Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Isnin, November 29, 2010

Kota melaka Yang Sebenarnya

e

Adakah replika istana Melaka ini menepati senibina asalnya?

 

Salam para pembaca semua, seperti yang telah saya janjikan, kali ini saya akan memaparkan sebuah artikel berkenaan binaan kota Melaka pada zaman kegemilangannya. Sebahagian besar daripada lakaran ini belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak di negara kita kerana ianya boleh dikatakan fresh dari sumber utama yang diperolehi dari Belanda dan Portugal. Oleh itu anda bertuah kerana dapat menatapnya disini. Namun ini hanya sebahagian kecil sahaja daripada banyak lakaran yang berjaya dibawa pulang oleh team Pengkaji Universiti. Diharapkan artikel saya kali ini dapat membuka kotak pemikiran kita dengan lebih luas tentang ketamadunan bangsa Melayu pada zaman silam.


Lakaran menunjukkan Kota Melaka pada zaman pemerintahan penjajah portugis. Lakaran diatas dibuat bagi merakamkan serangan Armada Acheh Darussalam ketika mengepung kota tersebut selama lebih kurang setahun. Dalam lakaran ini juga ada kelihatan sejenis senjata pelontar yang digunakan oleh tentera Acheh.

Sebenarnya para pembaca sekalian, semasa seorang pengembara Itali yang bernama Ludovico Vertema melawat Melaka antara tahun 1506 hingga 1510 pihak Portugis sering menghantar pengintip mareka ke Melaka untuk mencari maklmat tentang kemajuan perdagangan,, masyarakat dan kerajaan Melaka. Antara maklumat penting yang dibawa oleh portugis yang datang ke Melaka pada tahun 1506 dan 1508 ialah tentang strategi pertahanan Melaka. Beberapa lakaran tentang rupa bentuk dan binaan kota, istana dan kedudukan Bandar pelabuhan Melaka berjaya direkodkan. Antara lakaran tersebut ada menunjukkan bentuk tembok kota Melaka dan pintu gerbangnya yang kukuh dan dibina daripada bahan binaan tempatan seperti batu laterit. Bahan binaan ini sememangnya banyak terdapat di Melaka. Kedua dua pengembara tersebut iaitu Jorge Mello yang datang pada tahun 1507 dan Jorge De Aguilar yang datang pada tahun 1508, telah menghantar maklumat kepada sejarawan kerajaan Portugal iaitu Joan De Barros.



Dari lakaran yang dibuat, ia membuktikan tentang teknologi Melayu pada zaman tersebut. Pembangunan fizikal dan infrastruktur Melaka ternyata mempunyai ciri-ciri keselamatan yang mantap dan setanding dengan keududkan kota di Negara Asia lain. Dalam hal ini kemungkinan juga kerajaan Melaka mendapat tenaga buruh daripada orang gujerat yang memang terkenal bukan sahaja sebagai pedagang tetapi juga sebagai tukang pembina rumah dan bangunan. Hal ini juga menggambarkan wujudnya semangat kerjasama yang erat diantara tukang-tukang Melayu dan India Islam di Melaka dari aspek pembangunan kota dan pelabuhan yang pentadbiranya berpandukan hukum Islam.



Maklumat yang diperolehi daripada lakaran yang diterbitkan di Belanda pada tahun 1508 itu juga menunjukkan bahawa pintu gerbang ke kota Melaka yang ada sekarang sebenarnya bukanlah dari bahan binaan asal portugis. Berdasarkan lakaran yang ditemui melalui penelitian yang telah dibuat, mendapati asal binaan Melayu Melaka yang dimusnahkan Portugis telah diganti serta diubahsuai mengikut senibina Portugis. Senibina yang sama dilihat di Goa, Macao dan Ternate. Maklumat ini cukup membanggakan orang melayu khasnya dan Nusantara amnya kerana lakaran ini menjadi bukti nyata tentang ketamadunan Melaka pada waktu tersebut. Bermakna bahawa lakaran tersebut melambangkan betapa keupayaan orang Melayu mempamerkan kemampuan yang menjadi kemegahan bangsa dan negerinya yang setanding dengan bangsa lain. Dalam hal ini maklumat yang dicatat dalam Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah mampu merakamkan pencapaian peradaban dan Tamadun Melayu pada ketika itu.



Lakaran portugis juga turut merakamkan peristiwa peperangan yang berlaku diantara armada Portugis dengan Melaka. Dari lakaran tersebut diperlihatkan bahawa meriam-meriam daripada kapal Portugis dapat merosakkan benteng-benteng pertahanan orang Melaka dan juga kapal-kapal yang dimiliki oleh saudagar Islam. Dalam lakaran tersebut juga terlihat dikejauhan bangunan –bangunan yang terdapat di dalam kota Melaka dan di pelabuhan Melaka. Jelas daripada lakaran tersebut terdapatnya sebuah banggunan yang mempunyai kubah dan menara yang berkemungkinan adalah masjid Melaka atau mungkin juga istana. Terdapat juga beberapa buah lagi bangunan yang berderet-deret yang kelihatan diperbuat daripada batu atau konkrit dan mempunyai lebih daripada dua tingkat, bangunan ini berkemungkinan adalah istana sultan atau sebuah bangunan yang terpadat di dalam kompleks kota pelabuhan Melaka.

Lakaran diatas adalah menunjukkan serangan armada Portugis terhadap Kota Melaka. Banyaknya bilangan kapal dalam lakaran menunjukkan bukan sahaja askar Portugis yang terlibat dalam penyerangan tersebut, malahan mungkin juga askar upahan.

Jika anda semua perhatikan betul-betul lakaran penyerangan armada Portugis ini, anda akan dapat melihat dari kejauhan di pelabuhan Melaka deretan bangunan-bangunan yang besar, bertingkat-tingkat dan juga berkubah serta mempunyai beberapa menara. Mungkinkah ini bentuk Istana atau masjid Melaka yang sebenar?

Peristiwa peperangan Melaka juga ada dirakam dengan lakaran yang dibuat oleh orang Portugis. Lakaran tersebut menunjukkan strategi serangan orang Portugis terhadap Bandar Melaka dan juga bagaimana strategi orang Melaka mempertahankan bandar mereka yang memperlihatkan barisan pejuang dan hulubalang malahan gajah-gajah perang. Dalam konteks ini, suatu alat berupa carriage diikat pada gajah-gajah tersebut dan ditempatkan hulubalang-hulubalang untuk melakukan serangan terhadap askar-askar Portugis yang sedang bersedia untuk menghadapi serangan orang Melaka. Lakaran ini juga memperlihatkan bagaimana perbezaan strategi serangan yang digunakan oleh Portugis dan orang Melaka. Pihak Portugis kelihatan menggunakan taktik serangan manakala orang Melayu lebih bersifat bertahan. Berdasarkan lakaran tersebut juga kita dapat lihat persenjataan yang digunakan oleh kedua-dua pihak. Portugis menggunakan lebing panjang yang lazimnya digunakan di Eropah, manakala orang Melayu mengunakan lembing atau tombak yang lebih pendek. Apa yang menarik ialah kelihatan tembok kota Melaka yang telah dibina dengan bahan-bahan tempatan seperti batu bata dan laterit. Reka bentuk tembok tersebut juga menunjukkan struktur pembinaan yang dilengkapi dengan tempat-tempat peninjau pada sudut-sudut tertentu. Manakala bahagian dalam kota kelihatan senibina rumah-rumah Melayu yang dimiliki oleh para pentadbir dan saudagar.

Lakaran menunjukkan peristiwa penyerangan tentera Portugis keatas kota Melaka. Lakaran sebegini adalah julung-julung kalinya ditemui oleh sejarawan kita. Selama ini kebanyakan lakaran yang kita dapati hanyalah gambaran pelukis. Namun lakaran ini dipercayai adalah lakaran sezaman dengan peristiwa sebenar. Oleh itu kita dapat mengandaikan bahawa lakaran ini adalah gambaran seorang pelukis yang berada diwaktu tersebut.

Terdapat sebuah lagi lakaran yang berjaya diperolehi oleh mahaguru saya dari arkib dan peprustakaan di Lisbon dan Belanda. Kunjungan wakil pedagang Portugis iaitu Lopez De Sequeiraa pada 1509 ke kota Melaka disambut menurut adat kebesaran tetamu kenamaan dari negeri luar ada dilakarkan. Dalam lakaran ini beliau telah diberi penghormatan untuk menunggang gajah yang menjadi salah satu pengangkutan resmi kerajaan Melayu. Dalam perarakan menuju ke istana Melaka, De Sequera diiringi rombongan Portugis. Lakaran ini juga memperlihatkan senibina tembok kota dan pintu gerbang istana sultan Melaka yang diperbuat daripada bahan-bahan binaan yang kukuh. Berdasarkan kepada lakaran ini, bahan binaan tembok adalah daripada batu putih tempatan. Manakala Istana Sultan Melaka juga diperbuat daripada bahan binaan yang sama. Oleh itu istana Melaka yang terdapat di Melaka sekarang tidak menepati senibina istana asal yang diperbuat hampir keseluruhan dari batubata. Perarakan tersebut menarik perhatian sebilangan penduduk Melaka yang hairan dengan kedatangan Portugis. Dalam lakaran tersenut juga memperlihatkan pengawal-pengawal dan hulubalang yang berada di luar pagar Melaka membawa tombak dan busur panah yang amat besar. Mereka juga memakai pakaian yang melebihi separas lutu dan melilit pinggang dengan lain bercorak. Pakaian mereka tak ubah seperti pakaian zaman Rom. Istana Melaka yang dilakarkan tersebut mempunyai balkoni atau berandah yang menghadap ke arah pelabuhan dan sultan dilihat sedang duduk diatas balcony sambil menunggu kedatangan utusan Portugis bersama para menteri dan hulubalang. Istana ini juga bertingkat-tingkat seperti yang dikatakan dalam Sejarah Melayu.


Lakaran menunjukkan perarakan utusan Portugis ke Istana Melaka dengan disaksikan oleh penduduk Melaka. Apa yang menariknya keadaan penduduk melaka yang hairan melihat Benggali Putih ini turut dicatatkan dalam Sejarah Melayu. Yang lebih menarik perhatian ialah binaan Istana Sultan Melaka.

Maka para-pembaca sekalian, sekarang telah terjawab mungkin suku daripada persoalan-persoalan tentang kehebatan kota Melaka yang sering digembar-gemburkan dalam catatan-catatan pengembara luar dan dalam. Kita juga dapat melihat secara lebih terperinci bagaimana pesat dan membangunnya Bandar Melaka dan system pertahanannya daripada lakaran yang telah saya paparkan. Semoga ia member manafaat kepada anda semua. Wallah hu a’lam

Keberangkatan Pulang Sultan Muhamad V ke Kelantan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, yang di dalam keberangkatan pulang melalui jalan darat ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur dijangka akan tiba di Masjid Mahligai, Bachok, menjelang waktu solat Asar hari Selasa, 30 November 2010.

Keberangkatan pulang buat kali pertama Sultan Muhammad Ke-V ke Kelantan setelah kembali dari menunaikan fardhu haji di Mekah ini dijangka akan disambut oleh rakyat dari kawasan berdekatan yang akan menunaikan solat Asar bersama-sama Baginda di masjid itu

Sultan Terengganu boikot Perasmian Monsoon Cup 2010

Sultan Selangor membatalkan keberangkatan ke majlis jamuan tengahari anjuran yayasan itu kerana dukacita dengan kosnya yang terlalu tinggi. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud dilaporkan berkata, pada pendapat Baginda kos makan tengah hari lebih daripada RM300,000 adalah amat tinggi dan membazir. Menurut Ramli, Baginda berpendapat lebih berfaedah jika wang itu digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan atau membiayai lebih ramai pelajar yang kurang berkemampuan. Inilah pertama kali seorang sultan memboikot program kerajaan negeri kerana sifat mulia tuanku bagi mengelakkan pembaziran. Amalan ini amatlah terpuji dan sepatutnya diterapkan kesemua negeri termasuklah negeri patik, Terengganu Darul Iman.

UMNO Selangor mendakwa perbelanjaan sebenar Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 40 Yayasan Selangor sekitar RM800,000 bukannya RM300,000 yang dikatakan sebelum ini. Timbalan Pengerusi Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata jumlah RM300,000 itu hanya merupakan bayaran pendahuluan yang dibuat oleh yayasan kepada syarikat yang terlibat dalam penganjuran sambutan yayasan itu yang sepatutnya diadakan pada 15 November ini. Sebaliknya, beliau mendakwa bahawa baki kos yang dianggarkan RM500,000 lagi untuk sambutan itu telah diluluskan sebagai peruntukan tambahan. Alhamdulillah kini UMNO pun tahu istilah membazir. Mereka pun boleh ambik jawatan juru-audit kerajaan negeri PR.

Pada 10 November lalu juga, Khalid juga menubuhkan jawatankuasa audit profesional untuk menyiasat pendedahan ADUN Hulu Klang Saari Sungib bahawa wujud salah guna kuasa dalam penajaan majlis perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Media melaporkan, jumlah tajaan oleh anak syarikat kerajaan negeri itu sebanyak RM520,000. Perangai penjawat awam yang lama bekerja dibawah pemerintahan UMNO-BN sekian lama terlupa bahawa mereka kini bertuankan kerajaan PR. Tabiat lama masih lagi terikut-ikut. Baguslah kalau kini mula dah berubah. Pemimpin UMNO-BN juga kini dah mula menghargai dana rakyat.

Diharapkan negeri-negeri yang masih diperintah oleh UMNO-BN juga mengamalkan budaya jimat cermat meskipun negeri kaya raya macam Terengganu ini. Berapakah agaknya kos perasmian dan penganjuran Sukan Kuda lasak di lembah Bidong tahun ini?. Kalau perasmian Karnival FEI WEC 2008 sempena pertandingan kuda lasak dua tahun lalu sahaja dikatakan bernilai RM 48 juta. Setengah orang memberitahu itu hanya kos bunga apinya sahaja. Itu bunga api termahal sempena malam perasmian sukan kuda lasak tersebut.

Bagaimana dengan sukan musim banjir tahun ini. Berapa kos perasmian dan penganjuran Monsoon Cup. Walaupun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dan rakyat jelata tetapi dipercayai Monsoon Cup tidak boleh dihentikan kerana terikat dengan kontrak yang dirangka sebegitu rupa, yang sudah tentu telah mengambil kira kepentingan diri masing-masing dalam agenda rompakan duit rakyat. Didakwa Patrick Lim mendapat kira-kira RM300 juta setahun untuk penganjuran Monsoon Cup dan tempohnya tamat sehingga 2012, dikira kontrak bermula tahun 2005.

Untuk tahun 2010 ini, Piala Monsun dijadualkan berlansung pada 2-6 Disember nanti. Biasanya kalau tidak Tuanku sultan Mizan, wakil istana Terengganu akan merasmikan event itu disetiap tahun. Adakah tahun ini Sultan Terengganu mengikuti apa yang dibuat oleh Sultan Selangor dengan memboikot upacara perasmian Monsoon Cup 2010 demi mengelakkan pembaziran dan menggunakan perbelanjaan kewangan tersebut untuk biasiswa atau pinjaman pelanjaran bagi anak Terengganu atau sebagai bantuan kepada fakir miskin yang masin lagi tinggi di Terengganu?

Rakyat Terengganu pun dah muak untuk membantah. Pemimpin UMNO-BN buat pekak badak aje. Kalau Sutan sendiri ambil sikap macam Sultan Selangor kot-kot Mat Said yang amat bergantung dengan istana demi survival politik beliau akan peka. kalau tak jadikanlah undi saudara pada PRU-13 nanti untuk menaja perubahan.

UPSR, Terengganu cemerlang tapi bocor lagi!!!

Tahun ini Terengganu cemerlang lagi UPSR. Apakah rahsianya? Bermulanya kecemerlangan UPSR di Terengganu pada tahun 2001. Ketika Pas berjaya mengambil alih pemerintahan dari pimpinan UMNO di Terengganu. Hari ini Terengganu menjadi negeri terbaik UPSR 10 tahun berturut-turut. Nak ucap tahniah ke tak? Silih berganti! Tahniah pun ya. Tak pun ya!


Terengganu Negeri Terbaik UPSR 10 Tahun Berturut-Turut


Terengganu. 11 Okt. TAHNIAH...Terengganu terus mengungguli keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk tahun ke-10 berturut-turut apabila muncul negeri terbaik dalam peperiksaan itu tahun ini apabila seramai 3,560 atau 15.4 peratus daripada 23,147 murid mendapat 5A dan 7A.

Kejayaan mengekalkan keputusan terbaik itu diumumkan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud (gambar kiri), di Bilik Mesyuarat Alamanda, JPNT, Bukit Kecil, Kuala Terengganu, semalam.

Beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said dan kerajaan Terengganu dengan bantuan kewangan dan sokongan moral dalam menjayakan kecemerlangan UPSR 2010.

Melihat kepada pengorbanan guru-guru yang ikhlas, kesungguhan ibu-bapa, pegawai pendidikan di PPD dan JPN selayaknya diucapkan tahniah. Di awal-awal kejayaan dahulu ianya adalah kejayaan dan mencapai keputusan cemerlang secara normal. Bagi setengah ahli politik kejayaan UPSR inipun dianggap sebagai kejayaan dan kecemerlangan pemerintahan. Bermula dizaman Tok Guru Hj Hadi, kejayaan sebagai negeri terbaik UPSR diperolehi sebagai bermulanya kecemerlangan. Tetapi tidak mutakhir ini. Kenapa?

Melihat ada sesuatu perlu diperbaiki demi kejayaan dan kecemerlangan dunia yang perlu dilangsungkan untuk kecemerlangan diakhirat. Pendidikan Islam perlu diarus-perdanakan. Kerajaan Pas Terengganu ketika itu melalui Exco pendidikannya, Dato Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama Pas telah melancarkan penubuhan SRAB (Sekolah Rendah Agama Bersepadu Terengganu) disetiap daerah. Juga turut menubuhkan KIST (Kolej Islam Sains Terengganu) serta KOSTAQ (Kolej Sains & al-Quran Terengganu) menggantikan MRSM yang ditutup oleh Kementrian di Dungun dan Besut. Hari ini semua itu ditutup kecuali KOSTAQ ditukar nama menjadi IMTIYAZ yang dicanang untuk melahirkan generasi ulul al-bab.

Bermula tahun ini, tahun 2010, secara rasminya juga SRAB yang pernah diwujudkan semasa kerajaan PAS pada tahun 2001 ‘berkubur’ setelah berakhir penggal persekolahan tahun 2009 lalu. Kerajaan BN Terengganu yang pernah diketuai oleh Dato’ Idris Jusoh menghentikan pengambilan pelajarnya bermula tahun 2005 menjadikan pelajar ‘bongsu’ SRAB adalah yang berdaftar pada 2004 serta akan menamatkan pembelajaran di sekolah rendah pada tahun 2009.
Bahkan, Dato’ Ahmad Said yang menerajui kerajaan negeri selepas PRU ke-12 tahun 2008 lalu turut meneruskan usaha tidak mengambil pelajar Tahun Satu SRAB bagi sesi persekolahan tahun 2010 ini yang akan menyaksikan sekolah tersebut luput dari bumi Terengganu.

SRAB diperkenalkan semasa Kerajaan PAS Terengganu bertujuan memberi pendidikan asas kurikulum Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan akademik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada semua kanak-kanak Islam di negeri ini.

Hasrat kewujudan sekolah berkenaan untuk melahirkan pelajar yang berilmu dan berakhlak mulia, kukuh dalam nilai-nilai Islam bagi mencapai muslim yang bertaqwa dan mendapat keredhaan Allah. SRAB juga berhasrat menyediakan sistem persekolahan agama negeri yang lebih teratur bermula daripada peringkat rendah bagi membolehkan pelajar-pelajarnya meneruskan pembelajaran di peringkat menengah dan seterusnya ke pusat pengajian tinggi dalam dan luar negeri.

Sebanyak enam buah SRAB berjaya diwujudkan iaitu Khairiah, Kuala Terengganu; SRAB Al-Falah, Kemaman; SRAB Sultan Ismail, Dungun; SRAB Mahmudiah, Kuala Berang; SRAB Maarif, Besut dan SRAB Ittifakiah, Jertih. Pelajar bermula umur tujuh tahun manakala tempoh pengajian selama enam tahun dan masa belajar bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

Mata pelajaran KBSR yang diajar ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan seni dan Pendidikan Jasmani. Manakala Kurikulum Bersepadu Sekolah Agama (Arab dan Agama) pula terdiri daripada al-Quran, Tauhid, Ibadah, Akhlak, Tulisan Jawi, Sirah dan Tajwid. Pelajar ini cemerlang dalam dua peperiksaan. UPSRI dan UPSR. Inilah kejayaan dan matlamat usaha penubuhan SRAB. Tetapi politik bakar kelambu UMNO menyebabkan institusi ini dihapuskan. Inilah satu jenayah pendidikan UMNO-BN di Terengganu. kenapa UMNO tega mengkhianati pendidikan Islam seperti ini?

Setelah penutupan SRAB, kini kerajaan Terengganu hanya bergantung kepada keputusan UPSR semata. Mereka cukup bimbang kalau keputusan ujian penilaian ini jatuh meskipun PMR maupun kelulusan sebenar yang bersijil iaitu Sijil SPM gagal dimartabatkan oleh negeri Terengganu berbanding negeri Kelantan.

Yang paling malang apabila pihak tertentu sanggup membocorkan soalan demi memastikan kejayaan UPSR berterusan di Terengganu sebagai hadiah kepada MB Mat Said. Seorang guru memberitahu penulis, bahawa beliau rasa bersalah kerana arahan, beliau terpaksa memanggil pelajar ditengah malam ke sekolah sebelum besoknya peperiksaan UPSR bagi memberitahu soalan yang bakal keluar??? Ianya sudah menjadi rahsia umum yang diketahui ramai. Apakah keuntungan sebenar yang diperolehi daripada tindakan tersebut.

Kerana itulah pihak jamaah bersusah payah meneruskan kesinambungan pendidikan Islam bagi masyarakat kita. Di Dungun masih ada lagi 2 buah sekolah yang memartabatkan pendidikan bersepadu ini. Meskipun tidak mendapat sokongan pihak kerajaan tetapi buat SRABZA (Sekolah Rendah Agama Bersepadu Zainal Abidin) yang ditubuhkan setelah penutupan SRAB juga SRI Darul Bayan di Paka masih lagi meneruskan kesinambungan ini. Para pelajar mengambil UPSRI dan mereka mampu memperolehi kecemerlangan semua mata pelajaran iaitu 12 A dan juga UPSR dan mereka mampu mendapat 5 A.

Tahniah buat SRI Darul Bayan, (Sekolah swasta yang tak panggil pelajar tengah malam dan tak siapa nak bagi soalan bocor) sekolah kelolaan penulis yang mencapai kecemerlangan 12 A UPSRI dan kejayaan 100% UPSR dan 5 pelajarnya memperolehi 5A. Kepada Guru-guru, ibu-bapa, para pelajar dan penggerak pendidikan Islam seperti ini, anda layak mendapat sekalung tahniah. Termasuk juga anak penulis, Syaima’ Munirah yang memeperolehi 10A UPSRI dan 5A UPSR. Teruskan perjuangan, InsyaAllah pendidikan bersepadu ini akan dimartabatkan kembali dengan kemenangan Islam dalam politik Terengganu dimasa akan datang. Dan sekular pasti berkubur jua.

Rosmah lagi.....Jahil sangat ke???

Rosmah bini Najib buat perangai lagi. Tak sudah-sudah dengan kontreversi. Ini dah jadi macam Imelda Marcos. Najib seolah-olah tak boleh buat apa-apa!. Nanti rakyat Malaysia akan tambah meluat dan berbulu dengan BN (Bini Najib). Kalau Pak Lah jatuh dek kerana menantu. Najib akan tumbang dek menyibuknya bininya sendiri.

Baru aje reda dengan isu Festival Busana Muslim yang setaraf dengan busana jahiliyyah. Dengan Nama Muhammad Rasulullah terpampang di dada model yang mendedahkan aurat.


Kini timbul pula isu menyamakan taraf Hariraya Haji dengan pengorbanan nabi Ibrahim a.s dengan agama syirik rekaan manusia. Majlis Hi Tea anjuran BAKTI yang diketuai oleh isteri PM yang diadakan baru-baru ini.

Kalaulah Iklan Sinari Lebaran di TV3 yang disiarkan pada 2 September lalu. ditarik balik, antara babak yang dianggap kontroversi ialah kanak-kanak menaiki beca terbang yang mirip kenderaan digunakan oleh Santa Claus ketika sambutan Hari Natal. Malah ada juga babak yang menunjukkan kemunculan cahaya pelita di celah-celah kelopak bunga yang berkembang kebiasaannya dikaitkan dengan perayaan Deepavali.
Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, serta bantahan banyak pihak lalu TV3 bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Habis apabila kena dengan Bini Najib ini takde yang berani tegur ke? Takut hilang pangkat & jawatan ke? atau Umno sedang berdakwah secara hikmah.

Takkan takde penasihat agama? Mana dia Ulama muda Umno tu? Takkan dok diam aje. Takkan fatwa mufti Perak macam Tun Harrussani masih taknak dengar. Kalau Pas yang cakap memang tolak siang-siang dah, Ini bukan fatwa ulama Pas. Ni Tok Mufti lantikan kerajaan negeri Pasir Berdengung, Perak Darul Ridwan. Sekali lagi penulis tampalkan disini buat yang mata buta dan pekak badak pendokong Umno-BN.

Haram merayakan perayaan orang-orang kafir

Orang-orang Islam adalah dilarang sama sekali mencampuradukkan perayaan orang Islam dengan perayaan orang-orang kafir dalam apa jua bentuk sekalipun. Menyentuh tentang para peniaga yang menggunakan perkataan "Deeparaya" yang dipercayai dari perkataan Deepavali dan Hari Raya, adalah haram bagi umat Islam menggunakan perkataan itu meskipun bagi gimik melariskan jualan mereka.

Ustaz Zamri Hashim berkata demikian melalui Radio Malaysia 3 Ipoh dalam siaran Soal Jawab Agama, pagi ini. Menurut Ustaz Zamri lagi, umat Islam adalah diingatkan kepada surah Al-Kafirun yang menyebutkan amaran Allah bermaksud " Bagimu (orang kafir) agamamu dan bagi ku agamaku"

Hukum merayakan perayaan orang-orang kafir sudah disepakati oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perak sebagai salah satu perbuatan yang diharamkan.Justeru itu umat Islam adalah dilarang merayakan perayaan orang-orang kafir biar dalam apa bentuk, secara bersama atau menghadiri perayaan itu. Biarkanlah orang-orang kafir merayakan mereka mengikut cara mereka tanpa melibatkan diri kita selagi kita mengakui keIslaman kita – JMNPk

http://mufti.perak.gov.my/berita/berita041022-2.htm


Nak nasihat cara hikmah macamana lagi? Harap-harap Tok-tok mufti nasihat le atau sesiapa agamawan dalam Umno tolong bagitau kat bigmama ni. Kot-kot dia taktahu atau orang arab cakap jahil.Jangan sampai ia termasuk dalam perkara tanda-tanda kiamat pulak sebagaimana sabda Rasulullah Saw.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيَأْتِي عَلَى النَّاسِ سَنَوَاتٌ خَدَّاعَاتُ يُصَدَّقُ فِيهَا الْكَاذِبُ وَيُكَذَّبُ فِيهَا الصَّادِقُ وَيُؤْتَمَنُ فِيهَا الْخَائِنُ وَيُخَوَّنُ فِيهَا الْأَمِينُ وَيَنْطِقُ فِيهَا الرُّوَيْبِضَةُ قِيلَ وَمَا الرُّوَيْبِضَةُ قَالَ الرَّجُلُ التَّافِهُ فِي أَمْرِ الْعَامَّةِ
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.a.w bersabda: “Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh tipu-daya. Ketika itu golongan benar dikatakankan pembohong dan golongan pembohong dikatakan benar. Orang yang khianat dipercayai dan orang-orang yang benar dikhianati dan para ruwaibidhah akan menjadi jurucakapnya”. Sahabat bertanya: Siapa itu ruwaibidhah? Sabda Baginda: “Orang yang bodoh dalam urusan orang-ramai”


Ada jugak jenis manusia bodoh tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diambil manfaat. Mereka rasa dia yang betul dan golongan ini apa peduli ke ayat al-Quran ke? Hadis ke? Ulama ke? Kuasa ada ditangan mereka . ISA le (Ikut Suka Aku). Dalam Islam ini sepsis jahil murakkab. Dia tak tahu pun bahawa dia jahil dan disangka apa yang dibuat itu adalah kebaikan semata meskipun tertegah syara’. Yang dipakai hanya akal semata. Yelahh. Islam moderate le katakann…
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
Daripada Abdullah bin Amru al-‘As berkata: Aku mendengar Rasulullah Saw bersabda: Sesungguhnya Allah Swt tidak mengambil ilmu dengan mencabutnya dari kalangan hambanya akan tetapi dicabutnya ilmu dengan mematikan ulama sehingga tiada lagi orang alim lalu orang memilih pemimpin dari kalangan orang jahil lalu ketika ditanya mereka member fatwa tanpa ilmu nescaya mereka sesat dan menyesatkan.

Nampaknya golongan Plural maupun Liberal atau gagasan 1 Malaysia Islam Moderate nampaknya terus menggasak umat Islam. Apalah malangnya umat Islam di Malaysia. Nak harapkan pemimpin, pemimpin pulak yang menjadi perosak agama....

Teruskan perjuangan semoga musibah daripada perjuanggan assobiyyah dan sekular moden ini dapat dihapuskan, insyaAllah.

Offer Seks Untuk Pemimpin Negara. Apa mau jadi???

Apabila seorang wanita cantik dan terkenal menawarkan seks kepada pemimpin Negara bagi merubah sesuatu keputusan yang beliau memiliki kuasa atasnya. Apakah itu suatu bentuk rasuah atau sejenis pengorbanan? Apa pandangan rakyat? Apa hajat Pemimpin Negara? Apa perasaan suami wanita tersebut? Apa perasaan isteri pemimpin tersebut? Salah buat boleh kena C-4 ni! Ada yang nak berkecai daging atas pokok!

Dalam dunia moden seperti ini kekadang manusia sudah hilang kewajaran atau bagi mereka itulah tahap dan status tinggi bagi seseorang manusia? Berita dari Jerman…

BERLIN – Seorang pengacara televisyen Jerman dan aktivis anti nuklear, Charlotte Roche menawarkan diri untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden negaranya yang sudah beristeri jika undang-undang kontroversi untuk melanjutkan jangka hayat 17 reaktor nuklear Jerman dimansuhkan, lapor sebuah akhbar.

Pengacara berusia 32 tahun yang pernah menerima anugerah tertinggi kewartawanan Jerman itu berkata, dia bersedia untuk melakukan hubungan seks dengan Presiden Jerman, Christian Wulff jika beliau berjaya menghalang pelaksanaan undang-undang tersebut.“Saya menawarkan untuk tidur bersamanya jika dia tidak menandatangani undang-undang itu,” kata Roche dalam satu temu bual dengan majalah Der Spiegel.

Wanita itu menyatakan, beliau telah berbincang mengenai perkara ini dengan suaminya yang tidak menghalang tawaran tersebut. "Suami saya telah menyetujuinya. Tinggal urusan first lady iaitu Bettina isteri kepada Presiden Jerman saja sekarang," ujarnya menunjukkan kemantapan keputusannya.
Peruntukan undang-undang untuk memanjangkan hayat 17 buah reaktor nuklear yang berusia lebih 12 tahun itu sepatutnya berakhir pada tahun 2020. Undang-undang itu diwujudkan oleh pentadbiran terdahulu dan diluluskan oleh dewan rendah Parlimen Jerman, Bundestag seminggu lalu.

Namun, pemerintah memutuskan bahawa undang-undang baru itu tidak memerlukan kelulusan dewan tertinggi, Bundesrat, dan ia hanya memerlukan tandatangan Wulff untuk disahkan sebagai undang-undang. Roche menjadi popular di Jerman selepas beliau muncul buat kali pertama pada 1988 di televisyen.
Beliau menjadi penganjur tunjuk perasaan bagi menentang pemindahan 123 tan sisa buangan radioaktif dengan menggunakan kereta api di utara Jerman pada minggu lalu. 


Apa dah nak jadi? Adakah ini lambing kemodenan hidup seorang yang bernama manusia. Kalaulah zaman dahulu-kala adanya persembahan wanita kepada Gunung Berapi, Sungai Nil, Lembah Puaka dan sebagainya dengan alasaan ianya sebagai korban demi kesejahteraan rakyat semua atau demi mengelak daripada ditimpa bencana. Bagi mereka tempat-tempat demikian sebagai pemilik kuasa yang perlu diberi sembahan korban setiap tahun.

Raja-raja atau pemimpin dahulu-kala juga diberi persembahan wanita cantik bagi memenuhi kebuasan nafsu mereka demi kesejahteraan hidup dengan pangkat dan kemewahan.

Di zaman jahiliyyah Mekah dahulu sebelum diutuskan Rasulullah Saw, penduduk jahiliyyah menganggap wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat semata. wanita hanyalah sebagai barang dagangan yang dapat dijual beli. Mereka tidak memiliki hak peribadi mahupun hak sosial termasuklah hak untuk mewarisi. Sebab itulah mereka sanggup membunuh anak perempuaan mereka hidup-hidup kerana menganggap kelahiran anak wanita itu sial.

Sistem perkahwinan yang berlangsung adalah tidak adil dan tidak didasarkan kepada sesuatu hukum. Tiadanya had bilangan isteri yang boleh dikahwini. Jika dia diceraikan, maka sah bagi putera suaminya untuk mengahwininya.. Jika suaminya mati, penggantinya boleh mengambil hak atas wanita seperti barang-barang lainnya, dan menyatakan pemilik wanita itu dengan melemparkan tudung ke kepalanya.

Antara jenis-jenis perkahwinan di zaman jahiliyyah apabila Si suami berkata kepada isterinya, bila si isteri itu suci dari haidnya “Pergilah engkau kepada si anu dan ambillah keturunannya”, lalu si suami itu tidak mensetubuhi isterinya itu sehingga didapatinya bahawa si isteri itu telah mengandung hasil perhubungan jenis dengan orang yang disuruh ambil keturunannya itu. Dan bila nyata bahawa si isteri telah benar-benar mengandung barulah si suami itu mensetubuhi isterinya itu semula. Perkahwinan jenis ini dinamakan ‘kahwin mencari anak pintar’. Kebiasaanya lelaki yang hendak diambil bakanya itu adalah pemimpin-pemimpin mereka. Wanita dianggap seperti lembu atau kambing untuk dikacuk mengambil baka.

Sehingga datanglah islam yang meletakkan nilai dan tamaddun manusia selayaknya sebagai khalifah Allah diatas mukabumi ini. Adanya adab. Adanya akhlak. Adanya batas sempadan yang membezakan antara manusia dan haiwan.
Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan auratnya, kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) … ” Surah An Nur:31.

Amat heran kini apabila manusia kini berpusing semula ke era kegelapan dan jahiliyyah. Hidup kembali sebagai status binatang. Mereka menjadikan hawa nafsu dan syahwat sebagai pedoman. Mengamalkan seks bebas, bertukar-tukar suami dan isteri, pelacuraan yang diurus oleh suami yang menjadi bapak ayam, adanya penjualan sperma dan Bank Mani untuk baka pilihan, adanya ibu tumpang, pembuangan bayi dan sebagainya.

Inilah tanda-tanda kiamat. Amat malang apabila persoalan ini dilontarkan, adanya individu muslim berkata… biasalah tu!!!

Cara Michele Obama dan Ratu Inggeris di Masjid

Setelah first lady Amerika Syarikat, Michele Obama, berselendang di Masjid Istiqlal Jakarta, kini giliran Ratu Elizabeth II melakukan hal serupa. Ia bahkan mengenakan jubah panjang warna keemasan, Tudung juga keemasan, tetapi masih dengan topinya ketika memasuki Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi, United Emirat Arab (UEA). Ratu bersama Putera Philip dan rombongan.

Rombongan Ratu ini turun dari British Airways dari London terus ke masjid terbesar di UEA itu dalam kunjungan pertamanya sejak 31 tahun terakhir. Ratu juga sempat menziarahi ke makam Sheikh Zayed, pendiri Uni Emirat Arab.

Saat Ratu mengenakan Selendang atau jilbabnya diikat di kepala, menutup topi kotak dan rambutnya. Berjubah panjang dengan menggunakan stocking warna kulit dan sarung tangan tipis putih dengan bersulam emas dan kristal menjadi perhatian media di dunia. Apalagi ketika Ratu memasuki ruang utama masjid dengan hamparan karpet 35 ton terbesar di dunia, yang dibuat khas oleh 1,200 pekerja perempuan Iran.
Wanita lain yang mengiringi beliau memakai abaya hitam yang biasa dipakai oleh orang arab. Meskipun sekadar berselendang dan sebagai bukan Islam, ianya menggambarkan sikap menghormati etika berpakaian umat Islam ketika mengunjungi rumah ibadah.

Semoga ini akan memberi imej yang baik terhadap umat Islam sedunia.Yang malang apabila sentengah kalangan orang Islam samada lelaki maupun wanita yang tidak tahu menutup aurat secara sempurna dirumah ibadah umat Islam. Kalau ditegur, dikatakan tidak berhikmah atau tak menjaga hati dan perasaan orang. Mereka ini sendiri tak tahu menjaga hati dan perasaan umat Islam khususnya mereka yang memakmurkan masjid termasuklah para makmum, ajk maupun imam dan bilalnya. Mereka masuk maupun membuat program dengan berpakaian tak menutup aurat secara sempurna. Kekadang buat majlis di masjid untuk mendapat berkat kononnya seperti majlis akad-nikah tetapi berpakaian tak menggambarkan sebagai orang Islam.

Pertandingan Rias Pengantin di Surau al-falah anjuran Umno Hulu Langat (9 Mei 2010)


Masjid menjadi tempat persinggahan untuk meminjam pinggang-mangkuk, sejadah, surah yasin atau majlis keraian. Bahkan hanya singgah ke masjid untuk bergambar atau menumpang tandas untuk qada’ hajat. Sembahyang pun tidak. Apatah lagi menganjurkan pertandingan bersolek dan berrias pengantin dalam rumah ibadah???.. Inilah perkara yang perlu dibaiki dikalangan masyarakat kita dalam menjadikan masjid sebagai agen perubah masyarakat.

Khamis, November 25, 2010

Kadar Pengangguran Kelantan Terendah di Malaysia

Percaya atau tidak Laporan Kadar Pengangguran mengikut negeri di Malaysia untuk suku tahun pertama 2009 mencatatkan bahawa kadar pengangguran di Kelantan ialah yang terendah di Malaysia iaitu sebanyak hanya 2.2%, manakala yang tertinggi ialah di Sabah iaitu 6.1% iaitu ke 14 tertinggi di Malaysia.

Sementara itu untuk Negeri Sembilan kadar penganggurannya ialah ke 11 tertinggi di Malaysia , iaitu sebanyak 4.4%.

(Datuk Seri Najib Tun Razak mahu UMNO serta semua sayap parti mengadakan lebih banyak program berbentuk mendampingi rakyat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang dan bukannya di kawasan selamat.- Utusan Malaysia 17 Okt. 2010)

Atlit Singapura Hina Islam/ Bendera Sendiri

Pasukan polo air Singapura di Sukan Asia 2010 mencipta suatu kontroversi apabila dilihat memakai seluar dalam sukan dengan gambar bulan sabit dan bintang yang letaknya di kawasan sulit mereka. 

Kedua-dua simbol itu merupakan elemen penting pada bendera Singapura. Pakaian sukan itu dikatakan direka oleh pasukan tersebut. Anda boleh baca di sini untuk keterangan lanjut.


Saya tidak mahu mempersoalkan perihal patriotisme atlet atau badan sukan yang bertanggungjawab mereka cipta cipta pakaian sukan ini, namun mahu mempersoal sensititivi mereka terhadap penggunaan lambang bulan pada seluar sukan tersebut. Perlukah mempersoalkan patritisme atau rasa hormat mereka pada bendera negara sendiri?

Menurut penerangan Wiki: The Singapore Arms and Flag and National Anthem Rules define the flag's composition and the symbolism of its elements: red symbolises "universal brotherhood and equality of man", and white, "pervading and everlasting purity and virtue". The waxing crescent moon "represents a young nation on the ascendant". The five stars "stand for the nation's ideals of democracy, peace, progress, justice and equality".[16][17] The crescent is also an important symbol in Islam.[18]

Walaupun dengan jelas lambang bulan sabit itu didefinisikan sebagai mewakili generasi muda atau waris negara, namun penerangan itu turut menyebut bahawa bulan sabit ialah suatu lambang penting dalam Islam. Hal ini sewajarnya dipandang serius oleh badan sukan negara itu, kerana tindakan atlit negara itu menyinggung perasaan Muslim lebih-lebih lagi Muslim yang merupakan warganegara tersebut. Mana-mana negara Islam yang menggunakan lambang bulan sabit itu merujuk lambang itu sebagai simbol Islam.

Bukankah lebih baik negara itu menukar rekaan bendera mereka kerana bendera sedia ada yang digunakan mulai tahun 1959 ini jelas mempunyai identiti Islam walhal negara itu bukan lagi negara yang diduduki oleh majoriti rakyat yang beragama Islam.

Bina kuil Hindu sebelah surau dan masjid untuk elak kena roboh

Kepada mana-mana pengurusan masjid dan surau yang akan diroboh oleh pihak kerajaan atas alasan pembangunan, mungkin perlu dicadangkan pengurusan surau atau masjid tadi mempelawa penganut Hindu membina kuil di sebelah surau atau masjid tersebut. 

Bukti dah banyak ada di Negeri Sembilan dimana pihak berkuasa tidak berani hendak merobohkan kuil malahan kuil kecil bawah pokok untuk pelebaran jalan. (Gambar - Hissan)

Tak PERCAYA ? Mari semua datang Seremban dan Rembau. Satu di jalan Seremban – Tampin. Dari tol Senawang ambil jalan ke Tampin. Pada selekoh selepas jejambat perhatikan sebelah kiri jalan , ada satu pokok besar, ada kuil kecil, rapat dengan jalan. Perhatikan pula sebelah kanan, ada kuil Hindu, juga tepi jalan, sedikit pun tidak dirobohkan. 

Kemudian pergi pula ke bandar Seremban dari Ampangan, selepas Centre Point, ambil kiri ke jalan baru dekat Taman Dusun Nyiur, perhatikan kuil Hindu , sebelah jalan besar, sedikit pun tak terusik.

Kemudian JOM kita ke Rembau. Masuk saja kawasan perindustrian Chembong, perhatikan sebelah kanan jalan, pagar kuil pun mereka tak berani sentuh yang terletak di sebelah jalan besar.

Dalam semua kes diatas, jalan tadi dilencongkan sikit, supaya kuil Hindu tadi tidak diusik, apatah lagi dirobohkan.

Jadi kalau banyak masjid dan surau di Malaysia ini dirobohkan atas nama pembangunan , adakah ini bermakna umat Islam di Malaysia sudah PEKAK, BUTA, BISU ?

Mari kita tunggu adakah Surau di Bukit Katil Melaka di bumi Hang Tuah akan dirobohkan.

Ikuti perkembangan dari masa ke semasa PEROBOHAN SURAU BUKIT KATIL DI BLOGhttp://mutaligat.blogspot.com

Gambar kuil Hindu di Seremban sebelah jalan besar dihttp://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

PASTI Bukit Katil dan Surau Bukit Katil akan dirobohkan oleh pihak berkuasa atas alasan untuk dibuat jalan sedangkan tidak jauh dari kawasan itu terdapat tanah kosong yang boleh digunakan untuk pembinaan jalan tersebut. Penduduk kampung bangkit menentang tindakan zalim ini. Solat Hajat terus diadakan. Bagi anda yang cinta kepada pendidikan Islam dan Rumah Allah ayuh dirikan solat hajat mohon ianya diselamatkan. Infak dan derma boleh dihulurkan untuk mempertahankan surau ini. Sila hubungi 013-2186 886 untuk maklumat sepenuhnya.

Nenek Obama Doakannya Masuk Islam

Nenek kepada presiden Amerika Syarikat Barack Obama berkata beliau memanjatkan doa supaya pemimpin negara itu memeluk Islam, lapor sebuah akhbar hari ini.

"Saya berdoa supaya cucu saya Barack memeluk Islam," kata Sarah Omar, 88, dalam satu temuramah dengan akhbar harian Al-Watan Saudi di Jeddah selepas beliau menunaikan ibadat haji.

Akhbar itu melaporkan bahawa Sarah berada di Arab Saudi untuk menunaikan haji bersama anaknya yang juga bapa saudara kepada Obama, Saeed Hussein Obama, serta empat lagi cucunya.

Sarah memberitahu akhbar itu bahawa beliau hanya dapat mengulas mengenai perkara melibatkan ibadah haji dan memberi komen berkaitan politik Obama.

Keluarga berkenaan menjalankan ibadah berkenaan dengan ehsan kerajaan Arab Saudi. Saeed berterima kasih kepada pemerintah Arah Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz atas "layanan mesra" itu, laporan akhbar berkenaan.

Pungutan pendapat awam di AS pada Ogos mendedahkan bahawa satu daripada lima orang warganya percaya bahawa Obama merupakan seorang muslim.

Pandangan itu dinafikan keras oleh White House yang menegaskan bahawa Obama merupakan seorang kristian yang "komited."

Chong Eu Peringat Pentingnya Sejarah

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu terkenal sebagai tokoh yang jarang mengadakan temu bual dengan media, lebih-lebih lagi selepas beliau bersara daripada politik.

Selalunya, pertemuan beliau dengan petugas media tidak lebih daripada perbualan ringkas sahaja. Bagaimanapun, arkitek transformasi Pulau Pinang ini bersetuju mengadakan temu bual ringkas dengan "Penang Economic Review" bagi edisi pertama majalah itu Oktober lepas untuk membicarakan tentang kaitan erat antara masa kini dan masa akan datang.

Dalam temu bual itu, beliau menyentuh tentang sejarah, khususnya keadaan yang mendorong kedatangan British ke rantau ini.

"Apa dia East India Company? Kita patut ingat bahawa kita sebenarnya pernah diperintah oleh entiti komersial ini. Siapakah makhluk ini? Sebenarnya, kebanyakan penjajah pada zaman dahulu adalah lanun."

Kemudian, Chong Eu menyarankan agar penulis yang menemubual beliau membaca tentang sejarah Province Wellesley, semata-mata sebagai suatu cara untuk mengingatkan penduduk Pulau Pinang tentang betapa pentingnya mereka mempunyai minat terhadap sejarah awal negeri itu.

Penulis berkenaan berkata: "Inilah sebahagian daripada apa yang saya dapat. Mungkin banyak orang tahu bahawa Province Wellesley, yang diserahkan kepada British secara pajakan pada 1798, mendapat namanya sempena nama Richard Wellesley, yang menjadi Gabenor Besar British India ketika itu.

"Apa yang tidak diketahui ramai ialah saudara lelaki kepada aristokrat Ireland ini, Arthur, sembilan tahun lebih muda daripada abangnya itu dan pernah berkhidmat dengan cemerlang sebagai pegawai tentera di India, kemudiannya menjadi Duke of Wellington, yang mengalahkan Napoleon Bonaparte di Waterloo pada 1815.

"Selepas itu, Arthur menyandang jawatan Perdana Menteri Britain selama tujuh bulan pada 1828, dan walaupun seorang konservatif, beliau dikenang sebagai pemimpin yang memberi hak sivil sepenuhnya kepada penganut Katolik di United Kingdom," kata penulis berkenaan.

Mungkin, sejarah ini telah membentuk pendekatan praktikal yang menjadi amalan Chong Eu dalam berpolitik apabila beliau membuat keputusan bahawa Gerakan perlu menganggotai Barisan Nasional (BN) sebagai anggota pengasas parti gabungan itu.

Penang Economic Review memetik Chong Eu sebagai berkata: "Manusia tidak boleh sekali-kali lupa tentang jalur sejarah, lebih-lebih lagi di dunia sebelah sini, yang bersifat kepulauan serta banyak melibatkan pemindahan sumber. Oleh itu, politik dan ekonomi sentiasa berkait rapat. Pengeluaran adalah suatu hal, manakala logistik adalah suatu hal lain pula, yang tidak kurang pentingnya.

"Tapi, setelah sekian lama masa berlalu, kita masih menjadi mangsa kedudukan geografi kita dan cara ia membentuk pemikiran kita. Kita masih tidak dapat membebaskan diri kita daripada syarat yang dikenakan oleh geografi."