Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Julai 16, 2011

Anak Bangsa Han

Bangsa Han (Cina Ringkas: 汉族/汉人; Cina Tradisional: 漢族/漢人; pinyin: hànzú atau hànrén) ialah kelompok etnik yang berasal dariChina. Sebagai kelompok etnik yang merupakan kaum Cina yang terbesar, ia juga merupakan kelompok etnik yang terbesar di dunia, dengan bilangan melebihi 1.3 bilion orang. Bangsa Han merupakan lebih kurang 92% daripada jumlah penduduk tanah besar China dan sekitar 19% daripada jumlah penduduk dunia. Terdapat perbezaan genetik, linguistik, kebudayaan, dan sosial yang amat besar antaraberbagai-bagai subkumpulannya, khususnya disebabkan oleh beribu-ribu tahun asimilasi pelbagai kelompok etnik serta puak-puak di China. Bangsa Han secara tradisi dilambangkan dengan warna merah.



Istilah

Peta kelompok etnolinguistik di China (Kawasan-kawasan bangsa Han berwarna hijau).
Nama Han berasal daripada nama Dinasti Han yang mewarisi Dinasti Qin. Dinasti Qin menyatukan China tetapi tidak kekal lama. Adalah semasa Dinasti Qin dan Dinasti Han bahawa berbagai-bagai puak di China mula berasa bahawa mereka tergolong dalam kelompok etnik yang sama, berbanding dengan kelompok-kelompok etnik yang lain di sekeliling mereka. Tambahan pula, Dinasti Han yang dapat memperluas kuasa dan pengaruhnya ke Asia Tengah dan Asia Timur Laut dianggap sebagai kemuncak tamadun Cina.
Dalam bahasa Inggeris, Bangsa Han juga dirujuk secara mudah sebagai "bangsa Cina". [1] Istilah "bangsa Cina" pada dirinya tidak merujuk khusus kepada bangsa Han dan boleh merujuk kepada orang-orang yang berwarganegara China.
Antara sesetengah orang Han Selatan, istilah Tángrén (唐人; secara harfiah bermaksud "bangsa Tang") dipergunakan oleh sebilangan loghat seperti bahasa Kantonis, Hakka, dan Hokkien. Istilah ini berasal daripada lagi sebuah dinasti Cina, iaitu Dinasti Tang, yang dianggap sebagai lagi satu kemuncak tamadun Cina. Istilah Tángrén telah dipergunakan untuk salah satu nama Pekan Cina, iaitu Tángrénjiē yang secara harfiah bermaksud "Jalan Bangsa Tang".
Lagi sepatah istilah yang biasa digunakan oleh orang-orang Cina perantauan ialah istilah Huarenyang berasal daripada perkataan Zhonghua, nama harfiah untuk China. Terjemahan yang biasa ialah "etnik Cina" yang merujuk kepada "orang-orang Cina" sebagai sebuah gabungan kebudayaan dan etnik, dan yang merangkumi semua orang Cina, baik di negeri China mahupun di luar negeri.

Sejarah

Rencana utama: Sejarah China

[sunting]Prasejarah dan kaum Huaxia

Sejarah bangsa Han amat terikat dengan sejarah China. Bangsa Han dapat menyusur-galur keturunannya kepada kaum Huaxia yang tinggal di sepanjang Sungai Kuning di China utara. Catatan Ahli Sejarah Agung yang ditulis oleh Sima Qian, ahli sejarah Cina yang termasyhur, menetapkan tarikh pemerintahan Maharaja Kuning, leluhur legenda bangsa Han, sebagai antara tahun 2698 SM hingga 2599 SM. Walaupun kajian-kajian terhadap zaman ini dirumitkan oleh kekurangan rekod sejarah, penemuan tapak-tapak arkeologi telah menentukan sebuah urutan kebudayaan Neolitik di sepanjang Sungai Kuning seperti yang berikut:


Sejarah awal

Dinasti pertama yang dihuraikan dalam rekod-rekod sejarah Cina ialah Dinasti Xia, zaman legenda yang tidak mempunyai banyak buktiarkeologi. Dinasti ini digulingkan oleh orang-orang dari timur yang kemudian mengasaskan Dinasti Shang (1600 – 1046 SM). Sebilangan contoh tulisan Cina yang terawal wujud sejak dari zaman ini, dan merupakan askara-askara yang ditulis untuk peramalan tulang. Dinasti Shang akhirnya digulingkan oleh orang-orang Zhou yang muncul sebagai sebuah negeri di sepanjang Sungai Kuning pada sekitar milenium ke-2 SM.
Dinasti Zhou merupakan pewaris Dinasti Shang. Mereka yang berkongsi bahasa dan kebudayaan yang sama dengan orang-orang Shang memperluas kawasan mereka sehingga merangkumi kebanyakan kawasan di utara Sungai Yangtze. Melalui penaklukan dan penjajahan, kebanyakan kawasan ini mengalami proses pencinaan, dan kebudayaan proto-Han berkembang ke selatan.

Kebudayaan


Kebudayaan Cina yang merupakan salah sebahagian tamadun dunia yang tertua dan yang paling rumit telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu.
Orang-orang Han mempercayai bahawa mereka berketurunan daripada leluhur-leluhur yang sama dengan Maharaja Kuning dan Maharaja Yan beberapa ribu tahun dahulu. Oleh itu, sesetengah orang Han merujuk kepada diri mereka sebagai "keturunan Maharaja Yan dan/atau Maharaja Kuning ". Dalam iklim politik yang memecahbelahkan, seperti antara tanah besar China dengan Taiwan, frasa ini telah menjadi sebut-sebutan dalam dunia politik.
Pada sepanjang sejarah China, kebudayaan Cina telah amat dipengaruhi oleh Konfusianisme. Dihargai untuk membentuk pemikiran Cina, Konfusianisme merupakan falsafah rasmi pada kebanyakan sejarah Empayar China, dengan penguasaan teks Konfusianisme merupakan kriteria utama untuk pemasukan ke dalam birokrasi empayar.

Bahasa


Orang-orang Han bertutur dalam berbagai-bagai bentuk bahasa Cina. Salah satu nama kumpulan bahasanya ialah Hanyu yang secara harfiah membawa pengertian "bahasa Han". Serupa juga, aksara Cina yang digunakan untuk menulis bahasa Cina dipanggil Hanzi atau "aksara Han."



Nama


Nama-nama Cina biasanya terdiri daripada dua atau tiga suku kata, dengan nama keluarga diikuti oleh nama yang diberikan kepadanya. Nama keluarga biasanya mempunyai satu suku kata (walaupun terdapat juga sebilangan nama keluarga yang amat kecil yang mempunyai dua atau lebih suku kata), manakala nama-nama yang diberikan adalah satu atau dua suku kata panjangnya.
Terdapat 4,000 hingga 6,000 nama keluarga di China, tetapi hanya sekitar 1,000 nama keluarga digunakan secara umum. Menurut sebuah kajian yang dibuat oleh Li Dongming, ahli sejarah Cina, sebagaimana yang diterbitkan sebagai makalah "Nama Keluarga" di dalam Majalah Dongfong (1977), nama-nama keluarga Han yang biasa adalah seperti yang berikut:
  • Nama keluarga ke-11 hingga ke-20 yang bersama-sama merangkumi melebihi 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:
  • Nama keluarga ke-21 hingga ke-30 yang bersama-sama merangkumi sekitar 10% daripada orang-orang Cina di seluruh dunia:

Pakaian

Pada hari ini, orang-orang Han biasanya memakai pakaian-pakaian gaya Barat. Tidak banyak orang memakai pakaian bangsa Han secara tetap. Bagaimanapun, pakaian bangsa Han masih dikekalkan untuk upacara agama dan istiadat. Umpamanya, sami-sami Taoisme memakai pakaian yang biasa dipakai oleh para cendekiawan pada zaman Dinasti Han. Pakaian istiadat seperti yang dipakai oleh sami-sami Shinto pada umumnya berdasarkan pakaian istiadat di Chinapada masa dinasti Tang.
Pakaian Cina tradisional yang dipakai oleh banyak wanita Cina semasa menghadiri upacara-upacara penting seperti jamuan perkahwinan dan Hari Raya Tahun Baru Cina dipanggil qipao. Yang ironiknya, pakaian ini tidak berasal daripada kebudayaan bangsa Han tetapi merupakan ubah suaian pakaian Manchu, kelompok etnik yang memerintah China antara abad ke-17 (1644) sehingga awal abad ke-20. Pakaian asal Bangsa Han adalah Hanfu. Baju tradiosional Jepun dan Korea juga adalh ubah suaian pakaian Hanfu.

Kesusasteraan

Bangsa Han mempunyai sejarah kesusasteraan klasik yang kaya yang wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Antara karya-karya yang penting termasuk teks klasik seperti Koleksi Ujaran Confucius, I Ching, dan Seni Perang. Sebilanganpemuisi Han yang terpenting dalam zaman pra-moden termasuk Li Bo, Du Fu, dan Su Dongpo. Novel-novel yang paling penting dalam kesusasteraan Cina ialah Empat Novel Klasik Agung, iaitu Mimpi Kamar Merah, Pinggir Air, Kisah Tiga Kemaharajaan, serta Perjalanan ke Barat.

Sumbangan kepada kemanusiaan


Bangsa Han telah memainkan peranan yang utama dalam perkembangan bidang seni, sains, falsafah, dan matematik pada sepanjang sejarah. Pencapaian-pencapaian saintifik di China pada zaman purba termasuk pengesan seismologi, mancis, kertas, dok kering, angkup gelongsor, pam omboh tindakan ganda, besi tuangan, bajak besi, gerudi biji berbilang tiub, kereta sorong, jambatan gantung, payung terjun, gas asli sebagai bahan api, kompas magnet, peta relief, kipas (propeller), busur silang, serbuk letupan, dan pencetakan. Pencetakan, kertas, kompas, dan serbuk letupan telah disanjung dalam kebudayaan Cina sebagai Empat Rekaan Agung China kuno. Selain itu, ahli-ahli astronomi Cina merupakan antara tokoh-tokoh pertama yang mencatat pencerapan-pencerapan supernova.
Seni Cina, masakan Cina, falsafah Cina, dan kesusasteraan Cina kesemuanya mempunyai beribu-ribu tahun perkembangan, manakala banyak tapak Cina, seperti Tembok Besar Chinadan Angkatan Tentera Terracotta merupakan tapak-tapak Warisan Dunia. Sejak permulaan program tersebut pada tahun 2001, aspek-aspek kebudayaan Cina telah disenaraikan olehUNESCO sebagai Mahakarya Warisan Lisan dan Tak Ketara Kemanusiaan.
Pada kebanyakan sejarahnya, dinasti-dinasti Cina yang berturut-turut telah mempengaruhi jiran-jirannya dalam bidang seni, muzik, agama, makanan, pakaian, falsafah, bahasa, sistemkerajaan, dan kebudayaan. Pada zaman moden, bangsa Han merupakan kelompok etnik yang terbesar di China, manakala penempatan orang-orang Cina perantauan yang berjumlah pada tahap berpuluh-puluh juta telah memberikan sumbangan kepada negara-negara yang ditetap mereka di seluruh dunia.
Pada zaman moden, orang-orang Han terus memberikan sumbangan kepada bidang matematik dan sains. Antara mereka ialah:
Tsien Hsue-shen merupakan seorang ahli sains yang terkenal di Makmal Perejanan Jet NASA, manakala Chien-Shiung Wu memberikan sumbangan kepada Projek Manhattan.

Bahasa sebagai faktor perpaduan

Walaupun terdapat banyak loghat bahasa tuturan Cina, salah satu faktor dalam perpaduan bangsa Han ialah bahasa tulisan Cina. Perpaduan ini diberikan penghargaan kepada dinasti Qin yang menyatukan berbagai-bagai bentuk tulisan yang wujud di China pada masa itu. Selama beribu-ribu tahun, bahasa Cina kesusasteraan telah dipergunakan sebagai format penulisan piawai yang menggunakan perbendaharaan kata dan tatabahasa yang amat berbeza dengan pelbagai bentuk bahasa tuturan Cina.
Sejak dari abad ke-20, tulisan Cina biasanya merupakan tulisan bahasa vernakular Cina yang berdasarkan sebahagian besarnya pada loghat bahasa Mandarin, dan bukannya loghat tempatan penulis (kecuali penggunaan tak rasmi bahasa tulisan Kantonis). Oleh itu, walaupun penduduk-penduduk dari kawasan-kawasan yang berbeza tidak semestinya memahami pertuturan antara satu sama lain, mereka memahami tulisan masing-masing.

"Han" sebagai konsep longgar

Takrif tentang identiti Han telah berubah-ubah pada sepanjang sejarah. Sebelum abad ke-10, sebilangan kelompok etnik bertuturan bahasa Cina seperti Hakka dan Tanka tidak dianggap secara sejagat sebagai bangsa Han, manakala sebilangan kelompok etnik yang tidak bertuturan bahasa Cina, seperti Zhuang, dianggap sedemikian. [2] Pada hari ini, kaum Cina Huidianggap sebagai sebuah kelompok etnik yang tersendiri walaupun selain daripada pengamalan Islam mereka, tidak terdapat banyak perbezaan antara mereka dengan orang Han; dua orang Han daripada kawasan yang berbeza mungkin lebih berbeza dari segi bahasa, adat resam, dan budaya, berbanding dengan seorang Han dan seorang Hui yang berjiran.
Semasa Dinasti Qing, orang-orang Han yang menyertai sistem tentera Lapan Panji-panji dianggap sebagai orang Manchu, manakala nasionalis Cina yang mencuba menggulingkanpemerintahan beraja menekankan identiti bangsa Han untuk membezakan mereka daripada identiti raja-raja Manchu. Republik Cina pada pengasasannya mengakui lima kelompok etnik utama: kaum-kaum Han, Hui, Mongol, Manchu, dan Tibet, manakala Republik Rakyat China kini mengiktirafkan 58 buah kelompok etnik.

Kepelbagaian bangsa Han

Selain daripada kepelbagaian bahasa tuturan, terdapat juga perbezaan kebudayaan dari tempat ke tempat di kalangan kaum Han. Umpamanya, masakan Cina berbeza-beza dari makanan berempah Sichuan yang termasyhur ke Dim Sim dan makanan laut Guangdong. Bagaimanapun, perpaduan etnik masih wujud antara kedua-dua kelompok ini kerana mereka mengamalkan kebudayaan, tingkah laku, bahasa, dan agama yang sama.
Menurut kajian-kajian saintifik yang baru-baru ini, [3] terdapat sedikit perbezaan genetik di seluruh China. Disebabkan oleh banyak gelombang penghijrahan dari China Utara ke China Selatan dalam sejarah China, adanya banyak persamaan genetik dalam kromosom Y antara lelaki-lelaki Cina Selatan dan Utara. Bagaimanapun, kepelbagaian DNA mitokondria bangsa Han bertambah ketika kita beralih dari China Utara ke China Selatan. Ini membayangkan bahawa banyak penghijrah lelaki dari China Utara berkahwin dengan wanita-wanita tempatan, seperti kaum Yue, selepas tiba di Guangdong, Fujian, dan kawasan-kawasan lain di China Selatan. Dengan penerusan proses pencampuran ini dengan lebih banyak orang Han berhijrah ke selatan, orang-orang di China Selatan dipercinakan dan mengakui diri sebagai orang Han.
Dokumen-dokumen sejarah menunjukkan bahawa bangsa Han berketurunan daripada puak-puak Huaxia kuno yang tinggal di China utara. Pada sepanjang dua milenium yang lalu, kebudayaan Han (iaitu bahasa dan kebudayaannya yang berkait) tersebar masuk ke China selatan, kawasan yang pada asalnya dihuni oleh orang-orang asli selatan, umpamanya mereka yang menuturkan bahasa-bahasa Dai, Austro-Asia dan Hmong-Mien. Ketika kebudayaan Huaxia tersebar dari kawasan tengahnya di lembangan Sungai Kuning, ia menyerap banyak kelompok etnik yang berbeza. Kelompok-kelompok etnik itu kemudian mengakui diri sebagai bangsa Han apabila mereka mengamalkan bahasa (atau kelainan-kelainannya) dan adat resamnya.
Umpamanya, semasa Dinasti Shang, penduduk-penduduk di kawasan Wu di Delta Sungai Yangtze dianggap sebagai puak "gasar". Mereka yang menuturkan bahasa yang berbeza hampir pasti bukannya orang Cina, dan diperihalkan sebagai berpakaian terlalu sedikit serta bertatu. Bagaimanapun, menjelang Dinasti Tang, kawasan ini telah menjadi sebahagian kawasan tengah bangsa Han. Pada hari ini, kawasan ini yang merangkumi Shanghai, bandar raya China yang terbesar, merupakan kawasan yang paling padat penduduknya dan mempunyai ekonomi yang terbaik di China. Penduduk-penduduk di kawasan Wu pada hari ini menuturkan loghat-loghat Wu yang walaupun merupakan sebahagian keluarga bahasa Cina, tidak saling dapat difahami oleh bahasa-bahasa dan loghat-loghat Cina yang lain. Walaupun demikian, mereka tidak melihat diri sebagai suatu kelompok etnik yang berasingan. Kawasan Wu merupakan salah satu contoh yang terlibat dalam penyerapan banyak kelompok kebudayaan yang berbeza dalam penyumbangan kepada kepelbagaian kebudayaan dan bahasa bagi seluruh bangsa Han.

Skandal Seks bekas MB dibongkar pula


"Pendedahan Scandal Sex Pemimpin UMNO ini sewajarnya dinafikan segera, jangan biarkan ianya berlalu begitu saja yang membuatkan rakyat terus tertanya-tanya adakah ianya fitnah atau kisah nyata..

Pendedahan ini bukanlah oleh WikiLeaks tetapi oleh MALAYSIALEAKS..

PAK LAH HALALKAN ROGOL, UMNO HALALKAN ZINA?

TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis."  
Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.
Seterusnya dan sumber artikel sila lihat di SINI 

Haramkah demokrasi



"Johor Bahru 14 Julai 2011 Sheikh Ahmed Tijani ulama yang menetap di Amerika Syarikat kelahiran di Accra, Ghana dihebahkan pakar undang-undang dan prinsip Islam merangkumi bidang Perbandingan Agama, Astronomi, Sains Spiritual dan Penyembuhan, Puisi Ketuhanan dan Rukyah, Penulisan Lagu dan Nyanyian serta Seni Halus dan Kebudayaan.

Beliau menyuarakan pandangan ketika ditemui selepas syarahan umum bertajuk 'Kuasa Penyembuhan Al-Quran Yang Menakjubkan' di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam. Katanya pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.

“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya.

Hujah kita begini:
Membaca kenyataan sebilangan pihak tertentu, bahawa kononnya demonstrasi adalah amalan yang bercanggah dengan Islam, terlintas di pemikiranku, sebuah buku tulisan Ustaz Rasul Dahri tentang demonstrasi yang bertajuk “demonstrasi adalah maksiat bukan jihad”


Didalam ulasan beliau, banyak mengkaitkan demosntrasi dengan tindakan golongan Khawarij yang telah melakukan pemberontakan terhadap khalifah ketika itu. Dengan alasan yang demikian, beliau mengistinbatkan bahawa demonstrasi adalah sesuatu yang maksiat kerana melawan kerajaan ketika itu.


Melihat kepada perbahasan ini, aku sebagai seorang yang tidaklah mempunyai ilmu yang banyak, tetapi, walaubagaimanapun, penilaian yang dapat dilakukan adalah, tafsiran dan pendedahan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri itu menggambarkan bahawa dia tidak berpegang kaedah ;


الحكم على شئ فرع عن تصوره

Maksudnya;
“Hukum atas sesuatu adalah furuk (cawangan) dari gambarannya”
Ustaz Rasul Dahri meletakan sesuatu hukum, tanpa melihat kepada keadaan sesuatu benda yang hendak dihukumkan. Ekoran dari itu, hukum yang dijatuhkan itu menjadi ‘berat sebelah’ dan bersikap zalim.


Bertambah zalim lagi, buku ‘Demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan beliau disebarkan di Malaysia. Ini kerana, suasana dan bentuk demonstrasi yang diadakan di zaman Khawarij dan di Malaysia adalah dua bentuk dan maqasid yang berbeza.


HAKIKAT DEMONSTRASI

Demonstrasi adalah satu kalimah inggeris yang diambil dari kalimah demonstration. Mengikut terjemahan melayu, Demonstrasi dimaksudkan dengan ‘perhimpunan tunjuk perasaan’.


Didalam Kamus Dewan Bahasa, Demonstrasi mengandungi dua makna. Pertama: penerangan, peragaan, penunjukan tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran dan lain-lain; Kedua: tunjuk perasaan dengan cara berkumpul beramai-ramai, berarak dan lain-lain.


Melihat kepada dua makna tersebut, makna yang kedua adalah yang paling tepat dalam perbahasan kita ini.


Di dalam Bahasa Arab, Demonstrasi dipanggil dengan MUZHAHARAH. Di dalam perbahasan Islam, Islam membahagikan demonstrasi kepada dua bentuk, iaitu (1) demonstrasi liar dan (2) demonstrasi aman.


Demonstrasi liar adalah demonstrasi yang bersifat sekumpulan masyarakat di tempat-tempat umum untuk menuntut dan membantah perkara-perkara tertentu yang sudah menjadi tugas negara atau orang yang bertanggungjawab. Di dalam Demonstrasi ini, para penunjuk perasaan biasanya akan melakukan kerosakan, rusuhan, kemusnahan, membakar harta milik negara, harta umum ataupun harta individu.


Adapun Demonstrasi aman iaitu perbuatan sekumpulan masyarakat untuk menyokong, menuntut dan juga membantah sesuatu. Tindakan ini tidak akan disertai aktiviti merosakkan, menghancurkan atau membakar harta benda negara, awam atau individu. Para penunjuk perasaan akan sentiasa memerhatikan dan mematuhi hukum-hukum syara', nilai-nilai Islam dan kemaslahatan umat Islam. Mereka juga akan sentiasa menjaga adab-adab sebagai orang Islam.


ISLAM DAN DEMONSTRASI

Melihat kepada hakikat dua demonstrasi yang didedahkan, maka kita dapat menilai, yang mana satukah demonstrasi yang diharamkan dan demonstrasi yang dibenarkan didalam Islam.


Demonstrasi liar adalah sesuatu tindakan yang diharamkan didalam Islam, maka tafsiran dan qiasan yang dilakukan oleh Ustaz Rasul Dahri terhadap demonstrasi seperti demonstrasi yang di lakukan oleh Khawarij, maka itu adalah demonstrasi mengikut tafsiran yang pertama.


Adapun Demonstrasi aman, maka itu dibenarkan didalam Islam. Ini kerana, banyak bukti-bukti dan dalil-dalil yang menyatakan keharusannya. Antara dalil-dalil tersebut adalah seperti berikut;


a. Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan.

b. Rasulullah SAW juga pernah menghimpunkan kaum Quraish di Bukit Safa untuk menyeru kepada mereka supaya beriman kepada Allah dan menjelaskan bahawa Baginda adalah Rasul yang diutus Allah kepada manusia.

c. Melihat kepada falsafah Haji, yang mana, Allah mengizinkan haji hanya dilakukan di Mekkah di hari-hari yang ditetapkan sahaja. Disamping mengerjakan haji, di suruh supaya melakukan tawaf dan bertalbiyyah sebagai cara hendak menyatakan hasrat hati dan ‘tunjuk perasaan’ didepan Allah.


Melihat kepada ‘istidlal’ ini, tidaklah Islam melarang Demonstrasi secara mutlak, seperti yang didakwa oleh Ustaz Rasul Dahri itu.


Sekiranya, cara non muslim sahaja menggunakan demonstrasi menjadi hujjah atas larangan berdemonstrasi, maka perlu difahami bahawa tidak semua perkara yang datang dari orang yang bukan Islam adalah di tolak, bahkan ada perkara yang datang dari bukan islam, di terima dan dibenarkan diamalkan didalam Islam, tetapi kebenaran tersebut, hendaklah berdasarkan kepada ketiadaan percanggahannya dengan nas-nas yang qatii dan yang lebih jelas.


Antara dalil mengatakan, tidak semua cara non muslim mesti di tolak adalah seperti berikut;


a. Sirah menjelaskan, ketika berlaku peperangan ahzab, Rasulullah SAW telah meminta pandangan dari kalangan sahabat supaya menyatakan pandangan-pandangan mereka. Lalu telah memberi pandangan oleh Salman Al-Farisi dengan menggali parit dengan alasan, taktik peperangan itu diamalkan oleh golongan Majusi (golongan yang menyembah Api) di Farsi ketika itu. Mendengar pandangan tersebut, Rasulullah menerimanya.

b. Di dalam sirah juga jelas menyatakan penerimaan Rasulullah SAW menjadikan golongan kuffar quraish yang ditawan dalam peperangan Badar, supaya menjadi guru-guru yang mengajar kepada anak-anak orang Islam di kala itu.


Dengan hujjah-hujjah ini, dapatlah kita membuat kesimpulan, bahawa Islam tidak melarang melakukan demonstrasi yang aman, tetapi Islam melarang demonstrasi liar.


PERSOALAN YANG TIMBUL

Membaca buku ‘demonstrasi adalah maksiat bukan jihad’ karangan Ustaz Rasul Dahri itu, terlintas di pemikiran ini, apakah yang diingini oleh Ustaz Rasul Dahri. Ini kerana, buku itu disebarkan di negara ini.


Apakah Ustaz Rasul menganggap bahawa Malaysia pimpinan UMNO dan BN ini adalah kerajaan Islam seperti kerajaan Islam dibawah kepimpinan Saidina Osman?


Sekiranya itulah sangkaan Ustaz Rasul, maka jelas Ustaz Rasul telah tersasar dari jalan yang lurus, ini kerana, kerajaan Islam Hadhari Malaysia bukanlah kerajaan Islam mengikut metod dan bentuk kerajaan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin, bahkan ianya adalah kerajaan secular yang sesat dan menyesatkan.


Pembuktian ini jelas dari sandaran kerajaan bukanlah kepada al-quran dan al-hadis, tetapi sandarannya adalah perlembagaan persekutuan yang ditubukan oleh suruhanjaya red yang bernama lord red.


Adapun mengikut metod kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Rasulullah SAW, bahawa didalam perlembagaan Madinah itu ada tersebut;


انكم مهما اختلفتم فيه من شيء فان مرده الى الله عز و جل والى محمد – صلى الله عليه و سلم

Maksudnya;
“Sesungguhnya kamu, apabila kamu berbeza-beza padanya daripada sesuatu perkara, maka sesungguhnya, tempat kembalinya adalah kepada Allah dan kepada Muhammad s.a.w”(Lihat “Al-Bidayah Wa An-Nihayah” (3/232) : Al-Hafiz Abi Fida’ Ismail bin Kathir : Dar At-Taqwa : tanpa tarikh)


Wallahu a’lam.

Bahan Rujukan

1. Al-Fatawa : Dr Atiyyah Saqqar
2. Al-Fatawa Al-Maasirah : Dr Yusuf Al-Qaradhari
3. Al-Bidayah wa An-Nihayah : Imam Ibnu Kathir.
4. Dewan Bahasa dan Pustaka
5. Demonstrasi adalah maksiat, bukan jihad : Ustaz Rasul bin Dahri.
6. Utusan Malaysia.
"

Ketua polis mana rompak duit makan tahanan bersih??




Benarkan tahanan bersih diberikan makan RM25 sepinggan? Makanan tak sedap mana, kuah karinya cair RM25. Kalau makanan disediakan untuk 2000 orang ini tak termasuk mana-mana polis buat keluar makanan untuk kaum kerabatnya. Jumlahnya adalah RM50 ribu.

Ketua polis mana yang dapat tander ini?

Adakah benar tahanan yang diberikan angka adalah 1667 orang? Sedangkan proses untuk memberikan kad pengenalan kepada tahanan untuk membebaskan bermula daripada petang sehingga 10 malam? Berapa lama dan ini menunjukkan angka yang dijangkakan adalah lebih daripada itu.

Aku letaklah harga makanan pada hari itu RM5 sepinggan. RM20 dari di rompak oleh polis. Main rompak-rompak ini memang kerja polis.

Kita cabar pihak polis mendedahkan pembelanjaan secara terperinci. Jangan nak tipu rakyat RM25 sepinggan. Makan nasi Arab lauk kambing pun RM17 sepinggan itu pun rasa nak pecah perut pasal banyak!!

Dahlah kirta dicota oeh pihak polis, duit kita pun polis rompak!!

Stadium berharga 87juta bukan milik kelantan


The Red Warriors

Saat para penyokong The Red Warriors berhimpun bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dijanjikan sebuah stadium ...
Kami masih ingat berita ini:
Rakyat Kelantan bakal mendapat sebuah stadium baru sekiranya BN berjaya merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.

Itu janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada rakyat Kelantan yang mahu sebuah stadium baru dibina bagi menggantikan stadium Sultan Muhammad Keempat, yang semakin uzur.

Kata Najib, bagi membuktikan komitmen kerajaan pusat, janji itu akan dijadikan sebahagian manifesto pilihan raya BN Kelantan yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.

"Dalam zaman ICT ni, stadium Kelantan masih ada orang yang 'rukas' (panjat) untuk tukar 'scoreboard'. Inilah yang akan jadi kalau letak orang yang kurang kemampuan di tempat orang yang sepatutnya lebih berkemampuan...jadilah stadium 'rukas'.

"Tapi kalau malam ini diumumkan BN kuasai Kelantan, esok ambo (saya) buat stadium yang cantik dengan sistem scoreboard terkini," katanya yang disambut sorakan 15,000 rakyat.

Perdana Menteri berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors, di Sekolah Kebangsaan Machang 1 hari ini, yang turut dihadiri beberapa pemain skuad Kijang itu.

Dan hari ini pula...
BANDAR TUN ABDUL RAZAK, 7 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis mengumumkan bahawa pasukan bola sepak Felda United bakal memiliki stadium sendiri yang akan dibina di bandar ini yang sebelum ini dikenali Bandar Pusat Jengka.

Perdana Menteri, yang memberikan perhatian khusus kepada pembangunan Felda, berkata stadium itu akan dibina dengan kos RM87.9 juta.

"Pembinaan stadium ini dengan kos RM87.9 juta adalah sebahagian daripada peruntukan RM250 juta bagi projek pembangunan bersepadu di Bandar Tun Abdul Razak ini," katanya ketika berucap merasmikan Hari Peneroka 2011 di sini hari ini.

Pasukan Felda United kini beraksi dalam Liga Super dan tidak mempunyai stadium khusus sebagai gelanggang sendiri.

Najib, yang sentiasa mengikuti perkembangan Felda United dalam perlawanan-perlawanannya dalam liga tempatan, berharap pasukan itu akan mendapat sokongan padu daripada warga peneroka khususnya yang tinggal di sekitar wilayah Jengka dan Mempaga.

"Walaupun Felda United kena belasah dengan jaringan gol yang besar 6-2 kepada Terengganu malam tadi (dalam Liga Super), itu tidak menjadi masalah. Saya harap dengan adanya stadium sendiri ia mampu melonjakkan nama Felda United di masa depan," katanya.

Stadium berkenaan dijangka siap dibina dalam tempoh tiga tahun.

-- BERNAMA
dan paling  kita juga tidak lupa...Felda baru sahaja pinjam  RM6 bilion dari tabung KWSP...
"Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata KWSP meluluskan pinjaman sebanyak RM6.5 bilion kepada FELDA dan daripada jumlah itu sebanyak RM3.5 bilion sudah dibelanjakan."

Bilangan Pelancong ke Kelantan meningkat 10.7% pada 2010



The Star melaporkan pada 14 Januari 2010, N37, bilangan kedatangan pelancong ke Kelantan meingkat 10.7% berbanding tahun 2009.

Speanjang pemerintahan PAS Kelantan dari 1990, fitnah yang biasa dilayangkan oleh UMNO adalah Kelantan negeri mundur dan bangkrap.

Nampaknya fitnah tersebut semakin hari semakin hilang kesannya. Masakan negeri yang mundur dan terkebalakang mampu menaikkan kadar kemasukan pelancong sehingga begitu banyak.

Laporan ini memetik kenyataan Pengarah Pelancongan Malaysia Kelantan, Zurina Abdul Samad yang mengesahkan kenaikan kadar pelancong ke Kelantan ini.

Laporan ini jelas satu tamparan hebat kepada UMNO dan Najib Tun Razak kerana ia membuktikan Kelantan mampu memberi sumbangan besar kepada kenaikan ekonomi negara dan industri pelancongan TANPA melanggar batas-batas syarak.

UMNO/Najib kena jawab, mengapa mahu membina hub hiburan semata-mata mahu menarik pelancong. Adakah Najib mahu menjadikan Malaysia seperti Thailand atau Macau yang terkenal dengan industri hiburan serta seks mereka?

Pasca Perang Dunia Kedua masih digunapakai PDRM

" Adakah PDRM tidak pernah membuat penyelidikan dan penilaian dalam melaksanakan tugas atau apa2 assigment ? Walaupun ketua polis negara silih berganti tapi malangnya ' modul kerja ' yang lama ( out of date ) terus diguna pakai. Apa yang orang kampung dan orang felda buat untuk mepertahankan imej negara ?

Inilah ciri2 pemerintahan kuku besi. Lihat  Sadam Hussin , Gaddafi , Ben Zainal Abedin . Mereka apa peduli dengan kritikan dan pemulauan masyarakt dunia.

Yang penting mereka mahu terus berkuasa kerana kekuasaan itu menjanjikan kekayaan dan kemewahan hidup.
Apa pun inilah petanda bahwa umno semakin menghampiri saat kejatuhannya.Ya , kekerasan itu dapat mengekalkan kekuasaan tetapi hanya buat seketika saja.

Pemuda Pas:Dimana UMNO dan Perkasa



Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah dan syabas kepada kerajaan negeri Kedah yang telah mengharamkan operasi pusat-pusat hiburan seperti - karaoke, pub, disko, dan persembahan terbuka di bulan Ramadhan.  Bagi DPPM, tindakan ini bertepatan dengan ajaran Islam yang menegah sebarang perbuatan mungkar atau mengundang kemungkaran dilakukan terutama di bulan Ramadhan.

Dalam kenyataan Menteri Besar Kedah (gambar kanan), pusat rekreasi seperti snooker, billiard, cuber cafe, dan bowling dibenarkan termasuk persembahan budaya dan agama masyarakat bukan Islam.  Dalam hal ini, DPPM mempersoalkan mengapa MCA harus melenting dan menentang larangan ini.  Larangan ini sebenarnya bukanlah menyanggah hak asasi manusia khususnya masyarakat bukan Islam, tetapi adalah sebagai langkah mendidik masyarakat untuk mengelakkan diri mereka dari tercebur ke gejala sosial yang semakin menjadi-jadi.  Pemimpin MCA harus melihat kepada realiti yang berlaku dalam masyarakat.  Apakah nilai positif yang ingin diambil dengan berleluasanya pusat-pusat hiburan, pub, disko dan kelab-kelab malam selain untuk menambahkan gejala sosial seperti perzinaan, pelacuran, dadah, gangster, pergaulan bebas sehingga membawa kepada kes pembuangan anak.  Gejala sosial tidak mengira warna kulit, bangsa atau keturunan.  Adakah MCA bangga dengan meningkatnya gejala sosial dan jenayah hasil dari pusat-pusat hiburan pada hari ini.

Selain itu, nilai hak asasi manusia ada batasnya.  Segala perkara yang baik dan menjurus kepada kebaikan bolehlah diteruskan.  Tetapi, perkara yang boleh memudaratkan atau membawa keburukan tidak boleh dibiarkan.  Hiburan dibenarkan tetapi ada batasnya.  DPPM menganggap semua agama dan bangsa tidak boleh menerima hiburan yang boleh membaa implikasi buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. 

Sebagai ingatan, larangan ini hanya berkuatkuasa di bulan Ramadhan, iaitu bulan suci umat Islam.  Bulan Ramadhan dikenali sebagai bulan amal ibadat.  Seharusnya MCA menghormati bulan suci umat Islam ini.

Di dalam isu ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak PERKASA dan UMNO sedangkan mereka sebelum ini kononnya lantang membela agama dan bertindak menyelar PAS yang dikatakan bersekongkol dengan BERSIH 2.0 yang dipengerusikan oleh Ambiga yang dikatakan membela orang murtad sedangkan mereka lupa Ambiga bertindak atas undang-undang yang diluluskan oleh UMNO/BN sendiri.

Ini adalah akibat apabila UMNO yang merupakan parti tunjang di dalam BN tidak menjelaskan Islam yang sebenar sehinggakan selepas 54 tahun merdeka, MCA masih "terkapai-kapai" dalam hendak memahami Islam.  Agama hanya digunakan apabila ada kepentingan politik semata-mata.  Islam hanya dibibir mereka bagi mengaburi mata rakyat kononnya merekalah pejuang agama.  Ini berbeza dengan DAP yang amat-amat menghormati Islam sebagai agama rasmi negara.

Akhirnya, DPPM menggesa UMNO agar menasihati MCA untuk menghormati amalan agama umat Islam.  Jangan hanya kerana memenuhi kehendak politik sempit UMNO tidak berani menegur rakan komponennya.  UMNO perlu jelaskan apakah nilai Islam sebenar serta larangan dalam Islam, jika benar UMNO memperjuangkan agama Islam di negara ini.

*Kenyataan media oleh Mohd Firdaus Jaafar (gambar kanan) selaku Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia.