Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Januari 22, 2012

Pakatan Rakyat merugikan melayu?????











PAS dan PKR seringkali dituduh pengkhianat yang merugikan politik MELAYU. Hakikatnya... lihatlah fakta2 berikut ini,... bagaimana 5 Kerusi Parlimen berjaya dikembalikan ke tangan ORANG MELAYU. Siapa yang bertanggungjawab menyerahkan kerusi2 majoriti Melayu ini kepada Bukan Melayu?!.. jawablah wahai UMNO..

Penemuan Sainstifik Disebalik Hukum Sebat Peminum Arak

Ahli sains Russia mendakwa hukuman rotan ke atas punggung tanpa berlapik adalah penawar untuk setiap penyakit daripada tekanan perasaan sehinggalah kepada membuang tabiat meminum arak. Akhbar Izvestia melaporkan, penyelidik di Novosibirsk menyatakan, hukuman rotan merembeskan endorfin, bahan kimia semula jadi badan membuatkan seseorang menjadi gembira.
Endorfin menjadi punca perasaan girang, mengurangkan selera, mengeluarkan hormon seks dan meningkatkan tindak balas kekebalan. Mereka berkata, kesakitan itu mempunyai kesan yang hampir sama dengan morfin dan candu tetapi ia tidak mendorong kepada ketagihan atau pergantungan.
Ahli sains itu yang diketuai pakar Biologi, Dr Sergei Speransky, mendakwa hukuman rotan seperti yang sering dilakukan di sekolah Britain pada kurun sebelum ini berjaya membantu orang ramai mengatasi ketagihan atau tekanan.
Beliau yang bertugas di Institut Perubatan Novosibirsk berkata, rawatan itu terbukti berkesan. Ia tidak kejam sekurang-kurangnya itu adalah anggapan masyarakat lalu, tetapi saya menyokong hukuman itu. ?
Ahli sains itu mencadangkan terapi sebanyak 30 sesi membabitkan 60 kali rotan, ke atas punggung seseorang berbadan sederhana. Dr Marina Chuhrova yang turut serta dalam menyediakan laporan itu menyatakan, beliau sudah pun mempunyai 10 pesakit yang menjalani terapi itu.
“Pada mula mereka membantah tetapi apabila menyedari kebaikan tindakan itu, mereka pula yang meminta ia lakukan,” katanya.
Pasukan perubatan Russia itu menyatakan mereka kini mengenakan caj untuk merotan pesakit dengan harga £57 (RM 342) , bagi sesuatu rawatan biasa.
Hukuman Sebatan Bagi Peminum Arak
Tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak telah pun wujud didalam hukum Islam sepertimana yang termaktub didalam hadith-hadith Nabi Muhammad saw yang cukup banyak, antaranya :
“Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka.” ( Riwayat Abu Daud)
“Nabi s.a.w telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali.” (Riwayat Muslim)
“Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampung dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan.” ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)
“Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai.” ( Riwayat Muslim )
Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah pun diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Nabi Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu. Ini menunjukkan bahawa Islam mendahului sains moden.
Wallahu’alam….

Kedah: Penyelewengan Yiked Kuari di zaman Be eNd

Terdapat 29 buah anak syarikat diwujudkan di zaman BN di bawah Yiked Holdings walhal tidak berfungsi apa-apa pun. Mungkin tujuannya nak bagi elaun dekat para pemimpin UMNO. Bila PAS ambil alih, kini sebahagian besarnya ditutup, cuma tinggal lima.

Yiked Kuari Sdn Bhd (YKSB) adalah syarikat utama di bawah Yiked Holdings. Semakan oleh sebuah badan Audit mendapati pada tahun 2007 dan 2008 mereka telah membelanjakan sejumlah RM85,375 untuk membiayai kos hari keluarga yang diadakan di Hong Kong dan New Zealand. 

Isunya ialah keputusan pi makan angin dengan perbelanjaan besar tu dibuat oleh Lembaga Pengarah tanpa mendapat kebenaran atau pengesahan dalam mesyuarat agung. 

Menurut Seksyen 132(2) Akta Syarikat 1965, pengarah syarikat tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai pengarah untuk mendapat manfaat bagi dirinya tanpa kebenaran atau pengesahan mesyuarat agung.

Siapa ahli lembaga pengarahnya? Di antara ahli lembaga pengarah YKSB ialah Dato’ Haji Arzmi Hamid (bekas ADUN BN Tanjung Dawai) dan Dato’ Haji Mohd Hadzir Ismail (bekas ADUN BN Kuala Ketil).

Duit GLC @ duit kerajaan @ duit rakyat depa bedak sama-sama depa untuk pi bersukaria. Depa pi makan angin, rakyat masuk angin keluaq asap.

JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN

Sabtu, Januari 21, 2012

Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional

Cuba Tuan-Puan renungkan fakta ini...

Siapa pemimpin PKR - Datuk Seri Anwar Ibrahim - Islam/Melayu
Siapa pemimpin PAS - Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang - Islam/Melayu
Siapa pemimpin DAP - Karpal Singh (Pengerusi DAP) - Bukan Islam/Sikh
BN dianggotai oleh 14 parti 
Siapa pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekember) - Datuk Seri Najib - Islam/Melayu
Persatuan Cina Malaysia (MCA) - Chua Soi Lek - Bukan Islam/Cina
Kongres India Malaysia (MIC) - G Palanivel - Hindu/India
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) - Koh Tsu Kon - Bukan Islam/Cina
Parti Progresif Penduduk (PPP) - M Kayveas - Bukan Islam/India
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu - (PBB) - Taib Mahmud - Islam/Melayu
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) - Bukan Islam/Cina
Parti Bersatu Sabah (PBS) - Pairin Kitingan - Kadazan/Kristian
Parti Liberal Demokratik (LDP) - Liew Vui Keong - Bukan Islam/Cina
Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) - Joseph Kurup - Kristian/Kadazan
Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu - Bernard Dompok - Kristian/Kadazan
Parti Demokratik Progresif Sarawak - William Mawan Ikon - Kristian/Bumiputera Sarawak
Parti Rakyat Sarawak(PRS) - James Masing - Kristian/Bumiputera Sarawak.
Pakatan Rakyat dipimpin 2 orang Melayu Islam hanya 1 orang bukan Islam/Cina - 2:1
Barisan Nasional dipimpin 2 orang Melayu Islam dan 11 orang bukan Islam/Pelbagai bangsa. 2:11

Aku Jimat:Permainan terbaik

PARIT BUNTAR, 20 Jan: Permainan terbaru Aku Jimat, bagi pengguna alat elektronik Apple - iPod, iPad dan iPhone dilihat satu lagi kreativiti rakyat yang memberi tekanan kepada Umno BN.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Serong ketika mengulas perkara itu berkata, Aku Jimat yang dipercayai diilhamkan dari watak Datin Seri Rosmah Mansor itu menjelaskan bagaimana tahap 'populariti' isteri Perdana Menteri Malaysia itu.

Menurutnya, dengan permainan yang mula menjadi kegilaan pengguna gajet Apple itu, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa Rosmah kini liabiliti kepada Umno dan juga Najib.

"Situasi Umno nampaknya semakin genting dengan perkembangan ini, manakan tidaknya, isteri Presiden Parti sendiri merupakan liabiliti terhadap Umno-BN, dalam masa sama para ahlinya masing-masing membuat pendekatan "yes sir" dan tidak berani kemuka usul itu yang bercanggah dengan kehendak Presiden.

"Aplikasi permainan ini tidaklah khusus direka sempena nama DS Rosmah, tetapi saya yakin ahli Umno dan Rosmah khususnya jika pandang cermin pasti nampak siapakah watak sebenar dalam permainan Aku Jimat," katanya kepada Harakahdaily.

Aku Jimat boleh didapati di App Store sejak 17 Januari lalu.

Aplikasi ini memaparkan watak kartun yang mirip Rosmah, dan paling ketara pada gaya rambutnya.

Aplikasi yang ditawarkan secara percuma ini, membolehkan para pemain berjimat dengan mengumpulkan duit, selain pada masa yang sama perlu membeli 12 jenis barangan mewah, seperti cincin berlian, beg tangan dan sebagainya melaluinya.

Sama seperti permainan-permainan lain, Aku Jimat turut menyertakan beberapa halangan, dimana para pemain perlu mengelak daripada mengumpulkan bom, dimana setiap bom akan menambah jangka umur, dan para pemain akan gagal apabila mengumpulkan sebanyak 99 biji bom.

"Fenomena “penjimatan” oleh Rosmah telah mencetus suasana baru politik tanah air.

"Memandangkan beliau merupakan isteri kepada Perdana Menteri, maka atas nama itu, isu ini telah menjadikannya sebagai tarikan luar biasa sehingga muncul aplikasi permainan telefon pintar yang mirip kisah Rosmah dengan cara belanjanya," katanya.

Kerajaan Negeri Perak disaman Veteren Umporno

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Lumut, Haji Jauhari Bin Yahya hari ini telah memfailkan Saman Semakan Kehakiman ke atas Kerajaan Negeri Perak & dua individu yang lain di  Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur hari ini.

Tindakan ini diambil berikutan kegagalan pihak Kerajaan negeri Perak menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan oleh kerajaan pada tahun 1998.

Tindakan ini dibuat melalui syarikat guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
(Gambar: Haji Jauhari menunjukkan surat yang difailkannya di Mahkamah Tinggi hari ini)

Berdasarkan kajian kes, pada tahun 1997 tanah beliau seluas lima ekar lebih yang dicagarkan kepada Bank Bumiputra Bhd telah dirampas oleh Kerajaan Negeri Perak kerana gagal membayar cukai tanah.

Jauhari telah memohon semula tanah tersebut dan pada bulan Julai 1997 permohonan untuk mendapatkan tanah tersebut telah diluluskan.

Kemudiaan pada 21/2/1998, Jauhari telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Tanah & Galian Negeri Perak dan pihak Bank Bumiputra Bhd.

Semasa pertemuan tersebut Jauhari bersetuju untuk membenarkan kelulusan ke atas tanah tersebut dibatalkan dan pihak Kerajaan Negeri Perak berjanji akan memberi tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan itu.

Selepas tarikh tersebut Jauhari telah banyak kali membuat permohonan untuk mendapatkan tanah baru bagi menggantikan tanah yang dibatalkan tersebut tetapi tiada tanah baru yang diberikan bagi menggantikan tanah tersebut.

Walau pun ada beberapa kali tawaran tanah diberikan kepada Jauhari namun tanah yang ditawarkan berada dilokasi yang tidak sesuai dan tidak sama dengan nilai tanah Jauhari yang dibatalkan.

Pada bulan 12/2011 beliau dimaklumkan permohonan bagi menggantikan tanah yang dibatalkan telah DITOLAK, justeru itu Jauhari memfailkan Semakan Kehakiman bagi membatalkan keputusan Kerajaan Negeri Perak menolak permohonan tersebut.

Tindakan Mahkamah diambil kerana  Jauhari begitu lama menunggu untuk diberikan tanah baru bagi menggantikan tanah Jauhari yang dibatalkan.

Jauhari adalah pesara guru dan pada masa ini ahli veteran Umno.  

NFC: Shahrizat dibidas Soi Lek

KUALA LUMPUR, 21 Jan: Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, dengan pendedahan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil sewajarnya tahu tindakan yang harus diambil.

Tidak menyebut secara jelas sama ada tindakan tersebut adalah 'meletakkan jawatan', namun Soi Lek berkata Shahrizat seharusnya mengambil tindakan awal apabila ia dibangkitkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang melaporkan porojek itu bermasalah.

Apatah lagi katanya selepas pendedahan itu, beberapa pihak termasuk dari BN sendiri mendesak beliau meletakkan jawatan.

“Beliau bukan ahli junior (dalam Kabinet), beliau sudah bertaraf senior.

“Firasat saya merasakan Shahrizat berkemungkinan tidak mendapat khidmat nasihat yang betul, dan juga mungkin menurutnya, jika Wanita Umno menerimanya, tiada masalah terhadap perkara itu,” katanya kepada The Malaysian Insider

Sambil menegaskan untuk menangkap lembu mestilah menggunakan tanduknya, Dr Chua juga menyifatkan tindakan BN terhadap Shahrizat bagi menangani isu itu juga 'sangat lemah' sehingga ianya dilihat 'sangat teruk' kepada masyarakat.

“Berikutan mereka (pembangkang) mempunyai maklumat, mereka akan menggunakannya sebagai platform dan tindakan mereka itu memburukkan keadaan.

“Dan kerajaan BN bertindak sangat perlahan dan tidak telus sepenuhnya,” katanya.

Sebelum ini sudah ramai di kalangan Umno sendiri termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara berlapik mengisyaratkan kepada Sharizat agar Ketua Wanita Umno itu meletakkan jawatan ekoran terpalit skandal 'lembu gate' tersebut.

Selain Tun, Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh turut membuat desakan sama.

Ekoran laporan Ketua Audit Negara 2010, Pakatan Rakyat sebelum ini mendedahkan dana RM250 juta yang diberikan kepada syarikat NFC milik suami Shahrizat untuk projek penternakan lembu disalah guna.

Ianya termasuk  pembelian dua kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, dan dituduh menggunakan dana kerajaan tersebut untuk perbelanjaan peribadi keluarganya.

Parti pembangkang itu itu turut menuduh keluarga Shahrizat menggunakan sejumlah RM600,000 daripada dana NFC bagi membiayai pembayaran bil kad kredit mereka pada 2009.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli mendakwa suami Wanita Umno, dan anak-anaknya yang menjadi lembaga pengarah NFC, menggunakan dana daripada RM250 juta untuk projek berkenaan bagi membayar bil kad kredit yang berjumlah melebihi RM10,000 sebulan sepanjang tahun tersebut.

Namun begitu, pentadbiran NFCorp menepis dakwaan tersebut dan menegaskan penggunaan kad kredit tersebut adalah untuk kegunaan perniagaan.

Jumaat, Januari 20, 2012

Putra bani tamim

Di antara sifat dan watak Putra Bani Tamim itu seperti yang dinyatakan oleh beberapa buah hadist, cerita para sahabat, para tabiin, para tabiit tabiin, para ulama adalah seperti berikut.

A. Sifat-sifat Pribadinya

1. Namanya ialah Syuaib bin Saleh

Sabda Nabi SAW,
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Yaitu bukan nama sebenarnya tetapi merujuk kepada Bani bangsanya (Bani kecil dari suatu bangsa), merupakan seorang yang baik dan keluarganya juga adalah orang-orang yang berakhlak baik. Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu? Atau apakah hadist Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, karena setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).

Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu'bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu'aibun berarti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahwa Putra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kalimah Bin itu pula berasal dari Ibnun, artinya anak lelaki. Atau lebih tepat lagi, seorang lelaki. Maknanya pribadi Syuaib itu adalah:

· seorang lelaki (benar-benar seorang lelaki, bukan perempuan).

· Yang memiliki sifat-sifat seorang lelaki (berjanggut, bermisai, berjambang dan berserban).

· Seorang yang berwatak lelaki (berani, gigih, sabar, pejuang, berpikiran luas, senantiasa berhubungan dengan masyarakat dan jauh langkahnya).

· Merupakan lelaki Allah (Rijalullah) yakni beliau adalah seorang yang bertaraf wali, ulama sejati, ulama mujahid dan mujtahid.

Jika diperhatikan benar-benar, penggunaan kalimah Bin itu merupakan suatu sebutan yang agak janggal dalam bahasa Arab. Agak jarang orang Arab disebut dengan Bin, yakni disambung namanya dengan sebutan Bin. Cuma orang Islam di Nusantara saja yang lazim berbuat demikian.

Kalimah Saleh pula bermaksud orang yang baik. Baik di sini bermaksud seperti berikut:

· Baik namanya, yaitu bukan nama yang bercampur-campur dengan istilah dari bahasa Sansekerta, nama setempat atau dari bangsa yang bukan Islam.

· Baik kepribadiannya yaitu dikenal sebagai seorang yang tetap teguh dengan pendiriannya.

· Baik akidahnya yaitu seorang yang benar-benar mengikuti akidah Islam yang sejati.

· Baik keturunannya yaitu keturunannya diketahui dari yang baik-baik, tidak tercemar dengan akhlak-akhlak yang rendah.

· Baik agamanya, yaitu beliau dan keturunan sebelah atasnya adalah dari kalangan ahli-ahli agama atau orang yang cinta agama.

· Beliau memang seorang yang saleh. Saleh di sini ialah baik dan banyak amalan agamanya. Amalan agama itu sudah melekat dengan dirinya sejak dari kecil.

· Baik pemikirannya yaitu seorang yang mempunyai ide yang baik untuk mengubah masyarakatnya untuk menghayati ajaran Islam sejati ketika mereka sedang hanyut bergelumang dengan arus jahiliyah.

· Baik akhlaknya. Merupakan seorang yang terpuji akhlaknya di kalangan hamba Allah pada masa itu.

Jika hadis-hadis berkenaan benar, kenapa namanya disebutkan sebagai Syuaib bin Saleh? Kenapa tidak disebutkan nama sebenarnya? Jawabannya:

· Untuk mengelirukan musuh-musuh Islam. Dengan ini, beliau selamat dari diburu, dibunuh, dihalangi atau di'apa-apa'kan oleh musuh-musuh Islam yang memang mencoba menghalangi kebangkitan Islam kedua ini dengan segala daya upaya mereka.

· Supaya umat Islam berusaha mencari identitas sebenarnya Syuaib bin Saleh itu. Di sini, umat Islam yang percaya dengan hadis-hadis berkenaan akan berusaha mencari siapakah pribadi yang dikatakan sebagai Putra Bani Tamim itu. Setelah bertemu, mereka akan membaiatnya sebagai ketua mereka. Orang yang berusaha, akan diberikan pahala.

· Untuk menguji keimanan umat Islam terhadap hadis-hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan Putra Bani Tamim itu. Ada yang percaya dan ada yang tidak mudah percaya, apalagi saat itu memang orang banyak sudah tidak percaya lagi dengan hadis-hadis mengenai Putra Bani Tamim.

· Supaya yang empunya diri itu tidak mengetahui (pada peringkat awalnya) siapa sebenarnya Putra Bani Tamim itu sendiri. Beliau tidak menyadari bahwa beliaulah orang yang dimaksudkan oleh hadis-hadis berkenaan sebagai Syuaib bin Saleh. Beliau hanya menyadari tentang pribadi dirinya setelah jauh dan lama berjuang.

· Untuk menipu pihak musuh Islam. Karena tidak ada uraian lebih lanjut dari para ulama terhadap kepribadian Putra Bani Tamim ini, pihak musuh menyangka bahwa namanya menang benar-benar Syuaib bin Saleh seperti yang tersebut di dalam hadis. Karena itu, mereka sedaya upaya mencari nama berkenaan, bukan pribadi berkenaan.

Berdasarkan uraian yang diberi, jelaslah sebab-sebab sebenarnya Nabi SAW tidak menyebutkan nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu. Diharapkan dengan penjelasan ini, umat Islam tidak akan mempersoalkan lagi mengenai nama sebenarnya Syuaib bin Saleh itu.

2. Dia berketurunan Bani Tamim atau Bani Tamim
Yaitu suatu Bani Arab Quraisy, dari keturunan Sayidina Ali, yang hari ini kebanyakan tinggal di Palestina dan Jordania. Tetapi dia lahir bukan di kedua tempat itu. Bani Tamim itu bukanlah merupakan suatu golongan atau kaum yang besar. Golongan ini hanyalah satu Bani yang kecil dan tidak ramai.

Perlu disebutkan di sini, Bani Tamim yang ini adalah sebagian dari Ahlul Bait karena Sayidina Ali adalah salah seorang anggota Ahlul Bait. Ahlul Bait adalah keluarga Rasulullah SAW. Para ulama berbeda pendapat mengenai takrif Ahlul Bait itu sendiri.

Bani Tamim itu tidak lagi mendiami Hijaz karena telah dihalau keluar oleh pemerintahan Bani Saud yang kini memerintah di Arab Saudi. Banyak pula yang dibunuh. Tidak kurang yang disiksa dan dihalau keluar dari tanah tumpah darah mereka, yaitu Hijaz. Banyak pula yang terpaksa lari menyelamatkan diri karena diburu oleh agen-agen kerajaan Saudi. Ada yang lari ke selatan India dan banyak pula yang menetap di Nusantara, tapak awal berdirinya daulah kedua nanti.

Ada ulama yang menyatakan:
· Semua keturunan Abdul Muttalib adalah Ahlul Bait.

· Semua keturunan Nabi Muhammad SAW adalah Ahlul Bait, termasuk isteri-isteri Nabi SAW dan menantu-menantunya.

· Semua keturunan Abdul Muttalib yang Islam adalah Ahlul Bait.

· Semua keturunan Sayidina Ali dengan Fatimah al-Batul adalah Ahlul Bait. Pendapat ini terutama disokong oleh mazhab Syiah.

· Semua keturunan Abdu Manaf adalah Ahlul Bait.

Di kalangan bangsa Arab, memang ada satu kabilah yang bernama Tamim. Kabilah Tamim ini memang suatu kabilah dari bangsa Quraisy yang mendiami kawasan sekitar kota Makkah. Sahabat yang berasal dari kabilah Tamim di antaranya ialah sahabat setia baginda SAW, Sayidina Abu Bakar as-Siddiq. Namun, kabilah Tamim ini bukanlah Bani Tamim, malah antara kedua-duanya memang tidak ada hubung kait.

Yang pertama disebut kabilah Tamim dan yang satu lagi Bani Tamim atau Bani Tamim. Kedua-duanya berbeda. Kabilah Tamim bertebaran di hampir seluruh Tanah Arab.

Perbedaan pandangan ini tidak menjadi persoalan yang terlalu besar atau sangat dipentingkan. Yang penting di sini ialah Putra Bani Tamim itu memang berasal dari keturunan Ahlul Bait juga atau diakui oleh Rasulullah SAW sebagai ahlul bait.

3. Dia memakai serban biru.
Ketika itu, hanya dia yang memakai serban berwarna biru di dunia ini. Mungkin serban biru itu tidak selalu dipakainya, cuma sekali-sekali saja. Namun begitu, ini sudah cukup menjadi bukti bahwa hanya beliau yang sanggup memakai serban biru. Ulama lain ketika itu, terutama ulama fiqh, sudah tidak sanggup lagi meletakkan serban di atas kepala sebagai pakaian harian, apalagi untuk memakai serban yang berwarna biru atau hijau.

Pernyataan ini bukan datang dari hadis Nabi SAW atau dari tabiin, tetapi datang dari ramalan Nostradamus, seorang peramal bangsa Perancis yang terkenal itu. Oleh itu, ramalan beliau ini boleh dijadikan sebagai sumber tambahan saja, bukan untuk dipercayai, apalagi untuk diyakini, walaupun mungkin benar.

Pernyataan dari Nostradamus tentang pemakaian serban berwarna biru ketika zahirnya Putra Bani Tamim ini berkaitan dengan mendapat kekuasaan di dunia sebelah Timur. Maknanya, serban warna biru itu dipakainya ketika beliau mula-mula mendapat kuasa di negeri sebelah timur dan mula-mula mendapat baiah dari sekalian manusia. Mungkin begitulah yang dimaksudkan serban biru oleh Nostradamus.

4. Dia senantiasa memakai celak mata.
Celak adalah amalan sunat. Setiap orang Islam baik lelaki atau perempuan disunatkan memakai celak mata. Ada hadis Nabi SAW yang menyatakan bahwa bercelak itu sunat hukumnya.

Para sahabat dahulu suka bercelak, karena mengikut amalan Nabi SAW. Para ulama dahulu (salaf dan khalaf) yang salihin adalah golongan yang suka memakai celak. Mereka memandang perbuatan memakai celak itu sebagai suatu sunnah yang penting dan besar, terutama dalam mendekatkan diri kepada Khaliq.

Para ulama dan cerdik pandai hari ini sudah tidak mau memakai celak walaupun tahu hukum memakai celak adalah sunat. Terdapat hadis dhaif yang menyebutkan bahwa para malaikat juga bercelak. Wallahu 'alam.

Terdapat juga hadis (walaupun kebanyakannya adalah hadis dhaif) yang menyatakan kelebihan bercelak. Di antaranya ialah dapat mencerahkan pandangan mata, mengelakkan terkena penyakit mata, menambah seri muka dan banyak lagi.

Para wali Allah memang diketahui umum oleh umat pada zaman dahulu sebagai golongan yang istiqamah memakai celak.

Beliau memakai celak ketika para ulama lain sudah tidak mau lagi memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu hukum memakai celak, ketika umat Islam sudah tidak tahu lagi cara untuk mengenakan celak ke mata mereka dan ketika para pemimpin menganggap celak sebagai suatu yang rendah dan memalukan jika dipakai. Ada juga pemimpin dan ulama hari ini yang menyatakan celak sebenarnya bukan dari amalan Islam.

Itulah perbedaan antara beliau dengan para ulama dan umat sezaman.

5. Dia senantiasa memakai tongkat.
Yaitu sunnah Rasulullah SAW, para Khulafaur Rasyidin, para wali dan ulama muktabar zaman dahulu. Walaupun badannya masih segar dan dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat, beliau memakainya sebagai suatu sunnah Nabi SAW yang perlu dijaga. Ketika itu, para ulama dan orang alim sudah tidak mau menggunakan tongkat sebagai alat untuk membantunya berjalan. Para pemimpin di seluruh dunia juga sudah tidak ada yang memakai tongkat.

Pada hari ini, perbuatan memakai tongkat sudah ditinggalkan. Malah orang yang lebih tua juga tidak mau memakai tongkat. Pada anggapan orang banyak, memakai tongkat adalah suatu kekurangan dan penghinaan, di samping tongkat merupakan sesuatu yang melemahkan jiwa dan pikiran.

Jika dilihat pada hukum Islam, memakai tongkat adalah disunatkan kepada orang yang berumur 40 tahun ke atas. Orang yang berusia 40 tahun atau lebih, jika tidak memakai tongkat akan dikatakan sebagai orang yang sombong kepada Allah. Demikian maksud sebuah hadis qudsi.

Sebab itu, pada zaman Nabi SAW, sahabat dan setelah itu, mereka memakai tongkat sebagai suatu sunnah yang tidak dipersoalkan. Setiap orang yang mencapai usia 40 tahun, perkara pertama yang dilakukannya ialah memakai tongkat.

Perlu pula diketahui, para wali Allah itu senantiasa memakai tongkat ke mana pun mereka pergi. Tongkat itu kegunaannya bagi mereka, hanyalah sebagai suatu simbolik saja dan tidak mempunyai banyak keistimewaan lain. Mereka memakainya sebagai suatu sunnah yang perlu diikuti dengan hati yang ikhlas.

Orang yang mengamalkan sunnah Nabi SAW walaupun kecil, akan diberi pahala oleh Allah. Apalagi jika dibuat dengan hati yang ikhlas.

Islam Tetap Akan Dilaksana Di Amerika


"Dalam satu berita dilaporkan bekas Speaker Kongres AS, Newt Gingrich bersetuju dan sedia menyokong calon Islam untuk jawatan Presiden AS dengan syarat tidak akan melaksanakan undang-undang Syariah. Komen saya secara ringkas: -Satu perkembangan menarik dalam corak politik dan pilihanraya AS apabila ada calon Islam yang bertanding.

--Pengetahuan Gingrich mengenai hakikat Islam boleh difahami kerana beliau bukan Islam. Malangnya beliau tidak mahu cuba memahami hakikat Islam dan kebaikannya termasuk undang-undangnya melalui sumbernya yang sebenar.
Kesediaan Gingrich menerima calon Islam dan menolak Syariah bererti beliau cuba memisahkan urusan politik dengan agama. ‘Tinggalkan untuk Ceaser baginya dan tinggalkan untuk Tuhan itu bagi Tuhan’. Itulah sekularisme.
-Calon Islam tidak mungkin memisahkan dirinya dengan undang-undang Islam kerana dia sedar bahawa dirinya hanyalah seorang khalifah di bumi yang ditugaskan menegakkan kebenaran dan syariat Allah, melainkan kalau dia seorang calon Islam sekular seperti yang wujud di pelbagai negara umat Islam termasuk di Malaysia.
-Janji Allah di dalam al-Quran, janji Nabi di dalam hadis bahawa Islam tetap akan tegak dan nyata walaupun dibenci oleh musuh. Islam akan tersebar di merata dunia. Kalau syariah tidak ditegak di AS dalamasa terdekat atau dalam beberapa abad ini, ia akhirnya tetap akan tegak bila turunnya Nabi Isa as di akhir zaman yang berhukumkan al-Quran dan Sunnah, syariat Nabi Muhammad SAW.
artikel berkaitan:

Newt Gingrich beri syarat orang Islam bertanding jadi Presiden Amerika
COLUMBIA: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich bersetuju dan tiada masalah jika ada calon Islam bertanding jawatan presiden, dengan syarat orang itu berjanji tidak melaksanakan undang-undang Syariah.
“Sokongan saya kepada calon Islam bagi jawatan Presiden Amerika, bergantung sepenuhnya kepada kesediaan beliau untuk tidak melaksanakan peraturan Islam.
“Saya mahu calon itu menyatakan sikapnya secara terbuka sebelum saya boleh menyokongnya. Apa yang pasti, saya menentang pelaksanaan undang-undang
Dalam ucapannya, Gingrich mendakwa: “Seseorang yang menyembah Allah dan berfikiran moden tidak akan menjadi satu ancaman, sebaliknya seorang yang cara pemikirannya sempit tetapi mahu pandangannya diterima semua pihak, adalah satu ancaman kepada manusia sejagat.
Gingrich mempunyai pandangan berbeza mengenai undang-undang Islam. Beliau memberi contoh peningkatan kesedaran terhadap Islam di Turki, berlaku seiring dengan pertambahan pembunuhan ke atas wanita sebanyak 1,400 peratus.
“Lihat pelaksanaan Syariah di Iran, bagaimana gereja dibakar di Nigeria dan Mesir. Lihat pula kemerosotan jumlah penganut Kristian di Iraq, daripada sejuta orang kepada 200,000 ketika pencerobohan Amerika dan meningkat semula kepada 500,000 orang sekarang.
“Berdasarkan semua ini, semuanya bergantung kepada falsafah dan cara pemikiran individu Islam itu sendiri. Jika beliau seorang manusia moden, berintegrasi dalam dunia moden dan sedia mengakui kewujudan semua agama, kita boleh timbang sokongan kepadanya.

“Namun, jika warga Arab Saudi meminta kita hormati mereka sedangkan penganut Kristian tidak dibenarkan mengamalkan ajaran agamanya di negara itu, kita juga pasti tidak dapat memberi tanggapan positif kepada mereka,” katanya.
Newt Gingrich picDalam sesi soal jawab di Aiken, Gingrich menyifatkan masjid Ground Zero (tapak serangan 11 September) sebagai ‘satu penghinaan secara sengaja ke atas rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa keganasan.
“Saya berpendapat, masanya sudah sampai untuk kita mengadakan satu perbincangan secara terbuka dan jujur mengenai radikal Islam,” katanya.
Gingrich sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan penduduk Palestin sebagai masyarakat yang ‘dicipta.’
Mengulas kenyataan terbaru itu, Majlis Perhubungan Islam Amerika, (CAIR) menyifatkan beliau sebagai ‘alat kerajaan Amerika.’
Pengarah Perundangan CAIR, Corey Sayolor dalam kenyataannya berkata, Gingrich adalah antara ahli politik yang paling kuat menentang kehadiran Islam di Amerika.
“Visi Gingrich akan memisahkan rakyat Amerika mengikut kepercayaan agama. Idea politik beliau sudak lapuk dan tidak boleh diguna pakai. Masa untuk sikap berat sebelah dalam politik Amerika sudah berlalu,” katanya. – Agensi

Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan janji SAMPAH


Seorang blogger anti Pakatan Rakyat Negeri Sembilan menyarankan kepada orangramai termasuk orang N.Sembilan agar buang saja Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan sempena PRU ke 13 ke dalam tong sampah.


Apakah Dato Lembaga Adat, Buapak-buapak, Guru-guru KAFA, Warga Emas, Pemilik Kediaman/Tanah Pajakan, Pemilik Tanah di Negeri Sembilan ini akan mengikuti saranan blogger Tauke Ikan tersebut ? 
Antara kandungan Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan ialah :
1. Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
2. Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.
3. Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
4. Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
5. Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
6. Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun. 
****************
MANIFESTO PR NEGERI SEMBILAN = JANJI SAMPAH!  
Seperti biasa, bila hampir musim PRU, Pakatan Rakyat mula menabur janji-janji kosong kepada rakyat. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah pun melancarkan penipuan terbaru ini pada Ahad lepas. Seperti biasa, janji-janji yang diberikan kepada rakyat ibarat bulan dan bintang tetapi hakikatnya seperti sampah dan hanya layak dibakar! 
Janji-janji sampah ini hanyalah racun sahaja. Rupanya nampak menarik tetapi jika dikaji, semuanya tidak relevan dan penipuan semata-mata. Ini dua contoh penipuan janji-janji PR. Ini baru dua yang dihuraikan. banyak lagi yang masih perlu dihuraikan supaya rakyat tidak tertipu dengan janji manis ini.
Saya menyarankan jika terjumpa buku jingga dan manifesto ini diedarkan, sila buang ke dalam tong sampah dengan segera kerana memang disitulah tempat yang layak benda seperti ini. 
http://tauke-ikan.blogspot.com/2012/01/manifesto-pr-negeri-sembilan-janji.html
"
 

Pembangunan Kota Bharu Sentral@Tunjong

Semalam telah berlangsung Majlis Pengumuman Pembangunan Kota Bharu Sentral @ Tunjong  bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu. Majlis disemprunakan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Klik pada imej untuk melihat pelan penuh.

Pelan Pembangunan Kota Bharu Sentral

Tunjong Pavilion, salah satu projek bersepadu Kota Bharu Sentral.
 Ini antara video-video berkaitan Pembangunan Kota Bharu Sentral@ Tunjong