Alhamdulillah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, bersama-sama ahli-ahli rombongan Baginda telah selamat berangkat bagi menunaikan fardhu haji di Mekah di mana pesawat yang akan membawa mereka semua ke Jeddah telah selamat berlepas pada jam 3.35 petang tadi (10 November 2010).
Turut berangkat ke Dewan Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bagi meraikan keberangkatan Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, dan Duli Yang Maha Mulia Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah binti Tengku Abdul Rashid.
Turut sama berada di sana bagi meraikan keberangkatan Sultan Muhammad Ke-V ke Mekah adalah Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra, kerabat-kerabat diraja Kelantan, Selangor dan Perlis, ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan, ahli-ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan, pembesar-pembesar negeri Kelantan dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri Kelantan.
Doa Sultan Muhammad Ke-V, juga doa kita semua, adalah semoga kedamaian yang sudah mula wujud di negeri Kelantan akan terus berkekalan walaupun di saat Baginda tidak berada di dalam negeri.
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
السلام عليكم
Pengujung Istimewa
Jumaat, November 19, 2010
Berpuluh rakyat T'ganu guna pam, tiada bekalan air
SIBUK AIR DI SELANGOR; TAPI DI TERENGGANU BERPULUH TAHUN GUNA PAM UNTUK DAPATKAN BEKALAN AIR
SEMUANYA kerana politik. Politik dijadikan permainan kotor, angkara hasad dengki dan iri hati. Ketika Selangor tidak berdepan masalah air dan rakyat di Selangor tidak pun merungut, kerajaan persekutuan sibuk menjaja kerepek besi konon rakyat di Selangor akan menderita kerana bakal kehilangan bekalan air bersih.
Namun kisah beberapa penduduk di Terengganu yang berpuluh tahun meneguk air perigi dan parit menggunakan pam langsung tidak dipedulikan!
Inikah kejujuran sebenarnya? Lihatlah pada nasib seorang penduduk Muda Awang, 54 yang tinggal di Kampung Tengah, Batangan, misalnya. Telah hampir 10 tahun anak MELAYU itu memohon untuk meminta bantuan penyambungan paip bekalan air bersih. Apa yang beliau dapat?
Diulangi. Beliau telah memohon selama 10 tahun (bukan 10 hari atau 10 bulan) namun semuanya berakhir dengan kehampaan. Sebagai penoreh getah berpendapatan RM500 sebulan, Muda tidak mampu membayar kos yag tinggi bagi pemasangan paip itu.
Dengan terpaksa menanggung tiga anak yang masih bersekolah termasuk seorang yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi, Muda berharap sangat bantuan disegerakan.
Beliau tidak pernah mempertikaikan berapa duit dihabiskan untuk memajukan Little India di Brickfields atau China Town di Petaling Street. Cuma Muda berharap, bantuan yang dipohonnya dinilai dengan hati dan perasaan yang jujur dan ikhlas.
Perlu diingatkan, Muda kadang-kala terpaksa memberanikan hati menggunakan air yang dipam itu, walaupun menyedari ia kadang-kala mengandungi minyak dan berbau. Pam yang digunakannya pula selalu rosak dan apalah yang mampu diharapkannya kecuali berdoa agar kita yang masih percayakan Tuhan, segera terbuka hati untuk membantu.
Muda juga tak mempersoalkan cadangan membina menara 100 tingkat atau mempertikaikan kebenaran kerajaan supaya KWSP boleh melabur dengan lebih banyak di luar negara. Yang Muda bimbangkan ialah nasib dan masa depannya sebagai anak Melayu yang terasa seperti tidak terbela sejak negara merdeka 53 tahun lalu!
Posted by SINGALAUTMETRO at 11:19 , 18 Nov 2010
" Khamis, November 18, 2010
Jambatan runtuh di Pahang

Utusan Malaysia . KUALA LIPIS 17 Nov. 2010
Ibadah korban di tujuh kampung di Cheka Satu, dekat sini terjejas apabila jambatan kayu di Sungai Jelai runtuh dihanyutkan arus deras kelmarin. Lima penempatan yang terputus hubungan itu ialah Kampung Gemuncur, Kampung Baru, Kampung Tanjung Jelai, Kampung Batu Bor, Kampung Batu Tunggal, Kampung Talus dan Kampung Batu Balak.
"
Difahamkan, penduduk terbabit menggunakan jambatan yang diperbuat daripada kayu balak itu sejak 20 tahun lalu untuk berulang alik menjalankan urusan harian. Ismayatim berharap kerajaan dapat membina segera jambatan konkrit agar penduduk lebih selesa menyeberang Sungai Jelai dan tidak menghadapi kesukaran ketika musim banjir. ''Pada tahun ini sahaja, dua kali jambatan itu runtuh dihanyutkan banjir sehingga menimbulkan kesukaran kepada penduduk dan pelajar ke sekolah di Mela dan Kerambit. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_03.htm
(DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010)
Patutlah Laporan Ketua Audit Negara 2009 dedahkan banyak kelemahan di Pahang. Apakan daya, rakyat Pahang majoriti bukannya baca Laporan Ketua Audit Negara ni, TV3 , TV1 dan Utusan pun apa kisah.
Kelemahan kerajaan dalam Laporan Audit di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html
Harakah, Suara Keadilan dan Roket pun tak banyak siar masalah rakyat Pahang, macam dah tahu je, Pahang ni kawasan paling selamat UMNO di muka bumi ini.
Bacalah sendiri di bawah ini keluhan rakyat Pahang yang sering dipinggirkan sebab ini kawasan paling selamat UMNO di Malaysia.
Rakyat Pahang Gadai Nyawa Jambatan Gantung Usanghttp://amkns.blogspot.com/2010/06/rakyat-pahang-gadai-nyawa-jambatan.html
Dah 50 tahun penduduk Kuantan tiada air paip http://amkns.blogspot.com/2010/06/dah-50-tahun-penduduk-kuantan-tiada-air.html
30 tahun penduduk Pahang minum air lumpur http://amkns.blogspot.com/2010/06/30-tahun-penduduk-pahang-minum-air.html
Masalah pojek terbengkalai di Pahang http://amkns.blogspot.com/2010/06/masalah-pojek-terbengkalai-di-pahang.html
Bekalan air kritikal di Pulau Tioman
4 tahun janji rumah kos rendah di Pulau Tioman tak siap-siap
Rakyat Pahang rayu bekalan air bersih
Kilang Simen di Pahang akan musnahkan Alam Sekitarhttp://amkns.blogspot.com/2010/06/kilang-simen-di-pahang-akan-musnahkan.html
Penduduk Pahang derita bau busuk air najis
Pemandu van jenazah Pahang rayu rumah PPRT
Longkang di Pahang semakin besar akibat hakisan membimbangkan
Sejak Bila TNB bertindak macam samseng ?
Dua budak kenit kini kesempitan hidup
" Justice Pao di tv2, hakim adil dan bijaksana
"
Mulanya isteri saya marah jugalah, kenapalah saya suka sangat tengok cerita Cina yang ini. Akhirnya, isteri saya pun minat tengok.
Saya ingatkah Justice Pao atau Hakim Bao atau Bao Dai ini cerita rekaan semata-mata. Rupa-rupanya memang ada Hakim bernama Bao di zaman Dinasti Song pada tahun 999 hingga 1062.
Rupa paras Hakim Bao ini memang agak pelik, kerana kulitnya hitam, tak seperti kulit orang Cina, sementara pada dahinya ada tanda lahir berbentuk bulan sabit yang amat jelas bewarna keputihan.
Hakim Bao ini amat ditakuti oleh para pegawai atasan, pegawai tertinggi, kerabat diraja pada masa itu kerana Hakim Bao ini amat adil dan tegas. Hakim Bao ini pula amat disayangi oleh rakyat jelata.
Mana-mana rakyat yang hendak mengadu pada Hakim Bao, cuma perlu ketuk gendang di pejabatnya tanpa perlu buat appointment, tanpa perlu buat laporan polis, laporan SPRM, keluar Aduan Rakyat TV3 dan sebagainya.
Islam mula bertapak di Cina pada tahun 615. Adakah Hakim Bao ini seorang Islam atau pernah belajar mengenai sistem kehakiman Islam ? Lagi satu yang seronok tengok cerita Justice Pao ini ialah tiadanya adegan yang menjolok mata, muzik yang tak tentu arah, tak macam kebanyakan drama dan filem Melayu sekarang.
****************
Bao Zheng
Known as Bao Gong, a symbol of justice and integrity.
Bao Zheng (999-1062), a household name in China, was an outstanding government official and statesman in the Northern Song Dynasty (960-1127). He was born of a scholar family in Luzhou, now renamed Hefei, in Anhui Province. At the age of 29, he passed the highest-level imperial examinations under the direct invigilation of the emperor and qualified himself as a Jinshi.
As laws and regulations of that time said that a Jinshi could be assigned a leading position, Bao Zheng was appointed magistrate, the head of Jianchang County. But as filial piety was regarded as a highly valued virtue, Bao resigned his position and went home to attend his old and weak parents for ten years. After his parents' death, he was reappointed magistrate of Tianchang County. That year, he was 40.
Bao Zheng proved to be a magistrate of justice, fearlessness and righteousness. His superior wit and talent profoundly impressed people across the nation, including Emperor Renzhong, who successively promoted Bao and assigned him to important offices in various parts of the country.
To most Chinese people, Bao Zheng is known for his strong sense of fair play, his determination to mete out justice without fear and favor and his ability to tell the truth from falsehood. He insisted that anyone, including close relations of the Emperor, deserves punishment if found guilty of wrong doings.
According to historical records, in the 30 odd years when he took office, more than 30 high officials, including some government ministers, were demoted or dismissed because Bao accused them of corruption, bribery, dereliction of duty, misprision, etc. He was such a firm and resolute man that he never gave up what he thought was right. He reported six times to the Emperor to impeach the high-ranked government official Zhang Yaozhuo, uncle of the high-ranked imperial concubine, 7 times to impeach Wang Kui, another official favored by the emperor, and several times to impeach Prime Minister Song Yang.
What is amazing is that as an imperial censor, Bao Zheng always succeeded in convincing the Emperor without inviting misfortune. In history, many imperial censors came to bad ends. Sima Qian (145 B.C. or 135 B.C. -), a great historian, thinker and litterateur, was castrated for a few words for Emperor Hanwu. Wu Kui, Chen Xu, Du Shu, three imperial censors living in Bao's time, all fell off the political stage for their expostulations. Bao Zheng, however, headed off one danger after another and stayed on the stage until his life end. We can't help marveling at this great man's intellect and personality.
Bao Zheng's personality was closely related to his early life. Though his parents could afford to send Bao Zheng to school, their life was not so rich. His mother had to climb up the mountain to collect firewood just before she gave birth to him. Before Bao became county magistrate, he had lived among the low working class, which helped him understand their trouble and hardships. He hated corruption and strongly desired for justice and probity.
His personality was also attributed to a man named Liu Yun. Liu was a magistrate of Luzhou District when Bao was looking after his parents at home. He was not only an excellent poet and litterateur but also a talented and fair-minded official abhorring all evils in the society. He was also a man respecting intellectuals and particularly appreciated Bao Zheng's abilities. As Liu and Bao got along well, Liu exerted great influence on Bao, who cherished loyalty to the throne and love for his country and the people.
Now there are many stories and operas about this extraordinary character in Chinese history. Bao Zheng is respectfully called Bao Gong. His stern black face, looked upon as a symbol of justice and integrity, is easily recognized by all Chinese opera fans, although this is more theatrical than real.
Satu Kampung Masuk Islam
MINA: Satu pembedahan untuk memisahkan sepasang kembar siam, yang diketuai oleh Menteri Kesihatan Dr. Abdullah bin Abdulaziz Al-Rabeeah, telah menyebabkan seluruh penduduk sebuah kampung di Cameroon memeluk Islam.
Ini didedahkan oleh seorang pegawai tinggi negara Afrika itu, Sultan Omar, semasa mengadakan lawatan untuk bertemu dengan Al-Rabeeah di Hospital Kecemasan Mina. Kembar tersebut, Rahima dan Hamidah, dipisahkan pada April 2007.
"Kejayaan pembedahan yang dijalankan oleh Al-Rabeeah itu telah menyebabkan ketua dan ahli-ahli puak di kampung Banki Tungo, yang berpenduduk seramai 1,100 orang, dan ramai lagi di beberapa bahagian Cameroon memeluk Islam secara beramai-ramai. Tindakan mereka didorong oleh sikap perikemanusiaan yang ditunjukkan oleh Raja Abdullah,” katanya.
Omar diiringi delegasi seramai 26 orang saudara baru warga Cameroon, yang sedang mengerjakan Haji sebagai tetamu Raja Abdullah, mengunjungi Al-Rabeeah untuk menyampaikan ucapan terima-kasih kepada beliau. “Kami bukan sahaja terhutang budi kepada Al-Rabeeah, tetapi juga kepada Raja Abdullah yang mengarahkan supaya kembar tersebut dipisahkan dengan kos ditanggung baginda.
Pembawa sial
Kembar Siam warga Cameroon Rahima dan Hamidah (dulunya dikenali Pheinbom dan Shevoboh) dianggap sebagai pembawa sial semasa dilahirkan, tetapi kejayaan pakar-pakar bedah Arab Saudi melakukan pemisahan telah merubah kehidupan mereka – dan keimanan penduduk kampung mereka.

Mereka bercantum di dada, perut dan punggung sewaktu dilahirkan dan para jururawat yang menyambut kelahiran bayi tersebut di Babanki Tungo, sebuah kampung utara Cameroon, berasa terkejut dengan “kelahiran pelik” itu sehingga lari bertempiaran meninggalkan klinik.
Perkhidmatan perubatan asas di Babanki Tungo sangat terbatas untuk merawat kambar perempuan tersebut dan, setelah rayuan dibuat melalui internet, Raja Abdullah bersetuju menanggung kos membawa mereka ke Arab Saudi untuk tujuan pembedahan pada 2007.
Pembedahan yang mengambil masa selama 16 jam tersebut berjaya memisahkan kembar tersebut dan kini masing-masing memiliki perut sendiri.
Memeluk Islam
Beberapa orang di Babanki Tungo – sebuah kampung yang mengeluarkan hasil-hasil sayuran – menganggap kembar tersebut sebagai “hadiah syaitan” yang dihantar untuk menghukum ayah mereka, yang sudahpun mempunyai 13 anak dengan dua isteri yang lain.
Setengah yang lain pula percaya yang Rahima dan Hamidah dihantar untuk menghukum seluruh kampung, selepas seorang pemimpin tradisi dalam wilayah berkenaan dibakar hidup-hidup oleh orang-orang bawahannya.
"Segalanya sangat sukar sewaktu bayi-bayi itu masih bercantum," kata Emerencia Nyumale, ibu kepada pasangan kembar tersebut. "Apabila orang nampak saya membawa anak-anak, mereka akan lari dan ini membuatkan saya berasa sungguh bersalah dan sepi keseorangan," katanya. "Syukur kepada tuhan segalanya sudah berakhir selepas pemisahan dilakukan."
Cerita tentang kanak-kanak tersebut juga membawa kesan lain kepada penduduk Babanki Tungo.
Kerajaan Saudi membiayai pembinaan sebuah pusat Islam di kampung tersebut yang terdiri daripada sebuah masjid, taman asuhan kanak-kanak, sekolah rendah dan pusat kesihatan.
Beberapa orang penduduk percaya tindakan ini akan menyebabkan lebih ramai penduduk Kristian Babanki Tungo memeluk Islam. Langkah ini telah dimulakan oleh ibubapa kembar tersebut. Si ayah, Ngong James Akumbu, sekarang dikenali sebagai "Abdallah", Emerencia sebagai "Aisha", dan lima orang anak-anak mereka telahpun memasuki sekolah rendah Islam.

Rahmat atau sumpahan?
Kum Edwin, seorang guru di sekolah tersebut, juga telah memeluk Islam. "Sebelum sekolah dibuka, saya menganggur, dan memiliki ramai teman wanita dan banyak minum," kata Edwin, yang menukar nama kepada "Abdallah Wagf".
"Bila saya dengar sebuah sekolah Islam akan dibuka, saya terus mengikuti kursus pengajian Islam selama tiga bulan… Saya dah tak minum dan sekarang sedang mencari calon isteri kerana memiliki ramai teman wanita bukannya satu sikap yang baik."
Ramai penduduk di Babanki Tungo menganggap kelahiran Rahima dan Hamidah telah membawa rahmat dan bukannya sumpahan. Masyarakat tidak lagi memandang serong melihat kanak-kanak kembar tersebut merangkak dalam kampung, seperti yang mereka lakukan dahulu.
"Saya selalu memberitahu para ibubapa supaya bersabar apabila menerima ujian tuhan kerana sesuatu yang buruk akan bertukar menjadi baik di masa depan," kata ayah si kembar.
Sememangnya, kembar tersebut telah mengubah nasib mereka. Setelah melalui kepahitan dipinggirkan, sekarang kembar tersebut mempunyai kehidupan masing-masing dan menjadi faktor kepada perubahan yang berlaku dalam masyarakat sekeliling.
Bendera Rasmi Negeri Kelantan
“Sempeno dengae aghi keputera’ae KDYMM al-Sultan Kelantan, Nih ambo ado buat research ckit pasal bendero2 di negeri kelate.. Nih gamba bendero2 yey selalu digunakan di seluruh negeri kelate sekali dgn description dio…. ambo ingatkey sajo2 jah majlis daerah letok bendero bilo sultey mari setiap daerah… keno2 ado ranking dio… sek2 demo tgk laa deh…”
Bendera Negeri Kelantan Darul Naim
Bendera Setiausaha Sulit Kerajaan Negeri Kelantan
Bendera Ahli Mesyuarat Negeri Kelantan
Bendera Istiadat Negeri Kelantan
Bendera Kapal Perniagaan Negeri Kelantan
Bendera Tanah Jajahan Bachok
Bendera Dato Bergelar Jawatan
Bendera Kerabat Ampuni
Bendera Kerabat Bergelar Jawatan
Bendera Kerabat Bergelar
Bendera Kepala Istiadat
Bendera Temenggong
Bendera Setiausaha Sulit Sultan Kelantan
Bendera Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Bendera Menteri Besar Kelantan
Bendera Tanah Jajahan Kota Bharu
Bendera Timbalan Menteri Besar Kelantan
Bendera Tanah Jajahan Pasir Mas
Bendera Tanah Jajahan Pasir Puteh
Bendera Bendahara
Bendera Al-Sultan Kelantan
Bendera Tengku Mahkota Kelantan
Bendera Pemangku Sultan Kelantan
Bendera Raja Perempuan Kelantan
Bendera Kapal Kerajaan Negeri Kelantan
Bendera Mufti Kerajaan Negeri Kelantan
Bendera Tanah Jajahan Tumpat
Bendera Tanah Jajahan Gua Musang
Bendera Tanah Jajahan Kuala Krai
Bendera Tanah Jajahan Jeli
Langgan:
Ulasan (Atom)