Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Disember 18, 2011

Kelantan Universiti Politik Terbuka

Sejak dahulu lagi, saya agak tertarik dengan cara penulisan Guru Nik Aziz Nik Mat. Susun atur ayat dan terma yang digunakan oleh beliau sangat dekat di hati. Sangat lokal.
Buku Kelantan : Universiti Politik Terbuka pada saya sangat jujur. Jujur dari perspektif seorang rakyat yang bergelar wakil kepada rakyat. Dan jujur dari perspektif seorang guru yang masih berguru. Nik Aziz Nik Mat.
Membaca perenggan – perenggan Kelantan : Universiti Politik Terbuka seolah membawa saya ke satu suasana kuliah di balasah, pondok dan musolla yang banyak terdapat di Kelantan. Sungguh. Semacam suasana mendengar kuliah subuh menanti hari cerah dan embun berhenti. Asyik.
Buku yang menjadi platform isihati seorang marhaen ini, antara lain bercerita soal sosiobudaya masyarakat Kelantan yang dijamu dan dididik dengan ceramah – ceramah agama yang merata subur di segenap daerah dan jajajah yang terdapat di Kelantan.Ya, Kelantan adalah satu – satunya negeri yang saya kira banyak dianjurkan majlis ilmu berbentuk kuliah dan ceramah ketuhanan.
Cumanya, orang luar (selain daripada rakyat Kelantan) mungkin melihat kuliah dan ceramah yang diadakan itu sebagai ceramah politik untuk menyebarkan ideologi politik kerana majoriti yang menjadi penyampai adalah wakil rakyat PAS.
Pada saya, tajuk buku ini sangat kena. Dan berjaya disampaikan oleh penulis dengan isi dan inti yang dikutip daripada realiti sosiobudaya dan masyarakat Kelantan. Kenapa Universiti Politik Terbuka? Kerana rakyat Kelantan sememangnya membesar dengan ceramah yang diadakan saban malam, bukan sahaja di pondok dan surau, malah di tengah padang rata yang bersifat ‘wayang pacak’.
Siang mereka dipenuhi dengan kerja yang bermacam, petang mereka diselangi dengan borak politik di kedai kopi, dan malam mereka dipersembahkan dengan ceramah politik (saya masih cenderung untuk menyebutnya sebagai ceramah agama).
Walau apapun, buku Kelantan : Universiti Politik Terbuka saya rasa sangat low-profile dari segi gaya penceritaan, namun punya mesej yang berat.
Anda boleh baca, sekiranya suka.

Selasa, Disember 13, 2011

daulat Tuanku Al-Malik Soleh Sultan Muhamad ke-5

Allahu Akhbar !
Hari ini merupakan satu lagi detik bersejarah buat rakyat Kelantan amnya di atas perlantikan Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru. Patik selaku rakyat jelata tumpang gembira dan bangga dengan perlantikan Tuanku yang sangat besar ertinya buat seluruh rakyat Kelantan. Suatu sejarah baru dimana Tuanku merupakan Sultan Kelantan kedua menyandang jawatan tersebut selepas Almarhum Sultan Yahya Petra pada tahun 1979. Ia secara tidak langsung memberi gambaran sinar Islam akan terus didaulat di bumi Malaysia ini dan semoga Allah melanjutkan usia baginda untuk terus memerintah Kelantan dan Malaysia 5 tahun dari sekarang.
Baginda telah menambat hati seluruh rakyat Kelantan dengan perwatakan Islamik dimana saja baginda pergi yang menyebabkan hubungan Istana dan rakyat begitu akrab. Semoga Tuanku dipertemukan jodoh dengan isteri yang Islamik yang dapat membantu baginda menjalankan urusan pentadbiran bersama. Kami rakyat Kelantan masih menanti perkhabaran yang baik dari Istana Kelantan tentang Raja Perempuan Kelantan yang baru. Allahu Akhbar !
Petikan Akhbar semalam.
Segak. Tuanku Sultan Muhammad V di Istana Negara hari ini.
Koleksi gambar lama dari 90-an
Sewaktu pemasyhuran sebagai Sultan Kelantan.
Sewaktu Perasmian Jajahan Kecil Lojing.
Sewaktu upacara penyembelihan Qurban di Masjid Muhammadi
Sewaktu Majlis Sambutan Maal Hijrah di Balai Islam
...
...
Sewaktu di Masjid Muhammadi
Sewaktu di Masjid Telipot
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
Sebagai rakyat Kelantan, kita seharusnya bersyukur kerana dilahirkan di zaman pemerintahan Malikussoleh Sultan Muhammad ke-V (Ketua Negeri) & Ulama’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (Ketua Kerajaan)… Suatu gandingan ideal yang Islamik!

Rabu, Disember 07, 2011

Gelombang Hijau terus mekar


"Mersing,4hb Dis 2011. Gelombang hijau akan terus mekar melebarkan  sayap penguasaannya di dunia  ini setelah kejatuhan gelombang ‘merah’ dan ‘kuning’ (merujuk kepada fahaman komunis dan kapitalis) yang gagal menyelesaikan permasalahan yang berlaku di dunia pada hari ini.

Demikian tegas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato’ Tuan Guru Hj Harun Taib ketika menyampaikan ucapan dan ulasan dalam satu majlis Forum Maal anjuran PAS Kawasan Mersing dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat yang bertajuk ‘ Umat Islam dan Cabaran Semasa’.

Menurut beliau lagi, Allah s.w.t telah menjanjikan kemenangan kepada perjuangan Islam. Perkembangan mutakhir yang berlaku di timur tengah telah membuktikan bahwa  teori yang menyatakan bahawa ‘hijau’ akan mengambil alih penguasaan yang didominasikan oleh ‘merah’ dan ‘kuning adalah satu perkara yang realiti dan bukannya hanya sekadar teori semata-mata. Bahkan ianya diperkukuhkan lagi dengan keyakinan janji kemenangan Islam oleh Allah s.w.t.
Beliau juga turut menyentuh tentang matlamat utama daripada hijrah, menurut beliau hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w bukan sebarangan hijrah tetapi ianya merupakan taktik dan strategi Rasulullah dalam membentuk sebuah negara Islam yang ditegakkan di dalamnya segala kandungan Al-Quran dan apa sahaja wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.
Beliau yang juga merupakan Adun Manir  menegaskan demikian dihadapan lebih kurang 500 hadirin yang telah memenuhi dewan sejak daripada maghrib untuk mendengar  taujihat dan ucapan daripada para barisan kepimpinan Dewan Ulamak PAS Pusat yang diadakan di Markas PAS Air Merah, Mersing. Kebanyakan para hadirin terdiri daripada penduduk tempatan dan para penyokong PAS.
Selain beliau, Dr. Mahfodz iaitu Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya Badan Perhubungan PAS Johor dan Dr. Khairuddin , Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat turut menjadi panel forum pada malam itu. Forum tersebut dimoderatorkan oleh Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Ismi Taib.
Forum tersebut berakhir dengan jamuan rakyat bersama kepimpinan Dewan Ulamak PAS , Negeri dan Kawasan.
sumber:

http://ulama.pas.org.my" 

Malaysia dijangka paling teruk implikasi krisis Euro

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Malaysia dijangka paling teruk menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang, kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.

Ketua Ekonomist untuk Asia  Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman (gambar) berkata,  berbanding dengan negara Asia yang lain, Malaysia paling teruk kesannya kerana terlalu bergantung dengan komoditi di samping kewangan awamnya yang lemah. 

Beliau menjangka, harga komoditi Malaysia dijangka jatuh teruk ekoran krisis ini dan ia akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya, lapor The Malaysian Insider.

Krisis Eurozone telah mengucarkacirkan Greece manakala Perdana Menteri Italy kehilangan jawatannya.

“Ekonomi Malaysia adalah yang paling teruk terkesan ekoran krisis ini, kerana berada dalam kumpulan ekonomi paling lemah," kata Subbaraman dalam sidang media hari ini.

Pakar ekonomomi Nomura untuk Asia Tenggara, Euben Paracuelles pula berkata, pembangunan ekonomi Malaysia untuk tiga suku pertama tahun ini banyak disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan, tetapi kewangan awam pada dasarnya lemah dan dia bimbang ia akan berjaya dipertahankan.

Subbaraman juga berkata, Malaysia berada di tempat ketiga di Asia dalam konteks pendedahannya kepada tuntutan dari bank Eropah selepas Hong Kong dan Singapura.

Ini bermakna, asetnya akan mudah cair dan kering jika bank-bank Eropah ini mula bertindak kepada pelanggannya di daerah sini.

Harga komoditi Malaysia dijangka akan jatuh 15 peratus jika krisis ini menyerang Malaysia.

Antara komoditi yang terlibat adalah getah dan kelapa sawit yang selama ini menjadi hasil utama negara dan memberikan sumbangan besar kepada ramai rakyat negara ini.

Turut terkesan adalah badan seperti Felda yang selama ini menjadi sandaran kerajaan BN untuk mendapatkan wang belanja.

Jika harga kedua-dua komoditi ini jatuh, ia akan menyukarkan kerajaan Malaysia untuk memanggil pilihan raya ketika serangan ini berlangsung.

Sebelum ini, pakar ekonomi kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan melonjak ekoran jangkaan kenaikan harga getah dan minyak kelapa sawit di pasaran dunia.

Kini dengan jangkaan baru dari Nomura ini, akan menyebabkan jangkaan awal kerajaan boleh meleset.

Dedahkan gaji bulanan pengerusi NFC

KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.

“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.

“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.

Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya  iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif)  dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.

Hudud:Umno gagal main peranan & MCA keliru

KOTA BHARU, 7 Dis: Kekeliruan di kalangan pemimpin kompenan Barisan Nasional (BN) terhadap perundangan Islam disifatkan ada hubung kait dengan Umno apabila gagal berperanan menjelaskan kedudukan sebenar.
Ketua Penerangan PAS Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, biar pun Umno sudah lama bersama kompenan-kompenan lain dalam BN, namun kefahaman mengenai undang-undang Islam tidak dijelaskan.
“Sekiranya peranan itu dimainkan Umno sejak dahulu kami rasa pemimpin MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti sekarang.
“Namun malangnya peranan seperti itu mungkin tidak menjadi keutamaan kepada Umno, malah dalam banyak keadaan pemimpin Umno juga tidak menerima perundangan Islam,” katanya di sini.
Baru-baru ini Chua Soi Lek ketika berucap pada forum ‘Hudud dan kesannya ke atas masyarakat non muslim’ mendakwa sistem perundangan hudud tidak adil kepada semua pihak dan boleh menakutkan pelabur.
Dr Mohamed Fadzli berkata, berlainan dengan kompenan dalam Pakatan Rakyat, biar pun baru dibentuk namun mereka cuba memahami mengenai perundangan Islam.
Oleh itu beliau mendesak Soi Lek memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam kerana menyentuh sensitiviti agama Islam.
Menurutnya juga pemimpin MCA dan kompenan lain BN tentunya tidak lantang mengkritik perundangan Islam sekiranya Umno menjelaskan mengenai kelebihan hukum hudud.
“Sepatutnya Umno sama-sama mempertahankan hudud, bukan seperti apa yang berlaku sekarang membiarkan pemimpin MCA mempermain-mainkan agama Islam,” ujarnya.

Pembahagian kerusi Pas & Pkr di Kelantan selesai

KUALA LUMPUR, 7 Dis: Pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, antara PAS dan PKR di Kelantan selesai sepenuhnya.

Mengesahkan perkara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) berkata, kedua-dua parti masing-masing telah bersetuju untuk mengekalkan 'status quo' seperti PRU ke-12 pada 2008 lalu.

"Ya, kita sudah selesai dengan kedua-dua parti bersetuju untuk kekalkan status quo seperti sebelum ini.

"Kita (PAS) setuju dan PKR pun setuju," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Menurut beliau lagi, keputusan yang dicapai kira-kira dua bulan lalu itu juga bersetuju untuk mengekalkan kerusi kawasan bertanding masing-masing seperti mana 2008 tanpa sebarang perubahan.

"Dari sudut kawasan bertanding juga kita setuju kekal dan tiada perubahan," katanya lagi sambil memberitahu keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pakatan Rakyat di peringkat Pusat,

Pada PRU 2008, PAS bertanding di 51 kerusi iaitu 11 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, manakala PKR pula bertanding di lapan kerusi iaitu tiga Parlimen dan lima Dun.

13 kerusi parlimen yang ditandingi PAS adalah, Kuala Krai, Gua Musang, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Pasir Puteh, Tumpat, Pengkalan Chepa dan Jeli.

Kerusi Dun pula adalah Kelaboran, Pasir Pekan, Wakaf Bharu, Kijang, Chempaka, Panchor, Tanjung Mas, Kota Lama, Bunut Payong, Tendong, Pengkalan Pasir, Chetok, Meranti, Gual Periok, Bukit Tuku, Salor, Pasir Tumboh, Demit, Tawang, Perupok, Jelawat, Melor, Kadok, Kok Lanas, Bukit Panau, Gual Ipoh, Kemahang, Selising, Limbongan, Semerak, Gaal, Pulai Chondong, Temangan, Kemuning, Bukit Bunga, Air Lanas, Mengkebang, Manik Urai, Dabong dan Galas.

Kerusi Parlimen bagi PKR pula adalah Tanah Merah, Ketereh dan Machang, manakala Dun pula adalah Paloh, Nenggiri, Guchil, Pengkalan Kubor dan Kuala Balah.

Selain Kelantan, Pakatan Rakyat Selangor juga sebelum ini memaklumkan telah selesai pembahagian kerusi di negeri itu.

Ketiga-tiga komponen parti iaitu PAS, PKR dan DAP juga masing-masing bersetuju mengekalkan jumlah kerusi mengikut pilihan raya umum yang lalu.

Ugutan Najib membuktikan Umno sedar akan kehilangan kuasa PRU-13

  
KUALA LUMPUR, 7 Dis: PAS menyifatkan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perhimpunan Perdana Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Isnin lalu sebagai berbaur ugutan kepada rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar) berkata, kenyataan Najib bahawa orang Melayu dan umat Islam mesti menyokong Umno BN jika mahu masa depan yang cerah, jelas bertujuan menimbulkan ketakutan kepada orang Melayu.

Ia sekaligus menggambarkan Umno BN seolah-olah semakin sedar mereka akan hilang kuasa selepas pilihan raya umum ke -13 nanti.

"Ada sesuatu yang tidak sihat daripada ucapan itu. Ada kecenderungan di kalangan pemimpin BN, seolah-olah mereka tak boleh terima kalau mereka kalah dalam pilihan raya.

"Kalau ucapan yang dibuat berbau kekerasan kerana nak pertahankan kuasa, ini sesuatu yang sangat berbahaya," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.

Mazlan juga berkata, Umno BN sebaliknya harus memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan di peti undi, bukan mengugut masa depan mereka menjadi malap sekiranya memilih Pakatan Rakyat.

"Semua pihak sama ada Perdana Menteri ataupun institusi keselamatan seperti polis dan tentera bahkan badan bukan kerajaan seperti Pekida, Perkasa dan sebagainya harus akur dengan mandat yang diberi rakyat.

"Jika dalam pilihan raya umum rakyat beri kepercayaan selain kerajaan yang sedia ada, rakyat harus menghormatinya," katanya.

Tambah Mazlan lagi, beliau yakin ucapan Najib itu mempunyai maksud tersirat iaitu memberi isyarat kepada Pekida agar tidak sekali-kali "belot" dengan parti pemerintah.

Justeru katanya, semua pihak harus berhati-hati dengan ucapan berbaur ancaman dan provokasi itu.

"Saya yakin apa yang diungkapkan Najib ada maksud tersirat yang nak disampaikan kepada pertubuhan seperti Pekida itu.

"Jadi saya harap ucapan yang berbau ancaman dan provokasi ini dapat diteliti oleh pihak polis supaya ini tidak menjadi satu galakan kepada budaya samseng dalam negara kita seperti yang ditunjukkan oleh BN melalui siri gangguan dalam ceramah Pakatan Rakyat yang semakin kerap berlaku," katanya.

Selain itu, tegas Mazlan, ugutan bahawa Melayu akan menjadi bangsa yang bangsat dan merempat jika tidak diperintah Umno BN langsung tidak berasas.

Sebaliknya beliau berkata, nasib Melayu sekarang ini memang sudah tidak terbela angkara Umno sendiri yang mengaut kekayaan untuk kroni mereka.

"Pakatan belum diberi peluang mengambil alih Putrajaya lagi, bagaimana Najib kata orang Melayu akan jadi bangsa yang bangsat, merempat?

"Hari ini pun kalau senaraikan isu orang Melayu, memang dah jadi bangsat pun. Angkara siapa kalau bukan angkara Umno.

"Kononnya kalau bagi kuasa kepada Pakatan Rakyat Melayu akan bangsat, akan merempat, ini kenyataan yang melampau dan tak patut keluar dari mulut Perdana Menteri," katanya.

Selasa, Disember 06, 2011

Umno tolak hudud

video 1:hudud tidak dilaksanakan di Malaysia

video 2: ustaz azhar idrus bidas masyitah

video 3:ustaz akhil hayy-umno tolak hudud(live in bachok)

video 4:saya saman hudud-zaid hamidi



video 5-hudud & undang2 syariah dilaksanakan di brunei

Isnin, Disember 05, 2011

Bukti Penghinaan UMNO and the gang terhadap Raja-Raja Melayu

 Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia.  Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana. Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang  ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja  Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”. Sebenarnya  pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu.

Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang daripada istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974  Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Datuk Seri Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3.Begitu juga pada tahun 1979 kes Dato’ Rahim Bakar bekas Menteri besar Pahang yang berselisih dengan Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4.1983  Umno hendak meminda supaya kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.Pada  tahun 1991 dalam  Persidangan Agung Umno,  Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta  harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7.Satu demontrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya.?

8.Pada 18hb Jan 1993 Pindaan Perlembagaan Persekutuan  yang membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9.Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.

10.Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993  atau tindakan rakyat  tidak menunjukkan hormat pada sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993.  (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11.Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Inderaputera untuk mengganti  Sutan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?  Budaya mana pemimpin umno ambil

12. Kenyataan biadab  Shahidan Kasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki tahta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)

13.Dato’ Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yang dia  bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?.

14. 23 daripada 24 ADUN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Dato’  Mohd Said  selepas pilihanraya 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh juga jadi MB Terengganu.  Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang. Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan istana Kuala Kangsar 6hb Feb 2009.

15. Shahidan Kasim  boikot perlantikan Dr Isa Sabu sebagai MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan , memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Dato’ Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya sultan Kelantan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campurtangan soal pelantikan raja-raja melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993

Berita harian 23/1/1993  mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.


Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara  ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat raja-raja Melayu. 

Layakkah Melayu dikenali sebagai Bani Jawi

Istiadat Melayu masih wujud




Kanak-kanak Melayu 

Apa itu Jawi?

Kini ramai dari anak Melayu yang sudah tidak mengetahui apa sebenarnya maksud "Jawi" ini.  Apa yang mereka tahu hanyalah tulisan jawi. Malangnya tulisan Jawi juga semakin tenggelam dan bakal hilang dari pengetahuan Melayu Moden.

kehalusan Bani Jawi terpancar pada seni binaan


JAWI kini hanya diketahui sebagai salah satu jenis tulisan berunsurkan abjad Arab. Namun dari kajian beberapa penyelidik asing, terdedah satu rahsia terpendam. 


Kedudukan Bumi Jawi dari Kaabah




Ia mengenai kisah satu bangsa yang pernah mendominasi dunia satu masa dahulu tetapi kini hanya tersimpan dalam misteri sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh sekumpulan manusia yang mempunyai niat tersembunyi. 


Tiada siapa yang benar-benar tahu sebab sebenar kenapa ia cuba disembunyikan dari pengetahuan dunia. Namun kebenaran itu akan tetap menampilkan dirinya secara tidak dirancang. Itulah juga yang akan berlaku kepada misteri ini. 


Semakin hari semakin jelas kewujudan bangsa purba yang mana di satu saat dahulu terpahat satu nama baru yang menarik, mereka digelar Bangsa Jawi oleh pedagang Arab. Sebelum itu tidak diketahui apa nama panggilan Arab untuk mereka selain “zabaq”. 


“Jawi” bukanlah bangsa baru muncul sebaliknya ia berasal dari satu bangsa terdahulu yang di kenali sebagai Mala, Mala-vu, Mala-yu, Mala-yang atau Jawaka yang dikaitkan dengan bangsa “Melayu” purba. 


Kajian masih diteruskan untuk mengesan asal usul perkataan Jawi ini. Belum ada jawapan yang konkrit sama ada ia berkait dengan perkataan ”levi”. “kawi”, “jawa” atau “lawi”. Ianya masih kabur dan terus diselubungi misteri.


Jawi meliputi seluruh bangsa di Nusantara ini yang menerima Islam sebagai pegangan. Ia adalah sebuah kesatuan besar, tiada lagi Melayu, Jawa, Bugis dan lain-lain. Semuanya terhimpun dalam istilah "Jawi" tersebut. Apa lagi jika kita sebutkan negara seperti Imdonesia, Malaysia, Brunei, Filipina, Fatani. Tiada semua itu. Inilah kelebihan Jawi berbanding bangsa, etnik dan puak. Ia lebih senonim dengan nama Kesatuan Islam Nusantara.


Dari sudud budaya Melayu “Jawi” hanya diikat dengan “Islam”. Selain dari yang beragama Islam walaupun dari rumpun Melayu atau Nusantara, tidak digelar sebagai Bangsa Jawi. Kita ambil pendekatan mudah dengan mengingat kembali budaya lama kaum Melayu ini. 


Satu masa dahulu, sebelum perkataan berkhatan menjadi popular ia disebut “masuk jawi”. Maksudnya sesaorang kanak-kanak Melayu tidak layak dipanggil “jawi” sekiranya belum akhir baligh yang dikait dengan “berkhatan” itu. Ini sebuah simbolik mengapa Jawi itu dikaitkan dengan Islam sahaja. Orang Jawi mesti berkhatan. Orang Melayu tidak semestinya berkhatan. 


Kesimpulan mudah Jawi adalah orang Melayu Islam yang telah dewasa dan berakal. Seperkara lagi yang tidak diketahui ramai, bangsa Jawi ini amat terkenal dengan sifat yang berlawanan dengan bangsa Arab. Sikap bangsa Jawi yang sentiasa merendah diri dan bersopan amat dikagumi oleh bangsa Arab sendiri. 


Setelah masyarakat Melayu bertukar menjadi bangsa Jawi, maka penulisan juga ikut berubah kepada abjad Arab di tambah dengan sedikit abjad Parsi (Ga Nga Pa Nya) untuk membolehkan sebutan Melayu-polinesia Austronesian (asli) bercampur Sanskrita itu dapat ditulis sepenuhnya. Terciplah sejarah Tulisan Jawi yang khusus untuk masyarakat Melayu Islam (Jawi). 


Dari beberapa kitab lama Melayu versi Jawi, telah dapat dikenal pasti apakah jenis manusia yang berbangsa Jawi ini. Selain dari Ilmu Islam yang lazim untuk umat Islam, bangsa ini amat meminati dan mendalami unsur “kebathinan” atau “kerohanian” yang mendarah daging dalam jiwa orang Melayu sebelum Islam. 


Orang Melayu Jawi ini menjadi satu entiti yang mendapat tempat khas dalam bidang tasawwuf yang menjadi pokok kepada ilmu kerohanian. Muncullah beberapa ulama Melayu Jawi yang terkenal dan ada yang dilantik sebagai guru malah mahaguru di Makkatul Mukarromah sebelum berkuasanya kerajaan Wahhabi Saud. Samaada dari Fatani, Tanah Melayu, Sumatera, Jawa, Borneo dan Sulawesi. Inilah ulama Jawi yang dikagumi oleh Arab. 


Kegahirahan Bani Jawi terhadap agama Islam amat menakjubkan. Letusan dari ketekunan mereka maka muncullah beberapa ulama yang bertaraf Wali Allah dari bumi ini yang disanjung hingga akhir zaman seperti Habib Noh, Tol Kenali, Tuan Tulis, Tokku Paloh, Tok Pulau Manis, Wali Sembilan di Pulau Jawa dan banyak lagi (beratus orang) tidak termasuk para wali yang mengelak dari kemasyhuran tersembunyi dari pengetahuan umum. 


Pada masa ini pun masih ramai Wali Allah yang bermukim di bumi Jawi ini walaupun tidak diketahui ramai. Mereka sedang menanti “mujahid” yang bakal muncul dan menjadi penghulu mereka diakhir zaman ini. 


Jalan yang diteroka oleh para ulama inilah (kesemuanya beraliran Ahlussunah wal-Jamaah) menjadi pegangan segenap ahli masyarakat sehinggalah wujudnya kumpulan ulama baru yang cuba menukar arah kepada aliran wahhabiah dan kini wujud pula penggerak aliran liberalisma. Perkembangan ini menolak jauh apa yang dipusakai dari para ulama tersebut. Ia berupa malapetaka yang terpaksa kita semua hadapi atas kesilapan kita sendiri. 


Kita pernah mendengar perkhabaran bahawa Islam akan bangkit dari timur. Adakah “timur” di sini bermaksud Nusantara atau Gugusan Melayu? Ia masih menjadi tekateki. Walaubagaimanapun Islam pernah bangkit di daerah “timur” tetapi bukannya Kepulauan Melayu. Adakah itu maksud sebenar perkhabaran tersebut, tidaklah diketahui. Sultanul Aulia Syeikh Abdul Qadir al-Jilani dan Iman al-Ghazali muncul sebagai ulama tersohor di zaman Abbasiah (500 tahun selepas Hijrah) berasal dari daerah Jilan dan Khurasan iaitu timur Madinatul Munawwarah tempat Nabi saw berucap. 


Kedua ulama ini memberi cahaya baru dalam kebangkitan masyarakat Islam 500 tahun selepas kewafatan Nabi saw. Namun ia masih jauh dari zaman akhir yang sedang kita tempuhi sekarang. 


Memandangkan Islam semakin luntur akibat gangguan hebat gerakan wahhabiah dan liberalisma (dikatakan sengaja diatur oleh zionis antarabangsa untuk melemahkan Islan dari dalam) selain gerak kerja Jesuits kristian (jubah hitam) dari arah luar. Bermula dari situ terbitlah era baru yang membawa manusia mengejar kebendaan dan kuasa. Untuk mengisi slot terakhir ketamaddunan dunia sementara ini, Islam perlu bangkit semula. 


Darimanakah kebangkitan ini akan bermula? Buat masa ini hadis Rasulullah saw yang menyatakan Islam akan bangkit dari “timur” itu masih terpakai kerana tiada sebarang nas lain yang menunjukkan arah selain dari itu. 


Islam akan bangkit secara berkala setiap 500 tahun. Secara kasarnya, tahun 500 Hijriah (1100 M) diikuti tahun 1000 Hijriah (1600 M) dan akhirnya zaman ini tahun 1500 Hijriah. Mungkinkah mujahid itu dari kawasan yang sama juga iaitu Khurasan? Cuba perhatikan, apa yang kita maklum perkembangan Islam di India amat hebat di sekitar tahun 1600 masihi, mungkinkah itu bermaksud kebangkitan kedua? 


Kita lupakan dahulu persoalan tersebut. Apa yang penting ialah mencongak adakah benar masa kebangkitan “Mujahid” baru akan menjelang 1500 Hijriah sekitar tahun 2020 hingga 2030 ini? 


Dari perkiraan tempat ia memberi satu petunjuk. Kebangkitan pertama terjadi di Khurasan dan Iraq, kedua berlaku di benua kecil India dan dimanakah yang ketiganya? Masihkah di sekita Khurasan dan India atau di tempat lain? Adakah di tempat yang lebih jauh ke arah timur? Iaitu Bumi Melayu tanah asal Bani Jawi. 


Sesungguhnya Bumi Jawi ini penuh dengan misteri. Islam bertapak kukuh di kelilingi pengaruh Buddha dan Hindu. Bangsa yang sanggup mengenepikan agama nenek moyang dan menerima Islam dengan hati rela. Islam tidak akan mudah disingkirkan dari hati orang Melayu Jawi ini kecuali melalui usaha yang mahal harganya. Melalui kerja jahat serta tipu helah dan muslihat proksi Iblis. 


Lihat sahaja di Selatan Thai yang asalnya sebuah kerajaan besar Melayu Fatani serta Selatan Filipina dan Kepulauan Sulu yang telah mengalami musibah buruk, diperangi sejak zaman berzaman. Islam tidak mudah terlucut. Pertolongan Allah terhadap bangsa ini. Tidak mustahil juga pejuang Islam akan bangkit dari dua wilayah bergolak ini. 


Waktu berlalu semakin pantas. Kita sedang berada dikecamuk petaka buatan manusia. Oleh kerana ia merupakan tuntutan fitnah akhir zaman, tentu sekali kita tidak dapat melarikan diri dari kekusutan akal untuk melihat kebenaran. Kecamukan ini bertindih-tindihan dan menjadi semakin kusut. Terpinga-pinga meniti arus dalam keraguan, adakah kita masih berada di landasan yang benar atau sedang lemas dalam lautan fitnah. 


Masanya sangatlah hampir, kita berada dalam tahun 1432 H sekarang, hanya 18 tahun menjadi landmark kebangkitan ini (1500 Hijriah), dan mungkin juga lebih awal dari itu. Wallahu a’lam. 


Sedutan dari: Alter Paling Rahasia Bangsa Melayu IV oleh Mistisfiles Mengapa wilayah Khurasan (asal) dan Asia Tenggara sedang diawasi oleh Zionis, proksi Dajjal? – halang kebangkitan tentera al Mahdi. 





Ahli Bait

Sejak para rahib Illuminati mula mencari-cari ke manakah hilangnya ahli bait (keturunan Rasullullah s.a.w) setelah keberhasilan meracun Hassan Al-Askari r.a, keturunan Rasullullah s.a.w yang digelar antara Imam 12 oleh Syiah (ini bukan sokongan terhadap Syiah, yang sesat tetap sesat,dan yang sesat dan mengada-adakan akan duduk dalam neraka), ternyata keturunan Rasullullah s.a.w seolah-olah lenyap tanpa berita, padahal Imam Iblis Tertinggi mereka memberitahu AlMahdi adalah dari keturunan Rasullullah s.a.w dan Hasan Al-Askari r.a bukanlah Mahdi yang dicari-cari.

Semua ciri-ciri dan  berwatakan AlMahdi telah dihafal oleh para rahib dalam 'inner circle' melebihi esetengah orang Islam sendiri yang mengaku

mencintai ahli bait. Begitu takutnya Dajjal akan orang yang akan membunuh dia kelak. AlMahdi perlu dihapuskan!!

Kesemua keturunan Rasullullah yang berketrampilan dan menjadi pemimpin Masyarakat telah meninggal dunia akibat DIBUNUH! 90% dari mereka telah DIRACUN! Ini bukan kebetulan tetapi satu konspirasi terancang.

Ketika mencari-cari kerajaan Kristian Presto John disebut dalam mitos yang berada di Timur, para pengembara Rosicrusian (satu ajaran sesat Dajal) Sepanyol dan Portugis akhirnya menemui lebih dari sebuah kerajaan disana. Adakah ia kerajaan  Kristian Presto John yang digembar-gemburkan itu? malangnya tiada sebuah pun yang beragama kristian seperti yang di sebutkan. Di sana terdapat lebih dari sebuah kerajaan Islam yang kaya-raya di Timur Jauh.

Bukan negara orang-orang Arab sepertimana yang mereka ketagui ,tetapi satu bangsa yang mereka sendiri tidak pernah mengenalinya. Bagaimana terdapat sebuah kerajaan Islam ditengah-tengah pengaruh Hindu Buddha di Timur Jauh yang jaraknya beribu kilometer dari negara Arab? Mereka telah dapat mengagak, kemungkinan ahli bait yang mereka cari itu telah lari ke Timur Jauh!

Dari situ mereka mula ingin belajar mengenali musuh baru mereka!

Keturunah Keturah?


Siapakah Bani Jawi? 
-Apa Misi rahasia Bani Jawi? 

Siapakah Bani Jawi - Jawa/Melayu? Dari manakah asalnya Melayu itu? Ketika ramai ilmuwan memperdebatkan kaum-kaum yang hilang seperti The Lost Tribe of Israel, Atlantis, Lemuria, Sodom and Gomorrah malah masih mencari-cari siapakah Gog and Magog, rahasia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini?

bani jawi = adalah sebutan yg diberikan orang2 arab sejak zaman dulu untuk menyebutkan orang2 islam yg berasal dari Nusantara atau Asia Tenggara. jadi bani jawi tidak merujuk pada suku jawa saja tetapi juga semua ras keturunan melayu di Asia Tenggara

Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan Rahasia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan....

Bangsa Paling Rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini, yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membangun kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, 'di penghujung dunia'. Bangsa yang hilang masih tidur dan ditidurkan...

...... dimanakah bangsa misteri ini meneruskan perjalanan mereka? Masih adakah masa lagi untuk menjejaki mereka? 


Mengapa Israel bersusah-payah membangun pangkalan dan pengaruhnya di Singapura? 

Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?

Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura? 

Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi? 

Apakah dia alter Paling Rahasia Bangsa Melayu?.

Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?


'Dihujung Dunia' bangsa ini masih nyenyak tidur! 


.. Bangsa paling rahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia....

.....Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu, beliau telah menamakan semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaituTanah Emas. Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membangun negarakota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir. Kajian dari manuskrip kuno Firaun Mesir dan hieroglif di dinding-dinding kuil telah mendapati bahan pengawet, kapur barus dan rempah-rempah untuk upacara ritual mengawet mayat diimport dari sebuah kawasan di sebelah Nusantara ini. 

Apa yang terjadi di Nusantara beribu tahun yang silam? 

Perdagangan rempah telah berjalan beribu tahun dahulu malah bangsa misteri di Nusantara telah mampu mengeksport emas dikala kerajaan lain hanya mampu memperdagangkan kendi-kendi, gendang dan seramik purba. 

ADAKAH SEJARAH YANG KITA BACA SELAMA INI BETUL-BETUL TEPAT?......

... Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang, lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.... 

...... Di selat Melaka, kedua-dua kumpulan ini bertemu. Kumpulan yang tiba melalui jalan laut (yang banyak menetap di Kepulauan Indonesia) bertemu saudara mereka (kumpulan yang tiba melalui jalan darat-majoriti menetap di Semenanjung 'Emas' Tanah Melayu). Mereka adalah serumpun dan bersaudara.

Sudah lama (ratusan tahun) mereka terpisah. Bangsa Keturah telah bersatu di Selat Melaka di  'Tanah Yang Dijanjikan' The Land of The East'....... 


.......... Apakah rahasia bangsa Melayu 2500 tahun dahulu? Apakah yang ditemui oleh rombongan kerajaan Nabi Sulaiman di Nusantara? Apakah perjanjian rahsia para Firaun di The Land of The Gods? .......... 

....Anehnya, para Firaun ini mendakwa nenek moyang mereka berasal dari tanah ini, yang digelar.... 'THE LAND OF THE GODS'
 
????

Kepada bangsa 'Mala' di Indonesia dan Malaysia, kita dipisahkan oleh penjajah-penjajah barat. Kita adalah serumpun dan bersaudara. Belanda dan Inggeris lah dalang pemisahan kita. Hentikan segala sengketa yang terlampau bodoh dan merugikan, bersatulah. Biar bangsa Mala bangkit maju seperti masa-masa yang lalu.

Ini tanah kita. Ini bumi kita. Ini adalah "The Promised Land".
- Tulisan asal Srikandi di Mistisfiles yang kini telah tersebar luas di seluruh Nusantara.





Jika diteliti terdapat satu rahsia penting yang boleh menghuraikan misteri mengapa orang Melayu Nusantara (Jawi) dengan rela hati tanpa paksaan menukar agamanya serentak sebaik sahaja diperkenalkan Islam. Contoh terbaik adalah keadaan di Pulau Jawa, raja dan rakyat telah mengenepikan agama Buddha atau Hindu dan beramai-ramai memeluk Islam. Ketaatan anutan mereka terhadap agama terdahulu bukanlah calang. Lihat sahaja Candi Borobudur. Ia merupakan warisan hebat budaya Buddha di Indonesia yang terletak di Magelang, Jawa Tengah telah dengan mudah diketepikan.


Tiada lagi penganut Buddha dan Hindu. semuanya memilih Islam. Kehilangan terus pengaruh Buddha di Indonesia juga merupakan satu bukti bahawa umat Jawi ini sentiasa memilih agama yang “benar”. Ia menjadi misteri kepada pengkaji sejarah. Keanehan ini tentulah mempunyai sebab musababnya selain daripada pertolongan Allah swt. 


Kita harus melihat agama Hindu dan Buddha yang menjadi agama rasmi mereka sebelum ini. Mereka bukan penganut membabi buta. Mereka bangsa yang bertamaddun. Agama mereka bukanlah agama Hindu dan Buddha yang ada pada hari ini, agama mereka sebenarnya adalah agama “Haniff” yang dibawa oleh Utusan Allah. 

Borobudur


Jika diperhatikan, setelah Indonesia, Brunei, Philipina, Fatani dan Malaysia dijajah selama 350 tahun oleh Portugis. Spanyol, Belanda dan British mahupun Thailand salah satu misi mereka adalah mengkafirkan umat Islam, tetapi umat Islam di Asia Tenggara tidak dapat di musnahkan dengan mudah, malah semakin kuat. Hal sedemikian tidak terjadi di  benua Afrika dan benua Amerika. Malah penjajahan di Afrika dapat mengubah agama di sana.  Kita boleh lihat sejarah Senegal, Mali, Nigeria dan juga negara-negara seluruh benua Amerika.

Sorotan dari penulisan anak Indonesia, kajian yang menarik untuk direnungi:

Misteri Leluhur Bangsa Jawa – Melayu (JAWI)http://kanzunqalam.wordpress.com/

Di dalam Mitologi Jawa diceritakan bahwa salah satu leluhur Bangsa Sunda (Jawa) adalah Batara Brahma atau Sri Maharaja Sunda, yang bermukim di Gunung Mahera.

Selain itu, nama Batara Brahma, juga terdapat di dalam Silsilah Babad Tanah Jawi. Di dalam Silsilah itu, bermula dari Nabi Adam yang berputeraNabi Syits, kemudian Nabi Syits menurunkan Sang Hyang Nur Cahya, yang menurunkan Sang Hyang Nur Rasa. Sang Hyang Nur Rasakemudian menurunkan Sang Hyang Wenang, yang menurunkan Sang Hyang Tunggal. Dan Sang Hyang Tunggal, kemudian menurunkan Batara Guru, yang menurunkan Batara Brahma.

Berdasarkan pemahaman dari naskah-naskah kuno bangsa Jawa, Batara Brahma merupakan leluhur dari raja-raja di tanah Jawa.

Budaya Klasik Jawa penuh rahsia
Bani Jawi Keturunan Nabi Ibrahim

Di dalam Kitab 'al-Kamil fi al-Tarikh' tulisan Ibnu Athir, menyatakan bahwa Bani Jawi (yang di dalamnya termasuk Bangsa Sunda, Jawa, Melayu Sumatera, Bugis... dsb), adalah keturunan Nabi Ibrahim.

Bani Jawi sebagai keturunan Nabi Ibrahim, semakin nyata, ketika baru-baru ini, dari penelitian seorang Profesor Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM), diperoleh data bahwa, di dalam darah DNA Melayu, terdapat 27% Variant Mediterranaen (merupakan DNA bangsa-bangsa EURO-Semitik).

Variant Mediterranaen sendiri terdapat juga di dalam DNA keturunan Nabi Ibrahim yang lain, seperti pada bangsa Arab dan Bani Israil.


Sekilas dari beberapa pernyataan di atas, sepertinya terdapat perbedaan yang sangat mendasar. Akan tetapi, setelah melalui penyelusuran yang lebih mendalam, diperoleh fakta, bahwa Brahma yang terdapat di dalam Metologi Jawa indentik dengan Nabi Ibrahim.


Brahma adalah Nabi Ibrahim

Mitos atau Legenda, terkadang merupakan peristiwa sejarah. Akan tetapi, peristiwa tersebut menjadi kabur, ketika kejadiannya di lebih-lebihkan dari kenyataan yang ada.

Mitos Brahma sebagai leluhur bangsa-bangsa di Nusantara, boleh jadi merupakan peristiwa sejarah, yakni mengenai kedatangan Nabi Ibrahim untuk berdakwah, dimana kemudian beliau beristeri Siti Qanturah (Qatura/Keturah), yang kelak akan menjadi leluhur Bani Jawi (Melayu Deutro).

Dan kita telah sama pahami bahwa, Nabi Ibrahim berasal dari bangsa 'Ibriyah, kata 'Ibriyah berasal dari 'ain, ba, ra atau 'abara yang berarti menyeberang. Nama Ibra-him (alif ba ra-ha ya mim), merupakan asal dari nama Brahma (ba ra-ha mim).


Beberapa fakta yang menunjukkan bahwa Brahma yang terdapat di dalam Mitologi Jawa adalah Nabi Ibrahim, di antaranya :

1. Nabi Ibrahim memiliki isteri bernama Sara, sementara Brahma pasangannya bernama Saraswati.

2. Nabi Ibrahim hampir mengorbankan anak sulungnya yang bernama Ismail, sementara Brahma terhadap anak sulungnya yang bernama Atharva(Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali)...

3. Brahma adalah perlambang Monotheisme, yaitu keyakinan kepada Tuhan Yang Esa (Brahman), sementara Nabi Ibrahim adalah Rasul yang mengajarkan ke-ESA-an ALLAH.

Ajaran Monotheisme di dalam Kitab Veda, antara lain :

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan, Dia tidak pernah dilahirkan, Dia yg berhak disembah

Yajurveda Ch. 40 V. 8 menyatakan bahwa Tuhan tidak berbentuk dan dia suci

Atharvaveda Bk. 20 Hymn 58 V. 3 menyatakan bahwa sungguh Tuhan itu Maha Besar

Yajurveda Ch. 32 V. 3 menyatakan bahwa tidak ada rupa bagi Tuhan

Rigveda Bk. 1 Hymn 1 V. 1 menyebutkan : kami tidak menyembah kecuali Tuhan yg satu

Rigveda Bk. 6 Hymn 45 V. 6 menyebutkan “sembahlah Dia saja, Tuhan yang sesungguhnya”

Dalam Brahama Sutra disebutkan : “Hanya ada satu Tuhan, tidak ada yg kedua. Tuhan tidak berbilang sama sekali”.

Ajaran Monotheisme di dalam Veda, pada mulanya berasal dari Brahma (Nabi Ibrahim). Jadi makna awal dari Brahma bukanlah Pencipta, melainkan pembawa ajaran dari yang Maha Pencipta.

4. Nabi Ibrahim mendirikan Baitullah (Ka'bah) di Bakkah (Makkah), sementara Brahma membangun rumah Tuhan, agar Tuhan di ingat di sana (Muhammad in Parsi, Hindoo and Buddhist, tulisan A.H. Vidyarthi dan U. Ali).

Bahkan secara rinci, kitab Veda menceritakan tentang bangunan tersebut :

Tempat kediaman malaikat ini, mempunyai delapan putaran dan sembilan pintu... (Atharva Veda 10:2:31)

Kitab Veda memberi gambaran sebenarnya tentang Ka'bah yang didirikan Nabi Ibrahim.

Makna delapan putaran adalah delapan garis alami yang mengitari wilayah Bakkah, diantara perbukitan, yaitu Jabl Khalij, Jabl Kaikan, Jabl Hindi, Jabl Lala, Jabl Kada, Jabl Hadida, Jabl Abi Qabes dan Jabl Umar.

Sementara sembilan pintu terdiri dari : Bab Ibrahim, Bab al Vida, Bab al Safa, Bab Ali, Bab Abbas, Bab al Nabi, Bab al Salam, Bab al Ziarat dan Bab al Haram.

Kaabah


Monotheisme Ibrahim


Peninggalan Nabi Ibrahim, sebagai Rasul pembawa ajaran Monotheisme, jejaknya masih dapat terlihat pada keyakinan suku Jawa, yang merupakan suku terbesar dari Bani Jawi.
Suku Jawa sudah sejak dahulu, mereka menganut monotheisme, seperti keyakinan adanya Sang Hyang Widhi atau Sangkan Paraning Dumadi.
Selain suku Jawa, pemahaman monotheisme juga terdapat di dalam masyarakat Sunda Kuno. Hal ini bisa kita jumpai pada Keyakinan Sunda Wiwitan. Mereka meyakini adanya 'Allah Yang Maha Kuasa', yang dilambangkan dengan ucapan bahasa 'Nu Ngersakeun' atau disebut juga 'Sang Hyang Keresa'.
Dengan demikian, adalah sangat wajar jika kemudian mayoritas Bani Jawi (khususnya masyarakat Jawa) menerima Islam sebagai keyakinannya. Karena pada hakekatnya, Islam adalah penyempurna dari ajaran Monotheisme (Tauhid) yang di bawa oleh leluhurnya Nabi Ibrahim.
Peradaban Sundaland pernah mencapai masa ke-emasan, hal ini bisa terlihat melalui usia Astronomi Jawa (Pakuwon), yang diperkirakan telah berusia 17.000 tahun lebih (lihat postingan Suzaku Musha, di halaman 63).
Ketika terjadi peristiwa banjir Nuh, semua peradaban di bumi termasuk Peradaban Sundaland musnah. Dengan demikian, andaikan ada keturunan Nabi Syith-Delajah (berdasarkan pendapat gantenguy), sesungguhnya peradaban kaum tersebut telah binasa, karena mereka yang tesisa, adalah Nabi Nuh beserta pengikutnya yang berpegang teguh kepada Syariat Allah.

Gambaran Pelabuhan Melayu Purba