Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Ogos 05, 2011

Sebuah Transformasi: Kota Bharu 2011


Benarkah Kelantan mundur?
Kenapalah Kelantan jadi mundur?
Pelabur takut untuk melabur di Kelantan kerana rakyat miskin.
Banyak rakyat Kelantan merempat diluar negeri?
Tidak ada pembangunan !
Tiada peluang pekerjaan !
Tiada peluang pendidikan !
Sabar.
Mari dengar ini cerita.
Menurut cerita orang Kelantan lah,
bukan cerita dongeng orang luar,
kerana untuk mengetahui sesuatu perkara darinya,
perlulah bertanyakan kepada orangnya.
tak gitu?
Kelantan sudah jauh maju,
jauh dari itu kemajuan Islam Di Kelantan jauh mendahului negeri lain.
Ramai orang Kelantan sudah kaya raya di ibu kota Kuala Lumpur,
Sehingga Dato’ Tony Fernandes pula sibuk untuk bina Tune Hotel di negeri mundur ini,
Lihatlah airport negeri mundur, telah mencapai 1 juta trafik pada 2009.
mendahului airport domestic negeri maju lain.
Sebab itulah Jepun memilih untuk mendarat di Kuala Pak Amat  60 tahun lalu! Ha Ha. (Tiada Kaitan)
*****************************************************************************************************************
Pelaksanaan & Perancangan.
A) Pelaksanaan.
1) Kompleks Saidina Ali.

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali

Kompleks Saidina Ali
Fasa pertama Kompleks Perniagaan Saidina Ali telah siap sepenuhnya awal tahun ini. Projek ini telah dimajukan oleh Ali Homes yang beribu pejabat di Kota Bharu.
2) Masjid Ayesha.

Masjid Ayesha

Masjid Ayesha
Sebuah masjid baru di Kok Lanas yang diberi nama Masjid Ayesha terletak bersebelahan Kompleks Perniagaan Saidina Ali. Status projek telah mencapai 65 % dan dijangka siap penghujung 2011.
3) KFC & Pizza Kok Lanas.

KFC & Pizza Kok Lanas

KFC & Pizza Kok Lanas
Satu-satunya Restoran bersama (single outlet) KFC-Pizza terletak di Kok Lanas telah dibuka awal tahun 2011 dilokasi yang strategik di antara Ketereh dan Kok Lanas.
4) KFC Kota Bharu.

KFC Kota Bharu
Restoran KFC kedua (single outlet) di Kota Bharu selepas pembukaan pertama (single outlet) KFC Kubang Kerian hampir 2 tahun lepas. Dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011 dan dibuka kepada umum akhir tahun ini.
5) Pembesaran HUSM Kubang Kerian.

Pembesaran HUSM
Sebuah Projek Kerajaan Pusat menempatkan beberapa buah blok baru telah memasuki fasa terakhir setelah dimulakan pertengahan 2010 lalu.
6) Pembesaran HRPZ II. 

Pembesaran HRPZ
Juga sebuah projek Kerajaan Pusat untuk menambah 4 blok tambahan baru telah bermula awal tahun ini dan dijangka siap Mac 2013.
Entri Terdahulu: Pembesaran HRPZ.
7) Pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.

Pemanjangan Laluan LTSIP

Pemanjangan Laluan LTSIP
Projek pemanjangan Laluan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa telah memasuki 90 % pelaksanaan dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.
8 ) Pasar Kota Jembal.

Pasar Kota Jembal
Projek Pembinaan Pasar Baru Kota Jembal yang bermula pada awal tahun ini telah memasuki 70 % pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Oktober 2011.
Entri Terdahulu: Pasar Baru Kota Jembal.
9) Medan Selera Kota Bharu.

Medan Selera Kota Bharu
Sebuah projek Kerajaan Pusat di bawah JPP untuk membina sebuah Medan Selera di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV telah bermula Jun lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2012.
10) Wisma SPRM. 

Wisma SPRM
Sebuah Wisma Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Sultan Yahya Petra telah siap sepenuhnya pada Julai 2011 setinggi 8 tingkat ini dimasukkan di dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan (RMK-9). Harap tiada yang jatuh lagi disini.
11) Wisma PERKESO.

Wisma PERKESO
Sebuah Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Jalan Kampung Sireh telah siap dan beroperasi pada pertengahan 2010.
12)  Battuta Ville.

Battuta Ville

Artistik Battuta Ville
Projek pembangunan semula tanah milik Majlis Perbandaran Kora Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) serta tanah milik persendirian seluas 4,292 ekar di Batu 2, Jalan Kuala Krai ini meliputi beberapa komponen seperti bangunan kediaman, pusat perniagaan, taman rekreasi serta pembinaan 6 buah medan selera (food court) yang terdapat di seluruh dunia itu akan dilaksanakan mengikut senibina Islam. Projek ini dimajukan oleh Syarikat Alam Daya Maju Sendirian Berhad.
Entri Terdahulu: Batutta Ville.
13) Anjung Vista.

Anjung Vista

Artistik Anjung Vista
Pembinaan Anjung Vista Service Apartment ini telah 30% siap dan ia bakal menjadi mercu tanda kepada Bandar Satelit Kubang Kerian dengan ketinggian pengsapurinya 21 tingkat. Setakat ini pemajunya Gazriz telah menerima tempahan sebanyak 85 peratus bagi kesemua jenis-jenis apartmen yang disediakan. Anjung Vista Service Apartment mempunyai 251 unit pangsapuri dan satu unit lot komersial dua tingkat. Keluasan lot komersial sebanyak 5,100 kaki persegi dengan kos pembangunan dianggarkan RM39.9 juta.
Entri Terdahulu: Anjung Vista Apartment.
14) Pembesaran Hotel Perdana.

Pembesaran Hotel Perdana

Pembesaran Hotel Perdana

Artistik Pembesaran Hotel Perdana
Sebuah Projek Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk menambah-baik dan pembinaan blok bangunan baru Hotel Perdana 11 Tingkat dijangka siap sepenuhnya menjelang Februari 2012.
Entri Terdahulu: Pembesaran Hotel Perdana
15) Holiday Villa. 

Holiday Villa

Artistik Holiday Villa
Sebuah bangunan hotel 9 Tingkat bertentangan dengan Pasar Wakaf Che Yeh dimiliki oleh Holiday Villa dan dijangka siap sepenuhnya September 2011.
16) One Residence. 

One Residence

Artistik One Residence
Sebuah Kondominium di Jalan Paya Bemban – Cherang setinggi 24 Tingkat telah dimulakan pembinaannya Jun 2011 dan dijangka siap sepenuhnya April 2013.
Entri Terdahulu: One Residence Condominium.
17)  Apartment KB Sentral.

KB Sentral

KB Sentral

KB Sentral
Entri Terdahulu: KB Sentral.
18) Mydin Mall (Terbesar di Malaysia). 

Mydin Mall Tunjong
Sebuah pasaraya Mydin Mall yang terbesar di Malaysia terletak di Bandar Baru Tunjong sedang dalam pembinaan dan dijangka siap sepenuhnya Dec 2012.

19) New Shop-lots.

Unit di Jalan Kelochor

Unit di Jalan Wakaf Mek Zainab

Unit di Paya Bemban

B) Perancangan. 
1) Hotel Madinaturraudhah.

Tapak pembinaan Hotel Madinaturraudhah

Artistik Hotel Madinaturraudhah

Imej Satelit Lokasi Hotel Madinaturaudhah
Entri Terdahulu: Hotel Madinaturaudhah
2) Bayan Residency.

Bayan Residency

Artistik Bayan Residency

Imej Satelit Lokasi Bayan Residency
Terletak diantara laluan Kota Bharu – Panji, Pembinaan Bayan Residency dijangka akan dimulakan Ogos 2011 setelah proses untuk mendapatkan kelulusan selesai.
3) Perdana Residency.

Artistik Perdana Residency

Imej Satelit Lokasi Perdana Residency
Perdana Residency di Jalan Sri Cemerlang setinggi 23 Tingkat ini yang dimiliki oleh PKINK akan menempatkan lebih dari 250 buah unit dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan seawal Oktober 2011.
4) Ali Vista.

Ali Vista

Imej Satelit Lokasi Ali Vista
Pembinaan Apartment Ali Vista yang dimajukan oleh Ali Homes ini masih belum dimulakan sepenuhnya.
 5) Apartment PKINK.

PKINK Apartment

Imej Satelit Lokasi PKINK Apartment
6) ND Mutiara.

ND Mutiara Tower

Imej Satelit ND Mutiara
Servis Apartment setinggi 23 tingkat ini bakal dimajukan oleh syarikat ND Mutiara Realties Sdn Bhd syarikat milik penuh Bumiputra Kelantan. Lokasinya terlerak di jalan utama ke Taman tengku Anis Tanjung Chat. Tempahan telah mencapai 85% dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan April 2011 setelah mendapat Lesen Pemaju dan Permit Iklan. Kebanyakan pembeli adalah terdiri daripada korporat-korporat Kelantan yang berniaga di Ibu Negara.
7) Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra (Tapak Stesen Bas SKMK)

Hotel 26 Tingkat
Hotel 26 Tingkat
Imej Satelit Lokasi Hotel 26 Tingkat di Jalan Sultan Yahya Petra
Pembinaan Hotel setinggi 26 Tingkat ini di atas tapak bekas stesen bas SKMK di lihat sebagai salah satu mercu tanda yang terbaru di Kota Bharu. Proses pemilik tanah telah selesai dan pembinaan dijangka akan dimulakan pada penghujung 2011.
8 )  Apartment di Jalan Che Su

Pelan

Artistik Apartment

Artistik Apartment

Imej Satelit
Sebuah lagi pembinaan yang akan menambahkan lagi seri di tepi Sungai Kelantan. Terletak di antara Jalan Che Su dan Jalan Gajah Mati, Apartment ini bersebelahan GR Hotel (Grand RiverView), dan sekarang, ia dalam proses untuk mendapatkan tanah yang menempatkan lebih dari 50 buah rumah-rumah dan setinggan di tepi Sungai Kelantan. Menurut sumber, pemilikkan tanah sudah mencapai 30% iaitu ia akan bermula dari sebelah LIDO (lama) hingga Off Jalan Gajah Mati berhadapan Jalan Sultanah Zainab.

9) An-Naim Resident.

An-Naim Resident

Imej Satelit Lokasi an-Naim Resident
Pembinaan dijangka akan dimulakan pada pertengahan tahun 2012 setelah Taqwa Point di hadapan An-Naim Resident yang akan siap sepenuhnya menjelang Mei 2012.
10) Airport City.

Airport City
Airport City merupakan suatu pelan perancangan jangka panjang oleh MPKB-BRI meliputi tanah seluas 200 ekar di hadapan Pantai Sabak dan menghadap Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra. Suatu perancangan selepas projek-projek di Lembah Sireh dan Pasir Tumboh ini siap sepenuhnya.

Ahad, Julai 24, 2011

Hilir & Daghak: جسكو ke Kelantan.


Sudut pandang kuasa beli rakyat Kelantan tidak dapat dinafikan amat penting dalam meningkatkan sosio-ekonomi negeri ini yang sejak kebelakangan ini dikatakan mundur oleh Pusat. Penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri lain khususnya Lembah Klang adalah merupakan suatu bentuk migrasi dalaman yang wujud secara aktif sejak akhir tahun 1997 akibat krisis kemelesatan ekonomi, pendidikan, pengangguran dan beberapa faktor lain. Dan akhir-akhir ini, walaupun ditinggalkan rakyatnya, Kota Bharu tetap ceria :) bersama dengan rakyat sejatinya dengan memperlihatkan satu bentuk menifestasi dalam aspek pembangunan selepas hampir 20 tahun Kerajaan PAS mengambil alih. Penonjolan aspek keislamikan telah menjadi aspek teras dalam setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan baik dari Pusat, Negeri mahupun pihak swasta iaitu dengan menekankan elemen model negeri Islam di Kelantan.

Supermarket yang cukup nostalgik kepada Kelantanese yang lahir di era 80-an. ;)
Dan menyebut soal kuasa beli, kebanyakkan rakyat Kelantan yang lahir di sekitar era 80-an dan sebelum itu, dimana pada masa itu wujudnya pasaraya ‘generasi pertama’ atau nostalgik supermarket di Kelantan iaitu Chin Seng (bapa supamarkek kelantan), Hankiu Jaya@Naim Jaya, Mydin, Addin Ria?, Parkson Ria, Pantai Timur dan juga The Store, mereka tidak lagi berminat untuk membeli-belah di situ kerana wujudnya persekitaran yang serba moden di Kota Bharu dengan sekarang ini telah wujudnya pasaraya ’genarasi kedua’ di Kelantan iaitu Tesco, Parkson, Giant dan yang terbaru ialah Jusco. Sebut pasal pasaraya terkemuka di Malaysia, Kelantan dikatakan agak ketinggalan sedikit jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain khususnya dalam penerimaan syarikat-syarikat luar yang beroperasi di negara ini untuk membuat pelaburan di Kelantan. Ia disebabkan Kerajaan Negeri telah mengamalkan beberapa dasar dan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat tertentu yang ingin membuka rangkaian baru di Kelantan dan bukan disebabkan Kelantan tiada sumber pelaburan atau lebih tepat dikatakan mundur.

Kelantan Islamic-Style: Apabila TESCO menjadi تيسكو.
Dan mengikut sejarahnya, Tesco atau secara literal di Kelantan menyebut Tisku (تيسكو). TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pada 9 November 2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia .Ber-ibu pejabat di UK, TESCO merupakan peruncit ketiga terbesar di dunia dari segi hasil kutipan (selepas Wal-Mart dan Carrefour) dan kedua terbesar didunia dari segi catatan keuntungan (selepas Wal-Mart). Setelah hampir 8 tahun beroperasi di Malaysia barulah TESCO memilih Kota Bharu, Kelantan sebagai rangkaian baru yang strategik. Buktinya, setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut kutipan lebih RM1 juta sehari. Pun begitu, kemasukan TESCO di Kelantan telah dilengkapkan dengan beberapa prosedur dan syarat tertentu untuk dipatuhi bagi membolehkan TESCO bertapak di Kelantan. Antaranya, TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal. Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” dengan sebutan (تيسكو) TISKU. :)

Kelahiran bersama PARKSON & GIANT di KBTC.
PARKSON pula telah dibuka pada 15 Ogos 2009 di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) iaitu ‘mall’ yang terbesar di Kelantan. Ia merupakan rangkaian Parkson ke-34 di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada pada tahun 1987, Parkson Corporation Sdn Bhd – merupakan sebuah rangkaian terbesar di Malaysia. Dan setelah hampir dengan usia saya ;) , barulah PARKSON menjejakkan kaki mereka ke Kelantan. Parkson di KBTC dibina dengan keluasan 100,000 kaki persegi, berkapasiti 3 tingkat dan menjual lebih 350 barangan berjenama, contohnya wangi-wangian, kosmetik, tas tangan seperti Estee Lauder, Lancome, Kate Moss, Giorgio Armani, URS, Nichi, Tiffany, Alain Delon, GMV, Valentino Rudy, Oreef, Camel Active, Hush Puppies, Elle Paris. Walaupun ianya agak ‘hilir’ bagi rakyat Kelantan, sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelainan dan memberi pilihan kepada sesuatu yang baru bagi mereka-mereka yang mempunyai selera yang tinggi atau secara jujurnya di Kelantan menyebut ‘hilir/iaitu kontra kepada daghak’.. :) . Pun begitu. PARKSON turut mematuhi beberapa prosedur dan syarat-syarat tertentu sebelum lulus dan dibenarkan membuka rangkaian baru mereka di Kelantan seperti apa yang kita lihat hari ini. dan seperti biasa apa yang nak di highlight kan ialah perkataan Parkson dalam Rumi (Romanised Malay) ditukarkan kepada Old Malay (Jawi) menjadi Paqsin (ڤقسين). :)
Bersama-sama dengan PARKSON di KBTC ialah GIANT Hypermarket. GIANT ditubuhkan pada 1944 di Kuala Lumpur oleh Keluarga Teng sebagai peruncit kecil-kecilan dan berkembang pesat dengan penubuhan beberapa cawangan di seluruh Malaysia sehingga lewat 1999. Ia merupakan salah sebuah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI) yang berpangkalan di Hong Kong. Sehingga 2006, syarikat berkenaan telah beroperasi dengan 86 hypermarkets/supermarkets di seluruh Malaysia dan tidak terkecuali Kelantan. GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik pasar raya besar Giant tersebut telah membuka cawangan pertamanya di Kota Bharu pada 2009 dengan mematuhi etika Islam di mana Iklan, garis panduan pakaian hendaklah mengikut syariah. Pengarah Pemasarannya, Ho Mun Hao, dipetik berkata “cawangan yang akan dibuka di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) itu memberi pengalaman baru kepada GCH Retail”. “ Ini adalah sebuah cawangan yang istimewa bagi Giant. Bagi cawangan ini kami menyediakan laluan membayar dan bilik mencuba pakaian yang berasingan untuk lelaki dan wanita. “Selain itu semua gambar bagi iklan dan risalah bagi cawangan ini juga akan dipastikan mengikut garis panduan ditetapkan terutama dari aspek etika berpakaian” . sila rujuk disini.

Jusco dengan perkataan semulajadinya :)

Kelantan-shock: adakah JUSCO bertukar menjadi جسكو...? :)
Dan yang terbaru akan tiba di Kelantan ialah JUSCO. ÆON CO. (M) BHD. (dahulunya kenali sebagai Jaya Jusco Stores Bhd) telah ditubuhkan pada 1984 hasil usaha sama dengan sebuah syarikat Jepun telah mempunyai lebih daripada 20 rangkaian seluruh Malaysia. Difahamkan ( ÆON) menyasarkan tempoh tiga tahun lagi untuk melengkapkan rangkaian pusat beli-belahnya Jusco meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut Pengarah Urusan ÆON, Nagahisa Oyama, pada masa ini, ÆON mempunyai rangkaian di seluruh negara tetapi tidak di Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan. Oleh itu, bagi peluasan ke empat buah negeri itu, pihaknya sedang membuat perancangan teliti termasuk kajian tentang pasaran yang boleh diterokai sebelum menetapkan tempoh yang sesuai bagi pembukaan rangkaian gedung Jusco. Pada masa kini, Jusco masih belum mempunyai rangkaian pusat beli-belah di Pahang dan Kelantan begitu juga Sabah dan Sarawak. Jusco sememangnya mempunyai rancangan untuk membukanya tidak lama lagi. Usaha meneruskan pembukaan cawangan baru menjadi agenda utama, tapi ia mengambil masa untuk menubuhkannya kerana ia memerlukan perancangan rapi sebelum membuka cawangan lain di empat negeri berkenaan. Apapun, segala penerangan yang saya huraikan adalah picisan jika hendak dibandingkan dengan hakikat dan realiti di Kota Bharu itu sendiri dalam usaha untuk menjadikan Kelantan sebuah model negeri Islam di Malaysia. Dan adakah Jusco akan bertukar menjadi جسكو apabila tiba di Kelantan..? sama-sama kita nantikan… :)