Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, November 26, 2011

Siam Islam keliru??


Baru –baru ini saya ada membuka semula blog Sejarah negara kedah. Tidak ada apa yang menarik bagi saya, yang ada hanya promosi majalah reality yang menyebabkan saya berasa sedikit mual ( anda tahulah kenapa). Saya tertarik untuk melihat komen-komen pembaca blog tersebut dari posting-postingnya yang lepas dan ada satu komen yang menarik perhatian saya. Jika berdasarkan sejarah reality encik anaianai ini, Islam telah sampai ke China sejak zaman rasulullah S.A.W ( saya tidak nafikan hal ini) tapi yang saya nafikan ialah keislaman Shih Huang Ti yang hidup pada zaman sebelum kelahiran Rasulullah dan penguasaan bangsa Arab. Bagaimana pula Shih Huang Ti boleh jadi Sheikh Huang Ti pula? Sedangkan perkataan Sheikh itu sebenarnya dari bahasa Arab dan merujuk kepada ketua-ketua Kabilah Arab atau ketua puak. Pelik bin ajaib+lucu...:)


Berbalik kepada komen tadi, penyokong blog tersebut telah mengemukakan satu gambar yang diambil daripada Wiki yang menunjukkan dua jenis tulisan iaitu tulisan China Han dan tulisan Manchu. Beliau siap pin point mana tulisan Han dan mana tulisan Manchu. Bagi yang buta sejarah pasti akan tercengang dan kagum dengan gambar tersebut dan terus mengaku anaianai dan konco-konconya adalah BENAR BELAKA dan kata-katanya memang tidak boleh disanggah. Mengapa saya berkata sedemikian? Sila anda lihat gambar tersebut:



Nah...anda juga pasti pelik dengan tulisan yang berada di sebelah kanan tersebut bukan? Tulisan di sebelah kiri tersebut sudah pasti anda kenal kerana ia tulisan China Han yang banyak terdapat di seluruh dunia mahupun Malaysia.Tapi apakah dia gerangan asalnya tulisan yang disebelah kiri tersebut? Hehe..:) Inilah bukti bahawa bangsa China pada zaman sebelum kedatangan British adalah beragama ISLAM!( INI BUKAN SAYA KATA TAPI ANAI-ANAI YANG KATA NA!)


Sekali lagi saya tersenyum dan menghela nafas yang panjang sambil jari jemariku bergerak bagaikan lipas kudung di atas papan kekunci ini...:) Wahai Bani Jawi sekalian! Dengarlah! Tulisan di sebelah kanan tersebut berbentuk demikin rupa yang seakan-akan tulisan Arab BUKANLAH TULISAN ARAB YE...tetapi memang tulisan suku kaum Manchu yang agamanya memang Buddha. Mungkin anda hendak tahu mengapa ia berbentuk demikian dan jauh benar bentuknya daripada tulisan-tulisan suku kaum cina yang lain. Untuk itu anda perlu tahu asal usul tulisan Monggol terlebih dahulu. Kerana daripada tulisan Monggol yang digubah oleh Genghis Khan inilah anda akan tahu asal usul tulisan Manchu.


Sebenarnya suku kaum Manchu tidak mempunyai sebarang sistem tulisan sama seperti suku Monggol dan banyak lagi suku kaum nomad di utara China, sebab itu mereka dianggap tidak bertamadun kerana salah satu daripada ciri-ciri tamadun adalah mempunyai sistem tulisan ( bangsa Melayu ada sistem tulisan ). Sebelum mereka menjajah China mereka telah menggunakan tulisan Monggol untuk menulis catatan-catatan harian. Manakala tulisan monggol itu juga sebenarnya berasal daripada tulisan suku Uighurs di Barat China. Nah...sekarang anda cuba buat analisis anda sendiri. Suku Uighurs adalah penganut agama Islam yang terawal dan terbesar di China dan kebudayaan dan sistem tulisannya banyak dipengaruhi oleh para pedagang dan pendakwah dari barat yang datang melalui laluan perdagangan sutera seperti orang –orang Arab dari Syria. Perhubungan ini telah berlaku lama sebelum kedatangan Islam lagi malahan pendakwah kristian juga pernah membawa pengaruhnya kepada suku ini. Suku Uighurs telah mengubah sedikit sebanyak huruf-huruf Syriac ini untuk membentuk sistem tulisan mereka sendiri ( Macam yang orang Melayu buat dengan tulisan jawi).



Apabila suku Uighur ini bertembung dengan kaum Monggol dan kalah perang, maka mereka di tawan dan para cendekiawan dan juru tulis mereka telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin puak Monggol termasuk Genghis Khan untuk mencipta tulisan Monggol. Jadi tulisan Monggol itu adalah berasaskan kepada tulisan Uighurs . Kemudian apabila suku Monggol ini berjaya menyatukan seluruh utara China dan puak-puak nomad termasuk puak Manchu, semua puak –puak ini terpaksa menyerap dalam kebudayaan baru hasil daripada campuran pelbagai kebudayaan dari timur dan barat yang berpusat di Qarakurum.Hal ini termasuklah dalam sistem tulisan. Maka kaum Manchu sejak dari hari itu masih mewarisi sistem tulisan tersebut sehinggalah mereka menguasai China walaupun mereka kemudian ada membuat sedikit perubahan. Rumusannya tulisan tersebut bukanlah tulisan Arab dan bukanlah juga memberi makna bahawa mereka itu Islam semuanya. Padahal suku Manchu sebenarnya adalah suku yang paling membenci orang Islam dalam sejarah China.



Tambahan lagi saudara-saudara sekalian, jika anda cuba baca tulisan tersebut anda pasti tidak dapat menyebutnya kerana huruf-hurufnya dan sistem grammar-nya memang berbeza dari tulisan Arab. Pendek kata tulisan Manchu ini adalah cucu-cicit kepada tulisan Syriac yang sama sepupu dengan tulisan Arab. Sebab itu nampak macam tulisan Arab. Lagipun tulisan Manchu, Monggol dan Uighurs ini semuanya ditulis menegak dari atas ke bawah dan bukan macam tulisan Arab Islam yang dari kanan ke kiri. Walau di Pakistan, India, Nusantara, Iran dan dimana sahaja berada tulisan Arab zaman Islam sebenarnya tidak berubah banyak bentuknya.

Ghost Catcher Of Legend Of Beauty

Ghost Catcher - Legend Of Beauty (TV8)
TARIKH SIARAN: 12 NOVEMBER 2010 – 7 JANUARI 2011
HARI: SETIAP ISNIN – JUMAAT
MASA SIARAN: 7.00 – 8.00 MALAM
TOTAL EPISOD: 40 X 60 MINIT
SUMBER: BUDIEY.COM

Sinopsis Ghost Catcher - Legend Of Beauty (TV8)

Drama yang diambil dari kisah lagenda popular GHOST CATCHER : LEGEND OF BEAUTY, drama bersiri ini mengisahkan lagenda ‘ghost hunter’ Zhong Kui. Kisah yang popular dengan hero-hero berani dan heroin-heroin yang cantik ini membawa penonton kehidupan semula Zhong Kui untuk memastikan segalanya berada dalam keadaan yang selamat dan sediakala.

Zhong Kui dan rakannya Du Ping dalam perjalanan untuk mengambil bahagian dalam peperiksaan diraja. Zhong telah mendapat keputusan yang baik namun seorang pegawai pemeriksa yang merima rasuah telah menggagalkan beliau hanya kerana penampilan beliau yang agak selekeh. Berang dengan ketidak adilan yang berlaku, Zhong bertindak membunuh diri di hadapan istana raja.

Maharaja Jade yang tersentuh dengan pengorbanan Zhong telah memohon kepada Dewa untuk mengisytiharkan Zhong sebagai dewa. Bermula dari situ, Zhong Kui dan rakan-rakannya pulang ke bumi untuk memburu roh-roh jahat dan membantu dunia dari malapetaka.

Dibintangi bintang popular Bobby Auyeung, bergandingan dengan Hou Si Yan, William Feng dan Bowie Tsang, drama bersiri Cina bercorak fantasi ini banyak menyelitkan kesan-kesan khas grafik di bawah arahan Poon Man

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2010/12/ghost-catcher-legend-of-beauty-tv8.html#ixzz1ep2Ruyw5

barat memomokan sejarah


Perkembangan Islam di China disorok, penipuan Joseph Needham diiktiraf

"SEPARUH daripada penulisan sejarah adalah dengan menyembunyikan kebenaran." Pandangan Pemenang Anugerah Nebula 2005 (Skrip Terbaik - Serenity), Joss Whedon pasti tercerna daripada kekaburan yang dibawa pensejarahan Barat mengenai penyimpangan dalam teks, karya atau fakta sejarah.

Apatah lagi penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan fakta wujud secara berleluasa dalam dokumen, teks serta karya sejarah yang ditulis orientalis mahupun pengarang Barat.

Tujuan orientalis dan pengarang Barat hanyalah satu, iaitu menghilang dan menggelapkan pengaruh Islam khususnya terhadap kebangkitan dan kekuasaan imperialisme mereka, sekali gus mengabsahkan hegemoni mereka.

Lebih menyedihkan pandangan yang kononnya bersifat sejarawi itu, diekori oleh sejarawan dan pengarang dari Asia atau dunia Islam sehingga menerimanya sebagai fakta sejarah yang satu-satunya sah lagi benar.

Hasilnya, sejarah Islam dan tamadun lain di Timur bukan saja ditulis dan dibukukan oleh orientalis serta pengarang Barat, bahkan dibentuk dan dimuatkan berdasarkan kerangka pandangan alam mereka.

Tidak hairanlah banyak sumbangan Islam dan Timur terhadap kebudayaan dan peradaban Barat menjadi wap yang hilang di langit sejarah dunia sehingga yang tinggal adalah sejarah yang dibentuk berdasarkan bekas yang ditinggalkan oleh orientalis dan pengarang mereka.
Gejala minda tertawan ini dikemukakan Pensyarah Jabatan Matematik, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mat Rofa Ismail ketika mengupas Diskusi Intelek: Cheng Ho, Cina, Alam Melayu dan Perkaitannya di Panggung Percubaan UPM, Serdang, baru-baru ini.

Dr Mat Rofa berkata, tiga dinasti di China mempunyai hubungan erat dengan Islam, iaitu Dinasti Song, Yuan dan Ming, tetapi sejarah dinasti itu kurang dicatat dalam teks sejarah China.

“Malah, ramai yang tidak tahu pengaruh Islam dalam pemerintahan dinasti di China sudah sampai kepada tahap menjadi agama yang dianuti maharajanya, apabila Zhu Yuanzhang menjadi Maharaja Islam yang pertama.

“Bagaimanapun, apabila Dinasti Ming kalah di tangan Dinasti Manchu, kerajaan mengharamkan rakyat daripada belajar sejarah dinasti Islam itu,” katanya pada diskusi anjuran Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM itu.

Tidak hairanlah, Dr Mat Rofa berkata, sumbangan besar dunia Islam tidak diketahui oleh umum seperti penciptaan peluru yang dikatakan sebagai sumbangan tamadun China sebenarnya dicipta oleh saintis Islam yang dibawa dari dunia Islam.

“Malah pelayaran Laksamana Cheng Ho atau Zheng He sendiri banyak diselewengkan sehingga ada sejarawan yang menohmah pelayarannya adalah bertujuan untuk membunuh musuh politik maharaja di Asia, meskipun beliau mahu menunaikan haji di Makkah.

“Ia jauh sekali berlawanan dengan fakta Zheng He membawa armada kapal yang sangat besar dalam pelayarannya tetapi tidak membawa balik harta rampasan,” katanya.

Ini kerana, Dr Mat Rofa berkata, China datang ke alam Melayu untuk melindungi kerajaan kecil di Gugusan Kepulauan Melayu seperti amaran Zheng He kepada Raja Siam yang mengganggu Kesultanan Melayu Melaka dengan mengingatkan kesultanan itu umpama adik kandung kepada China.

“Bagaimanapun, sejarah sumbangan dan pengaruh Islam di China digelapkan sehingga Islam tidak dianggap memainkan peranan penting dalam peradaban yang sangat besar itu.

“Penulis Barat, Joseph Needham, yang diupah oleh orientalis bukan saja mengubah sejarah China, bahkan banyak menyelewengkan fakta,” katanya.

Needham yang turut dikenali sebagai Li Yuese menghasilkan Science and Civilisation in China yang asalnya mengandungi tujuh jilid pada 1948, berkembang kepada 24 jilid dengan 15 daripadanya ditulisnya sendiri, selain turut menghasilkan Science in Traditional China.

Kerangka yang ditinggalkan Needham itu masih meninggalkan pengaruh yang kuat kepada pensejarahan China, apatah lagi apabila namanya diabadikan sebagai Institut Kajian Needham (NRI), Cambridge, England, yang mengepalai penyelidikan dalam sejarah sains, teknologi dan perubatan di Asia Timur.

Lebih teruk, Dr Mat Rofa berkata, sejarawan China sendiri banyak bergantung kepada Needham dalam penulisan sejarah bangsa dan tamadun mereka.

“Sebenarnya, Zheng He meninggalkan diari hariannya yang dianggap paling asli, sekali gus catatan yang ditulis oleh penulisnya, Ma Huan itu banyak bercanggah dengan tulisan Needham.

“Sepatutnya sebarang penulisan mengenai sejarah di China khususnya Islam perlu berpandukan kepada catatan harian itu berbanding karya yang lebih mutakhir,” katanya.

Beliau mengingatkan banyak pembohongan dalam sejarah diterima sebagai fakta yang sah dan benar seperti Dr David Livingstone yang menjadi orang pertama menemui Sungai Nil atau Singapura yang dibuka oleh Stamford Raffles.

“Lebih melucukan apabila fakta penemuan Dr Livingstone pernah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di sekolah di Mesir kerana kalau mahu menipu pun, janganlah sampai keterlaluan.

“Fakta penemuan Dr Livingstone itu umpamanya kita mempercayai bayi menyambut kelahiran bidannya kerana Sungai Nil sudah lama wujud dan Afrika sendiri sudah lama mempunyai penghuni,” katanya. (seperti Pulau Pinang dan Singapura dibuka oleh Light dan Raffles seolah-olah ia tidak pernah ada sebelum ini)

Penyimpangan, penyelewengan dan penyongsangan sejarah oleh orientalis dan pengarang Barat itu sudah lama dibiarkan bermaharajalela dalam membentuk kerangka kronologi dan pensejarahan dunia Timur khususnya Islam dan alam Melayu.

Sudah sampai masanya sejarawan dan pengarang kita membongkar teks dan sumber sejarah sendiri yang tersisih kesan daripada metodologi pensejarahan dan klasifikasi teks yang dirangka oleh Barat untuk menafikan hakikat sebenar sumbangan dan pengaruh Islam ke atas peradaban dunia.

Sebarang kitab, teks, hikayat, dokumen, catatan dan salasilah yang ditulis ulama dan pendakwah, sejarawan dan pengarang dunia Timur serta Islam perlu dikumpul, disusun dan dicantumkan dalam kerangka ilmu yang sebenar dengan menggunakan kekuatan intelektual untuk mentafsir dan menulis sejarah yang tepat.

Titah Ucapan Sultan Muhamad ke-v

TITAH UCAPAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN MUHAMMAD KE-V DI MAJLIS SINGGAHSANA
PADA 12 NOVEMBER 2011M BERSAMAAN 16 ZULHIJJAH 1432H
DI ISTANA BALAI BESAR, KOTA BHARU, KELANTAN


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahir rahmanir rahim.

Sesungguhnya segala pujian, sanjungan dan kesyukuran dirafak ke hadrat Allah SWT, Tuhan pentadbir seluruh alam, memiliki tampuk kekuasaan yang mutlak yang mengurniakan sedikit kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan akan menarik balik kekuasaan daripada sesiapa yang Dia kehendakinya dan menghinakan sesiapa yang Dia kehendakinya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, utusan Allah yang menjadi pemimpin agung ditampilkan bagi meratakan rahmat agama Islam ke seluruh alam.

Dipohonkan semoga rahmat dan kesejahteraan terus mengalir kepada setiap keluarga Baginda dan para sahabatnya dan para pengikutnya hingga ke akhir zaman.

Alhamdulillah, beta merafak setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas limpah rahmat dan kurnia-Nya beta sentiasa berada di dalam kandungan sihat wal’afiat dan sejahtera.

Beta dengan sukacitanya ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerabat-kerabat diraja, menteri besar yang telah mewakili pihak kerajaan negeri dan rakyat jelata sekalian di atas persembahan ucapan tahniah dan ikrar taat setia sebentar tadi.

Sesungguhnya sembah ucapan dan ikrar taat setia yang dipersembahkan kepada beta sempena sambutan ulang tahun hari keputeraan beta adalah suatu pernyataan jujur sebagai menjunjung institusi raja berperlembagaan dan sebagai simbolik kepada hubungan yang erat dan mendalam di antara institusi beraja dan rakyat jelata yang sentiasa kasih-mengasihi yang diwarisi turun temurun oleh rakyat beta.

Beta mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh rakyat jelata yang telah menumpahkan taat setia, menunjukkan kasih sayang ke hadapan beta.

Beta dengan hati yang gembira dan sukacita mengalu-alukan kedatangan dan kehadiran para tetamu beta dari dalam dan luar negara. Beta mendapat maklum bahawa tetamu-tetamu beta telah memberi komitmen yang tinggi semata-mata untuk sama-sama memeriah dan menyerigemilangkan lagi sambutan ulang tahun hari keputeraan beta yang julung kali diadakan pada tahun ini. Beta berharap semua tetamu beta berada di dalam keselesaan sepanjang berada di sini dan semoga selamat nanti dalam perjalanan kembali ke destinasi masing-masing.

Beta bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat hidup dalam iklim negeri Kelantan yang mendapat nama jolokan “Serambi Mekah” yang rakyatnya sejak sekian lama mewujudkan jalinan perhubungan yang erat dan mesra antara institusi beraja dengan rakyat jelata.

Meskipun demikian, beta ingin mengingatkan rakyat dan masyarakat di segenap lapisan agar sentiasa berwaspada, berhati-hati, peka terhadap kemunculan iklim yang tidak sihat yang dicetuskan oleh anasir-anasir anti-establishment dalam masyarakat yang cuba mengubah landskap kehidupan harmoni dan damai dengan menampilkan sikap buat-buat lupa fakta sejarah “kontrak sosial” yang telah dipersetujui bersama dengan mencetuskan isu-isu berkaitan agama Islam, mencabar kewibawaan raja-raja, kedudukan bahasa Melayu dan banyak lagi sebagai modal untuk meraih kepentingan diri dan kumpulan.

Beta berseru kepada semua pihak hentikanlah daripada bermain api, sikap provokasi yang boleh mencetuskan gelora keadaan dan suasana yang tidak tenteram dalam masyarakat dan negara.

Sebagaimana kita sedia maklum, dunia terus mengalami perubahan iklim tidak menentu yang mengakibatkan pemanasan global dan mala petaka seperti gempa bumi, banjir dan kemarau serta taufan. Kesan yang paling awal yang akan dapat dilihat ialah kemerosotan pengeluaran hasil makanan. Pertumbuhan ekonomi global yang lemah dan muram pada tahun ini berbanding tahun lepas turut memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dunia. Krisis hutang negara-negara di Eropah menimbulkan risiko penurunan terhadap kestabilan kewangan dunia dan pemulihan ekonomi di negara maju terus perlahan dan lembab. Inflasi juga semakin meningkat dan merupakan cabaran besar kepada banyak negara.

Semua fenomena ini memberi implikasi kepada ekonomi negara dan negeri ini. Kesan tersebut sudah tentu dirasai oleh rakyat negeri ini. Oleh itu, marilah kita semua menggemblengkan tenaga bekerjasama dalam memastikan pertumbuhan ekonomi dapat dicapai pada kadar yang baik. Semua pihak perlu bangkit mencapai pendekatan dan penyelesaian yang inovatif ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.

Beta berharap agar sektor pertanian, penternakan dan perikanan memainkan peranan yang lebih berkesan, peka kepada perkembangan teknologi terkini, mesra alam dan lestari. Aktiviti pertanian juga perlu meneroka pendekatan yang terkini seperti pertanian agronomik. Pembangunan infrastruktur pertanian seperti jalan dan sistem pengairan perlulah dipertingkatkan untuk memastikan hasil pertanian yang optimum. Tanah-tanah terbiar juga perlulah dimajukan dengan medan guna tanah yang terkini.

Menyentuh mengenai pelaburan masuk ke negeri Kelantan, beta mendapat maklum bahawa beberapa projek besar sedang dalam perancangan dan pelaksanaan yang akan mengubah landskap ekonomi negeri Kelantan seperti projek “supply base” di Tok Bali, pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh, Kota Bharu, projek pembinaan saluran paip petroleum dari Perak ke Kelantan, pelabuhan darat dan pembangunan bersepadu di Kuala Krai.

Sektor pembinaan dan pelaburan di negeri Kelantan dijangka akan mempunyai prospek yang tinggi pada tahun-tahun akan datang sekiranya projek-projek seperti projek pembangunan dan pengindahan sungai di jajahan Kota Bharu dan jajahan Tumpat, projek jalan persekutuan laluan lapan dan sembilan (central spine road) dan pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dapat dilaksanakan.

Dalam menghadapi risiko banjir setiap kali tibanya musim tengkujuh, beta berharap rancangan tebatan banjir lembangan Sungai Kelantan yang sedang giat dilaksanakan itu akan dapat mengatasi atau mengurangkan banjir di negeri ini.

Suka beta menarik perhatian bahawa dalam mengatur perbelanjaan mengurus dan pembangunan negeri, langkah-langkah bagi mengurangkan defisit perbelanjaan perlulah diberi perhatian walaupun belanjawan defisit adalah suatu kelaziman di kebanyakan negara.

Sehubungan dengan itu, beta berharap kerajaan negeri sentiasa mengambil langkah-langkah positif bagi mengurangkan belanjawan defisit supaya angka defisit tersebut masih dalam jangkauan terkawal. Bagi mengurangkan belanjawan defisit, kerajaan negeri seharusnya mengambil pendekatan perbelanjaan berhemah dengan memberi keutamaan kepada perbelanjaan mengikut keperluan sebenar. Kerajaan negeri hendaknya memberi penekanan kepada meningkatkan hasil dan menambahkan punca hasil.

Di kesempatan ini, beta ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan beta, kerabat-kerabat diraja, menteri besar, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan, orang-orang besar negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai kerajaan negeri dan persekutuan, para alim ulama, pasukan polis dan tentera, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun negeri dan persekutuan, pihak berkuasa tempatan, ahli-ahli pertubuhan kebajikan dan sukarelawan serta seluruh rakyat jelata negeri ini yang beta kasihi yang sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada beta.

Sebagai mengakhiri titah ucapan beta ini, marilah kita sama-sama memohon doa ke hadrat Allah SWT semoga kita semua sentiasa mendapat pertolongan dan berada di dalam pemeliharaan serta barakah Allah yang berterusan. Semoga negara dan negeri ini berada di dalam kemakmuran, dilindungi dari apa jua bentuk bala bencana, huru-hara dan perkara-perkara yang tidak diingini.

Amin ya rabbal ‘alamin

Wabillahi taufik wal hidayah

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.



Kawan saya yang baru saja pulang dari menunai fardhu haji berkata pada saya di Mekah Rosmah tak bertudung.

Jika dia tak tutup aurat boleh terima, kerana terlalu ramai perempuan yang menyahut seruan sebagai tetamu Allah di Mekkah tak tutup aurat.

Termasuk kaum lelaki yang memakai ihram ketika mengerjakan umrah.Tak terkuali ketika mengerjakan fardhu haji. Ini pengalaman saya ketika mengerjakan umrah dan haji suatu ketika dulu.

Betul kah begitu? Tengok dalam laporan media semasa di Mekah kelihatan ia sentiasa bertudung tapi mengapa kawan saya itu berkata Rosmah tak bertudung?

Tudung dan tutup aurat suatu yang berbeza. Ada yang bertudung tapi tak tutup aurat. Ini telah dijelaskan oleh Hadis Rasulullah SAW bahawa "mereka berpakaian tetapi bertelanjang".

Itu mereka yang berpakaian, termasuk bertudung.

Bercakap pasal tutup aurat di Mekah memang suatu yang sangat lazim, malahan ada yang berihram pun terbuka auratnya.Ini bagi mereka yang tidak ikut spek yang dikehendaki syarak.

Kebanyakan berlaku pada perempuan yang memakai seluar panjang yang nampak bentuk tubuhnya. Hal ini berlaku pada jemaah Indonesia yang pakai ihram ketika mengerjakan umrah meqa'di Bea Ali dan Tananim.manakala lelaki pula nampak pusat dan lutut.

Pendek kata terlalu ramai jumlahnya mereka ke Mekah mengerjakan umrah dan fardhu haji yang tak sempurna ihramnya. Yang tak pakai tudung mungkin tak kelihatan. Boleh dikatakan mereka yang datang ke Mekah semuanya bertudung. Cuma ia tak tutup aurat
Atas sebab itu saya naik hairan apabila kawan say a yang baru saja pulang dari tanah suci itu berkata Rosmah tak bertudung sedangkan kelihatan laporan media massa ia sentiasa bertudung dan tak tutup aurat kemungkinan berlaku. Mungkin jambul terkeluar ketika dalam majlis bertemu dengan jemaah haji rakyat Malaysia.

Tak lama kemudian kawan saya itu sebut " saya bersalam dengan Najib" bermakna dia dekat dengan Posisi Rosmah dan dapat lihat bahawa Rosmah tak bertudung seperti mana yang dikehendaki syarak.

Mungkin itulah yang di maksudkan kawan saya bahawa Rosmah tak bertudung. Bukan bogel tak ada tudung langsung. Rosmah bertudung tapi tak sempurna.Itu saja.

Kalau kawan saya sebut Rosmah tak tutup aurat barangkali boleh terima seratus peratus, kerana semenangnya dia tak tutup aurat dan malah tak bertudung selepas pulang dari mengerjakan fadhu haJI baru baru ini ketika bersama Najib di Bali. 


Pra Musim Kelantan vs ATM


Pasukan “Super Warriors” Kelantan bakal diuji oleh barisan anak buah B.Sathianathan iaitu pasukan ATM – Angkatan Tentera Malaysia pada 26 November ( Sabtu ) Jam 8.30 malam di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Pasukan berwajah baru ATM yang dibarisi pemain berstatus kebangsaan seperti Hairuddin Omar, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Azmi Muslim serta beberapa lagi pemain ternama yang lain pasti akan memberi tentangan sengit kepada barisan anak buah Peter James Butler.
Pasukan Kelantan pula pasti ingin menjaga reputasi gah selaku Juara Liga Super 2011 dan tidak rela tewas di tangan pasukan bekas jurulatih Kelantan itu yang bermain dalam saingan Liga Perdana musim 2012.
Kelantan bermula garang dalam mengharungi Perlawanan Pra Musim selepas menundukkan Pasukan Melayu Kelantan 4 – 0 pada 9 November yang lalu selepas itu berjaya menewaskan pasukan kebangsaan Maldives 2 – 1 pada 18 November serta membenam pasukan kelab dari Singapore iaitu Balestier Khalsa FC 3 – 0 beberapa hari yang lalu.
Perlawanan : ATM vs KELANTAN
Stadium : Stadium MBPJ, Kelana Jaya
Tarikh : 26 November 2011 : 8.30 Malam
Tiket : Rm10 Terbuka dan Rm20 Grandstand

Sabtu, November 05, 2011

Pakaian Jahiliyah menyusupi masjid



"Pakaian wanita akhir zaman ini telah lama dinodai oleh idealisma Yahudi. Bukan sahaja untuk peragaan seharian, malah telah menyusupi ke majlis-majlis Islam di dalam masjid seperti majlis pernikahan.

Sebagai umat Islam yang sayangkan Islam, kita perlu tegas dalam memastikan cara pemakaian anak-anak kita dan isteri-isteri kita mengikut syarat-syarat ditetapkan oleh Islam. Sebagai ibu bapa, kena pastikan pakaian yang hendak di peragakan semasa majlis pertunangan, perkahwinan atau pernikahan menutup aurat.



Kini, telah berlambak pakaian yang tak senonoh diedarkan di butik-butik perkahwinan sehigga hampir tiada pakaian yang mengikut syarak dijual di sini. Lambakan pakaian sebegini di butik-butik merupakan trend baru pakaian Umat Jahiliyah Islam di Akhir Zaman.

Misteri Teknologi Zaman Nabi Nuh yang tersorok


"Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas. Firaun-firaun Mesir hanyalah membaik pulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka. Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi ia terlalu lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.

Anda boleh tonton filem 10000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini. Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.

Gambaran kerja pembinaan piramid [filem 10 000 BC]

Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit, dan mengarah tepat ke arah kiblat. Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan. Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid? Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit. Piramid Mesir adalah petunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah petunjuk arah ke Baitul Makmur di langit. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia. Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.

Tidak percaya?. Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum berlakunya banjir besar di zaman Nabi Nuh. Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara. Setiap rumah terdapat sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi. Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia. Tidak, tidak sama sekali. Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia, haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih. Di sini kita dapat mengetahui bahawa 'profesion' Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal.

Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang? Fikirkan. Seratus (100) orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera Nabi Nuh teramatlah sedikit. Malahan pula, para pengikut Nabi Nuh as terdiri daripada orang miskin yang lemah dan melarat sahaja. Nabi Nuh juga telah membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja). Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada juga pengkaji Barat yang mendakwa bahawa, Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing. Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya. Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.

Masih tidak percaya?. Jika kita lihat pada kronologi kemajuan manusia, kita boleh melihat logik atau tidak kenyataan ini. Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi. Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup. Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa? Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh. Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun), maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.

Mayat bergelimpangan di Kota Kuno Mohenjo-Daro mengandung radioaktif

Maka jika berfikir seperti ini, kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO. Peperangan juga melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.

Tetapi adakah semua kemajuan itu berguna berguna apabila tibanya bala bencana? Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah SWT setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan. Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan. Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini. Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar. Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan. Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.

Bateri Baghdad yang ditemui oleh ahli arkeologi Austria

Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini. Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua, bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja. TIDAK SAMA SEKALI. Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik. Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD, CD-RW, DVD, DVD-RW atau sebagainya) di China.

Masih lagi tak percaya? anda boleh ke web ini
Web yang mengumpulkan misteri yang tak terungkai disebabkan kita yang percaya kitalah masyarakat paling moden.

 Carkera padat purba yang ditemui di China

Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Oklo, Afrika! Apakah maksud semua ini? Berapa umur Bumi sebenarnya? Berapa umur umat manusia sebenarnya?. Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat (buku rujukan sejarah di Malaysia banyak merujuk kepada sumber Barat) yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason. Mereka sebenarnya mempunyai sebab untuk mengelirukan umat manusia. Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.

Maka setelah Banjir Besar, para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir. Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu, bercucuk tanam dan mengail ikan.

Seperti yang dirakamkan di dalam Al-quran:
Apakah mereka tidak memperhatikan beberapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, iaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu, dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai yang mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka kerana dosa mereka sendiri dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain. 
Qs.Al-An'am: 6
Di waktu-waktu malam mereka mungkin berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka mengenai kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta. Mereka juga mungkin menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.

Betapa kukuhnya binaan bahtera Nabi Nuh as ini, hinggakan binaan asalnya masih kukuh hingga kini. Gambar diatas (atas sekali) adalah satu sudut dalam bahtera Nabi Nuh, manakala gambar dibawah pula ialah bahan besi yang diperolehi daripada struktur bahtera tersebut. Gambar tersebut diiambil setelah kumpulan arkeologi dari Turki dan China berjaya memasuki bahtera Nabi Nuh as yang terdampar di puncak Gunung Ararat di Turki.
ingin tahu lebih lanjut mengenai teknologi zaman dulu..klik di bawah
"
 

komputer riba untuk masjid bandar, jajahan


KOTA BHARU, 5 Nov: Kerajaan negeri menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik) kini menggerakkan Fasa III E-Nikah dengan ‘turun ke bawah’ menganugerahkan komputer riba kepada semua masjid bandar dan masjid jajahan.

Pengarah Jaheik, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh berkata kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM20,000 bagi melaksanakan program tersebut.

“Komputer itu diberikan kepada semua ketua jajahan selaku pengerusi masjid, dan ini adalah peringkat pertama sebagai ‘pilot projek’ untuk masjid-masjid di negeri ini. Ini bermakna kita sekarang ini cuba onlinekan kepada awam,” tambah beliau.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Perasmian Makmal Cyber Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dan Pengurniaan Komputer  Riba Bersama Password E-Nikah kepada Pengerusi-Pengerusi Masjid, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Pengurniaan itu disempurnakan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra di Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian dekat sini petang semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohd Fadhli Hassan.

Mengulas penggunaan Makmal Cyber Masjid membabitkan pengguna golongan belia, Mohd Rahim berkata langkah itu ke arah mepastikan bahawa pembangunan ICT dapat dimanfaatkan oleh semua belia secara berhemah.

“Mereka harus menggunakan komputer itu secara baik dan di bawah pemantauan di mana masjid mengambil peranannya bagi mempastikan remaja hari ini dibela dan diberi keperluan mereka secara adil.

“Apabila kita dapat mempastikan semua masjid mempunyai internet, kita nak mempastikan Kelantan menjadi ‘Lembah Cyber Negara’,  insya Allah dengan kerjasama agensi tertentu di samping sokongan Maik sendiri dalam  menjayakan program ini,” katanya.

Menurutnya, penggunaan komputer di masjid membabitkan golongan belia adalah pendekatan terbaru dalam usaha kerajaan negeri mendekati remaja.

“Dengan mengadakan cyber di masjid itu bermakna kita berusaha mempastikan selera mereka dilayan secara yang betul dan di bawah pemantauan yang berterusan,” katanya.

Beliau berkata menerusi program ini juga pihak masjid memberi kemudahan kepada masyarakat awam di sekitar kawasan Masjid Kubang Kerian khususnya untuk mendapat ‘capaian’ internet  percuma secara 24 jam.

Jumaat, November 04, 2011

Srivijaya-kerajaan Islam yang dilupakan


Kedatangan Sharifah Mariam al-Jefri bersama dengan suaminya, Merong Maha Wangsa ke Kedah untuk menyebarkan agama Islam ke seluruh Nusantara. Gerombolan mereka datang ke Kedah dengan Kapal Arang beserta candi batu berlubang ditengah untuk memacak bendera atau panji kalimah syahadah berwarna merah dan gambar naga berwarna hijau. Candi batu berlubang tersebut kini disimpan oleh pihak muzium negeri Kedah.
Sebelum kedatangan baginda bersama isterinya, Jamal al-Jefri telah memberi arahan agar membuka kerajaan yang dekat dengan sebuah gunung yang mempunyai masjid milik putera nabi Noh yang bernama Yafis, orang siam mengelar Yafis sebagaiTok Kong yang bermakna Datuk Puak. Selepas kematian Tok Kong (Yafis) generasi selepasnya membuat gambar Tok Kong dan memuja serta menyembah gambar tersebut.
Kedatangan Raja Iskandar Zulkarnain ke negeri Kedah ialah untuk menghapuskan amalan khurafat mereka dan membawa ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Putera Raja Iskandar Zulkarnain bernama Phonain dengan bahasa siam bermakna ‘Lelaki Putera Raja Iskandar Zulkarnain’. Phonain telah banyak membina bangunan purba di sekitar Gunung Jerai, Kemboja, Laos dan Vietnam termasuklah bangunan Angkor yang dirampas oleh Raja Khameang Thai dan Raja Anam. Kawasan ini banyak ditumbuhi dengan pokok Rhu. Bukti adanya bangunan purba di sekeliling gunung Jerai telah di temui oleh ahli-ahli arkeologi. Bangunan-bangunan ini telah dirobohkan oleh tentera Thai dan British selepas mereka berjaya membunuh Sultan Jaafar Muadzam Shah pada tahun 1876yang ditangkap di Kota Pulau Tiga, Sungai Merbuk Kedah.

http://mindaahad.wordpress.com/2010/09/22/sri-wijaya-kerajaan-islam-yang-disepikan/

Info Tiket Musim 2012


Tiket Perlawanan Bola Sepak Kelantan
Contoh Tiket Perlawanan Bola Sepak
Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Kemungkinan tiket terbuka untuk musim 2012 akan diturunkan dari Rm12 kepada Rm10 bagi mereka yang membeli tiket untuk semusim.
Tiket terbuka  kekal Rm12 bagi mereka yang menempah secara Online ( tidak termasuk caj untuk tempahan ), Harga tiket tempat duduk Astaka juga kekal Rm25 manakala tiket untuk menyaksikan perlawanan AFC CUP 2012 di Stadium Bukit Jalil membabitkan Kelantan kemungkinan berharga Rm20.
Jumlah perlawanan Kelantan bagi musim 2012 pula ialah 27 perlawanan untuk Sumbangsih dan Liga Super, 9 Perlawanan untuk Piala FA 2012 dan 4 Perlawanan untuk Singapura / Malaysia Champions Cup.25 Perlawanan di Kota Bharu, 5 perlawanan di Stadium Bukit Jalil dan 30 perlawanan di tempat lawan.

Jelik!! Maksiat Beleluasa Dikalangan Kerabat Diraja Arab Saudi



"Arab Saudi mungkin sebuah negara yang mengamalkan peraturan Islam ketat berteraskan aliran fahaman Wahabi, tetapi di belakang tabir kediaman mewah ahli bangsawan negara itu tersembunyi pelbagai kejelikan seperti pesta seks, dadah dan arak.

Berdasarkan kabel diplomatik Amerika Syarikat yang dibocorkan laman sesawang WikiLeaks, cara hidup konservatif mungkin boleh dilihat di jalanan saja, tetapi secara tersembunyi, suasana malam di Arab Saudi dipenuhi aktiviti mendebarkan.

"Pelbagai jenis hiburan tersedia, termasuk pelacur, alkohol, dadah dan seks, tetapi ia berlaku secara tertutup," kata kenyataan dibuat pada November tahun lalu itu.

Keluarga raja

Menurut kabel diplomatik itu lagi, kejelikan berkenaan berlaku kerana pihak yang bertanggungjawab memantau aktiviti maksiat tidak berani bertindak apabila majlis itu dianjurkan keluarga diraja Arab Saudi.

Catatan dibuat pegawai konsulat AS itu memberikan gambaran sebuah parti Halloween diadakan dengan dihadiri kira-kira 150 orang.

Kebanyakan pengunjung, kata kabel itu, berusia di antara 20-an dan 30-an.

Suasana parti itu pula dikatakan tidak ada beza dengan pesta diadakan di luar Arab Saudi.

Katanya, setiap kali parti dianjurkan, ia dipenuhi dengan hidangan arak, pasangan muda-mudi menari secara bebas dan deejay dijemput khas sibuk menghiburkan pengunjung.

Parti Big Jeddah itu juga sering dihadiri pelacur - perkembangan baru yang semakin lazim di negara berkenaan.

Seorang daripada pengunjung pesta itu memberitahu konsulat AS berkenaan, penganjur parti itu mengadakan majlis keraian untuk meraikan keluarga bangsawan atau menjemput mereka semata-mata menghalang pihak berkuasa mengambil tindakan.

Disebabkan kos menyeludup arak agak tinggi - kira-kira RM1,300 sebotol bagi vodka Smirnoff - memaksa sesetengah penganjur mengisi semula bekas berkenaan dengan arak murah tempatan. Sebagai negara yang mengamalkan undang-undang Islam, sebarang aktiviti menghasilkan atau menjual arak di Arab Saudi adalah dilarang. Jika dilakukan dan ditangkap, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara.

Bagi pengedar dadah pula, undang-undang Arab Saudi memperuntukkan hukuman mati jika didapati bersalah.
http://siasahkini.blogspot.com/2011/11/jelikmaksiat-beleluasa-dikalangan.html"