Pengarah Jaheik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM20,000 bagi melaksanakan program tersebut. “Komputer itu diberikan kepada semua ketua jajahan selaku pengerusi masjid, dan ini adalah peringkat pertama sebagai ‘pilot projek’ untuk masjid-masjid di negeri ini. Ini bermakna kita sekarang ini cuba onlinekan kepada awam,” tambah beliau. Beliau bercakap kepada pemberita pada Perasmian Makmal Cyber Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dan Pengurniaan Komputer Riba Bersama Password E-Nikah kepada Pengerusi-Pengerusi Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). Pengurniaan itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dekat sini petang semalam. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan. Mengulas penggunaan Makmal Cyber Masjid membabitkan pengguna golongan belia, Mohd Rahim berkata langkah itu ke arah mepastikan bahawa pembangunan ICT dapat dimanfaatkan oleh semua belia secara berhemah. “Mereka harus menggunakan komputer itu secara baik dan di bawah pemantauan di mana masjid mengambil peranannya bagi mempastikan remaja hari ini dibela dan diberi keperluan mereka secara adil. “Apabila kita dapat mempastikan semua masjid mempunyai internet, kita nak mempastikan Kelantan menjadi ‘Lembah Cyber Negara’, insya Allah dengan kerjasama agensi tertentu di samping sokongan Maik sendiri dalam menjayakan program ini,” katanya. Menurutnya, penggunaan komputer di masjid membabitkan golongan belia adalah pendekatan terbaru dalam usaha kerajaan negeri mendekati remaja. “Dengan mengadakan cyber di masjid itu bermakna kita berusaha mempastikan selera mereka dilayan secara yang betul dan di bawah pemantauan yang berterusan,” katanya. Beliau berkata menerusi program ini juga pihak masjid memberi kemudahan kepada masyarakat awam di sekitar kawasan Masjid Kubang Kerian khususnya untuk mendapat ‘capaian’ internet percuma secara 24 jam. |
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
السلام عليكم
Pengujung Istimewa
Sabtu, November 05, 2011
komputer riba untuk masjid bandar, jajahan
Jumaat, November 04, 2011
Srivijaya-kerajaan Islam yang dilupakan
Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.
Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagaiTok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.
Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.
http://mindaahad.wordpress.com/2010/09/22/sri-wijaya-kerajaan-islam-yang-disepikan/
Info Tiket Musim 2012
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Kemungkinan tiket terbuka untuk musim 2012 akan diturunkan dari Rm12 kepada Rm10 bagi mereka yang membeli tiket untuk semusim.
Tiket terbuka kekal Rm12 bagi mereka yang menempah secara Online ( tidak termasuk caj untuk tempahan ), Harga tiket tempat duduk Astaka juga kekal Rm25 manakala tiket untuk menyaksikan perlawanan AFC CUP 2012 di Stadium Bukit Jalil membabitkan Kelantan kemungkinan berharga Rm20.
Jumlah perlawanan Kelantan bagi musim 2012 pula ialah 27 perlawanan untuk Sumbangsih dan Liga Super, 9 Perlawanan untuk Piala FA 2012 dan 4 Perlawanan untuk Singapura / Malaysia Champions Cup.25 Perlawanan di Kota Bharu, 5 perlawanan di Stadium Bukit Jalil dan 30 perlawanan di tempat lawan.
Jelik!! Maksiat Beleluasa Dikalangan Kerabat Diraja Arab Saudi
"
Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat berteraskan aliran fahaman Wahabi, tetapi di belakang tabir kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.
"Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup," kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.
Keluarga raja
Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.
Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.
Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.
Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.
Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.
Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur - perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.
Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.
Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi - kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff - memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan. Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.
Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.
http://siasahkini.blogspot.com/2011/11/jelikmaksiat-beleluasa-dikalangan.html"
Sabtu, Oktober 22, 2011
Sultan Muhamad V terima DK Perlis
KOTA BAHARU– Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, berkenan menerima darjah kebesaran kerabat Raja Perlis (DK) sempena hari keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang ke-68 di Istana Negeri Kubang Kerian, di sini.Istiadat penganugerahan itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sebagai mewakili Raja Perlis.
Turut berangkat ialah Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu, mufti kedua-dua kerajaan negeri itu, Datuk Mohamad Shukri Mohamad dan Dr Juanda Jaya, Tengku Laksamana Kelantan, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Zainuddin Ibrahim dan Setiausaha Kerajaan Perlis, Datuk Azizan Hamid.
Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dalam kenyataan akhbar ringkasnya merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih kepada rombongan diraja Perlis yang telah berangkat ke Kelantan hari ini.
Katanya, ini bukti hubungan erat keluarga diraja Kelantan dan keluarga diraja Perlis.
“Moga-moga rakyat jelata akan terus menikmati kebahagian di bawah naungan Sultan Muhammad V dan rakyat negeri Perlis di bawah naungan Rajanya,” kata beliau.
Beliau berkata, darjah kebesaran berkenaan yang dizahirkan pada 21 September 1995 mengandungi kalung, bintang, selempang dan lencana.
Katanya, ia biasanya dikurniakan kepada raja-raja, kerabat-kerabat kanan diraja Perlis serta pihak tertentu atas perkenan Raja Perlis.
“Pengurniaan ini adalah sempena Hari Keputeraan Baginda Raja Perlis pada tahun 2011 baru-baru ini,” katanya.
Sabtu, Oktober 15, 2011
Rancangan penyembah syaitan
Ok, firstly aku akan dedahkan pasal secret society around the world, Maybe ramai antara korang dah tahu pasal ni, maybe ramai lagi yg masih kabur dan x tau langsung aku permudahkan, secret society tu adalah pertubuhan2 rahsia yg telah diilhamkan oleh dajal laknatullah untk merencanakan dan melaksanakan rancangan2 jahat dan kotor mereka-
New World Order, terdapat banyak secret2 society seluruh dunia ni, contoh2 secret society ini adalah Freemason, Illuminati, Bilderbergh Group, Knight Of Malta, Skull And Bones, Priory Of Sion, Society Of Jesus/ Jesuit dan banyak lagi.
Samada kita semua sedar ataupun tidak, dunia kita ini sebenarnye dikawal oleh mereka, teruskan membaca… aku akan rungkaikan sedikit demi sedikit persoalan ini, Permulaan kepada pengakhiran sudah bermula.
Pengenalan Freemason.
Freemason. Mungkin ramai antara korang dah tahu apa itu Freemason ini amat berpengaruh di seluruh dunia, Lodge-lodge mereka terdapat di seluruh dunia, termasuklah di negara kita yang tercinta ini. Malaysia,
Tuan Guru Nik Aziz pernah mengusulkan pengharaman Freemason ini di parlimen satu ketika dulu tetapi gagal. Di Malaysia, Freemason didaftarkan sebagai Pertubuhan Persaudaraan untuk menyembunyikan tujuan sebenar mereka. Contoh :
Pertubuhan di bawah Freemason
ialah Rotary Club dan Lion Club, Amerika sendiri adalah negara Freemason,George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason.
ialah Rotary Club dan Lion Club, Amerika sendiri adalah negara Freemason,George Washington yang juga Presiden Amerika pertama merupakan Grand Master 33rd Degree iaitu pangkat paling tinggi dalam Freemason ini. Boleh dikatakan semua Presiden Amerika adalah ahli Freemason dan mereka mengikut arahan dari orang atasan Freemason.
Orang atasan Freemason pula mengikut arahan Dajal laknatullah, Jika mereka ingkar atau tidak mengikut arahan yang diberikan kepada mereka, mereka akan dibunuh atau dujatuhkan reputasi.
Contoh, Abraham Lincoln dan John F. Kennedy. Saya akan update lagi pasal Freemason ni nanti. Untuk kali ini aku akan ceritakan tentang asal-usul dan perancangan jahat mereka.
Freemason ini ialah sebuah pertubuhan Yahudi yang telah didirikan sejak lebih kurang tahun 900 SM, dan mempunyai sepuluh program antarabangsa, program ini dlm istilah Freemason dinamakan ‘HARAR’ or ‘SATANIM’, berlambangkan sotong kurita (octopus) berkaki sepuluh, ular berbisa (serpent) berkepala sepuluh, dan hantu penerkam berkuku besi.
Program pertama.
Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan ‘TAKKIM’ :
Program pertama dalam istilah Freemason dinamakan ‘TAKKIM’ :
Pada zaman Nabi Isa a.s orang-orang Yahudi dengan segala tipu daya ingin membunuh Nabi Isa a.s. Antara fitnah keji – ‘ Nabi Isa a.s. ingin menjadi Raja Yahudi’ yang disampaikan kepada kerajaan rom tetapi Allah S.W.T. telah selamatkan Nabi Isa a.s dan menggantinya dengan seorang lelaki bernama Judas. Maka setelah Nabi Isa diangkat ke langit, Yahudi masih berusaha menghancurkan ajaran Nabi Isa a.s. yang sudah disebarkan dengan program ‘TAKKIM’ iaitu :
- Merosakkan ajaran Nabi Isa a.s. yang ada seperti menghalalkan yang haram dan sebaliknya.
- Merosakkan akidah dengan Doktrin Trinitas (konsep yang digunakan oleh penganut ajaran Kristian sekarang yang dibawa oleh Paulus- aku akan cerita lebih lanjut macam mana Paulus menyebarkan ajaran Doktrin Trinitas nanti).
- Merosakkan Injil (Bible) yang ada dengan Injil palsu.
- Pope dijadikan tandingan Nabi Isa a.s.
Pada zaman Islam :
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin…mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar dan muhajirin…
- Pada zaman Rasulullah s.a.w, orang2 Yahudi memupuk munafiqin dan muhadin…mereka diantaranya berusaha menfitnah isteri nabi, mengacau ajaran Islam, memecah-belah kaum ansar dan muhajirin…
- Melaga-lagakan Ali r.a. dan Muawiyah r.a. sehingga Aisyah r.a. masuk campur.
- Membuat ratusan hadis2 palsu, memasukkan dongeng israeliyat, mengubah penafsiran al-Quran dan sebagainya.
- Mendangkalkan aqidah umat islam dengan falsafah Yunani sehingga timbul aliran kerahiban, tarikat sufi, mu’tazilah dan sebagainya, maka lahirlah cendikiawan2 Islam yang menghuraikan akidah islam dengan cara falsafah Yunani, menuruti pemikiran Aflatun (Plato), Aristun (Aristotles) dan lainnya.
- Mewujudkan lembaga pendidikan Islam yang dipimpin seorang alim didikan Freemasonry yang menafsirkan al-Quran dan hadis sesuai dengan pemikiran Freemasonry.
- Menghidupkan sunnah2 jahilliah dengan alasan memelihara adat istiadat nenek moyang.
- Menjadikan Islam supaya tasyabbuh, selari dengan nasrani dan agama lain, antaranya dengan memasukkan bentuk nyanyian gereja ke masjid, ulangtahun dan sebagainya.
Program kedua.
dinamakan ‘SHADA’ :
dinamakan ‘SHADA’ :
- bermaksud membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia.
- salah satunya ialah di India ketika islam bangkit untuk kembali kepada al-quran dan hadis dan menyerukn ‘jihad fisabilillah’, pihak penjajah Inggeris bekerjasama dgn Freemasonry menubuhkan gerakan anti-jihad, antara lain ialah dengan menggalakkan ahli sufi dan ulama menganggotai Freemasonry.
Seorang Freemason iaitu ‘Mirza Ghulam Ahmad’, sapa2 yang ambil SPM mesti kenal Mirza Ghulam Ahmad ni, ada dalam silibus Pendidikan Islam tingkatan 5- Pengasas Ajaran Sesat, dia mendakwa dirinya sebagai nabi akhir zaman, Bhuda Awatara,
Krishna dan sebagainya, Rabithah Alam Islami yg brsidang di Makkah 14-18 Rabiul awal, tahun 1394 Hijrah memutuskan bahawa ajran ‘Ahmadiah’ itu bukan islam dan ia berkait rapat dengan Zionisme.
- Kes-kes ‘aliran sesat islam’ yang beredar di Indonesia seperti solat dua bahasa dan lainnya, kemungkinn besar ianya berkaitan dengan program Freemason ni.
Program ketiga.
dinamakan ‘PAROKIM’ :
dinamakan ‘PAROKIM’ :
- Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan.
- Mengembangkan Freemason tempatan (domestik) dalam suatu negara dengan nama tempatan, akan tetapi tetap tidak lari dari asas dan tujuan Freemason.
- Mendukung teori2 bertentangan.
- Membangkitkan bida’ah dan khufarat – menyebarkan teori Sigmond Freud dan Charles Darwin sehingga antara ilmu pengetahuan dan agama itu bersaing, cuba utuk kalah-mengalahkan satu sama lain.
Program keempat.
dinamakan ‘LIBARIM’ :
dinamakan ‘LIBARIM’ :
- Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas.
- Menghapuskan hukum yang melarang kahwin antara agama untuk mencipta generasi bebas agama (atheism dan freethinker).
- Pengembangan pendidikan seks di sekolah-sekolah.
- Persamaan hak antara lelaki dan perempuan dalam hal ‘kedudukan waris’ dan ‘pakaian’.
- Menggembalakan pemuda-pemudi ke dunia khayalan, dunia muzik, dan narkotik, AF,Malaysian Idol, OIM.
- Mendirikan bait-satan (rumah syaitan) untuk menampung pemuda-pemudi ke alamnya.
- Mengorganisasi kaum gay, lesbian, lutherian serta menggalakkn perakuan menuntut hak mereka dalam hukum.
Program kelima.
dinamakan ‘BABILL’ :
dinamakan ‘BABILL’ :
- Memupuk asas kebangsaan dalam setiap bangsa.
- Menjaga kemurnian bangsa Yahudi.
Program keenam.
dinamakan ‘ONAN’ :
dinamakan ‘ONAN’ :
- Mengekang pertumbuhan bangsa goyim (orang selain Yahudi)
- Menggalakkan perempuan2 yahudi agar menjadi subur.
Program ketujuh.
dinamakan ‘PROTOKOL’ :
dinamakan ‘PROTOKOL’ :
- dalam istilah Freemasonry, protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam suhyuniah (zionisme) yang dimulai dengan penyebaran protokol, isi protokol adalah tentang rancangan Yahudi untuk menguasai dunia, diantaranya ialah penghancuran ekonomi suatu negara,
penghancuran moral suatu bangsa dan banyak lagi, dengan program protokol ini, bangsa yahudi dapat menjdi penguasa ekonomi dunia, pengaturcara politik dan penerangan (medium, media) dunia.
Program kelapan.
disebut ‘GORGAH’ :
disebut ‘GORGAH’ :
- Untuk merosakkan para pemimpin negara, ulama dan parti, mereka harus dijerumuskan dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan, pepatah Yahudi mengatakan ”jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat suatu permainan soal-siasat.”
- Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat, jika namanya disiarkan sehingga kehormatannya terjejas, itu adalah satu kejayaan.
- Menyebarkan ejen kasisah, iaitu intel Freemasonry untuk menghancurkan martabat musuh di tempt2 maksiat.
- Mendirikan pusat perjudian terbesar dan moden.
- Melemahkan musuh dengan perempuan dan ubat khusus.
Program kesembilan.
dinamakan ‘PLOTISME’ :
dinamakan ‘PLOTISME’ :
- Mendidik alim-ulama dalam plotis yang fahamannya terumbang-ambing.
- Alim-ulama plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah2 dan pertubuhan2 Islam.
- Alim-ulama Plotis harus diangkat menjadi anggota kehormat Freemason.
Program kesepuluh.
dinamakan ‘QORNUN’ :
dinamakan ‘QORNUN’ :
- Orang2 yang terpilih yang disyaki berbahaya kpd Freemasonry diangkat agar menjadi kaya-raya sehingga bergelumang harta benda, tetapi akhirnya di peras secara halus oleh suruhan Freemasonry.
- Memberi dana pendidikan bagi pendidikan agama, memberi dana dalam hal perniagaan, pertanian dan sebagainya sehingga mereka sibuk dalam keduniaan (materialisme).
- Musuh2 Freemasonry akan diperdaya agar terjerat riba (interest) oleh bank Freemasonry.
- Menghasut dan memberi jalan dengan berbagai cara agar bank selain dari bank Yahudi melakukan rasuah sehingga bank tersebut hancur dan kemudian bank itu diberi bantuan bank Freemasonry dengan ikatan yang kuat,
bank itu akan beroperasi kembali dengan 75% modal Yahudi, kemudian pemimpin2 bank tersebut diberi ajaran Freemasonry dan menjadi anggotanya.
Dari data2 tersebut dapat kita lihat bahwa begitu berkembangnya program2 Freemasonry dan Allah s.w.t. telah memberi peringatan dalam al-quran bahawa mereka (Freemason) itu saling bantu membantu dan menjadi pelindung satu dengan yang lain.
Pada lafaz “illa taf’aluuhu” Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk mengadakan saingan program tansiq iaitu penyatuan hati umat islam dalam hal ini, ulama Islam sebagai pemegang amanah para rasul2 seharusnya bersatu untuk memimpin dan membangunkan program tandingan sedunia yang insya-allah pasti akan menyaingi dan menghancurkn program2 Freemason ni.
Malaysia ni dah lama bertapaknya Freemason, masa zaman pnjajahan British dulu bermulanya kemasukan Freemason ke dalam negara kita, aku akan postkemudian tentang ni…. stay tuned.
p/s Kalau anda semua perasan kebanyakan logo2 Freemason dan Illuminati ada lambang mata satu, Mata Satu= Dajal
Download Konspirasi Dunia Disini
Wallahualam, Free our mind
Menteri Besar Kelantan dalam kenangan
1) Haji Nik Mahmud Bin Haji Ismail (Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja) 1921-1944.
Beliau adalah pembesar negeri yang paling berpengaruh dalam pentadbiran Negeri Kelantan pada tahun-tahun sebelum Perang Dunia Kedua. Menteri Besar Kelantan ini bergelar Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja. Anak kepada Tok Khadhi Haji Ismail bin Haji Mahmud dan Hajjah Wan Aishah bt. Osman ini dilahirkan di Kota Bharu pada akhir tahun 1882. Pada tahun 1898 beliau dibawa oleh bondanya ke Mekah dan berguru dengan Shiekh Wan Ahmad Bin Mohd Zain al-Fatani yang tersohor ketika itu.
Penglibatan Haji Nik Mahmud dalam pentadbiran negeri bermula pada tahun 1907 apabila beliau berkhidmat di Pejabat Tanah Kota Bharu dan pada tahun 1908 berkhidmat sebagai kerani di Istana Balai Besar (Pusat Pentadbiran Negeri ketika itu). Kecekapan beliau menjalankan tugas menyebabkan beliau dilantik pula kejawatan Penolong Setiausaha Sulit kepada Sultan Kelantan.
Kepimpinan Haji Nik Mahmud kian terserlah apabila dipilih menjadi Penolong kepada Menteri Besar Encik Hassan b Mohd Salleh dengan mandate menjalankan tugas-tugas seorang Menteri Besar. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar pada 30 April 1921 dengan kurniaan gelaran Dato’ Perdana Menteri Paduka Raja. Gelaran ini sering diringkaskan dengan panggilan Dato’ Perdana Menteri sahaja atau Dato’ Besar.
Sebagai perancang dan pentadbir yang pintar, sumbangan dalam kemajuan pentadbiran kerajaan sangat besar. Antaranya menyusun semula sistem pentadbiran, memperkenalkan arahan perkhidmatan mirip “Perintah Am”, sistem gaji baru Pegawai Kerajaan dan mengendalikan kes tuntutan guaman Kompeni Duff terhadap Kerajaan Kelantan.
Faktor kesihatan mendorong beliau melepaskan jawatan Menteri Besar pada 27 December 1944 dan diganti oleh puteranya, Nik Ahmad Kamil yang menjadi Timbalan Menteri Besar ketika itu. Beliau telah meninggal dunia pada 18 Ogos 1964.
2) Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja) 1944-1953.
2) Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud (Dato’ Seri Setia Raja) 1944-1953.
Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil Bin Nik Mahmud ialah seorang anak kebanggaan Kelantan yang mencapai kecemerlangan dalam banyak bidang termasuk pendidikan, perkhidmatan kerajaan, koperat dan kerjaya politik. Beliau ialah Menteri Besar Kelantan dari tahun 1944-1953. Sebelum menjadi teraju utama kerajaan negeri, beliau dilantik menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1934 dan Timbalan Menteri Besar Kelantan pada tahun 1938. Beliau juga salah seorang dari Ahli Rombongan Misi Kemerdekaan yang turut ke London pada tahun 1956 bagi merundingkan bagi merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada British.
Beliau dilahirkan pada 7 Julai 1909 dan mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadi, Majlis Ugama Islam Kelantan sebelum melanjutkan pelajaran di Kolej Melayu Kuala Kangsar 1925 sehingga lulus peperiksaan Senior Cambridge. Pada tahun 1926 beliau telah dihantar oleh Kerajaan Negeri untuk melanjutkan pengajian Undang-undang di United Kingdom sehingga lulus Ijazah “Barrister at Law” dari Lincoln’s Inn pada November 1930.
Perkhidmatan beliau dalam kerajaan bermula dengan perlantikan sebagai Pelatih Penolong Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan pada tahun 1931. Beliau pernah menjadi Penolong Pegawai Daerah Pasir Puteh dan Majistret Kelas I di Mahkamah Kota Bharu. Selepas dua tahun sebagai Majistret, beliau dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya.
Sejarah gemilang beliau dalam perkhidmatan awam termasuklah menjadi Pesuruhjaya Perdagangan Malaya ke Australia pada tahun 1957, Pesuruhjaya Tinggi Malaya ke United Kingdom pada tahun 1950, Setiausaha Tetap di Kementerian Luar Negeri pada tahun 1958. Beliau juga ialah Wakil Tetap Kerajaan Persekutuan Kerajaan Tanah Melayu ke Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1959. Beliau bersara daripada Perkhidmatan Awam pada Mei 1962.
Antara kegiatan dalam bidang koperat pula, beliau menjadi Pengerusi Syarikat Rothman of Pall-Mall (Malaysia) Bhd, pada tahun 1963 dan Pengerusi Public Bank pada tahun 1968. Pada Jun 1973 beliau dilantik sebagai Pro-Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia.
Penglibatan beliau dalam politik bermula dengan memasuki Persatuan Melayu Kelantan yang ditubuhkan pada tahun 1939. Pada tahun 1946 pula beliau menganggotai UMNO tetapi pada tahun 1955 telah memimpin Parti Negara Cawangan Kelantan. Pada tahun 1964, beliau telah dilantik sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.
3) Tengku Mohamad Hamzah Bin Tengku Zainal Abidin. (Tengku Sri Maharaja) 1953-1959.
Tengku Mohamad Hamzah Bin Tengku Zainal Abidin merupakan antara tokoh pentadbir dan politik yang terawal di Kelantan. Beliau memegang jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dari tahun 1938 hingga tahun 1953. Selepas itu, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan dari 1953 sehingga pilihanraya umum 1959.
Dilahirkan pada 30 Mei 1909 di Kampung Raja Muda, Kota Bharu. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah Muhammadiah Kota Bharu dan kemudiannya pendidikan di Sekolah Inggeris Kota Bharu. Dari situ, beliau menyambung pelajarannya di Singapura.
Kerjaya beliau yang luas dalam perkhidmatan Kerajaan bermula sebagai Hakim Pelatih pangkat Kedua di Mahkamah Kecil Pasir Mas pada 1 Mac 1926, diikuti sebagai Hakim pangkat pertama di Pasir Mas dan Tumpat pada 1 Januari 1929. Pada 1 Februari 1930, beliau dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tanah di Kota Bharu.
Setahun selepas itu, beliau memegang jawatan Setiausaha di Pejabat Datuk Perdana Menteri pada 26 Februari 1931. Dari situ, beliau dilantik Penolong Pegawai Daerah I di Pejabat Tanah Pasir Puteh dan pada 3 Oktober 1932 dilantik sebagai Pemungut Hasil Tanah di Pejabat Tanah Kota Bharu. Beliau pernah memangku jawatan Pemangku Menteri Besar semasa percutian Tan Sri Dato’ Nik Ahmad Kamil pada tahun 1950-1952.
Beliau melibatkan diri dalam politik dengan menjadi ahli Parti Negara yang dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar. Kegiatan beliau dalam pertubuhan kebajikan dan sukan terserlah apabila beliau pernah menjadi Presiden Kelab Rotary Kota Bharu dan juga Pengerusi Persatuan Olahraga Amatur Malaya Cawangan Kelantan.
Di atas kecemerlangan jasa dan sumbangan beliau, Tengku Muhammad Hamzah dianugerahkan Pingat Yang Gagah Perkasa pada tahun 1942 dan “Order of the British Empire” oleh Kerajaan British pada tahun 1946. Beliau dikurniakan gelaran Tengku Sri Maharaja pada 2 Julai 1935. Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia al-Muhammadi II (S.P.M.K) pada 2 Julai 1937 dan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati al-Yunusi (D.K) pada 22 Februari 1945.
4) Dato’ Haji Ishak Lotfi Bin Omar. 1959-1964.
Dilahirkan di Kampung Masjid Kota Bharu pada tahun 1917. Semasa kanak-kanak, beliau beliau belajar di Sekolah Majlis Agama Islam yang dikenali dengan Madrasah Muhammadiah, Jalan Sultan, Kota Bharu. Pada tahun 1928, beliau dihantar ke Mekah bagi mendalami bidang ugama dan pulang ke Kelantan pada tahun 1937. Pada tahun 1938-1948, beliau menganggotai Persetiaan Melayu Kelantan dan tidak berapa lama selepas itu dilantik menjadi Setiausaha pertubuhan itu.
Pada tahun 1949, beliau bertugas di Majlis Agama Islam Kelantan sebagai Pegawai Zakat selama 10 tahun. Walaubagaimanapun, beliau meletak jawatan untuk bertanding dalam pilihanraya umum 1959 dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Ketereh atas tiket Parti PAS dan dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun yang sama
Selepas 5 tahun memegang jawatan Menteri Besar, beliau dilantik pula memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan. Pada tahun 1973, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan kali yang kedua tetapi beliau meletak jawatan pada tahun 1975 dan tidak lagi bergiat cergas dalam politik. Beliau meninggal dunia pada tahun 1992.
5) Dato’ Haji Mohd Asri Bin Haji Muda. 1964-1973.
Beliau merupakan seorang Nasionalis penting tanahair yang meniupkan semangat kemerdekaan dan penghayatan Islam. Peranan beliau dalam mencorakkan politik Kelantan sangat ketara. Bersama-sama dengan rakan seperjuangan dalam PAS, beliau berjaya membentuk kerajaan Negeri yang pertama di Kelantan selepas Pilihanraya Umum 1959.
Dilahirkan di Kampung Masjid, Kota Bharu pada 10 Oktober 1923. Pendidikan formalnya di Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan dan semasa pendudukan Jepun, beliau dipilih untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Bahasa Jepun “Mraikoa Korensho” di Melaka selama 4 tahun.
Beliau selanjutkannya berhijrah ke negeri Perak, bertugas sebagai guru di Gunung Semanggol dan turut menganggotai Hizbul Muslimin iaitu pertubuhan politik Islam pertama di Tanah Melayu. Semenjak itu, beliau terus aktif dlam politik negara. Bermula dengan jawatan Setiausaha Agung PAS Bukit Mertajam 1953, Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu dan Naib Yang di Pertua Agung PAS 1961-1964 dan Yang di Pertua Agung PAS 1969.
Sebagai wakil rakyat, beliau memegang dua keahlian serentak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Dewan Rakyat. Diperingkat negeri, beliau pernah memegang jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dan menjadi Menteri Besar Kelantan pada tahun 1964 hingga 1873.
Apabila partinya menyertai Kerajaan Campuran (PAS-Perikatan), beliau menganggotai Kabinet Persekutuan dan dilantik sebagai Menteri Kemajuan Tanah dan Tugas-Tugas Khas. Akibat krisis dalam PAS, beliau menubuhkan Parti Hizbul Muslimin Malaysia. Pada 22 November 1988 beliau menyertai UMNO dan bergiat sehingga akhir hayatnya pada 1992.
6) Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir. (Dato’ Bija Sura) 1973-1978
Dato’ Haji Mohamed Bin Nasir dilahirkan pada Januari 1916 di Kampung Kota, Kota Bharu. Neneknya Malin Padek berketurunan Sumatera Barat. Beliau menuntut di Sekolah Majlis Agama Islam Kelantan, Royal English School, Kuala Krai dan Kolej Pertanian Serdang dengan mendapat Diploma of Agriculture pada tahun 1937. Beliau meneruskan pelajaran dengan menuntut ilmu al-Quran dan Hadis dari Maulana Ahmad Ali Lahore dan Maulana Mohamed Shah. Kemudian beliau mengepalai gerakan dakwah di seluruh Kelantan.
Dalam tahun 1959, beliau mula berpolitik secara aktif dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan. Setelah memenangi Pilihanraya Umum 1974, beliau diberi mandat oleh Barisan Nasional untuk menerajui pentadbiran Kelantan sehinggalah beliau ditarik oleh Kerajaan Persekutuan untuk dilantik sebagai Senator dan seterusnya Menteri Tidak Berportfolio. Selain daripada memimpin Parti Berjasa, beliau juga cergas dalam khidmat sukarela seperti menjadi Presiden Perkim Kelantan, Presiden Bekas Perajurit Kelantan, Presiden JP Kelantan, Pengasas Sekolah Agama Balaghulmubin, Penaung Persatuan India Muslim Kelantan dan Pengasas Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan.
Antara karier penulisannya ialah usul lima, janji dan manusia ke bulan dari kaca mata al-Quran, perbandingan Islam & Kristian, menjawab ancaman Kristian, Prinsip Undang-Undang Tubuh Berjasa dan pelbagai nota kuliah dan makalah.
7) Tan Sri Dato’ Mohamed Bin Yaacob. (Dato’ Bentara Kanan) 1978-1990.
Tan Sri Dato’ Haji Mohamed Bin Yaacob ialah anak Kelantan yang mencapai banyak kejayaan di dalam bidang pentadbiran, perundangan dan juga politik. Beliau merupakan antara tokoh yang telah membawa pembangunan pesat di Negeri Kelantan. Dilahirkan di Kampung Palekbang, Tumpat pada 3 Januari 1926, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Laut, Tumpat pada tahun 1936. Kecemerlangannya dalam pelajaran menyebabkan beliau terpilih mengikuti Kelas Khas ‘Special Malay’ di Sekolah Inggeris Sultan Ismail, Kota Bharu.
Beliau mula bertugas sebagai kerani sementara di Pejabat Pos Kota Bharu dan menjadi Setiausaha Sulit Sultan Kelantan pada tahun 1953. Beliau menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang di Lincoln’s Inn, English sehingga lulus Ijazah “Barrister at Law” pada tahun 1958. Selepas itu, beliau bertugas sebagai Majistret di Muar dan Batu Pahat, Johor pada tahun 1959 dan Timbalan Pendakwaraya bagi negeri Perak pada tahun 1962. Pada tahun 1964, beliau menjadi Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu dan Penasihat Undang-Undang Johor pada tahun 1967.
Penglibatan beliau dalam politik bermula dalam tahun 1949 apabila beliau mengetuai Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas. Beliau mengetuai UMNO Bahagian Machang pada 1971 dan Bahagian Tanah Merah pada 1974. Pada tahun 1984, beliau menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan. Dalam Kerajaan Persekutuan, beliau memegang jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri. Beliau kemudiannya diberi tanggungjawab lebih besar sebagai Menteri Pelajaran dalam tahun 1973, Menteri Tenaga, Teknologi dan Pendidikan pada tahun 1974 dan Menteri Perusahaan Awam pada tahun 1976.
Pada pilihanraya tahun 1978, beliau bertanding kerusi Dewan Negeri Kawasan Air Lanas yang membawa kepada perlantikan beliau sebagai Menteri Besar. Kecemerlangan, bakti dan sumbangannya kepada negeri dan negara, beliau dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1976 dan gelaran Dato’ Bentara Kanan oleh KDYMM al-Sultan Kelantan pada 1979, dan pada tahun 1988 beliau menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) daripada Yang di Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri.
8) Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Dato’ Bentara Setia) 1990-.
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga ilmuan Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931. Beliau mendapat pendidikan awal di sebuah pondok di Jerteh, Terengganu. Pada tahun 1958, beliau telah ke India untuk mendalami ilmu Fiqh, usul Fiqh, tafsir al-Quran & al-Hadis di Universiti Deoband (Darul Ulum). Setelah menamat pengajian di India, Tuan Guru meneruskan lagi pelajaran di Mesir dimana beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Pengajian Bahasa & Ijazah Sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam.
Sekembalinya dari Mesir, beliau mula mengajar di kampung-kampung dan menjadi pengajar di Sekolah Maahad Muhammadi. Pada tahun 1967, beliau telah menyertai Parti Islam se-Malaysia (PAS) dan telah dipilih menjadi Ahli Parlimen Kelantan (Pengkalan Chepa) sehingga tahun 1986 dimana beliau telah bertanding di kawasan Parlimen Bachok.
Beliau telah dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat hingga ke saat ini dan menjadi Pesuruhjaya PAS Kelantan. Kehadiran beliau dalam kepimpinan PAS Kelantan telah merubah parti itu ke visi perjuangan Islam. Beliau telah menerajui parti PAS sehinggalah pada 23 Oktober 1990 di mana parti PAS bersama-sama Semangat 46 dan BERJASA telah membentuk Angkatan Perpaduan Ummah iaitu (APU) dan telah berjaya mengambil alih pemerintahan Negeri Kelantan dan Tuan Guru dipilih sebagai Menteri Besar Kelantan hingga hari ini.
Langgan:
Ulasan (Atom)