Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Ogos 26, 2011

Gambaran Makkah Masa Hadapan


Salam 1 Malaysia dan Salam Ramadan. Berikut merupakan fakta menarik mengenai gambaran pembangunan Makkah di masa hadapan. Sebahagian artikel dan gambar pada entri ini diperoleh dari laman alriyadh dan pencacaisemalaysia.
  • Kos perbelanjaan projek mega suluruh Saudi tersebut menelan belanja melebihi SR100 Trillion.
  • Kos tersebut termasuk Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 2-20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek 'Makkah Expansion & Shades' iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara 'gila', sebuah menara paling tinggi didunia dimana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.
  • Salah satu dari 5 projek Mega di Arab Saudi ini ialah Projek di Jabal Khandama, Makkah meliputi pembinaan 39 penempatan dan menara hotel berketinggian dari 20 hingga 48 tingkat. Apabila ia siap maka ia dapat menampung 45 ribu penduduk dan 150 ribu jemaah pada satu-satu masa. Keseluruhan projek berkeluasan 1.2 juta meter persegi.
Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.


Projek Pembangunan Jabal Khandama, Makkah

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jabal Khandama, Makkah

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.
Makkah Metro Line dari Makkah-Jeddah-Madinah.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah & Makkah Metro Line.

Jama’an Al Kenani: Penempatan bertingkat di Arafah.

Peta Makkah Metro Line.

Projek Pembangunan Jabal Omar, Makkah

Al Mashaar Makkah Metro Line dari Arafat ke Muzdalifa-Mina-Makkah sepanjang 18.1km menelan belanja SR6.65 billion.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam & Hotel Abraj al-Bait.

Menara Jam Abraj al-Bait (595m) lebih tinggi dari Menara KLCC (452m).

Menara Jam Abraj al-Bait dari lantai Masjidil Haram.

Abraj al-Bait dilihat 'lebih gah' dari Baitulllah.

Menara Jam Abraj al-Bait dari pandangan udara.

Keluasan pembinaan Abraj al-Bait.

Jabal Khandama, Makkah

Kingdom Tower, Jeddah.

Kingdom Tower, Jeddah. lihatlah ketinggaan menara ini. menakutkan! ketinggiannya adalah 4 kali ganda KLCC.

Kingdom Tower. Inilah sebuah menara 'gila'. Ketinggian cukup untuk menggambarkan kegilaan untuk 'mencakar langit'.

Makkah Metro Line Station.

Pemandangan Jabal Omar, Makkah.

Makkah Expansion & Shades


Pemandangan Udara Jabal Omar, Makkah.
Projek Makkah Expansion & Shades.

Kaum Tionghua hargai kepimpinan nik Aziz



Datuk Anuar Tan bersama penerima sumbangan Kifaalah
KOTA BHARU ( Kota Lama ) 11.OgosKepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri Kelantan semakin mendapat kepercayaan masyarakat Tionghua walaupun pelbagai cara digunakan oleh pihak tertentu untuk mengugatkan kerajaan Kelantan.
Dengan adanya pelbagai skim kebajikan yang dilaksanakan seperti Skim armalah, Pemberian beras percuma (Al-It’am ) dan juga Kifaalah warga emas, masyarakat kini boleh menarik nafas lega walaupun sumbangan kerajaan adalah sedikit.
Melalui skim Kifaalah warga emas yang tidak mengira fahaman politik,kaum dan kedudukan ekonomi keluarga, semua rakyat negeri ini yang berusia 60 tahun ke atas adalah layak menerima sejumlah RM1500 sekiranya warga emas tersebut meninggal dunia.
Baru-baru ini penyampaian sumbangan wang kifaalah kepada wasi dari masyarakat Tionghua seramai Sembilan orang telah diadakan di pejabat Pusat Khidmat Dun Kota Lama yang disampaikan sendiri oleh Adunnya Datuk Anuar Tan Abdullah. Turut hadir Penghulu Tanpa Mukim Lim Guan Seng dan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Chia Chuan Lay.
Menurut Lim Guan Seng sehingga kini sejumlah 3378 warga Kota Lama dari masyarakat Tionghua telah berdaftar dengan skim Kifaalah ini dan setakat ini mereka yang meninggal dunia berakhir disember 2010 telah mendapat sumbangan tersebut.
“saya berharap bagi wasi yang ahli keluarganya meninggal dunia dalam tahun ini bersabar dan pihak Dun sentiasa berusaha untuk membuat pembayaran secepat mungkin..
Lee Gee Leong
Penerima sumbangan tersebut Lee Gee Leong, 49 yang kini tinggal di Kampung Balai Bachok berkata walaupun sumbangan ini berjumlah seribu lima ratus sahaja namun ia amat besar nilainya dari segi keperihatinan kerajaan negeri kepada rakyat
“ Sebelum ini saya merasa ragu-ragu juga dengan kedudukan sumber kewangan negeri yang terhad, macamana hendak membuat pembayaran tersebut, namun saya kini yakin kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mampu mencari jalan untuk menyelesaikannya”ujar beliau.
Beliau yang merupakan wasi kepada bapanya juga mengucapkan terima kasih kepada Adun Kota Lama yang begitu serius mengambil berat terhadap masyarakat tionghua bukannya sahaja di Dun kota Lama malah di seluruh negeri ini.
Gan Soo Beng
Bagi Gan Soo Beng,51 dari Kampung Kubur Kuda pula berkata dengan adanya sumbangan kerajaan ini ia boleh membantunya untuk menyara hidup seharian.
“ Saya amat terharu dengan sumbangan kerajaan ini dan ini amat berbeza dengan kerajaan umno di negeri lain yang sering menindas rakyat dan tidak mengambil berat kebajikan rakyat. Di sini Tok Guru begitu cakna terhadap semua rakyat walaupun berbeza agama dan kaum”katanya lagi.
Sementara itu bagi Madam Yam Chuin Hwa,48 dari Wakaf Mek Zainab pula berkata dengan adanya sumbangan ini ia boleh digunakan untuk buat kebajikan kepada mendiang ayahyanya.
“ Kerajaan Kelantan kini sudah mampu membantu rakyat dengan tanpa mengira fahaman politik dan kaum dan ini menunjukkan kerajaan di bawah tok guru nik aziz amat baik dan bersih dari rasuah, saya amat berterima kasih kepada tok guru dan wakil rakyatnya yang ambil berat masalah rakyat”kata beliau.

Laluan Bertingkat elak kesesakan Bandar Pasir Mas



Exco negeri meninjau sendiri kerja-kerja penurapan Laluan Bertingkat di Pasir Mas
PASIR MAS ( Pengkalan Pasir ) ,24.Ogos:-Keresahan pengguna laluan Pasir Mas ke Meranti di musim perayaan kali ini akan berakhir setelah pembinaan laluan bertingkat melintasi landasan keretapi akan dapat digunakan sepenuhnya awal minggu depan
.
Laluan yang dibina dengan melibatkan kos RM15.5 juta tersebut kini sedang dalam perngkat akhir penurapan tar dan pemasangan garisan tepian jalan tersebut.
Tinjauan wartawan gegarkelantan.net bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Utiliti dan Alam Sekitar Datuk Mej(B) Md Anizam Abdul Rahman semalam mendapati kerja kerja sedang giat dijalankan dan ia dilaksanakan 24jam bagi memastikan dapat digunakan di musim perayaan kali ini.
“ Alhamdulillah, sehingga kini, dengan adanya laluan pintas ini, pengguna dari Tanah Merah atau daerah lain tidak perlu lagi memasuki Bandar Pasir Mas untuk ke Rantau Panjang, Meranti, Tumpat maupun Wakaf Bharu kerana mereka boleh menggunakan laluan ini dan walaupun laluan di fasa kedua masih lagi dalam proses penambunan tanah, namun ia sedikit sebanyak telah boleh atasi kesesakan dalam Bandar Pasir Mas di musim perayaan ini” kata beliau.
Penyelia Projek Kelkon ( Zailani ) memberi taklimat kepada exco negeri
Turut mengiringi beliau dalam lawatan tersebut Penyelia Projek Kelkon Sdn Bhd Mohd Zailani Shafiin.
Laluan bertingkat sepanjang 750 meter dan kelebaran 12 Meter tersebut telah dibina awal 2008 dan kini telah memasuki fasa kedua pembinaan jalan sepanjang 1.5 km di kampung Kubang Panjang menghubungkan dengan jalan utama ke Meranti .
“Jalan sepanjang 1.5 km itu sedang dilaksanakan kerja-kerja menambun dan dijangka siap akhir tahun ini,” ujar beliau lagi.

Pembangunan Malay Basin Utara: Kelantan Tidak Boleh Diketepikan



Saya merujuk kepada laporan media pada 23 Ogos yang memetik kenyataan Petronas mengenai pembangunan pengeluaran gas di utara Malay Basin yang akan disalurkan dengan paip lautan yang baru sejauh 200 km ke Kerteh,Terengganu yang keseluruhannya bernilai RM 15 bilion.
Suka diingatkan bahawa utara Malay Basin dengan blok-blok yg disebutkan iaitu PM 301 ,PM 302 ,serta telaga Bergading adalah sepenuhnya berada dalam perairan Kelantan dan tidak bertindih dengan mana-mana negeri atau negara yang lain. Jaraknya dengan pantai Kelantan hanya 150km dan paling hampir berbanding Terengganu.
Adalah tidak wajar Kelantan tidak dirundingi dalam hal ini. Juga adalah tidak wajar sekali lagi Kelantan dipinggirkan dari mendapat faedah secara langsung daripada pembangunan hasil mahsul yang dianugerahkan Allah tersimpan di perut buminya.
Dalam hal ini, adalah elok Petronas meneliti semula dokumen cadangan kerajaan negeri Kelantan supaya gas ini di daratkan di Bachok,Kelantan.
Kerajaan negeri bersedia memberikan segala kemudahan bagi tujuan itu termasuk teknologi terkini yang mampu memproses gas dengan kandungan karbon yang tinggi dengan kos lebih murah dan dengan itu loji pemprosesan dapat ditempatkan di sini.
Kerajaan negeri akan berbuat apa sahaja Insyaallah supaya hasil mahsul Kelantan ini tidak sekali lagi diangkut keluar tanpa memberikan apa-apa faedah kepada rakyat dan negeri Kelantan.
Salam Ramadhan dari Masjidil Haram.
Wassalam.
Dato’ Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan
-Pengerusi JK Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan
-Naib Presiden PAS

Kerajaan Negeri Kelantan rancang bina lebuhraya


KOTA BHARU 10 Ogos - Kerajaan Negeri Kelantanmerancang membina lebuh raya empat lorong sepanjang 63 kilometer antara Kota Bharu ke Kuala Krai yang bakal menyaksikan penduduk negeri ini membayar tol buat pertama kali selepas lebih 20 tahun pemerintahan PAS di sini. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (foto) berkata, pembinaan lebuh raya itu dijangka menelan belanjaRM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah. Husam mendakwa, permohonan mereka sebelum ini untuk pembangunannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) danRancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) tidak mendapat perhatianKerajaan Persekutuan, justeru kerajaan negeri mengambil keputusan membangunkannya sendiri sebagai jalan negeri secara penswastaan."Kerajaan negeri mengambil keputusan memulakan sendiri pembangunan lebuh raya ini tanpa menunggu lagi Kerajaan Persekutuan kerana mungkin Kerajaan Persekutuan tidak melihatnya sebagai keutamaan mereka. "Tujuan kita ambil inisiatif ini untuk membantu anak Kelantan terutama yang pulang berhari raya mengelak kesesakan yang teruk, kalau ada jalan terus dari Kuala Krai ke Kota Bharu, kita jangka masa perjalanan hanya akan mengambil masa antara 30 hingga 40 minit sahaja. "Memang ada pihak swasta yang sudah datang sebelum ini dan membuat beberapa cadangan tetapi kita perlu melalui beberapa proses dan penilaian terlebih dahulu," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.
[Pengumuman yang pastinya mengejutkan ramai pihak sebenarnya. Jika projek ini menjadi realiti maka ia merupakan satu tamparan hebat buat kerajaan pusat. Tambahan pula, rakyat melihat kerajaan pusat seolah-olah mendera rakyat Kelantan apabila hanya membina Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) hingga ke sempadan negeri itu sahaja. Sebaliknya rakyat Kelantan terpaksa melalui jalan biasa untuk ke ibu negeri Kota Bahru. Malah, jika cadangan ini dilaksanakan kelak maka sudah pasti juga UMNO BN akan semakin sukar untuk merampas semula negeri Kelantan daripada pentadbiran ulamak PAS. Terkadang, bila sesuatu tindakan itu dilihat keterlaluan akhirnya rakyat semakin membenci dan mereka pasti akan merealisikannya dalam pilihanraya umum ke-13 ini pastinya. Fikirkanlah]

Teka-Teki Siapa Kerajaan Arab Saudi Terjawab


Fakta Menarik Rezim Kerajaan Arab SaudiSemenanjung Arab,Mekah,Madinah,Taif dan Jeddah pada awalnya di perintah oleh golongan Ahlul-Bait Arab Quraish al-Hashimi sehinggalah kepada raja yg terakhir iaitu Raja Syarif Hussien Mekah(1853-1931)

Dinasti Saudi Arabia bermula sejak abad ke dua belas Hijriyah atau abad ke lapan belas Masehi. Ketika itu, di jantung Jazirah Arabia, tempatnya di wilayah Najd yang secara sejarahnya sangat terkenal, lahirlah Negara Saudi yang pertama yang didirikan oleh Imam Muhammad bin Saud di “Ad-Dir’iyah”, terletak di sebelah barat laut kota Riyadh pada tahun 1175 H./1744 M.

Negara ini mengaku memikul tanggung jawab dakwah menuju kemurnian Tauhid kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala, mencegah prilaku bid’ah dan khurafat, kembali kepada ajaran para Salafus Shalih dan berpegang teguh kepada dasar-dasar agama Islam yang lurus. Period awal Negara Saudi Arabia ini berakhir pada tahun 1233 H./1818 M.

Period kedua dimulai ketika Imam Faisal bin Turki mendirikan Negara Saudi kedua pada tahun 1240 H./1824 M. Periode ini berlangsung hingga tahun 1309 H/1891 M. Pada tahun 1319 H/1902 M, Raja Abdul Aziz berhasil mengembalikan kejayaan kerajaan para pendahulunya, ketika beliau merebut kembali kota Riyad yang merupakan ibukota bersejarah kerajaan ini  dengan bantuan British(Lawrence Of Arabia) dan mengusir Syarif Hussien Mekah.
Semenjak itulah Raja Abdul Aziz mulai bekerja dan membangun serta mewujudkan kesatuan sebuah wilayah terbesar dalam sejarah Arab moden, yaitu ketika berhasil mengembalikan suasana keamanan dan ketenteraman ke bahagian terbesar wilayah Jazirah Arabia, serta menyatukan seluruh wilayahnya yang luas ke dalam sebuah negara moden yang kuat yang dikenal dengan nama Kerajaan Saudi Arabia. Penyatuan dengan nama ini, yang dideklarasikan pada tahun 1351 H/1932 M, merupakan dimulai fasa baru sejarah Arab modern.

Raja Abdul Aziz Al-Saud pada saat itu menegaskan kembali komitmen para pendahulunya, raja-raja dinasti Saud, untuk selalu berpegang teguh pada prinsip-prinsip Syariah Islam, menebar keamanan dan ketenteraman ke seluruh penjuru negeri kerajaan yang sangat luas, mengamankan perjalanan haji ke Baitullah, memberikan perhatian kepada ilmu dan para ulama, dan membangun hubungan luar negeri untuk merealisasikan tujuan-tujuan solidariti  Islam dan memperkuat tali persaudaraan di antara seluruh bangsa arab dan kaum Muslimin serta sikap saling memahami dan menghormati dengan seluruh masyarakat dunia.
 1932-1953- Abd al-`Azīz as-Sa`ūd
1953-1964 - Saud ibn ’Abd al ’Aziz Al Sa’ud
1964-1975 - King Faisal bin Abdul-Aziz Al Saud
1975 – 1982 - Khalid bin Abdul Aziz
1982-2005 - King Fahd Bin Abdul Aziz 
2005-now King Abdullah bin Abdul-Aziz Al Saud
 
Sejumlah kesaksian yang meyakinkan bahwa Keluarga Saud merupakan keturunan Yahudi, dapat dibuktikan melalui fakta-fakta berikut ini. Pada tahun 1960-an, pemancar radio “Sawtul Arab” di Kairo, Mesir, dan pemancar radio di Sana’a, Yaman, membuktikan bahwa nenek moyang Keluarga Saudi adalah dari trah Yahudi.
Raja Faisal Al-Saud tidak boleh menyanggah bahwa keluarganya adalah keluarga Yahudi ketika memberitahukan kepada The Washington Post pada l 17 September 1969, dengan menyatakan bahwa: “Kami, Keluarga Saudi adalah keluarga Yahudi. Kami sepenuhnya tidak setuju dengan setiap penguasa Arab atau Islam yang memperlihatkan permusuhannya kepada Yahudi, sebaliknya kita harus tinggal bersama mereka dengan damai. Negeri kami, Saudi Arabia merupakan sumber awal Yahudi dan nenek-moyangnya, dari sana menyebar ke seluruh dunia”.
Dengan pembongkaran ini  beberapa kemuskilan terjawab :
1.       Mengapa Arab Saudi berdampingan dgn USA dalam soal politik tanpa mengira kepentingan/sensitiviti  negara Islam yg lain dlm membuat keputusan.
2.       Mengapa Arab Saudi  tidak menunjukkan kesungguhan menghulurkan bantuan umpamanya isu Palestine atau negara Islam yg lain.
3.       Sebagai Negara yg mempunyai Mekah dan Madinah didalam..mengapa Arab Saudi tidak mahu menjadi juara kpd umat Islam sebaliknya tunduk kps USA dan Israel.
4.        Bagaimana pemerintah Saudi berjaya  mengaburi umat Islam sedunia apabila  mereka  HANYA mengetatkan /syiarsyariat Islam di Arab Saudi tetapi tidak kepada kepentingan Islam yg lain yg lebih luas.
5.       Mengapa pembangunan yg dilakukan disekitar masjidil haram tidak menepati tuntutan Islam malah mengikut acuan Yahudi.
6.       Mengapa mereka menghapuskan banyak tinggalan sejarah Islam diatas nama pembangunan dan bidaah.
Adakah mereka ini golongan As-Sufyani yg bakal ditelan gempa bumi di awal kemunculan Al-Mahdi ?
Wallahu’lam