Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Ogos 27, 2011

Penggunaan Pistol & Senapang Oleh Pahlawan Melayu Dahulukala

Membaca artikel Al Semantani dari blog Melayu Nusantara serta Srikandi dari blog Mistisfiles mengenai senjata-senjata Melayu yang digelapkan membuatkan saya menonton semula filem Queen of Langkasuka (judul asalnya Queen of Pattani). Ada sesuatu yang menarik mengenai filem tersebut.





Memanglah filem tersebut dipenuhi fantasi dan jalan ceritanya pula menyeleweng daripada fakta sejarah. Tambahan pula, sejarah Kerajaan Melayu Patani tidak diajar di sekolah pada hari ini kerana dianggap sebagai sejarah Thailand! Pada mulanya, saya ketawa besar apabila salah satu watak utamanya, Prince of Pahang, yang berpakaian Melayu lengkap dengan samping dan tengkoloknya, dengan selamba menggunakan senjata seakan pistol dalam filem tersebut. Pengawal kepada Prince of Pahang pula dengan megah dan segak memegang senjata seakan senapang mengiringi Putera tersebut.








Kini barulah jelas kepada saya bahawa penggunaan senjata tersebut dikalangan orang Melayu pada masa dahulu bukanlah satu fantasi. Hanya berbeza nama sahaja. Orang Melayu pada masa dahulu mengenali senjata jenis pistol dengan nama Pemuras dan Terakol sementara senjata jenis senapang dikenali dengan nama Istinggar.








Setakat ini, hanya filem Queen of Langkasuka sahajalah satu-satunya filem Melayu di dunia yang memaparkan orang Melayu dahulu kala sudah cekap dan biasa menggunakan pistol dan senapang khususnya dalam peperangan. Malahan juga, ilmu ketenteraan dan strategi peperangan Kerajaan Melayu turut meliputi penggunaan baju besi dan penggunaan meriam gergasi.





Ironinya, filem tersebut dikeluarkan oleh sebuah negara yang bukan berbudaya Melayu dan masih lagi menjajah wilayah salah sebuah Kerajaan Melayu yang utama, malahan filem tersebut hampir keseluruhannya menggunakan Bahasa Thai dan tidak ada langsung Bahasa Melayu yang dipertuturkan.





Adakah kita masih ingin berpegang kepada fakta yang telah lama di'brainwash' dalam minda kita selama ini bahawa tentera Melayu dahulu kala hanya berkaki ayam sambil memegang keris dan tombak semata-mata, tumbang sebelum sempat bertempur akibat ditembak oleh pasukan bersenjata tentera penjajah dan hancur berkecai akibat dibom oleh meriam lawan?


...

...




Sama-samalah kita fikirkan...

Champa : Negara Melayu Yang Hilang Dari Peta Dunia




Ratusan tahun sebelum Bangsa Melayu menangisi kehilangan pulau Singapura, kita telah lama kehilangan satu wilayah yang cukup luas, iaitu hampir meliputi keseluruhan pantai timur Indochina. Lebih menyakitkan, wilayah tersebut menyimpan seribu satu rahsia dan bukti tamadun awal rumpun Melayu yang pernah menguasai hampir keseluruhan kawasan daratan dan perairan Asia Tenggara. Negara tersebut, tidak lain dan tidak bukan, adalah Champa, yang telah berhadapan dengan serangan dan migrasi besar-besaran secara berterusan selama ratusan tahun daripada satu kaum yang berasal dari selatan Negara China iaitu Dai-Viet. Kehilangan Champa sama seperti kehilangan Patani yang mewarisi keagungan Langkasuka juga akibat serangan dan migrasi berterusan daripada kaum Thai (Sukotai, Ayutthaya dan Chakri) yang juga berasal dari selatan China. Champa, atau apa jua panggilan kepadanya, seperti Lin Yi dan Houan-Wang (catatan China), Kembayat Negara (Syair Siti Zubaidah – Perang China), dan Tawalisi (catatan Ibnu Battutah) kini hanya tinggal sejarah dan penduduknya hidup bertaburan terutamanya di Vietnam serta Kemboja dan menjadi kaum minoriti di bumi sendiri.





Kali terakhir Champa berjaya bangkit membela nasib sendiri adalah semasa di bawah pemerintahan Raja teragung mereka iaitu Che Bo Nga, yang dinyatakan dalam lagenda Cham sebagai Binasuar, manakala Sejarah Dinasti Ming mencatatkan namanya sebagai Ngo-Ta-Ngo-Tcho, memerintah mulai sekitar tahun 1360 Masihi. Malangnya, kebangkitan Che Bo Nga ibarat seperti ‘sinar matahari yang penghabisan sebelum terbenam’. Di bawah pimpinan baginda, Champa kembali bangkit dari tahun 1361 hingga 1390 Masihi dengan melancarkan beberapa serangan balas kepada pihak Dai-Viet dan memenanginya. Malangnya, baginda akhirnya mangkat pada bulan Februari 1390 Masihi akibat pengkhianatan daripada salah seorang pengawalnya sendiri yang menyebabkan perahu baginda dikepung oleh tentera Vietnam. Apa yang menarik, kebanyakan pengkaji sejarah bersepakat bahawa Sultan Zainal Abidin, tokoh yang dinyatakan di dalam sebuah hikayat Melayu lama iaitu Syair Siti Zubaidah merujuk kepada Che Bo Nga itu sendiri, sedangkan kebanyakan pengkaji sejarah Barat bersetuju Raja-raja Champa hanya mula memeluk Islam bermula pada abad ke-17 iaitu berdasarkan catatan seorang paderi bernama M. Mahot yang bertugas di Champa pada tahun 1676 hingga 1678 Masihi dan mengatakan bahawa Raja dan sebahagian besar penduduk Negara Champa telah menerima agama Islam yang disebarkan oleh orang Melayu yang telah ramai berhijrah dan menetap di sana. Laporan Mahot ini telah disahkan oleh seorang paderi lain bernama M. Freet apabila dia menyaksikan sendiri keIslaman Raja Champa dan telah dihadiahkan sebuah Al-Quran.



Mahkota Kebesaran Champa


Maklumat mengenai Raja-raja Champa khususnya daripada riwayat tradisi Kelantan pula memberikan perspektif yang berbeza daripada sejarah umum kerana dinyatakan bahawa kebanyakan Raja-raja Champa semasa era Pandurangga (Phan Rang) sebagai ibukota telah beragama Islam dan mempunyai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang erat dengan Negeri-negeri Melayu di pantai timur semenanjung Tanah Melayu. Sebagai contoh, Raja Bo Tri Tri dikatakan adalah Wan Bo, anak kepada Ali Nurul Alam (Patih Majapahit Barat yang berpusat di Kelantan) serta cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, tokoh terulung penyebar syiar Islam di Nusantara. Wan Bo dikatakan telah meninggalkan Patani dan pergi ke Champa menjadi panglima perang untuk membantu bapa mertuanya iaitu Raja Chandranekalawa atau Ban-La-Tra-Toan menentang Dai-Viet. Selepas mengalami kekalahan dalam peperangan pada tahun 1471 Masihi, Wan Bo bersama-sama rakyat Champa yang lain telah berundur ke kawasan selatan yang berpusat di Pandurangga. Baginda kemudian diisytiharkan sebagai Raja Champa dengan gelaran Sultan Wan Abu Abdullah untuk menggantikan bapa mertuanya iaitu Ban-La-Tra-Toan yang telah ditawan dan mangkat dalam tahanan musuh. Pemerintahannya berakhir sehingga tahun 1478 Masihi dan digantikan oleh dua orang anak saudaranya iaitu Wan Abu Yusof dan kemudiannya Wan Abdul Kadir atau Kou Lai (1478-1515 Masihi).

Riwayat Kelantan juga menyatakan bahawa Datu wilayah Jambu yang juga pemangku Sultan Patani iaitu Datu Nik Musthapa telah kembali ke Champa bagi membebaskan bumi Melayu-Islam tersebut daripada pencerobohan rejim Nguyen pada tahun 1570. Raja Champa, Sultan Yaakub Syahibuddin yang sudah sangat lanjut usianya telah ditawan dan mangkat dalam kurungan sangkar besi semasa diarak ke Kota Hue. Pada tahun 1577, Datu Nik Mustapha membawa 10,000 orang tentera Patani dan bersama anak saudaranya Sultan Adiluddin yang membawa 5,000 orang tentera Kelantan bertolak dari kota Pengkalan Datu, Kelantan dan menyerang Dai-Viet untuk merebut kembali Pandurangga. Sebahagian besar dari bumi Champa yang telah jatuh ke tangan Dai-Viet sejak tahun 1471 Masihi telah dapat dikuasai semula sehingga hampir ke Kota Hue. Setelah peperangan tamat dalam tahun 1580, Datu Nik Mustapha telah ditabal menjadi Raja Champa dengan gelaran Sultan Abdul Hamid Syah. Di kalangan orang-orang Cham dan Vietnam, baginda lebih dikenali degan pangilan Po Rome, manakala orang-orang Kemboja memanggil baginda Ong Tpouo.

Walaubagaimanapun, dalam tahun 1684 Masihi, Champa telah kalah dalam peperangan dengan Dai-Viet dan Negeri Kelantan telah dibanjiri oleh pelarian dari Champa termasuklah rajanya sendiri iaitu Po Ibrahim (Po Nrop). Po Ibrahim kemudian telah berangkat bersama pengikutnya meninggalkan Kelantan dan berpindah ke Kampong Brek Bak di dalam wilayah Cham di Kemboja untuk meneruskan penentangan terhadap Dai-Viet. Putera kepada Po Ibrahim iaitu Wan Muhammad telah diangkat oleh Dai-Viet menjadi Raja Champa bergelar Po Jatamuh setelah baginda bersedia mengakui untuk membayar ufti kepada Kerajaan Nguyen.

Setelah Po Jatamuh mangkat, kekandanya iaitu Wan Daim yang sebelum itu merupakan Datu Negeri Jambu telah diangkat menjadi Raja Champa bergelar Po Top. Dalam tahun 1692, baginda cuba memberontak terhadap regim Nguyen setelah membuat pakatan dengan ayahandanya Po Ibrahim yang sedang berada di Kemboja dan kemudian terjadilah serangan serentak di dalam negeri dan perbatasan Kemboja. Walaubagaimanapun, Wan Daim tewas dalam peperangan tersebut dan berundur kembali bersama keluarganya ke Patani, sementara ayahandanya Po Ibrahim yang telah tua mangkat di Kemboja dan dimakamkan di Kampong Brek Bak. Raja-raja Champa selepas itu tidak lagi memiliki kedaulatan sehinggalah Kerajaan Champa dihapuskan sepenuhnya di bawah pemerintahan rajanya yang terakhir iaitu Po Chong Chan.





Sejarah kemegahan dan tamadun Champa yang cukup panjang iaitu memakan masa ratusan tahun tidak cukup untuk diulas dan dimuatkan semuanya dalam ruangan artikel yang terhad ini. Namun begitu, ianya bagaikan tidak bermakna pada hari ini kerana hanya tinggal sisa-sisa sejarah. Wilayah kekuasaannya telah menyusut sedikit demi sedikit sebelum hilang sepenuhnya dan kini seolah-olah menjadi tanahair asal untuk kaum Dai-Viet. Negara Champa telah merakamkan sisi gelap yang sering menyebabkan kejatuhan sesebuah Kerajaan di Nusantara, terutamanya disebabkan perpecahan di kalangan pembesar negara dan rakyatnya serta pengkhianatan yang dibuat oleh orang kepercayaan sendiri disebabkan sifat tamakkan ganjaran dunia. Malahan, kebanyakan orang Melayu sendiri pada hari ini tidak kira di negara kita, Singapura, Brunei dan Indonesia pun kadang kala tidak tahu mengenai kewujudan negara Champa.

Adalah amat mustahil untuk sebuah negara Champa wujud semula pada hari ini. Kadang kala penulis berfikir, mungkin kemusnahan Champa sebagaimana yang telah ditakdirkan boleh dijadikan iktibar untuk renungan kita semua pada hari ini bahawa kegemilangan dan tingkat tamadun bukanlah satu jaminan untuk sesebuah negara itu akan kekal selamanya, melainkan dengan izin Allah jua. Begitu juga dengan kehilangan pulau Singapura, dapat kita pelajari bagaimanakah bentuk dan corak negara kita pada masa akan datang jika kita terus tertipu dengan permainan golongan Ultra-kiasu. Penulis hanya ingin menekankan kepada dua aspek iaitu bersatu dan amanah kepada pembaca sekalian. Kita boleh berbeza fahaman seperti fahaman politik antara UMNO-PAS, tetapi jangan sesekali menggadaikan kepentingan agama, bangsa dan tanahair sendiri. Pada hari ini, ada berpuluh blog dan laman sesawang yang diwujudkan hanya untuk menyerang mereka yang berbeza fahaman politik sesama kita, walaupun kadangkala ianya berlebihan hingga 'melondehkan' keaiban kita semua sendiri kepada 'pihak luar', tetapi boleh dibilang dengan jari bilangan blog yang menyeru kepada mencari titik persamaan dan persefahaman dan menggalakkan penyatuan disebalik perbezaan yang wujud.

Jangan menyesal jika anak cucu kita pula kelak pada masa akan datang yang akan menangisi ‘kehilangan’ negara mereka dan menyalahkan serta mengutuk tindakan yang telah kita semua buat pada hari ini.

Jumaat, Ogos 26, 2011

General Yamashita bukan harimau

Najib perkukuh kedudukan freemanson


Dekat sini kawe nak mengulas sikit bagi lebih jelas pengaruh-pengaruh Zionis, FreeMason dan juga Illuminati dalam Duit Syiling Negara Malaysia yang bakal berada di pasaran Malaysia seterusnya berada didalam kocek-kocek seluar kita semua rakyat Malaysia sedikit masa lagi.
Dekat sini gua ulas sikit bagi lebih jelas pengaruh-pengaruh Zionis, FreeMason dan juga Illuminati dalam Duit Syiling Negara Malaysia yang bakal berada di pasaran Malaysia seterusnya berada didalam kocek-kocek seluar kita semua rakyat Malaysia sedikit masa lagi.

Dekat bawah ni gua tayang beberapa gambar untuk rujukan korang semua.

1: Duit Syiling Baru 20 sen dan 50 sen Negara Malaysia.




Pentagram kuno – bintang terbalik




Pentagram moden – bintang tak terbalik



Pentagram Kuno dan Pentagram Moden Bintang Terbalik adalah simbol Baphomet. Golongan Illuminati memang sinonim dengan Baphomet di mana Baphomet yang berkepala kambing diibaratkan sebagai simbol untuk menyembah syaitan. Dalam gerakan Illuminati, Baphomet adalah simbol bagi ritual dan penyembahan untuk tunduk pada syaitan.

2: Duit Syiling Baru 10 sen Negara Malaysia.




Simbol "Star Of David"




Bendera Israel



Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.

3: Duit Syiling Baru 5 sen Negara Malaysia.




Simbol Matahari Illuminati




Lain-lain Simbol dalam gerakan Freemason dan Illuminati



Sepintas lalu berkenaan Freemasons

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul antara akhir abad ke-16 dan awal abad ke-17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat.

Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka.

Sejarah Freemason di Malaysia

Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

Freemasonry serta tunjang Zionisme telah lama bertapak di Malaysia. Freemasonry dikatakan telah berselindung di sebalik gerakan keagamaan di Malaysia. Hakikatnya, mereka membawa masyarakat ke arah kebebasan serta kehidupan anti-Tuhan. Kajian secara terperinci perlu dilaksanakan terhadap kewujudan Freemasonry di Malaysia.

Hari ini, terdapat usaha untuk menguatkan pengaruh Freemason di Malaysia dan antaranya ialah dengan memsukkan simbol-simbol Freemason pada Duit Syiling Baru Negara Malaysia.

Perkara ini dilihat sebagai ikutan dari Kerajaan Amerika yang sedia kita tahu telah dipengaruhi oleh Freemason sejak lama dahulu dan kesan pengaruh tersebut telah dilihat pada Wang Kertas USD. Hari ini, Malaysia memilih jalan yang serupa dengan Amerika mempamerkan pengaruh Freemason secara jelas pada Duit Syiling Baru Negara Malaysia.

Bagi gua, perkara ini amat kritikal. Mulai hari pertama Duit Syiling Baru Negara Malaysia diedarkan, semua Rakyat Malaysia akan mula menjadi ejen pengedar Pengaruh Freemason di Malaysia tanpa kita sedari.

Kita akan mula membawa simbol Freemason kemana sahaja kita pergi dan kita akan menggunakan Duit Syiling berlambang Freemason sebagai kepentingan usuran kehidupan kita. Ini sesuai dengan agenda Freemason iaitu mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

Tanda Soal (???)

Pendedahan ini telah dibuat sejak beberapa tahun dulu oleh beberapa penulis tetapi sehingga kehari ini, ianya masih menjadi "Tanda Tanya". Gua tak heran dan gua tak kan pelik kalau Pengaruh Freemason di Malaysia semakin kuat sekarang sekiranya maklumat dibawah adalah benar.

Maklumat Peribadi

Nama: Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Tempat Lahir: Kuala Lipis, Pahang
Status Perkahwinan: Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor dan mempunyai 5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
  1. Mohd. Nizar
  2. Puteri Norliza
  3. Mohd.. Nasifuddin
  4. Nooriyana Najwa
  5. Norashman Razak
Pendidikan: 1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom

Portfolio: Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Alamat Pejabat: Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Aras 4, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya, Malaysia
No Telefon: 603-88881950
No Faks: 603-88880035

Kerjaya

2004: Timbalan Perdana Menteri
2008: Menteri Kewangan
1999 - 2008: Menteri Pertahanan
1995 - 1999: Menteri Pendidikan
1990 - 1995: Menteri Pertahanan
1987 - 1990: Menteri Belia dan Sukan
1986 - 1987: Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
1982 - 1986: Menteri Besar Pahang
1982 - 1986: Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
1982 - 1986: Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan
1981 - 1982: Timbalan Menteri Kewangan
1980 - 1981: Timbalan Menteri Pendidikan
1978 - 1980: Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1974 - 1976: Eksekutif Petronas

Politik

Sept. 2004: Timbalan Presiden
1993 - Sept. 2004: Naib Presiden
1997: Pengerusi Biro Pendidikan
1988 - 1993: Ketua Pemuda
April 1987: Memangku Ketua Pemuda
1986: Pengerusi BN Negeri Pahang
1986 - 1987: Timbalan Ketua Pemuda
1983 - 1988: Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
1982 - 1983: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
1982 - kini: Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang
1980 - 1982: Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang
1978 - 1986: Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat
1976 - 1980: Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang

Sosial

1980 - kini: Ahli Kehormat FreeMason Malaysia
1995: Presiden SEAMEC
1988 - 1996: Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan
1982 - 1986: Pengerusi Pahang Foundation
1977 - 1979: Pengerusi Majuternak
1977 - 1979: Persatuan Belia Malaysia, Ahli Royal Sentul Golf Club, Ahli Royal Selangor Golf Club, Ahli Raintree Club, Ahli Royal Pahang Golf Club, Ahli Subang Golf Club, Ahli Saujana Resort (M) Bhd, Ahli Royal Darul Makmur Golf Club, Ahli Lake Club Club, Ahli Air Force Recreational Club.

Gambaran Makkah Masa Hadapan


Salam 1 Malaysia dan Salam Ramadan. Berikut merupakan fakta menarik mengenai gambaran pembangunan Makkah di masa hadapan. Sebahagian artikel dan gambar pada entri ini diperoleh dari laman alriyadh dan pencacaisemalaysia.
  • Kos perbelanjaan projek mega suluruh Saudi tersebut menelan belanja melebihi SR100 Trillion.
  • Kos tersebut termasuk Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.
  • Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi.
Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.


Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.
Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Peta Makkah Metro Line.

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).

Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram.

Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.

Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.

Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.

Jabal Khandama, Makkah

Kingdom Tower, Jeddah.

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.

Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.

Pemandangan Jabal Omar, Makkah.

Makkah Expansion & Shades


Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.
Projek Makkah Expansion & Shades.