Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Januari 15, 2011

Kebenaran MUKABUKU-Mesti Baca

Jika anda telah log masuk ke Facebook dalam 24 jam terakhir anda akan melihat bahawa laman rangkaian sosial telah menukar polisi. Ia dikuatkuasakan secara serta merta menyebabkan ramai pengguna facebook "terpaksa" mendedahkan identiti atau maklumat mereka yang selama ini diklasifikasikan lebih selamat, ini telah menyebabkan kemarahan dikalangan kumpulan-kumpulan hak digital dan kebebasan sivil.

Perubahan itu telah menyebabkan foto dan video pengguna kini mampu dilihat dan diakses semua orang kecuali pengguna mengubah setting tersebut secara manual. Bertambah masalah lagi apabila pengguna mengemaskini status di facebook, kini boleh diakses oleh enjin carian seperti google dan yahoo.

Perubahan ini telah menyebabkan pengguna telah kurang kuasa untuk mengawal maklumat peribadi mereka dari dikongsi pada umum. Dianggarkan pengguna facebook kini berjumlah 350 juta. Perubahan ini telah mencetuskan emosi dan rasa tak senang hati pengguna. Jadi apa yang cuba disarankan di sini ialah, jika anda pengguna facebook, jangan dedahkan maklumat penting anda sesuka hati, jika anda ada ahli keluarga berpengaruh juga dinasihatkan tidak meletakkan atau link profile mereka ke laman anda. Sila lihat juga Privacy Setting untuk memastikan maklumat anda tidak terdedah kepada umum!

Berikut adalah video bagaimana facebook mempergunakan anda!



Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.

Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama contoh (one world government?) atau masih ramai lagi yang contra dengan konsep tersebut. Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.

Tales of Royal Seamstress Kongsi Kisah Revolusi Bidang Tekstil di TV2



Bidang perniagaan sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Sejak dahulu hingga kini situasi sama berlaku malah kini semakin berkembang luas lagi. Namun jika sekiranya perniagaan itu didorong oleh rasa minat yang mendalam terhadap bidang yang diusahakan itu, ianya impak diterima lebih bermakna lagi.


RTM menerusi slot tontonan ramai, Golden Pheonix mulai 14 Januari 2011, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2 muncul dengan drama rantaian menarik bertajuk Tale of The Royal Seamstress yang bukan sahaja membawakan tema kekeluargaan malah plot ceritanya berlatarkan zaman dinasti Cina lama yang mana minat watak utamanya terhadap pengusahaan bidang tekstil.


Drama bersiri Kantonis 40 episod lakonan Janine Chang, Lu Zi Yi, Yuan Hong dan Liu Shi Shi ini mengangkat kisah tentang watak Huang Dao Po, seorang wanita yang merevolusikan kilang kain Cina. Ayahnya meninggal dunia pada usia muda dan ibunya pula menghidapi penyakit.


Dao Po telah dihantar kepada kawan ibunya – Xiu Man untuk menjaganya. Sewaktu Dao Po memasuki kilang tekstil, dia tertarik dengan tekstil dan sutera yang berwarna-warni, lalu menjadi tukang jahit di kilang tersebut.
Dao Po membesar dengan empat tukang jahit yang bernama Xiao Mei, Qian Qian, Xiao Yi dan Nian Xiang.

Pada masa sama Tuan Muda Kilang bernama Fang Ning memendam perasaan terhadap Dao Po sejak kecil lagi. Dao Po pula berkenalan dengan Puteri Jia Yi and mereka menjadi kawan baik. Dao Po bercinta dengan Mu Fei , seorang Jeneral. Tanpa disedari, Jia Yi juga menyimpan perasaan terhadap Mu Fei, dan ini telah menjejaskan hubungan antara Jia Yi dan Dao Po.

Dao Po diugut oleh Zhao Zhe. Fang Ning menjadi tempang kerana menyelamatkan Dao Po. Dao Po mendengar nasihat ibunya lalu berkahwin dengan Fang Ning. Mu Fei berasa kecewa selepas mengetahui Dao Po berkahwin dan membuat keputusan untuk menumpu sepenuh perhatian terhadap pekerjaannya. Jia Yi menyokong Mu Fei pada setiap masa dan akhirnya berjaya menyentuh hati dan perasaan Mu Fei.

Apabila peperangan bermula, enam wanita tersebut berpisah dan menghadapi kesukaran dalam kehidupan mereka. Dao Po melarikan diri ke sebuah tokong dan berkenalan dengan seorang guru tekstil. Zhao Zhe menganiayai Dao Po dan gurunya, lalu mereka melarikan diri ke Ya Zhou (sekarang Pulau Hainan).

Di Ya Zhou, Dao Po membuat penyelidikan dan membangunkan teknik tekstil. Walaupun Dao Po telah berjaya dalam indutri tekstil, dia tidak pernah lupa akan kampung halaman dan kawan-kawannya. Dia beryakinan bahawa dia pada suatu hari nanti dia akan kembali ke tempat permulaan impian tekstilnya.

Lalu bagaimanakah kesudahannya? Mampukah Dao Po kembali ke kampung halamannya dan mengembangkan perusahaan tekstilnya di sana? Saksikan drama bersiri menarik ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang di TV2.



UMNO tidak lagi diterima di Pendalaman


"BERTEMPAT di Kg Sinalaung, Tomani, Ketua Cabang PKR Halik Zaman telah menerima penyertaan beramai-ramai ahli UMNO Bahagian Tenom. Sambutan yang begitu menggalakkan dapat menggambarkan bahawa hatta rakyat pedalaman pun menolak sama sekali UMNO/BN sebagai wadah politik mereka. Ternyata segala fitnah, cemuhan dan tohmahan kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat tidak ‘mengena’ di hati rakyat pedalaman kerana rakyat kini lebih bijak menilai baik dan buruk, betul atau fitnah.

Berucap di perjumpaan khas di kubu UMNO Kampung Sinalaung, Halik mengucapkan syabas dan penghargaan kepada penduduk kampung yang hadir beramai-ramai untuk menyertai PKR.

Menurut Ketua Cabang itu lagi, "Ini adalah merupakan suatu perkembangan positif di atas kesedaran rakyat yang selama ini tidak pernah menerima penerangan yang sejelas jelasnya tentang halatuju parti PKR."

"Selama 48 tahun Sabah sudah merdeka, namun rakyat di pedalaman Sabah masih dibelenggu kepompong ganas kemiskinan. Kian hari kos hidup rakyat melambung tinggi dan pendapatan rakyat ala kadar. Cukup untuk hidup pagi dan petang terpaksa menanggung cara hidup miskin, papakedana sedangkan negeri kita dikenali sebagai sebuah Negeri yang kaya dengan hasil minyak," jelas Halik.

Menurut beliau lagi, segala hasil bumi di pedalaman kini sedang dinikmati sepenuhnya oleh perakus-perakus yang mendabik dada menggelar diri mereka sebagai pemimpin rakyat.

Padahal kata Halik, kerja mereka saban hari hanya merompak dengan penuh riak dan berdansa di atas dada rakyat yang luka parah di landa kemiskinan hidup. Sikap ketidak-pedulian pemimpin BN terhadap rakyat pedalaman benar-benar mendukacitakan rakyat.

"Maka kerana itulah, rakyat kini bertekad untuk beralih arah kepada PKR dan Pakatan Rakyat kini telah bertekad untuk mendambakan nasib mereka kepada kepimpinan PKR dan PR. Inilah peluang rakyat yang terakhir untuk merubah Kerajaan UMNO/BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU13 nanti, jika rakyat benar-benar mahu merubah nasib masa depan mereka," tambah Halik lagi.

Mengakhiri ucapan beliau, Ketua Cabang PKR itu mengalu-alukan lebih ramai lagi penyertaan ahli-ahli UMNO/BN dalam PKR dan beliau berjanji PKR tidak akan sama sekali mengulangi kesilapan yang dibuat oleh para pemimpin UMNO/BN. Para pemimpin PKR akan membuat contoh yang berkualiti dalam memimpin Negara dan rakyat Malaysia.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET


SUMBER ARTIKEL: TUKARTIUB.ORG

Lawati website TukarTiub DOT Org untuk berita-berita politik semasa"
 

Haram hukumnya bermain dan menyaksikan perlawanan bola Sepak

Assalamualaikum.

Menurut sejarah, permainan bola sepak bermula di Mesir dan dipopularkan di China. Seterusnya permainan tersebut berkembang maju sampai ke hari ini. Persoalan yang saya ingin kemukakan di sini ialah, apakah hukumnya bermain dan menyaksikan perlawanan bola sepak?

Umat Islam tidak akan terlepas daripada hukum lima dalam setiap perbuatannya,samada kecil atau besar.Merujuk kepada maksud surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8, : Maka sesiapa yang berbuat kebaikan seumpama sebesar zarah(walaupun kecil),pasti akan dilihatnya(dibalas di akhirat).Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seumpama sebesar zarah(walaupu kecil),pasti akan dilihatnya (dibalas di akhirat)
Hukum lima yang dimaksudkan ialah Wajib,Sunat,Makruh,Harus dan Haram.Tiada yang terkeluar daripada hukum tersebut.Ini perlu difahami oleh setiap mukallaf,iaitu muslim yang sudah mencapai umur baligh dan berakal sempurna.Dalam apa jua perbuatan,samada perniagaan,pelancongan,muamalat,kemasyarakatan,politik,sosial,budaya dan sebagainya,kita mesti melalui kelima-lima hukum tersebut.Ianya bersifat mandatori.Juga bersifat berubah-ubah mengikut niat dan keadaan si pembuatnya.
Contoh mudah,solat yang dilakukan dengan sempurna maka hukumnya sah pada zahirnya.Tetapi jika solat yang sah zahirnya itu dilakukan dengan riak,maka solat itu berubah menjadi dosa dan ianya merupakan dunia dan bukan lagi akhirat.Contoh lain ialah,seseorang yang kerjanya membuat pasu bunga,maka hukumnya halal.Tetapi jika kerja halal itu dilakukan dan pada masa yang sama dia meninggalkan solat 5 waktu,maka hasil kerja halal itu serta merta akan berubah menjadi haram.Inilah keadaan-keadaan yang akan berubah mengikut niat dan tindakan seseorang yang membuat kerja tersebut.
Persoalan yang mahu dilontarkan kepada pembaca sekalian,apakah hukumnya bermain dan menyaksikan perlawanan bola sepak?Pendapat saya hukumnya ialah HARAM.Kenapa saya mengatakan HARAM?Sebabnya ialah kerana perlawanan bola sepak itu menyaksikan pemainnya mendedahkan aurat.Aurat lelaki dewasa ialah antara pusat dan lutut.Asalnya lutut dan pusat bukan aurat.Tetapi sesuatu yang tidak sempurna wajibnya kecuali dengannya,maka ia juga menjadi wajib.Hukum jelas disebut dalam kitab-kitab feqah ialah sesuatu yang terdapat di antara lutut dan pusat merupakan aurat bagi lelaki dewasa.
Saya ingin memperincikan aurat ini jika pembaca masih belum dapat memahaminya.Pusat,kemaluan, paha dan lutut.Itulah aurat lelaki dewasa.Perbahasan aurat ini sebenarnya luas tetapi asasnya ialah pusat dan lutut bagi lelaki dewasa.Maka,pemain bola sepak sentiasa berada dalam keadaan berdosa kerana membuka aurat.Orang yang menyaksikannya juga berdosa.Penganjur perlawanan bola sepak juga mendapat saham dosa yang sama.Tidak terkecuali juga penontot di rumah,juga mendapat saham dosa kerana menyaksikan perlawanan yang mendedahkan aurat.

Mungkin ada pembaca yang akan membangkitkan persoalan,bagaimana pula dengan gimnastik,gusti,bina badan,renang,gimrama dan sebagainya?Saya ingin tegaskan di sini,jika permainan bola sepak yang mendedahkan pusat dan lutut itu hukumnya haram,maka gimnastik,gusti,bina badan dan gimrama serta yang sewaktu dengannya hukumnya lebih-lebih lagi haram dan berdosa besar.
Membuka aurat hukumnya berdosa besar.Bukannya dosa kecil.Namun oleh kerana penjajah telah memasukkan jarum syaitan dalam sukan,maka Negara Malaysia yang kononnya mempunyai mufti-mufti,pusat-pusat pengajian pondok,institusi-institusi keagamaan,alim ulama,tok-tok guru,kesemuanya menjadi kelu lidah untuk memperbetulkan jenayah aurat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.Allah SWT telah mencabut kekuatan umat Islam untuk bangkit menyatakan kebenaran kerana kita semua telah membelakangkan syariatNya.Ilmu Islam hanya terdapat dalam kitab-kitab dan ianya gagal untuk diimplementasikan dalam kehidupan seharian.Ilmu yang kita ada seumpama buih.Ianya tidak mampu mengubah kehidupan berlandaskan syariat.Kita sebenarnya sudah gagal walaupun sudah 50 tahun lebih merdeka.Tahi dan najis penjajah masih melekat dalam pemikiran kita yang tertutup dari hidayah.
Perancangan penjajah mahu melihat umat Islam menurut telunjuknya telah berjaya dengan permainan bola sepak ini.Oleh kerana kita telah dijajah begitu lama,maka jenayah aurat ini kita anggap sesuatu ‘yang biasa’.Mungkin kenyataan ini agak keras,tetapi saya bertanggungjawab untuk memperbetulkan dan membuka minda semua pembaca agar memahami bahawa kita sebenarnya ‘akan sentiasa berdosa’ jika syariat Allah SWT tidak terlaksana sepenuhnya di muka bumi ini.
Pemain bola sepak yang mendedahkan aurat hukumnya fasiq.Segala amalan baiknya tidak diterima Allah SWT.Solatnya,puasanya,sedekahnya dan lain-lain lagi termasuklah umrahnya.Ada tajaan mengerjakan umrah kepada pemain bola sepak.Umrahnya tidak akan diterima Allah SWT kerana pemain itu sendiri fasiq.Contoh mudah,lepas waktu asar kita bermain bola sepak dengan berseluar pendek dan mendedahkan aurat.Selepas itu kita menunaikan solat maghrib.Maka solat maghrib kita tidak akan diterima oleh Allah SWT kerana kita seolah-olah mempersendakan hukum Allah.Kecuali kita bertaubat dan bermain bola sepak dengan memakai seluar panjang dan menutup aurat.
Kita mungkin tidak menyedari,di kampung kita ada padang bola sepak.Pemain-pemain bola sepak setiap petang ialah kita,adik beradik kita dan kawan-kawan sekampung dengan kita.Semuanya mendedahkan aurat.Maka kita sebenarnya mengundang fasiq dengan perlakuan kita yang menyalahi syariat.
Dulu,kanak-kanak sekolah memakai seluar pendek.Saya masih ingat,hanya pada awal sesi persekolahan dibuka pada tahun 1988,iaitu 31 tahun selepas merdeka,barulah anak-anak kita memakai seluar panjang.Dulu,jururawat memakai skirt dan skaf.Juga mendedahkan aurat.Sekarang ni alhamdulillah mereka dapat memakai pakaian yang menutup aurat.Dulu,polis dan tentera juga memakai seluar pendek dan membuka aurat.Sekarang Alhamdulillah mereka dapat memakai uniform yang menutup aurat.
  
Persoalannya kenapa dalam bidang kesihatan,pendidikan dan ketenteraan semuanya dapat berubah kepada menutup aurat,tetapi tidak dalam bidang sukan?Di mana silapnya dan di mana suara mufti-mufti?Perdana Menteri orang Islam,Timbalan Perdana Menteri orang Islam,Negara pun mengaku Negara Islam,Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam itu agama rasmi.Kenapa persoalan aurat dalam sukan ini masih tidak berubah.Soalnya,bila kita nak berubah?
Saban tahun  kita menyambut Maal Hijrah.Saya ingin bertanya,hijrah apa kalau begini keadaannya sama?50 tahun dahulu bermain bola sepak mendedahkan aurat,sekarang pun sama,di mana HIJRAH itu?Inilah yang dimaksudkan dengan bercelarunya najis penjajah dalam pemikiran kita yang bangsat dengan hukum Allah SWT.Kita menganggap ini perkara remeh.Namun dalam Islam,persoalan aurat ini adalah persoalan pokok.Sila rujuk surah An Nur untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Saya bertanggungjawab mengemukakan dan melontarkan persoalan ini.Bukannya saya anti bola sepak.Tetapi ingin mengajak pembaca sekalian supaya ‘terjaga dari lena’ dengan dosa besar yang kita tidak sedari ini.
Kesimpulannya,jalan mudah dan senang untuk menjadikan permainan bola sepak itu suatu ibadah ialah SEMUA PEMAINNYA HENDAKLAH MEMAKAI SELUAR PANJANG.Senang bukan?Jika pemain bola sepak itu memakai seluar panjang,maka bermain bola sepak hukumnya harus,melihat dan menyaksikan perlawanan itu hukumnya juga harus.menyaksikan perlawanan bola sepak melalui kaca televisyen juga hukumnya harus.
Tetapi jika keadaannya masih seperti sekarang,iaitu pemain MASIH KEKAL DENGAN MEMAKAI SELUAR PENDEK DAN MENDEDAHKAN AURAT,maka bermain bola sepak itu hukumnya HARAM,menyaksikan perlawanan bola sepak itu hukumnya HARAM,menganjurkan perlawanan itu hukumnya juga HARAM dan menyaksikan perlawanan bola sepak melalui kaca televisyen juga hukumnya HARAM.
Usah ditanya hukum nyanyian mendedahkan aurat,mengabaikan solat,bina badan,gimnastik,gimrama dan sebagainya…semua itu lebih-lebih lagi HARAM dan DILAKNAT Allah SWT.
Kembalilah kita kepada Islam dan syariat-syariatnya sekali.Jangan kita hanya melihat Islam itu seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan,namun kita sebenarnya telah mencabut jauh ruh dan pelaksanaan Islam itu secara kita tidak sedarinya.
“ Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam agama Islam ini secara keseluruhannya(dengan mematuhi segala syariat-syariatnya)dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan.Sesungguhnya dia (syaitan) itu adalah musuh yang nyata bagi kamu ”…maksud AlQuran
Jika pembaca masih belum berpuas hati…penulis mempelawa sesiapa sahaja menghubungi penulis di talian 0139370061.Penulis anak jantan.Bukan pondan dan pengecut.
Wassalam

HOT! Gambar seorang menteri kabinet baru dilantik!!!

Disambut oleh Naib Menteri Pendidikan Arab Saudi, Dr. Khaled Abdullah Al Sabti setibanya di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh.Sedikit gambar utk dikongsi bersama..apabila sudah tiada calon,maka seorang wanita puaka mirip nenek kebayan pon bleh jd barisan pemimpin dalam kabinet malaysia!tahniah nagib rajak! gambar ketika lawatan kerja rasmi menteri tersebut kemarin,pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Tanah suci,mekah. korang nilai la sendiri beza antara islam melayu umno ngan islam sebenar..

Disambut oleh Naib Menteri Pendidikan Arab Saudi, Dr. Khaled Abdullah Al Sabti setibanya di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh.
cukup2 sedih klo ini adalah wakil dari kerajaan kita....
Disambut oleh Naib Menteri Pendidikan Arab Saudi
Dr. Khaled Abdullah Al Sabti setibanya di Terminal Diraja Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh. bik, hidung korang sama. kagum lah saya. cukup2 sedih klo ini adalah wakil dari kerajaan kita....cukup2 sedih klo ini adalah wakil dari kerajaan kita....bik aku mencari mne kedudukan mu.. tetiba kat tepi tu..wakakaka lawak la bik ni
bik aku mencari mne kedudukan mu.. tetiba kat tepi tu..wakakaka lawak la bik ni
antara bani melayu dgn bani arab 
antara bani melayu dgn bani arab
islam ala umno..hanya tinggal nama
islam ala umno..hanya tinggal nama
ntah2 hantu altantuya tak sbelah ko tu bik?tak seram ke hahah 
ntah2 hantu altantuya tak sbelah ko tu bik?tak seram ke hahah
" 

Bukti Keajaiban Kuasa Illahi

SEBERANG PRAI - Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.


Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.

Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.

Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.

Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.

“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.

“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.

“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.

“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.

Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.

Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.

“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.

“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.

Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.

“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.

“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.

Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.
Komen pengirim:
Pernah terjadi peristiwa di kawasan kuburan tempat hamba di sebuah daerah Bukit Mertajam.Setelah kubur digali untuk ditanam mayat yang baru,liang kubur tersebut masih terdapat mayat yang tidak mereput walaupun mayat tersebut telah lama dikebumikan.Tetapi mayat tersebut berserta dengan kain kapannya terbakar hangus.
Pernah juga di kuburan yang sama apabila digali untuk menempatkan mayat baru,tetapi mayat sebelumnya yang telah lama disemadikan masih berada dalam keadaan yang sempurna seperti baru sahaja dikebumikan.Mayat dan kain kapan tidak mereput dan masih bersih.
Maha suci Allah pencipta segala kejadian. 

Pengantin Perempuan Berbillion Dollar

Sarawak Report telah menjadi sasaran serangan siber, yang telah menyebabkannya berstatus off-line buat sementara waktu. Kejadian ini juga telah diikuti oleh beberapa ancaman bunuh menerusi email, dan ada yang akan mengancam untuk menggunakan format ilmu hitam terhadap kami.

Merosakkan laman-laman web dengan jutaan serangan adalah proses yang mahal, lebih mahal dari mengupah peguam-peguam yang sangat berkaliber. Dengan ini kami boleh menjangkakan dan mengesyaki perkara ini hanya dilaku oleh seseorang yang tersangat kaya dan berhasrat untuk mengaibkan kami, tetapi tidak berani berhadapan dengan kami di mana-mana mahkamah terbuka. Kami membiarkan para pembaca kami untuk memikir siapakah yang sanggup melakukan perkara ini ke atas Sarawak Report.

Pengantin perempuan bernilai berbillion-billion dollar
Sementara itu, kami mempunyai beberapa gambar ekslusif isteri baru Ketua Menteri. Bandaraya Kuching telah diselubungi rasa riang dan geli pada berita yang dibocorkan mengenai orang tua yang berusia 74 tahun itu yang menikahi isteri keduanya yang berusi dalam lingkungan 20an.
Walau bagaimana pun, kerajaan Negeri Sarawak enggan mengeluarkan pengesahan rasmi berita-berita mengenai majlis perkahwinan tersebut yang berlangsung di kediaman mewah Ketua Menteri (yang dibina secara misteri, sama seperti harta-hartanya yang lain). Kami juga mendapati ada di kalangan menteri-menteri senior yang menggunakan internet untuk cuba mendapatkan beberapa maklumat peribadi si pengantin perempuan, yang belum diumumkan namanya.
Kekayaan negeri Sarawak menghiasi badannya
Rakyat Sarawak telah menyaksi beribu-ribu hektar hutan yang telah ditebang dan kemudian dijadikan ladang-ladang kelapa sawit untuk menghiasi pengantin perempuan tersebut. Salah seorang ahli peniaga barangan kemas terkemuka di London menjangkakan kesemua barangan kemas yang dipakai oleh pengantin perempuan itu adalah diperbuat dari “kaca”. Alasannya, jika barangan tersebut adalah tulen, maka ianya nampak tidak bernilai kerana saiznya yang besar. Apabila kami ‘memaksa’ peniaga tersebut untuk meneka nilai sebenarnya, dia mengatakan bahawa nilai semua barangan kemas mungkin mencecah RM150 juta.
Memandangkan Ketua Menteri belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isteri barunya itu, terpulanglah kepada rakyat Sarawak untuk meneka sama ada isterinya itu dihiasi dengan kaca atau pun intan berlian cabochon.
Hari Krismas adalah hari untuk berkongsi
Ketika pasangan tersebut berbulan-madu meraikan perkahwinan mereka, yang sudah pastinya terbang menggunakan salah sebuah pesawat Hornbill yang dibiayai dengan wang pembayar cukai kerajaan, kami berharap mereka meluangkan sedikit masa mereka untuk memikirkan dan mengingati kanak-kanak yang kelaparan di rumah-rumah panjang yang mengharapkan buah tangan Krismas tahun ini.
Walau bagaimana pun, semakin banyak tanah dirampas daripada masyarakat orang asli ini, justeru, ibu bapa kanak-kanak ini memberitahu mereka untuk tidak mengharapkan lebih dari apa yang ada. Seperti kebiasaannya, ibu bapa ini perlu mengingatkan anak-anak mereka, bahawa nasihat Ketua Menteri kepada orang-orang kampung supaya mereka “belajar menunggu”. Nampaknya, kemewahan hasil dari apa yang telah dirampas Taib akan dikongsikannya dengan rakyatnya!/SR
 
" 

Facebook akan dihentikan pada 15 Mac 2011

Mark Zuckerberg merupakan pengasas Facebook - sebuah perkhidmatan rangkaian sosial dalam internet. Beliau juga merupakan ketua eksekutif Facebook

Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.

Pengumuman ini mendapat respon meluas dari penguna facebook seluruh dunia.

Menurut Weekly World News:


Mark Zuckerberg announced that Facebook will be shut down in March. Managing the site has become too stressful. “Facebook has gotten out of control,” said Zuckerberg in a press conference outside his Palo Alto office,
“and the stress of managing this company has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” Zuckerberg went on to explain that starting March 15th, users will no longer be able to access their Facebook accounts.
“After March 15th the whole website shuts down,” said Avrat Humarthi, Vice President of Technical Affairs at Facebook. “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet.
You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.” Zuckerberg said that the decision to shut down Facebook was difficult, but that he does not think people will be upset.
“I personally don’t think it’s a big deal,” he said in a private phone interview. “And to be honest, I think it’s for the better. Without Facebook, people will have to go outside and make real friends. That’s always a good thing.”
Some Facebook users were furious upon hearing the shocking news. “What am I going to do without Facebook?” said Denise Bradshaw, a high school student from Indiana.
“My life revolves around it. I’m on Facebook at least 10 hours a day. Now what am I going to do with all that free time?”
However, parents across the country have been experiencing a long anticipated sense of relief. “I’m glad the Facebook nightmare is over,” said Jon Guttari, a single parent from Detroit.
“Now my teenager’s face won’t be glued to a computer screen all day. Maybe I can even have a conversation with her.” Those in the financial circuit are criticizing Zuckerberg for walking away from a multibillion dollar franchise.
Facebook is currently ranked as one of the wealthiest businesses in the world, with economists estimating its value at around 7.9 billion. But Zuckerberg remains unruffled by these accusations.
He says he will stand by his decision to give Facebook the axe. “I don’t care about the money,” said Zuckerberg. “I just want my old life back.” The Facebook Corporation suggests that users remove all of their personal information from the website before March 15th.
After that date, all photos, notes, links, and videos will be permanently erased.
 sumber: http://zhuliana.blogspot.com/" 

Datuk maut diserang cucu sendiri di NS

Keadaan di Malaysia semakin kalut tiap hari. Kes bunuh diri meningkat, kes buang bayi meningkat, gejala social dan maksiat sudah tak terkawal. Sekarang kita seorang datuk pula maut diserang cucunya sendiri di FELDA Palong, Negeri Sembilan. Kembalilah kita kepada Islam secara total tanpa belah bahagi.

( Rozmal bin Malakanhttp://waghih.blogspot.com )

BERITA HARIAN 15 Januari 2011 

JEMPOL: Saya hanya mampu memangku tubuh suami yang berlumuran darah sebelum dia menghembuskan nafas terakhir beberapa minit kemudian, kata seorang wanita warga emas menceritakan detik terakhir bersama suaminya yang mati dipercayai selepas diserang cucu mereka sendiri bersama tiga remaja lain di Jempol, malam kelmarin.

Halimah Mat Yassin, 57, yang turut cedera dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, berkata dia bersama suami, Mokhtar Yusof, 71, baru pulang ke rumah mereka di FELDA Palong 2, di sini dari Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah selepas melawat seorang saudara yang sakit. Kami terkejut melihat rumah berselerak sebaik membuka pintu.

Menyedari sesuatu tidak kena, kami masuk memeriksa dan terperanjat melihat cucu berusia 17 tahun serta seorang rakannya berada dalam sebuah bilik dalam keadaan mencurigakan. Kami minta mereka tidak melakukan perkara tidak diingini, tetapi tiba-tiba muncul dua lagi rakan cucu saya, termasuk seorang perempuan hingga keadaan jadi kelam kabut.

Kemudian berlaku pergelutan dan sedar-sedar, suami saya sudah berlumuran darah, katanya ketika ditemui di tempat kejadian. Halimah yang luka tangan kanan dan masih dalam keadaan terkejut, berkata dia tergamam dengan kejadian itu kerana tidak menyangka suaminya akan ditikam hingga menemui ajal, manakala empat remaja terbabit kemudian melarikan diri bersama beg mengandungi wang tunai dan barangan kemas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Zazali Hashim, berkata siasatan mendapati seorang daripada suspek yang berusia belasan tahun itu adalah cucu mangsa yang mempunyai masalah akhlak dan tidak tinggal bersama pasangan terbabit.

Sumber: Berita Harian"
 

Keenakan Little Terengganu di Seremban

Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam adalah merupakan makanan yang popular di pantai timur khususnya di Terengganu dan Kelantan. Nasi Dagang Terengganu dan Nasi Dagang Kelantan ada kelainan citarasa yang tersendiri. Mereka yang inginkan citarasa Kelantan boleh didapati di gerai-gerai luar Pasar Ampangan, Seremban pada waktu pagi. Tetapi agak sukar mencari makanan citarasa Terengganu di Seremban.

Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Laksam adalah merupakan makanan yang popular di pantai timur khususnya di Terengganu dan Kelantan. Nasi Dagang Terengganu dan Nasi Dagang Kelantan ada kelainan citarasa yang tersendiri. Mereka yang inginkan citarasa Kelantan boleh didapati di gerai-gerai luar Pasar Ampangan, Seremban pada waktu pagi. Tetapi agak sukar mencari makanan citarasa Terengganu di Seremban.
Mereka yang ingin merasakan makanan citarasa Terengganu ini bolehlah berkunjung ke Kafetaria Terengganu di Taman Lavender Height, Senawang berhampiran dengan Hospital Pakar Senawang (Senawang Specialist Hospital).

Ianya dibuka untuk makan pagi dan tengahari pada ketika ini.

Mungkin elok setiap bandar di Malaysia ini diadakan tempat Little Terengganu, Little Kelantan, Little Negeri Sembilan dan seterusnya agar keunikan makanan setiap negeri itu terdapat di seluruh pelusuk Malaysia.

Selamat Mencuba.

Gambar Kafetaria Terengganu di Taman Lavender Height pada pautan berikut diwaghih.blogspot.com

Lagi skandal Puteri Umno Sabah

SKANDAL Pembantu Menteri dengan Ketua Puteri UMNO Kudat sudah malap namun isu Skandal Seks yang melibatkan pemimpin UMNO kembali membadai UMNO Sabah apabila Ketua Puteri UMNO di Pantai Timur Sabah dikatakan sedang ligat bercinta dengan suami orang. 

Seorang ahli Puteri UMNO yang tidak mahu namanya didedahkan telah meminta bantuan Sabahkini.net supaya dapat menyelamatkan pergerakan itu daripada skandal seks yang sedang melanda mereka dan bakal menjahamkan masa hadapan perjuangan Puteri UMNO kerana Ketua mereka terlibat dengan cinta terlarang.
“Kami tidak mahu Skandal di Kudat yang merebak ke Lahad Datu kini singgah di tempat kami. Kami kasihan isteri kekasih Ketua kami yang sedang sarat mengandung tetapi suaminya bermain kayu tiga,” ujar Puteri UMNO berkenaan.
Menurut Puteri UMNO itu, Ketua Puteri dan kekasihnya, seorang pegawai kanan kerajaan telah bercuti di Pulau Mabul baru-baru ini bagi melepaskan perasaan rindu rendam mereka, tanpa segan silu menjalinkan hubungan cinta terlarang.
Sabahkini.net juga turut membuat intipan dan mendapati kesahihan percintaan mereka berdua, sehingga pegawai itu tidak segan silu menghubungi Ketua Puteri berkenaan di hadapan isterinya sendiri melalui SMS.-/ sabahkini

Jumaat, Januari 14, 2011

Bahasa Xiao'erjing小经/消经


Xiao'erjing atau Xiao'erjin (Cina Ringkas小儿经/小儿锦Cina Tradisional小兒經/小兒錦pinyin: Xiǎo'érjīng/Xiǎo'érjǐn, Xiao'erjing: شِيَوْ عَر دٍ) atau nama pendekanya Xiaojing (Cina Ringkas小经/消经Cina Tradisional:小經/消經pinyin: Xiǎojīng/Xiāojīng) ialah amalan menulis bahasa-bahasa Sinitik seperti bahasa Mandarin(terutamanya loghat-loghat LanyinZhongyuan dan Timur Laut) atau bahasa Dungan berasaskan abjad Arab. Xiao'erjing diamalkan oleh ramai kaum minoriti yang beragama Islam di China (terutamanya orang Hui, bahkan jugaorang Dongxiang dan Salar), serta pernah digunakan oleh keturunan Dungan di Asia Tengah. Pembaharuan tulisanSoviet memaksa bangsa Dungan menggantikan Xiao'erjing dengan abjad Rumi dan kemudiannya abjad Cyril yang masih dipakai oleh mereka sehingga hari ini.
Xiao'erjing ditulis dari kanan ke kiri, seperti mana abjad-abjad berasaskan Arab yang lain. Sistem tulisan Xiao'erjing serupa dengan sistem tulisan bahasa Uyghur kini yang mana semua bunyi vokal sentiasa bertanda, berbanding dengan amalan menggugurkan tanda vokal di kebanyakan bahasa yang memakai tulisan berasaskan Arab (seperti bahasa ArabParsi, dan Urdu), mungkin disebabkan keamatan kepentingan bunyi vokal dalam suku kata Cina.
Petikan kamus bahasa Cina-Arab-Xiaoerjing dari zaman awalRepublik Rakyat China.

Asal-usul

Semenjak ketibaan Islam ketika Dinasti Tang (yang bermula pada pertengahan abad ke-7), ramai penutur bahasa Arab dan Parsi berhijrah ke China. Berabad-abad kemudian, golongan pendatang ini berasimilasi dengan orang Cina Han pribumi, maka terbentuknya etnik Hui hari ini. Ramai pelajar China beragama Islam menghadiri madrasah untuk mengkaji bahasa Arab klasik dan al-Qur'an. Oleh sebab pemahaman pelajar-pelajar ini terhadap tulisan Cina terhad, malah lebih fasih bahasa lisannya semenjak berasimilasi, maka mereka menyesuaikan abjad Arab untuk bahasa Cina, selalunya melalui kaedah mencatat dalam bahasa Cina untuk membantu menghafal surah. Cara ini juga digunakan untuk menulis terjemahan Cina dari kosa kata Arab yang dipelajari di madrasah. Oleh itu, lambat-laun terbentuklah satu sistem penulisan bahasa Cina dalam abjad Arab yang diselaraskan. Kini, artifak dikenali terlama yang ditinggalkan catatan Xiao'erjing ialah sebuah batu bersurat di halaman Masjid Xigang di Universiti Xi'an di wilayah Shaanxi. Batu ini mencatat rangkap-rangkap al-Qur'an dalam bahasa Arab di samping catatan kecil nama-nama pengukirnya dalam tulisan Xiao'erjing. Batu tersebut dicatat pada tahun 740 Hijrah (antara 9 Julai 1339 dan 26 Julai 1340).

Kegunaan


Karangan undang-undang dalam bahasa Arab, diiringi terjemahan Cina (Xiao'erjing), diterbitkan di Tashkent pada tahun 1899
Xiao'erjing terdiri daripada dua set, iaitu "kaedah masjid" dan "kaedah seharian". "Kaedah masjid" digunakan oleh pelajar dan imam di masjiddan madrasah, banyak diisi istilah keagamaan Arab dan Parsi, dan tidak kelihatan aksara Cina pun. Sistem ini agak selaras bentuknya dan boleh dianggap sebagai sistem tulisan sejati. "Kaedah seharian" pula digunakan oleh golongan kurang berpendidikan untuk surat-menyurat di peringkat peribadi. Selalunya aksara Cina asas bercampur aduk dengan tulisan Arab, selalunya membincangkan hal-ehwal bukan keagamaan, dan oleh itu sedikit juga kata pinjaman Arab dan Parsi. Penulisan kaedah ini amat berbeza dari orang ke orang lain. Kaedah ini pun boleh direka-reka penulisnya sendiri, dengan pemahaman sendiri mengenai abjad Arab dan Parsi yang disesuaikan dengan sebutan loghat setempat dirinya. Selalunya, hanya pengirim dan penerima surat dapat memahami isi surat itu sepenuhnya,, tetapi amat sukar difahami orang lain.

Kegunaan moden

Dewasa ini, penggunaan Xiao'erjing kian pupus kesan pemesatan ekonomi Republik Rakyat China dan peningkatan dalam pendidikan aksara Cina di kawasan luar bandar China. Tulisan Cina dan juga Hanyu Pinyin sudah banyak mengganti tempat Xiao'erjing. Semenjak pertengahan 1980-an, banyak juga kajian akademik di dalam dan luar China berkenaan Xiao'erjing. Kaji selidik di lokasi dijalankan dan pengguna-pengguna Xiao'erjing pun ditemu bual. Bahan-bahan bertulis dan cetak Xiao'erjing turut dikumpul para penyelidik, terutamanya di Universiti Nanjing yang lengkap sekali.

Abjad

Xiao'erjing terdiri daripada 36 huruf, 4 daripadanya adalah huruf vokal. Kesemua 36 huruf ini terdiri dariada 28 yang dipinajm dari tulisan Arab, 4 huruf dari Parsi di samping 2 huruf yang diubah suai, dan 4 huruf tambahan yang hanya terdapat dalam Xiao'erjing.

Awalan kata dan konsonan

HurufAkhir-Tengah-AwalSebutan
Mandarin Baku
Hanyu PinyinSebutan
Arab
Sebutan
Parsi
ContohCatatan
1Alif-individua.svgAlif-fina.svg[ɑ][a]a, a-, -a, -a-[ʔ][a:][æː][ʔ][ɔ][æ]اَ( ā)bunyi vokal
2Baa-individua.svgBaa-finamezakomenca.svg[p]|[b]-b-[b][b]بَا( bà)
3Paa-individua.svgPaa-finamezakomenca.svg[pʰ]-p-tiada[p]پﹾ( pó)dipinjam dari bahasa Parsi
4Taa-individua.svgTaa-finamezakomenca.svg[tʰ]-t-[t][t]تَا( tǎ)
5THaa-individua.svgTHaa-finamezakomenca.svg[tɕʰ]-, [ɕ]-q-, x-[θ][s]ثِئ( xiē)jadinya perubahan bunyi dalam perkataan Cina
6Tahah-individua.svgTahah-finamezakomenca.svg[tɕʰ]-q-tiadatiadaﭤْﻮ( qióng)
7Jiim-individua.svgJiim-finamezakomenca.svg[ʈʂ]-zh-[dʒ][dʒ]ﺟﹾ( zhè)jadinya perubahan bunyi dalam perkataan Cina
8CHaa-individua.svgCHaa-finamezakomenca.svg[ʈʂʰ]-ch-tiada[ʧ]ﭼﹾ( ché)dipinjam dari bahasa Parsi
9HHaa-individua.svgHHaa-finamezakomenca.svg[x]-h-[ħ][h]ﺣﹾ( hé)digunakan di hadapan akhiran -e, -ei, -en, -eng dalam pinyin
10KHaa-individua.svgKHaa-finamezakomenca.svg[x]-h-[x][x]ﺧﹸ( hú)digunakan di hadapan akhiran -u, -ua, -uai, -uan, -uang, -ui, -un, -uo dalam pinyin
11Daal-individua.svgDaal-fina.svg[t]|[d]-, [tɕ]-d-, j-[d][d]دٍْ( dīng)juga digunakan untuk melambangakan beberapa suku kata berawalan j- dalam pinyin
12DHaal-individua.svgDHaal-fina.svg[ʦ]-z-[ð][z]ذَىْ( zài)
13Raa-individua.svgRaa-fina.svg-[ɹ]-r[r][r]لِر( lìr)menandakan bunyi akhiran rotik -r
14Zai-individua.svgZai-fina.svgtiadatiada[z][z]زَكَاة(zakāt)hanya digunakan dalam kata pinjaman Arab
15Jaa-individua.svgJaa-fina.svg[ʐ]|[ɻ]-r-tiada[ʒ]ژﹾ( rè)dipinjam dari bahasa Parsi
16Siin-individua.svgSiin-finamezakomenca.svg[s]-, [ɕ]-s-, x-[s][s]سٍ( xìn)juga digunakan untuk melambangakan beberapa suku kata berawalan s- dan sh- dalam pinyin
17Saa-individua.svgSaa-finamezakomenca.svg[s]-s-tiadatiadaSaaKasrah.svg( sī)hanya untuk suku katanada masuk atau bekas nada masuk
18SHiin-individua.svgSHiin-finamezakomenca.svg[ʂ]-, [ɕ]-sh-, x-[ʃ][ʃ]شِ( shì)juga digunakan untuk melambangakan beberapa suku kata berawalan x- dalam pinyin
19SSaad-individua.svgSSaad-finamezakomenca.svg[s]-s-[sˁ]|[sˠ][s]صْ( sè)
20DDaad-individua.svgDDaad-finamezakomenca.svgtiadatiada[dˁ]|[ðˠ][z]الْضَّاد(aḍ-Ḍād)hanya digunakan dalam kata pinjaman Arab
21Caa-individua.svgCaa-finamezakomenca.svg[ʦʰ]-c-tiadatiadaڞْ( cè)
22TTaa-individua.svgTTaa-finamezakomenca.svg[ʦ]-z-[tˁ]|[tˠ][t]طٌ( zūn)jadinya perubahan bunyi dalam perkataan Cina
23ZZaa-individua.svgZZaa-finamezakomenca.svg[ʦ]-z-[ðˁ]|[ðˠ][z]ظْ( zuò)jadinya perubahan bunyi dalam perkataan Cina
24Ain-individua.svgAin-finamezakomenca.svg[ə]e, e-, -e, -e-[ʕ][ʔ]ﻋﹶ( è)bunyi vokal dalam bahasa Cina, tetapi dianggapkonsonan dalam kata pinjaman Arab dan Parsi
25GHain-individua.svgGHain-finamezakomenca.svgtiadatiada[ɣ]|[ʁ][ɣ][q][ɢ][x]غَبْن(ghabn)hanya digunakan dalam kata pinjaman Arab
26Faa-individua.svgFaa-finamezakomenca.svg[f]-f-[f][f]فِ( fèi)
27Qaaf-individua.svgQaaf-finamezakomenca.svg[k]|[g]-g-[q][q][ɢ]قَ( ge)jadinya perubahan bunyi dalam perkataan Cina
28Kaaf-individua.svgKaaf-finamezakomenca.svgtiadatiada[k]tiadaكَلِمَة(kalimah)hanya digunakan dalam kata pinjaman Arab
28Kahah-individua.svgKahah-finamezakomenca.svg[kʰ]-k-tiada[k]ﮎْ( kě)dipinjam dari bahasa Parsi
29Gaaf-individua.svgGaaf-finamezakomenca.svgtiadatiadatiada[g]گنج(ganj)dipinjam dari bahasa Parsi dan hanya digunakan dalam kata pinjaman Parsi
30NGaa-individua.svgNGaa-finamezakomenca.svg[ŋ]-, [ɲ]-ng-, gn-tiadatiadaﮜْﺎ( ngǎng)agak jarang, melambangkan awalan [ŋ]- di Ningxia dan Mongolia Tengah atau awalan [ɲ]- di Gansu dan Qinghai
31Laam-individua.svgLaam-finamezakomenca.svg[l]-l-[l]|[lˁ][l]لِ( lǐ)
32Miim-individua.svgMiim-finamezakomenca.svg[m]|[n]-m-, n-[m][m]مِ( mì)
33Nuun-individua.svgNuun-finamezakomenca.svg[n]-n-[n][n]نِ( nǐ)
34Haa-individua.svgHaa-finamezakomenca.svg[x]-h-[h][h][ɛ][æ]هَا( hā)banyak digunakan dalam kata pinjaman Arab, sebelum suku kata berakhiran -a, -ai, -an, -ang, -ao dalam pinyin
35Waau-individua.svgWaau-fina.svg[u][ʊ]wu, u-, -u, -u-[w][u:][y][v][u][o][ow]ءُ( wú)bunyi vokal
36Yaa-individua.svgYaa-finamezakomenca.svgtiadatiada[j][i:]tiadaيَوْم(Qiyamah)hanya digunakan dalam kata pinjaman Arab dan bunyi vokal
36Yaa-Persa-individua.svgYaa-Persa-finamezakomenca.svg[i][ɪ]yi, i-, -i, -i-tiada[j][i][e]يَا( ya)dipinjam dari bahasa Parsi dan bunyi vokal


Akhiran kata dan vokal

HurufSebutan
Mandarin Baku
Hanyu PinyinContohCatatan
1HamzahFatHHah.svg atau AlifFatHHah.svg[ɑ]aاَ( ā)
2FatHHahAlif-malplena.svg-[ɑ]-aدَا( dà)
3YaaFatHHahAlif.svg[iɑ]yaيَا( ya)
4KasrahAlif-malplena.svg-[iɑ]-iaكِا( jiā)terhad kepada suku kata berawalan j-, q-, x-, l- dalam pinyin
5WaauFatHHah.svg[uɑ]waوَ( wá)
6DammahWaauFatHHah-malplena.svg-[uɑ]-uaقُوَ( guā)
7tiada[o]otiadajarang, tiada perlambangan dalam Xiao'erjing
8tiada[uo]|[uɔ]wotiadajarang, tiada perlambangan dalam Xiao'erjing
9AinFatHHah.svg[ə]|[ɤ]eﻋﹶ( è)
10Sukuun-malplena.svg atau FatHHahAin-malplena.svg-[ə]|[ɤ]-eدْ( dé)
11WaauFatHHahAin.svg[uə]woوْ( wǒ)
12DammahWaauFatHHahAin-malplena.svg-[uə]-uoقُوَع( guó)
13AinFatHHahRaa.svg[ɑɻ]erعَر( ér)
14Raa-malplena.svg-[ɻ]-rلِر( lìr)menandakan bunyi akhiran rotik -r
15tiada[ɛ]êtiadajarang, tiada perlambangan dalam Xiao'erjing
16AlifKasrahYaaHamzah.svg[iɛ]yeاِئ( yē)
17KasrahYaaHamzah-malplena.svg-[iɛ]-ieكِئ( jiě)
18YaaDammahWaauHamzah.svg[yɛ]yueيُؤ( yuē)
19DammahWaauHamzah-malplena.svg-[yɛ]-üe, -ueكُؤ( jué)terhad kepada suku kata berawalan j-, q-, x-, l-, n- dalam pinyin
20HamzahKasrah.svg atau AlifKasrah.svg[i]yiءِ( yì)
21Kasrah-malplena.svg-[i]-iﭼﹺ( qí)
22Kasrah-malplena.svg-[Z-kunMalsuprapunkto.svg]-iذِ( zǐ)terhad kepada suku kata berawalan z-, c-, s- dalam pinyin
23Kasrah-malplena.svg-[ʐ̩]-iﺟﹺ( zhī)terhad kepada suku kata berawalan zh-, ch-, sh-, r- dalam pinyin
24AlifFatHHahYaaSukuun.svg[aɪ]aiاَىْ( ài)
25FatHHahYaaSukuun-malplena.svg-[aɪ]-aiكَىْ( kǎi)
26tiada[eɪ]eitiadajarang, tiada perlambangan dalam Xiao'erjing
27DammahWaauKasrah-malplena.svg atau WaauHamzahKasrah-malplena.svg-[eɪ]-eiدِؤ( děi)
28WaauFatHHahYaaSukuun.svg[uaɪ]waiوَىْ( wāi)
29DammahWaauFatHHahYaaSukuun-malplena.svg-[uaɪ]-uaiكُوَىْ( kuài)
30WaauKasrah.svg[ueɪ]weiوِ( wèi)
31DammahWaauKasrah-malplena.svg-[ueɪ]-uiحُوِ( huí)
32HamzahDammah.svg atau AlifDammah.svg[u]wuءُ( wú)
33Dammah-malplena.svg atau DammahWaauSukuun-malplena.svg-[u]-uكُو( kǔ)
34AlifFatHHahWaauSukuun.svg[aʊ]aoاَوْ( ào)
35FatHHahWaauSukuun-malplena.svg-[aʊ]-aoقَوْ( gāo)
36AinKasrahWaauSukuun.svg[əʊ]|[ɤʊ]ouعِوْ( ǒu)
37KasrahWaauSukuun-malplena.svg-[əʊ]|[ɤʊ]-ouكِوْ( kǒu)
38YaaFatHHahWaauSukuun.svg[iaʊ]yaoيَوْ( yào)
39KasrahYaaFatHHahWaauSukuun-malplena.svg-[iaʊ]-iaoكِيَوْ( jiào)
40YaaKasrahWaauSukuun.svg[iəʊ]|[iɤʊ]youيِوْ( yǒu)
41KasrahYaaFatHHahWaauSukuun-malplena.svg-[iəʊ]|[iɤʊ]-iuنِيِوْ( niú)
42YaaDammahWaauSukuun.svg[y]yuىُ( yǔ)
43DammahWaauSukuun-malplena.svgandDammahWaauDammah-malplena.svg-[y]-ü, -uنُوُ( nǚ)terhad kepada suku kata berawalan j-, q-, x-, l-, n- dalam pinyin
44HamzahFatHHatanAlif.svg[an]anءًا( ān)
45FatHHatanAlif-malplena.svg-[an]-anدًا( dàn)
46AinKasratan.svg atau AinDammatan.svg atau HamzahDammatan.svg[ən]enءٌ( ēn)
47Kasratan-malplena.svg atau Dammatan-malplena.svg-[ən]-enقٍ( gēn)
48HamzahKasratan.svg atau AlifKasratan.svg[in]yinءٍ( yīn)
49Kasratan-malplena.svg-[in]-inٿٍ( qín)
50YaaDammatan.svg[yn]yunىٌ( yùn)
51Dammatan-malplena.svg-[yn]-unکﹲ( jūn)terhad kepada suku kata berawalan j-, q-, x- dalam pinyin
52YaaFatHHatanAlif.svg[iɛn]yanيًا( yán)
53KasrahYaaFatHHatanAlif-malplena.svg-[iɛn]-ianلِيًا( liàn)
54WaauFatHHatanAlif.svg[uan]|[wan]wanوًا( wàn)
55DammahWaauFatHHatanAlif-malplena.svg-[uan]-uanكُوًا( kuān)
56YaaDammahWaauFatHHatanAlif.svg[yɛn]yuanيُوًا( yuán)
57DammahWaauFatHHatanAlif-malplena.svg-[yɛn]-uanكُوًا( juān)terhad kepada suku kata berawalan j-, q-, x- dalam pinyin
58WaauDammatan.svg[uən]|[wən]wenوٌ( wèn)
59Dammatan-malplena.svg-[uən]-unکﹲ( kùn)
60HamzahSukuunAlif.svg[ɑŋ]angءْا( áng)
61SukuunAlif-malplena.svg-[ɑŋ]-angقْا( gāng)
62tiada[əŋ]engtiadajarang, tiada perlambangan dalam Xiao'erjing
63Kasratan-malplena.svg atau SukuunAin-malplena.svg-[ɤŋ]-engقْع( gèng)
64YaaSukuunKasratan.svg[iŋ]yingىٍْ( yīng)
65SukuunKasratan-malplena.svg-[iŋ]-ingلٍْ( lìng)
66SukuunWaau-malplena.svg-[ʊŋ]-ongخْو( hóng)
67YaaSukuunKasrahWaau.svg atau YaaSukuunWaau.svg[yʊŋ]yongيْو( yòng)
68SukuunKasrahWaau-malplena.svg atau SukuunWaau-malplena.svg-[yʊŋ]-iongﭤْﻮ( qióng)terhad kepada suku kata berawalan j-, q-, x- dalam pinyin
69YaaSukuunAlif.svg[iɑŋ]yangيْا( yáng)
70KasrahYaaSukuunAlif-malplena.svg-[iɑŋ]-iangلِيْا( liáng)
71WaauSukuunAlif.svg[uɑŋ]|[wɑŋ]wangوْا( wàng)
72DammahWaauSukuunAlif-malplena.svg-[uɑŋ]-uangكُوْا( kuàng)
73WaauSukuunAin.svg[uɤŋ]|[wɤŋ]wengوْع( wēng)


Bunyi-bunyi vokal dalam kata pinjaman Arab dan Parsi mematuhi ortografi masing-masing, iaitu hanya vokal panjang bertulis sementara vokal pendek digugurkan. Tanda sukuun (Sukuun.svg) boleh digugurkan ketika menulis kata pinjaman Arab dan Parsi, tetapi mesti ditulis ketika menulis bahasa Cina, kecuali kata-kata bersuku kata tunggal yang amat kerap digunakan yang boleh digugurkan tanda ini dari penulisan. Contoh: aksara "" dan "" yang ditegaskan ditulis "دِ" dan " ﺣَ"; jika sebaliknya, ditulis dengan tanda sukuun iaitu "دْ" dan " ﺣْ", atau tanpa sukuun iaitu "د" dan " ﺣ". Begitu juga, tanda sukuun juga boleh menandakan akhiran -[ŋ] Cina, tetapi adakalanya diganti oleh tanda fatHatan (FatHHatan.svg), kasratan (Kasratan.svg), atau dammatan (Dammatan.svg). Dalam kata-kata bersuku kata majmuk, akhiran 'alif ( ﺎ) yang menandakan vokal panjang -ā boleh digugurkan lalu diganti oleh tanda fatHah (FatHah) yang melambangkan vokal pendek -ă. Xiao'erjing serupa dengan Hanyu Pinyin dari segi setiap suku kata ditulis secara berasingan, iaitu jarak sentiasa memisahkan setiap dua suku kata. Apabila menulis bahasa Cina, tanda syaddah menandakan penggandaan seluruh suku kata yang didudukinya, sama peranannya dengan tanda ulangan Cina "". Tanda-tanda baca Arab dan Cina boleh dipakai secara bercampur dalam tulisan Xiao'erjing, iaitu tanda noktah Cina di samping tanda koma dan tanda petikan Arab.

Contoh

Perkara 1 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dalam tulisan Xiao'erjing, aksara Cina tradisional dan ringkas, Hanyu Pinyin dan bahasa Melayu:
  • Xiao'erjing:Xiaoerjing-Ekzemplafrazo.svg
  • Tulisan Cina Ringkas“人人生而自由,在尊严和权利上一律平等。他们赋有理性和良心,并应以兄弟关系的精神互相对待。”
  • Tulisan Cina Tradisional「人人生而自由,在尊嚴和權利上一律平等。他們賦有理性和良心,並應以兄弟關係的精神互相對待。」
  • Hanyu Pinyin: "Rénrén shēng ér zìyóu, zài zūnyán hé quánlì shàng yílǜ píngděng. Tāmen fù yǒu lǐxìng hé liángxīn, bìng yīng yǐ xiōngdiguānxì de jīngshén hùxiāng duìdài."
  • Bahasa Melayu: "Semua manusia dilahirkan bebas dan samarata dari segi kemuliaan dan hak-hak. Mereka mempunyai pemikiran dan perasaan hati dan hendaklah bertindak di antara satu sama lain dengan semangat persaudaraan."