilihan raya Aceh, Akmal Abzal.

Kesemua pasangan calon Gabenor dan Timbalan Gabenor yang melalui ujian berkenaan di Banda Aceh pada Selasa lalu ialah Zaini Abdulah dan Muzakir Manaf, pasangan Fakhrulsyah Mega dan Zulfinal serta Hendra Fadli dan Yuli Zuardi Rais.

Ujian membaca Al-Quran itu dikendalikan oleh suruhanjaya pilihan raya wilayah berkenaan dengan kerjasama daripada Perhimpunan Ulama, Agensi Perhubungan Agama serta Yayasan Pembangunan Al-Quran.

Menurut Akmal, semua calon yang melalui ujian itu harus mencapai markah sebanyak 50 sebelum layak bertanding pada pilihan raya.

Pada ujian kelayakan itu yang turut dibuka kepada orang ramai untuk melihatnya, setiap calon diwajibkan membaca tiga daripada 114 surah yang terdapat dalam kita suci itu.

“Seandainya seorang calon itu seorang muslim sejati, membaca Al-Quran bukan masalah besar buat mereka,” kata Naimah, seorang penduduk dari Keutapang, Aceh Besar.

Menurut Naimah, kemahiran membaca Al-Quran merupakan satu kemestian bagi mana-mana individu yang mahu memimpin Aceh. – UTUSAN 

Siape sebenarnye lwn raja

Isu lawan raja timbul lagi. Baru-baru ni Guan Eng dengan  Sultan Johor, tak habis-habis sampai la ni. Lepas tu timbul pula Aziz Bari dengan Sultan Selangor. Jadi saya pun teringat tulisan pemuda bukit katil yang tulis tahun 2007 dulu.
Ini adalah ulang tayang  sebahagian apa yang Pemudabukitkatil tulis pada 19 Nov 2007 mengenai isu lawan raja. Kalau selengkapnya baca di :
Di satu pihak lain, rakyat masih belum lupa bagaimana para pemimpin Umno telah berusaha menghakis fungsi dan kuasa yang ada pada raja-raja Melayu. Beberapa episod hitam terhadap institusi raja di negara ini dalam dua dekad kebelakangan ini boleh dijadikan contoh. Antaranya ialah isu pindaan Perlembagaan 1983 (kuasa meluluskan undang-undang), pindaan Perlembagaan 1993 (imuniti raja-raja) dan insiden pertabalan ‘sultan baru’ di Kelantan.
Dalam isu pindaan Perlembagaan 1983, para pemimpin Umno telah melakukan beberapa tindakan di luar peruntukan Perlembagaan, sekaligus membelakangi raja-raja. Antaranya, BN telah secara rahsia membawa pindaan itu ke kabinet dan kemudiannya ke Parlimen, tanpa terlebih dahulu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.
Sedangkan menurut Perkara 38 (4) Perlembagaan Persekutuan: “Tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.”
Pindaan Perlembagaan itu telah dibawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara, kemudian diluluskan pada Ogos 1983. Di antara pindaan dibuat ialah berkaitan Fasal 66 (5). Peruntukan asal berbunyi, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan apabila Yang di-Pertuan Agong menandatanganinya.”
Peruntukan tersebut dipinda kepada, “Rang Undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani di dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu berkuatkuasa sebagai Undang-undang.”
Turut dipinda ialah peruntukan pada Fasal 150 (1), di mana kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga dalam negara ini, maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut.
Kedua-dua pindaan itu jelas menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong, sekaligus menjadikan PM orang yang paling berkuasa. Cerita mengenai pindaan itu kekal rahsia sehinggalah bekas Setiausaha Agung Umno, Dato’ Senu Abdul Rahman memecahkannya di satu sidang akhbar pada 5 Oktober 1983. Ia kemudiannya merebak menjadi krisis Perlembagaan apabila raja-raja Melayu membantah pindaan itu dan tidak bersedia menandatanganinya. Pindaan itu akhirnya dipinda semula.
Pada 1993, Umno sekali lagi mengusik institusi Raja-raja Melayu apabila mencadangkan pindaan Fasal 38 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh soal kekebalan atau imuniti raja-raja. Benar, di dalam Islam pun tidak ada pihak yang sepatutnya dianggap kebal di sisi undang-undang. Bagaimana pun, dalam usaha mencapai hasrat pindaan itu, Umno telah melakukan kesilapan lagi – ia bertindak terlalu biadab dalam menelanjangi dan mengaibkan Raja-raja Melayu.
Media massa milik kerajaan dimanipulasi secukupnya bagi meruntuhkan wibawa raja-raja Melayu secara terbuka dan meluas. Cerita memburuk-burukkan peribadi raja diulangsiar dan dibesar-besarkan. Rakyat diapi-apikan sentimen dan emosi bencikan raja dengan pembongkaran kehidupan istana yang mewah dan membazir.
Beberapa menteri kabinet mendedahkan tentang pemilikan harta oleh raja-raja. Antaranya membabitkan pemberian konsesi balak ribuan hektar kepada raja tertentu. Didedahkan juga bahawa tiap-tiap sultan telah ditawarkan 100,000 unit saham Telekom dan berbagai lagi. Filem-filem Melayu lama yang mengisahkan tentang kezaliman dan kebodohan raja-raja Melayu diulang tayang di kaca tv.
Tidak cukup dengan itu, ada pemimpin Umno yang terlalu dirasuk perasaan bencikan raja sampaikan tergamak mengadakan majlis pertabalan “Sultan Baru” di negerinya. Kejadian itu berlaku di Kelantan, apabila Datuk Seri Annuar Musa “menabalkan” Tengku Ibrahim Petra sebagai “Sultan Kelantan”.
Ketiga-tiga episod yang melibatkan penghinaan terhadap martabat raja-raja Melayu itu dicetus dan dimainkan para pemimpin Umno. Dalam ketiga-tiga episod itu, pihak pembangkang memainkan peranan sangat bermakna dalam mempertahankan kemuliaan institusi raja. Rakyat negara ini tidak akan lupa dengan episod-episod itu.
Kini, Umno cuba tampil ke tengah masyarakat sebagai pihak yang kononnya menjaga kedaulatan dan kemuliaan raja-raja. Di masa sama pembangkang pula dituduh sebagai pihak yang cuba mencemar institusi raja.
Para pemimpin Umno jangan ingat imej dan reputasi buruknya terhadap raja-raja Melayu dapat dibaiki semudah itu. Dia perlu ingat, bukan semua Melayu yang mudah lupa!

Selasa, Januari 24, 2012

Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS Sarawak di Miri


Alhamdulillah program Ijtima Pilihanraya dan Penerangan PAS Sarawak buat julung kalinya diadakan oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dengan kerjasama tuan rumah ,PAS Kawasan Miri pada 21 hingga 23 Januari 2011.

Program berjaya mengumpulkan hampir 120 petugas PAS dari seluruh Sarawak terdiri dari Kawasan Petrajaya,Mukah,Limbang,Bintulu,Sadong Jaya,Batang lupar,Sarikei,Selangau,Sibu dan Miri.



Program dimulakan seawal jam 800 pagi,Sabtu di Pasar Mosjaya Miri dengan program agihan kad dan limau bersempena Tahun Baru Cina diketuai sendiri oleh Abang Ahmad Kerdee,YDP Batang Lupar merangkap AJK PAS Pusat . Hampir 1,000 biji buah limau dan kad diedar disekitar kawasan pasar tersebut. Sambutan positif diterima oleh kaum Tionghua yang disantuni.Pada sebelah malam program Jamuan BBQ Ahlan Wasahlan diadakan di PASTI Piasau bagi menyambut kehadiran perwakilan dari setiap pelusuk negeri. YB Husam Musa,Naib Presiden PAS dan YB Khalid Samad turut hadir ke majlis tersebut.Program Sabtu dikhiri dengan Qiamullail dan Kuliah Subuh oleh Hj Abdullah di PASTI Piasau.

Pada 22hb Januari 2012,program Ijtima bermula jam 830 pagi sehingga 500 petang dengan pembentangan tiga kertas kerja iaitu
ü Pelan Strategik Roadmap PRU 13 oleh YB Husam
ü Pengalaman PAS Selangor oleh YB Khalid Samad
ü ICT dan Media Baru oleh Haji Shaifuddin PAS Sabah

Perbahasan dari setiap wakil Kawasan dan Dewan juga diadakan pada sebelah petang. Komitmen tinggi ditunjukkan peserta Ijtima bagi memastikan Sarawak bukan lagi "Fix deposit" bagi Barisan Nasional. Sasaran PAS Sarawak untuk memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen bagi membantu merealisasikan usaha Pakatan menawan Putrajaya.

Pada hari 23 Januari,perwakilan yang masih belum pulang telah bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS Miri diketuai Mr Yeo KL menghadiri beberapa buah rumah penyokong Tionghua sempena sambutan Tahun Baru Cina.

.......
http://pas-miri.blogspot.com

sambutan Pas Peringkat Kemaman ke-60

60 tahun PAS peringkat Kemaman

PAS Kawasan Kemaman akan merayakan ulangtahun penubuhan ke-60 Parti Islam Semalaysia (PAS) peringkat Kemaman pada 26hb hingga 28hb. Januari ini. Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun, sambutan kali ini antara program terbesar PAS Kawasan Kemaman untuk tahun 2012 ini.

Sambutan selama tiga hari tersebut akan diadakan di Dataran PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman.Pelbagai program telah disusun bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.

Perasmian sambutan Insyaallah akan disempurnakan pada 26hb. Januari, Khamis jam 9.00 malam oleh Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat di mana pada malam tersebut akan diadakan Ceramah Perdana 1 melibatkan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri, Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timb PJ BPPNT dan Dr Balasubramaniam.


poster 60 thn 26,28hbPada hari Jumaat  27hb. Januari 2012 akan diadakan Karnival Jualan & Pameran, Kuliah Dhuha oleh Ustaz Mohd Nor Hamzah, Ketua DPPNT pada jam 9.30 pagi, Khutbah Khas Jumaat di Masjid Pasir Minal dan solat hajat, Sesi Motivasi Muslimat bersama YB Dr Siti Mariah Mahmood, Timbalan Ketua DMPP pada jam 3.30 petang dan sebelah malamnya akan menampilkan Pidato Khas Haji Mohd Sabu dan persembahan daripada Ustaz Akhil Hay.

Pada hari Sabtu 28hb. Januari, akan diadakan acara sukan pelajar PASTI dan DAR, Sukan Pemuda dan Muslimat/Nisa, Jamuan Rakyat pada tengaharinya, pertunjukan bermotor dan Ceramah Perdana 2 pada malamnya yang akan menampilkan YB Ustaz Che Abdullah Mat Nawi (ADUN Kelantan yang mewakili Menteri Besar Kelantan), Sdr Shamsul Iskandar Ketua AMK PKR dan YB Mohd Wahid Endut, PJ BPPNT
Sepanjang program berlangsung, pameran 60 Tahun PAS Malaysia dan PAS Kemaman, rawatan alternatif serta penyertaan beberapa agensi kerajaan juga dibuat.
Tuan Haji Ismail menyeru seluruh lapisan masyarakat di seluruh Kemaman dan kawasan yang berdekatan tanpa mengira fahaman politik datang mengunjungi Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS ini termasuk menikmati Jamuan Rakyat pada tengahari Sabtu di samping para pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah basikal Fixie.
sambutan 60 thn mat sabuPihak penganjur sambutan menyediakan enam buah basikal Fixie untuk dimenangi oleh pengunjung di samping jualan basikal Fixie pada harga kilang boleh didapati dengan membuat tempahan dengan menghubungi Sekretariat Sambutan, Saudara Mohd Hafiz Adam di talian 010 3247120.
" 




Pekembagan Kristianisasi Merebak ke Iraq


Cara mereka dapatkan pasangan hidup
Iraq bukanlah satu negara yang kecil, kerana Iraq merupakan negara ketiga pengeluar minyak terbesar dunia. Hasil daripada rakyatnya yang inginkan perubahan dan dalam masa yang sama mendapat bantuan dari Amerika dan negara-negara yahudi maka kini Iraq bukan lagi sebuah negara Islam.

Ramai umat Islam di Iraq kini menyesal dengan apa yang berlaku kerana maksiat kini sudah bebas dilakukan dimerata tempat seluruh Iraq.



98% penduduk Iraq beragama Islam
Dengan menggunakan hak kebebasan, yahudi berjaya memperdayakan umat Islam di Iraq. Kini Yahudi menggunakan modus Operandi yang sama juga seperti di negara Islam yang lain dan Malaysia juga tidak terlepas daripada ancaman ini. Berikut adalah gambar terkini yang berlaku di Iraq


Iraq bukan lagi negara umat Islam.


Tawaran percutian untuk mereka yang masuk kristian.

Kanak-kanak iraq Islam yang telah masuk kristian tersenyum riang.





Lelaki Islam yang bakal DiKristiankan


Upacara Kristian merupakan upacara rasmi negara






Warga Iraq ini dulunya Islam sekarang telah Kristian
Klik sini untuk lihat gambar seterusnya

" 

Kepercayaan Karut-Marut di Mesia


Tengah malam tadi saya bersembang panjang dengan salah seorang rakan muka buku saya. Dia seorang pendidik yang sekarang dalam rangka menyiapkan tesis Phdnya. Kajiannya kalau tidak salah mengenai politik Pas dan Umno. 

Apakah yang hendak dirumus ataupun teori-teori yang bakal dikemukakan ke arah penyelesaian kemelut politik Melayu dalam tesis tesisnya itu saya tidak dapat pastikan.

Apabila menyedari dia seorang beriman dan kuat berpegang kepada agama - berpandukan kepada kerajinannya memberi pesan dan nasihat dengan memetik Quran dan Hadith dan menyuruh sama saya membaca suruh al Mulk, biarlah rumusan dalam tesis Phdnya nanti juga bertunjang al-Quran dan al Hadith. Semoga dia akan dapat mengkesampingkan perasaan dan sentimen tebal kepada ideologi parti yang dianutinya kerana dia merasa amat bersyukur kepada kerajaan.

Mudah-mudahan semasa dia mencari bahan dan mendebatkan subjek-subjek yang dibincangkan dia akan menemui jawaban tuntas kepada permasalahan yang cuba diselesaikan itu, seperti mana ada sesetengah pengkaji Barat mengenai Islam akhirnya menerima dan memeluk Islam selepas ia menemui sesuatu dalam pengkajian itu.

Apa yang hendak saya catatkan di sini, ialah simpulan perbualan panjang malam tadi yang memakan masa lebih satu jam dan melibatkan hampir 100 intri atau posting antara saya dengan dia. Satu perbahasan yang agak ilmiah dan perbahasan sebeginilah yang kita harapkan dan perlu menjadi amalan dalam chatting atau perbualan menerusi muka buku.

Pandangan yang dilontarkan dalam muka buku itu akan dapat dikutip dan direnungi oleh orang lain pula. Inilah baru dikatakan berbual yang ada faedah dan bijak menggunakan muka buku.

Rumusan saya terhadap perbualan semalam begini;

* Kepercayaan bahawa Umno sahaja yang mampu mentadbir negara ini masih kuat dikalangan sesetengah orang bukan sahaja dari kalangan orang kampung tetapi golongan cerdik pandai seperti guru. Ini bermakna cerdik pandai masih berfikir satu jalur dan bersikap pentingkan diri sendiri.

* Kepercayaan atau kasih sayang orang seperti ini kepada Umno ialah kerana mereka bimbang keadaan selesa yang mereka rasai sekarang ini termusnah atau hilang bila bukan UBN yang menjadi pemerintah. (Pegangan sebegini adalah hasil asakan dan tunjangan para 'mubaligh' Umno ke dalam minda mereka). Sikap dan pegangan ini menunjukkan kelemahan sifat dan daya fikir Melayu.

* Masih ada bayangan kalau bukan Umno yang memerintah negara ini akan huruhara dan kucar kacir. Pandangan ini sama dengan penegasan dibuat oleh ustaz-ustaz di dalam Umno yang sudah berjaya mengdoktrininasikan mereka semasa dibawa melawat Putrajaya dan diberi wang poket.

* Masih mempercayai bahawa Umno memperjuangkan Islam, membela bangsa Melayu... walaupun hakikatnya Umno pesimis kepada Islam. Walaupun sesudah lebih setengah abad Umno menjadi kerajaan kehidupan orang Melayu masih belum berubah dan terus melaksanakan politik ugut, memberi jamuan kepada orang Melayu di mana tektik ini untuk melemahkan minda orang Melayu. Iya bila kuat makan dan tidur pemikiran akan jadi lemah.

* Bahawa masih ada orang Melayu termasuk cerdik pandai begitu lemah mindanya untuk melakukan perubahan yang besar. Menukar kerajaan adalah satu tindakan besar. Masih ada kepercayaan dan sikap negatif terhadap masa depan. Sikap negatif inilah melemahkah Melayu.

* Bahawa masih ada yang menerima politik ala Umno dan menganggap cara Umno yang menggunakan agensi kerajaan, melakukan politiking dalam jabatan untuk kepentingan sebagai sesuatu yang halal dan dibenarkan. Sekali lagi orang seperti ini gagal memahami prinsip perlembagaan dan demokrasi.

* Bahawa masih ada yang tidak menerima realiti politik dan sosial di Malaysia ini, di mana negara ini bukan sahaja dimiliki dan dikuasai Melayu tetapi lain-lain kaum juga. Apabila Umno mementingkan kedudukan mereka atas nama tuan, ertinya Umno menafikan hak-hak orang lain.

Menyimpulkan kesemua kesimpulan itu inilah penyakit atau pun unsur yang ada di dalam benak sesetengah orang Melayu khasnya Melayu Umno. Selagi elemen ini menebal dan menjadi kepercayaan kepada mitos Umno sahaja yang mampu mentadbir, Umno kononnya pejuang Melayu dan Islam, sukar untuk Melayu bersatu dan mendapat kuasa secara solid.

Ayam berbulu salut tepung

Sumber Sinar Harian
BUKIT MERTAJAM – “Saya tidak akan makan lagi di restoran itu,” luah seorang pelanggan selepas insiden terjumpa bulu ayam pada hidangan makanan yang dibeli dari sebuah restoran terkenal, di sini.

Ismail Halim, 45, berkata, dia membawa isteri dan tiga anaknya ke restoran berkenaan, kira-kira jam 12 malam Jumaat lalu dan memesan beberapa jenis hidangan, termasuk hidangan ayam itu.

Menurutnya, kerana kekenyangan, dia membungkus hidangan ayam itu untuk dibawa pulang ke rumah, namun, pada mulanya tidak mengesyaki apa-apa kerana ayam itu disalut dengan tepung.
“Keesokan harinya (Sabtu) kira-kira jam 12 tengah hari, isteri saya, Rosmawati Mustafa, 45, mengeluarkan hidangan ayam itu untuk dimakan.

“Bagaimanapun, ketika mengoyak lapisan tepung, dia terkejut apabila mendapati bulu ayam sepanjang kira-kira setengah inci masih melekat pada ayam itu, lalu menunjukkannya kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia bertindak menghubungi restoran berkenaan melalui nombor talian mudah alih yang tertera pada kotak bungkusan bagi memaklumkan mengenai penemuan itu, namun, kecewa apabila kakitangannya mengambil sikap endah tak endah dengan meminta dia membawa ayam itu kembali ke restoran untuk ditukar dengan ayam baru.

Tidak berpuas hati dengan respons yang diberikan, dia kemudiannya menghubungi nombor pejabat pula setengah jam kemudian, dan sekali lagi, dia kecewa apabila mendakwa kakitangan itu tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Ismail berkata, dia kesal dengan pengurusan restoran yang seolah-olah bersikap lepas tangan dengan apa yang terjadi.

Menurutnya, bukan soal wang yang difikirkannya kerana harga hidangan itu hanyalah sekitar RM14 sahaja, namun, apa yang ingin dituntut adalah permohonan maaf dari pihak restoran kepada keluarganya.

“Sebagai sebuah restoran terkenal dan dikunjungi ramai pelanggan, sepatutnya mereka menjaga kualiti makanan yang dihidangkan, “ katanya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkan isteri dan anak-anaknya yang memakan hidangan sama pada malam berkenaan menjadi loya dan trauma dek kerana teringat akan bulu ayam itu.

Malah, kesannya masih terasa hingga ke hari ini dan mereka dilihat seperti sudah serik untuk memakan hidangan ayam.

“Hingga hari ini pihak restoran tidak menghubungi saya untuk meminta maaf. Saya bukannya ingin menuntut ganti rugi, sekurang-kurangnya mereka hubungi saya dan minta maaf pada isteri dan anak-anak,” katanya yang sudah dua kali mengunjungi restoran berkenaan sebelum kejadian.

Ismail berharap apa yang terjadi ke atas keluarganya dijadikan pengajaran, dan menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menikmati hidangan di mana-mana restoran sekali pun.

Dia juga berharap pihak restoran menjaga kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelanggan kerana ia mampu memberi kesan kepada tahap kesihatan. 

Mengapa ganti Interlok dgn Koserto Terakhir


Interlok dan Konserto Terakhir bukanlah karya Abdullah Hussain yg terbaik. Novel2 tersebut ditulis hanya untuk memenuhi inspirasi umno untuk dilambakkan kepada murid2 sekolah. Sekiranya murid2 sekolah didedahkan dengan novel2 berkualiti seperti yg digunakan disekolah2 menengah pada tahun2 70 dan 80'an, mereka akan dapat merasakan betapa tahap kesusasteraan kita sudah jauh terkebelakang, tidak lagi terdapat penulisan yg membina jiwa2 yang progressif dan dinamik, tetapi terperangkap dengan alam khayalan seperti filem2 Hindustan.

Kalau ditahun2 70 dan 80'an murid2 didedahkan kepada penulis2 hebat seperti Arena Wati, Tongkat Warrant, Awam Il Serkam, Harun Aminnurrashid, Ibrahim Omar dan lain2 lagi, kemudian ditambah pula dengan karya2 penulis2 besar dari Indonesia seperti Hamka, Sutan Ali Sjahbana, Marah Rusli dan sebagainya, kita dapat merasakan betapa jauhnya taraf pemikiran murid2 yg dipaksa untuk membaca Konserto Terakhir, dengan murid2 terdahulu. Malah kualiti penulisan sastera yang membina insan kian luput dan novel2 cinta dan cerita2 seram membanjiri pasaran. Ini lahir dari sikap kerajaan sendiri yg mementingkan ideologi yg sempit untuk mengekang kemajuan berfikir.

Ketika tahun2 70 dan 80'an, murid2 aliran Inggeris akan membaca buku2 berkualiti dari karya2 Shakespeare, Charles Dicken, Martk Twain dan sebagainya, mereka juga didedahkan kepada kesusateraan tempatan dari antologi cerpen Mekar dan Segar, Sandera, Gandaria, Jalan Pulang, Dibawah Lindungan Kaabah, Tenggelamnya Kapal Van der Wijck dan lain2 lagi. Karya2 ini lebih berkualiti dari buku yang digunapakai Kementerian Pelajaran sekarang ini. Malah saya berani mengatakan bahawa tulisan Arena Wati, Ombak Samudera yg ditulis pada tahun 1992 adalah lebih berkualiti, dinamik, tidak ditelan zaman, kalau dibanding dengan Interlok atau Konserto Terakhir. Atau kalau gunakan hasil karya Fatini Yaacub, biojournal Catatan Natrah, adalah lebih baik untuk membina minda murid secara positif dan progressif.

Negara kini ketandusan tulisan2 sastera yg benar2 dapat menarik minat dan mendidik anak2 dan remaja. Kalau dibandingkan dgn Indonesia yg kini boleh berbangga dengan penulis2 mereka seperti Habiburrahman El Shirazy, Andrea Hirata dan lain2nya, siapakah yang dapat kita banggakan di Malaysia selain dari penulis novel cinta yg diadaptasi kefilem box office! Itukah kah kebanggaan kita?"
 

visit kelantan 2012

Kota Bharu: Hotels & Resorts


C Chantique Villa Hotel
Crystal Lodge Hotel 
Dynasty Inn Kota Bharu
Flora Place Hotel
Grand Riverview Hotel
Hanna Inn
Kami Hotel
KB Backpackers Lodge
New Pacific Hotel

Pantai Cahaya Bulan Resort
Pantai Cinta Berahi Resort
Pasir Belanda Resort
Perdana Hotel
Perdana Resort
Politan Hotel
Ridel Hotel
Rebana Hotel
Renaissance Kota Bharu Hotel
Suria Hotel
Sutera Inn Prima Kota Bharu
Temenggong Hotel



Kota Bharu: Convention Centres