Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Disember 30, 2011

Sri Sabak Airport City

Komponen pembangunan :
* Kediaman
* Kondominium
* Rumah pangsa
* Rumah sesebuah
* Rumah Teres
* Komersil
* Resort
* Taman rekreasi
* Kemudahan-kemudahan Awam
* Sekolah
* Masjid
* Tadika
* Stesen minyak
* STP
~Sri Sabak Airport City Around The World~
RM120 Juta Bangunkan Sabak Sebagai Airport Resort City
KOTA BHARU, 10 Dis: Hampir 160 hektar tanah berhampiran kawasan Pantai Sabak di sini akan dibangunkan sebagai bandar pelancongan yang menelan kos lebih RM120 juta.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI), Abd Aziz Ab Rahman berkata projek yang dijalankan secara usaha sama antara MPKB dan syarikat pemaju Sri Sabak Development itu, dijangka bermula pada Januari 2008, selepas proses pengambilalihan tanah selesai.
“Daripada 160 hektar itu, 130.7 hektar milik orang perseorangan manakala 29 hektar milik MPKB, termasuk tapak pelupusan sampah sekarang di Teluk Kitang,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) projek berkenaan disini, hari ini.
Abd Aziz berkata proses mengambil semula tanah berkenaan dijangka mengambil masa kira-kira enam hingga lapan bulan mengikut Akta Pengambilalihan Tanah 1960.
“Bagi harga tanah pula, kita akan serahkan kepada Jabatan Penilaian Persekutuan untuk membuat penilaian sebelum dibayar kepada pemilik,” katanya.
Beliau berkata pembangunan projek itu yang dijangka mengambil masa 10 tahun akan dilaksanakan mengikut empat fasa.
“Ia merangkumi pembinaan 1,000 unit rumah kediaman, 400 unit rumah kedai, resort, hotel, taman tema air serta marina,” katanya.
Abd Aziz berkata kos keseluruhan projek tersebut dijangka mencecah RM500 juta memandangkan banyak perubahan yang bakal dibuat, termasuk menebus guna tapak pelupusan sampah dan paya serta pembinaan benteng pemecah ombak sepanjang 1.5 kilometer.
“Kita harapkan projek ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, bukan sahaja di kawasan Sabak, malah kawasan sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata pemilihan Sabak sebagai lokasi projek berkenaan adalah bagi menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke situ memandangkan lokasinya hanya kira-kira lima minit dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, di sini.
Katanya tapak pelupusan sampah di Teluk Kitang akan dipindahkan ke satu kawasan yang telah dikenal pasti untuk kemudahan guna sama MPKB, Majlis Daerah Ketereh dan Bachok.
“Selain mesra alam, melalui penggunaan teknologi Kanada bagi menukarkan sisa pelupusan itu sebagai baja organik, MPKB juga akan mewujudkan industri kecil dan sederhana berkaitan, berdekatan tapak itu,” katanya.
//BERNAMA
……………………………………..//
laporan dari Thestar
Tuesday December 12, 2006
>From dumpsite to a resort city
KOTA BARU: A solid waste disposal site at Teluk Kitang, near the Sultan Ismail Petra Airport in Pengkalan Chepa, will be relocated and in its place will emerge a multi-million-ringgit resort city.
Developed jointly by the Kota Baru Municipal Council and property company Sri Sabak Development Sdn Bhd, the planned Airport Resort City will be built in four phases over the next 10 years. The 160ha project will contain, among others, 1,000 units of various categories of homes, 400 units of shop houses, a school, a hotel and a water theme park adjacent to the state airport.
Unveiling the project here yesterday, council president Abdul Aziz Abdul Rahman said the waste disposal site would be relocated next year. The construction of the RM500mil resort township will begin in January 2008 after the land acquisition process is completed. It will be the first resort-living project in Kelantan and will reflect the growing disposal income of its people, he told reporters after signing a Memorandum of Understanding on the project with Sri Sabak Development. “
We have identified several landowners and acquisition will take place over most of next year. “The land price will be determined by the Federal land valuation department and will be paid directly to the owners,” he said, adding that the acquisition cost would be about RM20mil. Abdul Aziz said the project would emulate the concept of Sunway Lagoon, near Kuala Lumpur, to draw cash-rich residents, investors and tourists. He added that it would become a catalyst for growth in Pengkalan Chepa, a suburban locality which is about 30 minutes drive from the state capital.
Abdul Aziz said the developer had agreed to build a 1.5km wave-breaker along the project site near Pantai Sabak to guard against beach erosion and some segments of land reclamation. On the current rubbish disposal site, which receives 300 metric tonnes of waste daily, he said it would be relocated to a bigger centralised area to serve the districts of Kota Baru, Ketereh and Bachok. “
Residents in Teluk Kitang will no longer have to bear with the foul stench once the site is relocated. The new site will use technology from Canada to ensure it does not emit any undesirable stench,” he added. Sri Sabak chairman Datuk Yeo Wang Seng said they were excited to be involved in the project, which would transform the face of Pengkalan Chepa into a resort city.
…………………………..//

Keretapi Mas-Apa Motif Saud???


Akhbar theguardian melapurkan bahawa Raja Abdullah pemerintah Saudi Arabia telah menempah keretapi peribadi berkelengkapan mewah yang akan membawa rombongan diraja antara dua bandar suci Mekah dan Madinah. Keretapi VIP mewah tersebut sedang dibina oleh konsortium Saudi-Sepanyol. Nampaknya kerajaan diraja saud mengambil kesempatan membeli keretapi peribadi tersebut dengan mengambil kesempatan projek keretapi laju yang kos keseluruhannya USD9.2B untuk kemudahan jemaah haji yang menghubungkan dua bandar suci tersebut dan Jeddah, pintu masuk jemaah haji.


Mengikut lapuran syarikat konsortium tersebut, rekabentuk diraja bagi gerabak VIP yang terdiri dari 13 gerabak  akan disadurkan emas.  seperti dilapurkan constructionweekonline.com  bahawa mereka telah diberi kontrak untuk menghiaskan gerabak kereta dengan sadur emas terutamanya dibahagian siling. Inilah yang sepatutnya umat Islam pertikaikan. Disaat ramai umat Islam di Sudan, Somalia, Palestin dan banyak lagi negara Islam kebuluran tetapi raja Saud menunjukan kemewahannya tanpa batas. Sudah pasti pembaziran ini akan menguntungkan kapitalis Yahudi yang sememangnya telah bertapak dan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan besar-besaran Arab Saudi.

Umat Islam menunggu apakah reaksi ulamak atas tindakan kerajaan diraja tersebut yang menunjukkan keangkuhan dengan kemewahan yang keterlaluan. Ulamak mereka dengan senang hati membenarkan pembangunan sesuka hati di tanah suci tersebut dengan menghapuskan semua tinggalan sejarah Rasulullah saw dan sahabat-sahabatnya tanpa bekas sedikitpun dengan alasan hapuskan kurafat dan bidaah. Alasan inilah digunakan sepenuhnya oleh penguasa Saudi bagi membolehkan kontraktor yang mempunyai hubungan dengannya mengaut keuntungan dengan pembangunan yang melampau. Dalam hukum fekah, sudu, garfu dan pinggan mangkuk yang bersadur emaspun haram digunakan bagi tujuan menunjuk-nunjuk apatah lagi dengan gerabak keretapi bersadur emas!

Rasulullah saw telah memberi amaran akan munculnya golongan Arab Badui yang suka menunjukkan kesombongan dan keangkuhannya yang pasti membawa bencana kepada seluruh umat Islam.

حدثنا يحيى بن يحيى قال قرأت على مالك عن أبي الزناد عن الأعرج عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال رأس الكفر نحو الشرق والفخر والخيلاء في أهل الخيل والإبل الفدادين أهل الوبر والسكينة في أهل الغنم

Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya yang berkata qara’tu ala [aku membacakan kepada] Malik dari Abi Zanad dari Al A’raj dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda “sumber kekafiran datang dari timur, kesombongan dan keangkuhan adalah milik orang-orang pengembala kuda dan unta Al Faddaadin Ahlul Wabar [arab badui] dan kelembutan ada pada pengembala kambing[Shahih Muslim 1/71 no 52]

Sejak berzaman dari bermulanya khalifah hinggalah kalifah Othmaniyyah terakhir mereka amatlah berhati-hati melakukan pembangunan di Mekah kerana menghormati Kaabah sebagai rumah Allah. Tercatat dalam sejarah bahawa pemerintah Othmaniyyah telah menetapkan undang-undang tidak dibenarkan sebarang bangunan yang melebihi ketinggian Kaabah. Begitu juga Sultan Abd Hamid terakhir telah meminta supaya keretapi yang akan dibina untuk laluan Mekah - Madinah pada masa itu supaya menggunakan enjin lebih senyap bagi mengelakkan gangguan di Kaabah. Begitulah hati-hatinya mereka kerana menghormati rumah allah.

Atas kesedaran inilah kesemua khalifah yang mengawal Mekah dan Madinah menggunakan gelaran "Khadam Dua Tanah Suci" bukannya pemerintah. Ironisnya kerajaan Saud juga mengambil gelaran tersebut tetapi segala tindakan mereka tidak membayangkan gelaran "khadam" yang mereka pakai tetapi menunjukkan merekalah tuan kepada kaabah, mereka berhak melakukan apa saja yang disukainya dan menggunakan khazanah dari bumi suci itu untuk kepentingan kemewahan mereka sendiri. Tunggulah saatnya dimana Allah akan menunjukkan di hadapan rumahnya sendiri Baitullah siapakan tuannya yang sebenar!

Dari Sauban RA katanya, bersabda Rasulullah SAW, 
“Akan berbunuh-bunuhan dekat tempat simpanan Kaabah kamu tiga beradik. Semuanya adalah anak-anak kepada seorang (bekas) khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang dapat (harta itu atau menjadi khalifah). Kemudian muncullah Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, lalu mereka akan membunuh kamu semua dengan satu pembunuhan (yang paling dahsyat) yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana kaum pun.” Kemudian baginda menyebutkan sesuatu yang saya tidak berapa ingat. Kemudian baginda bersabda, “Maka apabila kamu semua melihatnya, hendaklah kamu segera berbaiat kepadanya (Pemuda Bani Tamim itu) walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana di sisinya adalah Khalifah Allah, iaitu Imam Mahdi.” (Ibnu Majah)
 
sumber petunjukzaman 

Mengenali Bani Tamim

"Ucapan Rasulullah SAW tentang Bani Tamim
Hadith Nabi SAW :
" Sesungguhnya Bani Tamim itu mempunyai kekuatan jiwa yang hebat, tetap pendirian dalam mempertahankan prinsip. Mereka juga adalah pembela kebenaran diakhir zaman"

Sabda Nabi SAW:
" Bani Tamim merupakan golongan dari umatku yang amat memusuhi Dajjal "

Imam Al-Qurthubi ketika menghuraikan hadith di atas mengatakan bahawa;
" Berdasarkan hadith tersebut dapatlah diyakini bahawa Bani Tamim tidak akan terputus keturunan mereka sehinggalah kehari kiamat, bahkan Bani Tamim di akhir zaman nanti merupakan kelompok yang amat kuat berpegang dengan kebenaran serta memperjuangkannya".

Hadith Nabi SAW:
" Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga melalul jalan syafaat seseorang ialah Bani Tamim ".

Hadith Nabi SAW juga menyebutkan:
"Bani Tamim merupakan suku bangsa arab yang paling fasih berbahasa arab berbanding suku arab yang lain ".

lmam lbnu Hajar pula menjelaskan tentang ciri utama bagi Bani Tamim yaitu:
"Adalah dimaklumi sejak dari zaman jahiliah hingga zaman Islam sentiasa berlaku penguasaan kelompok Bani Tamim dalam pemerintahan disamping mereka juga merupakan golongan atasan dalam masyarakat dimana mereka dihormati dan dimuliakan"

Rasulullah SAW ketika menggambarkan tentang Bani Tamim berpesan:
"Janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Bani Tamim melainkan sesuatu yang baik-baik sahaja ". 

Sabda Nabi SAW:
" Mereka itu (Bani Tamim) adalah dari kaum kami"

Hadith dan selainnya yang mengakui Bani Tamim sebagai sabahagian dari kaum Baginda SAW merupakan satu pengiktirafan terhadap suku pilihan ini.

lmam At-Tabrani menyatakan:
"Bani Tamim terkenal tetap pendirian, berjiwa besar, jelas cita-cita, amat memusuhi Dajal di akhir zaman, cukup tahan menghadapi apa saja halangan. Bani Tamim tidak akan tergugat dengan sebarang halangan, ancaman dan penentangan dari mana-mana pihak yang mahu memudharatkan perjuangan mereka".

Asal Keturunan Bani Tamim

1. Pilihan Tuhan dari kalangan hambanya

Hadith Rasul SAW yang bererti:
" Sesungguhnya Allah Tabaraka Wataala telah menciptakan langit lalu dipilihNya untuk diletakkan di bahagian yang tinggi. Di situlah Tuhan memilih pula sebahagian makhlukNya sebagai penghuni, Kemudian Allah menjadikan makhluk-makhluk (di atas muka bumi) lalu dipilihnya Bani Adam (manusia-sebagai khalifah), kemudian Tuhan memilih daripada Bangsa Arab itu Bani Mudhor sehingga akhirnya daripada Mudhor itulah Tuhan memilih suku Quraisy ".

2. Asal mereka dari pada anak cucu Mudhor

Imam Bukhori ketikamemperkatakan Nasab Rasululah SAW menyatakan:
Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka'ab ibni Lu'aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor ibni Nizar ibnl Ma'add ibni Adnan.

Suku Quraisy:
Dari pada Bani Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni Mudhor.

Suku Tamim:
Dari pada Tamim ibni Mur ibni Udd ibni Thobikhah (Amru) ibni llyas ibni Mudhor.

3. Bani Tamim tunggak keturunan Arab

"Bani Tamim adalah dari pada keturunan Nabi Ismail dan Nabi lbrahim Alaihi mas salam"

lbnu Hazm menyatakan bahawa:
"Bani Tamim adalah sebuah Qabilah terbesar dalam qabilah arab dengan bilangan kaumnya yang ramai serta rangkaian sukunya yang luas sehlngga Bani Tamim dikatakan sebagai tunggak utama bagi bangsa arab keseluruhannya .... Bahkan mereka mula bertebaran keluar dari dunia arab sejak zaman awal Islam melalui penyertaan mereka yang ramai di dalam bala tentera Islam. Ramai yang digerakkan menuju ke kawasan Khurasan dan lain-lain kawasan penerokaan wllayah .... ".

BANI Tamim DIANGGAP KELUARGA OLEH RASULULLAH SAW.
Diriwayatkan oleh Saiyidina Abbas RA. ketika turunnya ayat yang bererti:
"Dan (wahai Muhammad) mulakanlah memberi peringatan kepada kaum keluargamu yang terdekat ", lantas ketika itu Baginda SAW menyeru: " wahal Bani Fihr, Wahai Bani 'Adiey", ... memanggll kelompok asal umat arab yaitu termasuk di dalamnya Bani Tamim. .."

Terdapat banyak riwayat hadith yang menunjukkan pengakuan Rasulullah saw. bahawa Bani Tamim adalah termasuk dalam kaum / suku kesayangan Baginda. Maksudnya : "Aku dan 'Uthman bin 'Affan pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. lalu kami bertanya : "Wahai Rasulullah. Anda telah memberi kepada Bani Abdul Mutallib dan anda meninggalkan kami, sedangkan kami dan mereka dengan Anda dalam satu kedudukan." Maka sabda Nabi s.a.w. : "Adapun Bani Abdul Mutallib dan Bani Hashim sesuatu yang sama." (Hadith riwayat al-Bukhari 2907, an-Nasa-i 4067)

Termasuk juga di dalam Ahl al-Bait itu Bani Hashim bin Abdul Manaf. Mereka ialah keluarga 'Ali, keluarga 'Abbas, keluarga Ja'far, keluarga 'Uqail dan keluarga al-Harith bin Abdul Mutallib. Terdapat riwayat daripada Imam Ahmad bahawasanya ditanya kepada Zaid bin Arqam r.a. siapakah keluarga Nabi s.a.w. wahai Zaid ? Apakah bukan isteri-isteri baginda itu daripada keluarga baginda ?" Jawab Zaid : "Sesungguhnya isteri-isteri baginda sememangnya dari keluarga baginda, akan tetapi Ahl al-Bait baginda adalah sesiapa yang diharamkan sedekah selepas (kewafatan) baginda." Ditanya kepadanya lagi : "Siapakah mereka itu ?" Jawab Zaid : "Mereka ialah keluarga 'Ali, keluarga 'Uqail, keluarga Ja'far dan keluarga 'Abbas." DItanya kepadanya : "Apakah semua mereka diharamkan daripada sedekah?" Jawab Zaid : "Ya !" (Riwayat Ahmad bil. 18464)
"
 

Khamis, Disember 29, 2011

BN Pulau Pinang Lumpuh..Beberapa MCA Cawangan Negeri Bubar


Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.berita dengan lebih jelas (Klik Sini)
in m'sia
penang mca youth chief eng hiap boon quit party 281211 eng hiap boonEng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri. Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

http://siasahkini.blogspot.com"
 

Demokrasi Sudah terbukti gagal

Baru-baru ini seorang aktifis dakwah melahirkan perasaan geram. Facebook miliknya dipenuhi dengan kritik pedas terhadap demokrasi. Ternyata kegusaran aktivis dakwah tersebut tidak kesaorangan. Puluhan komentar susul menyusul menyatakan hal serupa, hingga salah seorang melayangkan pertanyaan dari mana konsep tata negara demokrasi ini muncul.



Sejarah Demokrasi Awal: Idea Penuh Kritik

Demokrasi, rasanya sudah tidak lagi asing terdengar di telinga kita. Hampir dsetiap waktu pada abad 20, demokrasi menjadi sistem paling laris di pasaran dunia. Banyak negara mengadopsi demokrasi sebagai teras dalam konstitusi kenegaraan mereka, termasuk negara majoriti muslim seperti Indonesia dan Malaysia.

Demokrasi awalnya dinilai sebagai sistem terbaik karena menekankan sebuah sistem yang mementingkan kesejahteraan rakyat sekaligus membuka pintu kepada aspirasi rakyat. Kononnya ia mengacu kepada pemerintahan yang dibentuk dari rakyat, oleh rakyat, dan untuk rakyat pada zaman Yunani kuno. Bagi pengusung idea demokrasi, hal ini memungkinkan kerana secara etimologi demokrasi berasal dari dua kata demos, yakni rakyat dan kratia yang berarti pemerintahan.

Namun berkaca dengan kondisi negara-negara dunia yang menerapkan demokrasi, ternyata sistem ini justru mengalami kegagalan waktu demi waktu. Aspirasi rakyat yang tadinya menjadi “tuhan” kini hanya menjadi marhein dan juga mangsa kepada para penghisap darah.

Di Amerika, misalnya, pendapat ini dikeluarkan oleh Gallup dan menunjukkan bahwa sokongan rakyat AS terhadap Kongres menurun dari 23 persen menjadi 18 persen pada Februari lalu. Dukungan publik terhadap Kongres dilaporkan telah menurun lebih rendah daripada 20 persen untuk pertama kalinya sejak Tea Party dan GOP (Grand Old Party, atau sebutan untuk Parti Republik), tahun ini. Bahkan golongan berkecuali (bebas) yang mendukungi Kongres turut turun dari 23 persen pada Februari menjadi 15 persen sahaja.

Walaupun demikian, para pengusung demokrasi tetap mengeliat (menafikan), menurut mereka keburukan sistem demokrasi selama ini disebabkan perilaku individu, dan bukan sistemya. Mungkin kerana mereka lupa bahwa demokrasi memliki basis (asas) kapitalisme dan liberalism sehingga maksud "rakyat" telah menjadi kabur.

Ahli Tata Negara, Robert Dahl, seperti dilapor oleh Riza Sihbudi dalam bukunya, “Menyandera Timur Tengah” (2005), menyatakan bahwa sebenarnya kata "rakyat" dalam demokrasi berbeza sekali dengan apa yang kita fahami pada masat ini. Dalam konteks Yunani Kuno pada masa itu, kata “rakyat “ tidak lebih sekumpulan manusia dari sebuah "polis" atau kota kecil. Hal tersebut membawa konsekuensi logis bahwa apa yang disebut sebagai demokrasi dalam pengertian aslinya sudah pun berbeza dengan demokrasi dalam pemahaman kontemporari. Dalam pandangan Yunani Kuno (awal abad ke 6 sampai ke 3 SM), demokrasi harus memenuhi enam syarat:

1. Warga Negara harus cukup serasi dalam kepentingan mereka
2. Mereka harus padu dan hommogeni
3. Jumlah warga Negara harus kecil (bahkan kurang dari 40.000)
4. Warga Negara harus dapat berkumpul dan secara langsung memutuskan legislasi
5. Warga Negara juga berpartisipasi aktif dalam pemerintah dan,
6. Negara kota sepenuhnya otonomi.

Kesemuanya itu jelas tidak boleh dipenuhi oleh demokrasi moden sama ada dalam praktikal mahu pun teori, lanjut Dahl.lagi, kewarganegaran harus ekslusif dan bukan inklusif seperti yang terdapat dalam demokrasi moden. Demokrasi model ini saja sudah pun mendapat kritikan tajam oleh Aristotle (348-322 SM) dengan menyebut demokrasi sebagai Mobocracy atau the rule of the mob.

Ia menggambarkan demokrasi sebagai sebuah sistem yang hodoh, karena sebagai pemerintahan yang dilakukan oleh massa, demokrasi tidak  akan lebih baik dari anarkisme, dan sangat sulit dibayangkan adanya suatu kelompok yang besar (majoriti) memimpin kelompok yang jumlahnya lebih kecil (minoriti).

Menurut Aristotle bila negara dipegang oleh banyak orang (lewat perwakilan legislatif) akan berbuah petaka. Dalam bukunya ‘Politics’, Aristotle menyebut Demokrasi sebagai bentuk negara yang buruk (bad state). Menurutnya negara Demokrasi memiliki sistem pemerintahan oleh orang banyak, dimana satu sama lain memiliki perbezaan (atau pertentangan) kepentingan, perbedaan latar belakang sosial ekonomi, dan perbezaan tingkat pendidikan.

Pemerintahan yang dilakukan oleh sekelompok minoriti di dewan perwakilan yang mewakili kelompok majoriti penduduk itu akan mudah berubah menjadi pemerintahan anarkis, menjadi tapak pertempuran konflik kepentingan berbagai kelompok sosial dan pertarungan elit kekuasaan.

Perbezaan-perbezaan tersebut menjadi penghalang kepada terwujudnya pemerintahan yang baik. Konsensus sulit dicapai dan konflik mudah terjadi. Apa kata Aristotle ternyata mirip dengan kondisi di Indonesia saat ini, dimana kepentingan para penguasa dan telah menjadi tayangan yang kita saksikan akhir-akhir ini.
Kebebasan Menghancurkan
Selain Aristotle, Plato (472-347 SM) juga melontarkan kritik tajam. Andai ia masih hidup, rasanya ia sepertI ingin mematahkan buku The End of History and The Last Man (1999) karangan Francis Fukuyama yang mengatakan Demokrasi Liberal adalah pemenangan dari benturan peradaban manusia modern.

Plato justru menekankan bahwa sesungguhnya liberalisasi itulah yang menjadi akar Demokrasi, sekaligus punca bencana mengapa Negara demokrasi akan gagal selama-lamanya.

Dalam pemerintahan demokratis, kepentingan rakyat diperhatikan sedemikian rupa dan kebebasan pun dijamin oleh pemerintah. Semua warga negara adalah orang-orang yang bebas. Kemerdekaan dan kebebasan merupakan prinsip yang paling utama.

Lebih lanjut Plato berstatemen:
.......they are free men; the city is full of freedom and liberty of speech, and men in it may do what they like. (Republic, page: 11)

......mereka adalah orang-orang yang merdeka, negara penuh dengan kemerdekaan dan kebebasan berbicara, dan orang-orang di dalamnya boleh melakukan apa yang disukainya.

Dan orang-orang semakin mengejar kemerdekaan dan kebebasan yang tidak terbatas. Akibatnya ialah bencana bagi negara dan juga bagi para warganya sendiri. Setiap orang ingin mengatur diri sendiri dan berbuat sesuka hatinya sehingga timbullah berbagai kerusuhan yang disebabkan oleh berbagai tindakan kekerasan (violence), ketidak tertiban atau kekacauan (anarchy), perlakuan tidak bermoral (licentiousness) dan ketidak sopanan (immodesty).

Menurut Plato, pada masa itu citra negara benar-benar telah rosak. Ia pun menyaksikan betapa negara menjadi rosak dan buruk akibat penguasa yang korup. Karena Demokrasi terlalu mendewa-dewakan (kebebasan) individu yang berlebihan sehingga membawa bencana bagi negara, yakni anarki (kebrutalan), dari sini muncul tirani (kezaliman).

Banyak orang yang (kala itu) melakuan hal yang tidak senonoh, anak-anak kehilangan rasa hormat terhadap orang tua, murid merendahkan guru, dan hancurnya moralitas.

Oleh karena itu, dalam era perkembangan Yunani, intrik para raja dan rakyat banyak sekali terjadi. Hak-hak rakyat tercampakkan. Korupsi merajalela, dan demokrasi tidak mampu memberikan keamanan bagi rakyatnya. Jika di Yunani saja, Demokrasi telah gagal, kenapa banyak Umat Muslim mengikutinya?

Pembuatan undang-undang dalam negara Islam yang menjadikan kitabullah sebagai sandaran, tidak semata-mata pada tujuan kesejahteraan, tapi juga sebahagian dari tauhid menjalankan perintah Allah SWT.

“Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain membuat kebohongan (Al-An’aam: 116)”

“Dan Kami tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi janji. Sesungguhnya Kami mendapati majoriti mereka orang-orang yang fasik.” (Al-A’raaf: 102)

“Sesungguhnya Kami benar-benar telah membawa kebenaran kepada kalian, tetapi kebanyakan dari kalian membenci kebenaran itu.” (Az-Zukhruf: 78) (pz/dari berbagai sumber)

Dipetik dari blog Indonesia dan dibuat sedikit ubahsuai untuk memudah faham pembaca Malaysia. Satu nukilan yang baik untuk renungan pencinta demokrasai. Ia juga dapat dijadikan pedoman yang berguna bagi memahami kedudukan sebenar "demokrasi" tersebut. Dari sini umat Islam haruslah mencari ikhtiar meninggalkan sistem ini jika benar-benar mengharapkan keadilan kembali semula atas muka bumi.
 

Merry Christmas Bukan Hari Kelahiran Jesus Tetapi Hari Memperingati Berhala

"Tulisan ini bukanlah untuk mengajak pembaca merayakan perayaan natal (krismas), tetapi untuk memberikan pengetahuan dan fakta di sebalik natal, sebagai umat Islam kita semua meyakini tentang Nabi Isa 'alaihissalam berdasarkan al-Quran dan Sunnah.Umat ​​kristian percaya bahawa 25 Disember adalah tanggal hari kelahiran Jesus (dalam keyakinan umat Islam adalah Nabi Isa 'alaihissalam). Adakah benar dakwaan itu?. Adakah natal adalah ajaran yang dinyatakan di dalam Bible.

Sejarah Krismas

Kata Christmas (Natal) bermaksud  Mass of Christ atau disingkat Christ-Mass, sebagai hari untuk merayakan kelahiran "Jesus". Perayaan yang disambut oleh sesetengah bukan Kristian dan semua orang Kristian ini berasal dari ajaran Gereja Kristian Katolik Rom. Tetapi dari manakah mereka mendapatkan ajaran itu? Krismas bukan dari ajaran Bible (Alkitab) dan Jesus tidak pernah memerintahkan umat Kristian untuk merayakannya. Sebenarnya perayaan yang terkandung di dalam ajaran Kristian Katolik Rom pada abad ke-4 ini berasal dari upacara adat masyarakat penyembah berhala.

Kerana perayaan Krismas yang diadakan di seluruh dunia ini berasal dari Katolik Rom, dan tidak mempunyai dasar dari kitab suci, maka marilah kita melihat penjelasan dari Katolik Rom dalam Catholic Encyclopedia, edisi 1911, dengan judul: Christmas. Anda akan menemui ayat yang dinyatakan seperti di bawah: :

"Christmas was not among the earliest festivals of Church ... the first evidence of the feast is from Egypt . Pagan customs centering around the January calends gravitated to Christmas ".

Maksudnya: "Krismas bukanlah upacara Gereja yang pertama .... Upacara ini dipercayai berasal dari Mesir. Perayaan yang diadakan oleh para penyembah berhala dan jatuh pada bulan Januari ".

Populariti Santa Claus mendominasi Hari Krismas melebihi kisah Jesus


Dalam Ensiklopedia itu juga menyatakan di dalam judul Christmas Day, Paderi Katolik pertama mengakui bahawa:

"In the Scriptures, no one is recorded to have kept a feast or held a great banquet on his birthday. It is only sinners (like Pharaoh and Herod) who make great rejoicings over the day in which they were born into this world " .

Bermaksud: "Di dalam kitab suci, tidak ada seorang pun yang mengadakan upacara atau mengadakan perayaan untuk merayakan hari kelahiran Jesus. Hanya orang-orang kafir (seperti Firaun dan Herodes) yang berpesta merayakan hari kelahirannya di dunia ini ".

Encyclopedia Britanica terbitan tahun 1946 menjelaskan seperti berikut:

"Christmas was not among the earliest festival of the church .... It was not instituted by Christ or the apostles, or by Bible authority, it was picked up afterward from paganism ".

Bermaksud: "Krismas bukanlah upacara gereja abad pertama. Perkara ini tidak pernah diajarkan oleh Jesus, dikalangan muridnya, ataupun Bible. Upacara ini diambil oleh gereja dari kepercayaan penyembah berhala".

Encyclopedia Americana terbitan tahun 1944 juga menyatakan hal yang sama:

"Christmas .... It was, according to many authorities, not celebrated in the first centuries of the Christian church, as the Christian usage in general was to celebrate the death of remarkable persons rather than their birth ... "(The" Communion ", which is instituted by New testament Bible authority, is a memorial of the death of Christ). "... A feast was established in memory of this event [Christ 's birth] in the fourth century . In the fifth century the Western Church ordered it to be celebrated forever on the day of the old Roman feast of the birth of Sol , as no certain knowledge of the da of Christ 's birth existed ".

Maksudnya: "Menurut kebanyakan pakar sejarah Kristian, Krismas tidak pernah dirayakan oleh gereja Kristian pada awal abad. Secara umumnya, umat Kristian hanya merayakan hari kematian orang-orang terkemuka sahaja, dan tidak pernah merayakan hari kelahrian orang tersebut ... ". ("Perjamuan Suci" yang tertera di dalam Kitab Perjanjian Baru, hanyalah untuk mengenang hari kematian Jesus). "... Perayaan Krismas yang dianggap sebagai hari kelahiran Jesus, mula dirayakan pada abad keempat Masihi. Pada abad kelima Masihi, Gereja Barat memerintahkan umat Kristian untuk merayakan hari kelahiran Jesus, yang diambil dari hari pesta bangsa Rom yang merayakan hari Kelahiran Sol (Dewa Matahari). Ini disebabkan tidak ada seorang pun yang mengetahui hari kelahiran Jesus ".

Fakta sejarah telah mendedahkan kepada kita bahawa mulai lahirnya gereja Kristian pertama sehinggalah dua atau tiga ratus tahun kemudian, upacara Krismas tidak pernah disambut dan dirayakan oleh umat Kristian. Baru setelah abad keempat, perayaan ini mula dirayakan oleh orang-orang Kristian Barat, Kristian Rom, dan Gereja.Menjelang abad kelima, Gereja Rom memerintahkan untuk merayakan sebagai hari raya umat Kristian yang rasmi.

Jesus Tidak Lahir Pada Tarikh 25 Disember

Sungguh sangat mustahil jika Jesus dilahirkan pada musim sejuk (Di wilayah Yudea, setiap bulan Disember adalah musim hujan dan suhunya sangat sejuk). Injil Lukas 2:11 menceritakan suasana di saat kelahiran Jesus:

"Di kawasan itu terdapat gembala-gembala yang tinggal di padang menjaga kawanan ternakan mereka pada waktu malam. Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan berdekatan dengan mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan. Lalu kata malaikat itu kepada mereka: "Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kegembiraan yang besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu penyelamat, iaitu Kristus, di bandar Daud".

Lokasi Yudea (Judaea)


Tidak mungkin para penggembala itu berada di padang Yudea pada bulan Disember. Kebiasaannya mereka melepaskan binatang ternakan ke padang dan lereng-lereng gunung. Paling lambat ternakan tersebut dimasukkan ke dalam kandang untuk mengelakkan hujan dan cuaca sejuk ialah pada 15 Oktober. Bible sendiri dalam Perjanjian Lama, kitab Kidung Agung 2 dan Ezra 10:9,13 menjelaskan bahawa bila musim sejuk tiba, tidak mungkin para gembala dan ternakannya berada di padang terbuka pada malam hari.

Cuaca di Jerusalem (terletak di dalam kawasan Yudea)


Salji di Jurusalem pada bulan Disember (Berlaku walaupun tidak kerap)


Adam Clarke berkata:

"It was an ancient custom among Jews of those days to send out their sheep to the field and desert about Passover (early spring), and bring them home at commencement of the first rain" [Adam Clarke Commentary, Vol. 5, Page 370, New York].

Maksudnya: "Adalah kebiasaan sejak dari dahulu lagi, orang-orang Yahudi menggiringi kambing-kambing mereka ke padang menjelang Paskah (awal musim bunga), dan membawanya pulang pada permulaan hujan pertama".

Adam Clarke meneruskan:

"During the time they were out, the shepherds watch them night and day. As .... The first rain began early in the month of Marcheshvan, which answers to part of our October and November (begins sometimes in October), we find that the sheep were kept out in the open country during the whole summer. And, as these shepherd had not yet brought home their flocks, it is presumptive argument that October had not yet commenced, and that, consequently, our Lord was not born on the 25th of December, when no flock were out in the fields; nor could He have been born later than September, as the flocks were still in the fields by night. On this very ground, the Nativity in December should be given up".

Maksudnya: "Semasa kambing-kambing berada di luar, penggembala akan mengawasinya siang dan malam. Apabila hujan pertama mulai turun pada bulan Marchesvan (antara bulan Oktober dan November), ternakan-ternakan itu mula dimasukkan ke dalam kandangnya. Kita mengetahui bahawa kambing-kambing itu dilepaskan di padang terbuka semasa musim panas. Disebabkan para penggembala belum membawa pulang kambing-kambingnya, ini menunjukkan bulan Oktober belum tiba. Disini dapat disimpulkan bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember, ketika tidak ada kambing ternakan yang berkeliaran di padang yang terbuka. Juga tidak mungkin beliau dilahirkan  selepas bulan September kerana di bulan September inilah kambing-kambing masih berada di padang waktu malam. Dari pelbagai bukti yang ada, kemungkinan beliau lahir di bulan Disember amatlah mustahil.

Kambing-kambing meragut di padang pada musim panas


Dalam ensiklopedia yang bertaburan di seluruh dunia mahupun di laman-laman web dan dalam kitab suci Kristian sendiri mengatakan kepada kita bahawa Jesus tidak lahir pada tarikh 25 Disember. Catholic Encyclopdia sendiri secara tegas dan terang-terangan mengakui fakta ini.

Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah hari kelahiran Isa yang sebenarnya. Jika kita meneliti dari bukti-bukti sejarah dan kitab suci Kristian sendiri, saya boleh membuat kesimpulan bahawa Jesus lahir pada awal musim gugur (yang dianggarkan jatuh pada bulan September), atau sekitar 6 bulan selepas hari Paskah.

Jika Tuhan menghendaki kita untuk mengingat-ingat dan merayakan hari kelahiran Jesus, nescaya Dia tidak akan menyembunyikan hari kelahirannya.

Proses Krismas Masuk ke Gereja

New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge dalam artikelnya yang bertajuk "Christmas "menghuraikan dengan jelas seperti berikut:

"How much the date of the festival depended upon the paganBrumalia (Dec. 25) following the Saturnalia (Dec. 17-24), and celebrating the shortest day of the year and 'the new sun' ... can not be accurately determined. The pagan Saturnalia and Brumalia were too deeply entrenched in popular custom to be set aside by Christian influence ... The pagan festival with its riot and marrymaking was so popular that Christians were glad of an excuse to continue its celebration with little change in spirit and in manner . Christian preachers of the West and the Near East protested against the unseemly frivolity with which Christ 's birthday was celebrated, while Christians of Mesopotamia accused their Western brethren of idolatry and sun worship for adopting as Christian this pagan festival".

Maksudnya: "Sunguh banyak tarikh perayaan yang berkaitan pada kepercayaan pagan dan penyembah berhala Brumalia (25 Disember) sebagai lanjutan dari perayaan Saturnalia (17-24 Disember), dan perayaan menjelang akhir tahun, serta perayaan menyambut kelahiran matahari baru .... Tidak dapat ditentukan secara pasti (jumlahnya). Adat kepercayaan pagan Brumalia dan Saturnalia sudah berakar dan popular dalam adat istiadat masyarakat ketika itu dan telah diambil oleh Kristian. Perayaan ini dirayakan oleh Kristian dengan mengubah sedikit tata caranya. Para paderi Kristian di Barat dan Timur menentang perayaan kelahiran Jesus ini yang meniru agama berhala ini. Di samping itu,Kristian Mesopotamia menuding jari kepada Kristian Barat yang telah menerima model penyembahan terhadap dewa Matahari".

Menjelang abad pertama hingga abad keempat Masihi, dunia dikuasai oleh empayar Rom yang mengamalkan dan mempercayai agama Pagan. Sejak agama Kristian masih di awalan sehinggakan berkembang pesat, para pemeluknya diseksa oleh penguasa Rom. Setelah Constantine menaiki tahta menjadi maharaja, kemudian memeluk agama Kristian pada abad keempat Masihi, dan meletakkan agama sejajar dengan agama pagan Rom, rakyat Rom beramai-ramai memeluk agama Kristian.

Constantine I


Disebabkan mereka sudah terbiasa meraikan hari kelahiran dewa-dewa pada 25 Disember, menyebabkan adat tersebut sukar dibuang. Perayaan ini adalah pesta yang penuh dengan kemeriahan dan sangat disukai oleh rakyat. Mereka tidak mahu kehilangan hari kegembiraan seperti itu. Oleh kerana itu, walaupun sudah memeluk agama Kristian, mereka tetap memelihara upacara adat itu. Di dalam artikel yang sama, New Schaff-Herzog Encyclopedia of Religious Knowledge menjelaskan bagaimana maharaja Constantine tetap merayakan hari "Sunday" sebagai hari kelahiran dewa matahari. Dan bagaimana pengaruh kepercayaan kafir Manichaeisme yang menyamakan sifat Anak Tuhan (Jesus) dengan Sun Gods. Kemudian pada abad keempat masihi, kepercayaan itu telah memasuki ke dalam agama Kristian. Sehingga perayaan hari kelahiran Sun-God (Dewa Matahari) yang jatuh pada tarikh 25 Disember, dirasmikan menjadi hari kelahiran Son of God (Jesus).

Demikianlah asal-usul "Christmas" atau Krismas yang diciptakan oleh dunia barat dan dirayakan sehingga sekarang. Walaupun namanya ditukar menjadi selain Sun-Day, Son of God, Christmas, dan Krismas, pada hakikatnya tujuannya tetap sama iaitu meraikan hari kelahiran dewa matahari. Sebagai contoh, kita boleh menamakan arnab dengan nama singa, tetapi fizikalnya tetap arnab.

source: The Plain Truth About Christmas oleh Herbert W. Armstrong (1892-1986 - Worldwide Church of God, California USA 1984).

 
Lain-lain kisah menarik

Mazhab Kristian yang mirip Islam

Islam dan Hari KrismasBentuk Bumi - Islam vs Bible
"
 

5 tanda bini anda curang

Katakan korang telah berkahwin dengan seorang awek yang cun melecun dan baik hati. Korang juga  mempunyai hubungan yang solid-molid dan rasakan isteri korang itu tidak akan curang ... betul? SALAH! Memiliki isteri curang adalah satu perkara yang menghantui ramai lelaki dalam sesuatu hubungan. Ye lah. Sape tak sayang bini kan? Hanya memikirkan isteri korang berada dalam pelukan lelaki lain dah boleh membuat korang meremang bulu roma. Itulah sebabnya mengapa selalu penting untuk mengetahui tanda-tanda pasti yang korang mempunyai isteri curang.

Jadi, apa dia tanda-tanda isteri curang? Dapatkan jawapan korang di sini sebelum korang mula menuduhnya curang yer.

1. Isteri korang tidak lagi memerlukan korang. (Kesian..)
Jika dulu dia tidak suka pergi shopping, tengok wayang ke atau menyeberang jalan sendirian ke, tiba-tiba dia tidak perlukan kehadiran korang, ini mungkin bererti seseorang yang lain yang mengisi tempat korang. Ada kemungkinan juga isteri korang hanya memerlukan masa untuk dirinya sendiri. Tetapi jika dulu dia amat memerlukan korang dan sekarang tiba-tiba pulak menjadi independent, itu mungkin tandanya  dia tidak lagi memerlukan korang di sisinya. 

2 - Isteri tidak lagi marah (Yahuuu...)
Kalau dulu isteri korang naik hangin jika korang tidak mahu makan lunch bersama atau keluar dengan dia dan kawan-kawannya., tapi sekarang semua yang korang buat, dia alright jer. Dulu, setiap langkah korang harus terancang, tapi sekarang semua kesilapan kecil yang korang buat tidak lagi membuatnya marah. Ini memang perkara baik, tetapi korang tak tertanya-tanya ke kenapa isteri korang tidak lagi peduli kat korang?

3 - Dia mula berahsia (Hmmm...)
Dia tidak lagi kongsikan kepada korang apa yang dia buat seharian. Dulu, sesiapa yang call dia kat handphone, korang tak payah nak tanya siapa yang call, sebab dia akan beritahu dahulu. Sekarang, korang pulak yang perlu bertanya kepada dia siapa yang call sebab dia tak akan bagitahu. Korang diam, dia pun diam lah. Kalau dia bagitahu pon, maybe after beberapa minit atau jam selepas mendapat alasan yang sesuai.

4 - Sekarang korang pulak yang menjadi tumpuan
Bila korang bertanya tentang sesuatu, dia akan menjawap soalan dengan soalan. Bila korang tanya bagaimana lunch atau dinner dia dengan kawan-kawannya, dia akan diam jer. Atau bagi jawapan pun tak full. Sekarang nih semuanya cuma tentang hal korang, korang, korang jer. Korang pulak yang perlu bagitahu dia tentang bagaimana lunch atau dinner korang. Bagaimana trip pancing korang ker? Bla bla bla bla...

5 - Dia menyirami korang dengan kasih sayang (tiba-tiba)
Isteri korang selalu memuji korang, menyuruh korang pi enjoy keluar dengan kawan-kawan, memberikan korang kad 'I Love You" secara tiba-tiba, sanggup mencuci kereta korang ker atau tengok wrestling dengan korang. Of course la semua ini memang sweet, tapi sifat over secara tiba-tiba ini lah yang amat mencurigakan. Betul tak?  Jika dia asyik memberikan korang hadiah yang best-best, mungkin lebih baik korang menyiasat apa sebenarnya yang berlaku.
 
http://magtrafficexchange.blogspot.com/2011/04/tanda-tanda-isteri-korang-curang.html
 

Ahad, Disember 25, 2011

Pas buka jalan rakyat Sarawak buat perubahan

KOTA SAMARAHAN, 6 April: Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.
"Rakyat Sarawak  ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani menunjukkan kemarahan.
"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.
Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.
Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.
"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.
Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.
"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.
Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.
"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.
PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.

Universiti Antarabangsa membuka kampus di Tanah Sekebun Serendah Bunga

Malah, syarikat luar melihat negeri ini berpotensi besar terutamanya dalam sektor perniagaan, pendidikan dan pertanian. Hari ini ia dibuktikan apabila sebuah kolej antarabangsa akan membuka kampus cawangan di negeri ini tidak lama lagi.
Kelantan akan dijadikan cawangan pertama Kolej Universiti Lim Kok Wing selepas kampus induknya di Cyberjaya.
Kampus itu akan dibina di Machang, yang bakal menawarkan pengajian dalam bidang berkaitan pembungkusan, inovasi dan kraftangan produk-produk tempatan.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tanah seluas 20 ekar telah diluluskan untuk pembinaan kampus cawangan Kolej Universiti Lim Kok Wing di negeri ini.
“Kita telah menetapkan universiti ini akan dibuka di Kelantan dan akan ditempatkan di Machang, sebuah kawasan yang sesuai dan bakal menjadi pusat kraftangan yang akan dipasarkan ke Timur Tengah termasuk Makkah,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil kolej berkenaan, di pejabatnya hari ini.
Kolej universiti tersebut diwakili Naib Presiden Pembangunan Akademik, Prof Dato’ Parid Wardi Sudin dan beberapa lagi pegawai kanannya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, penubuhan kolej universiti itu tidak akan bertembung dengan mana-mana universiti atau kolej yang sudah ada di negeri ini.
Jelas beliau, Kolej Universiti Lim Kok Wing akan menumpukan kepada pembelajaran berbentuk praktikal berbanding teori.
Bahkan kolej universiti itu juga mendapat pengiktirafan dari universiti luar negara, di samping mempunyai beberapa cawangan antaranya di Afrika, London, Cambodia dan Macedonia.
“Penubuhan universiti ini di Kelantan diharap menjadi pusat pembelajaran bukan sahaja rakyat negara ini bahkan di rantau Asia dan kawasan sekitarnya. Pembinaan kampus Kolej Universiti Lim Kok Wing kedua akan dimulakan secepat mungkin,” ujarnya.
Sementara itu, Menteri Besar bersama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah serta wakil kolej universiti berkenaan turut melawat tapak kampus barunya di Machang.
Sebelum ini, ketika lawatan ke kampus induk Kolej Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya pada 12 Febuari lalu Tuan Guru Nik Aziz menandatangani perjanjian persefahaman dengan Presiden Kolej Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Lim Kok Wing.
MoU itu membabitkan kerjasama universiti berkenaan dengan kerajaan Kelantan bagi menyediakan latihan dalam penggunaan teknologi baru dan inovasi dalam bidang pendidikan. - mj