Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Mei 05, 2011

1515-Jejak Tun Nyemah Mulya-(Alfonso de Alburquerque)




Foto: Beberapa Gambaran Wajah Albuquerque
Dalam Novel 1515, ada memerihalkan tentang Afonso de Albuquerque, penakluk Portugis yang agung yang menganggap dirinya utusan Tuhan dan matlamat utamanya untuk memacakkan salib di setiap inci bumi Islam.

Mungkin ada antara kita yang masih menguingati sewaktu kita di sekolah dahulu, kita di ajar oleh guru-guru bahawa kedatangan Portugis ke Melaka adalah untuk menguasaiPerdagangan Rempah..

Ya..Perdagangan Rempah…dan ini kita terima sebagai fakta untuk tempoh yang terlalu lama..dan hingga ke hari ini masih ada generasi yang masih percaya bahawa kedatangan Portugis (serangan) oleh Albuquerque adalah bagi menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara.
Seingat saya, antara alasan tolol yang menyokong kenyataan ini ialah kerana musim sejuk di Portugal yang menyebabkan orang2 Portugis memerlukan rempah untuk mereka memanaskan badan..dan Melaka adalah sasarannya.

Sebegitu lama kita terjajah minda rupanya. Kerana tiada dalam mana-mana catatan sejarah yang menyatakan bahawa bersama-sama Albuquerque datang bersama-sama pakar masakan/tukang masang agung yang berfungsi untuk mengenali rempah-rempah yang berpotensi untuk di bawa pulang ke Lisbon.

“Andai kau benar ingin tahu apa yang berlaku , ia bermula pada April 1511. Wizurai Tua yang percaya dirinya ialah utusan Tuhan untuk menanam salib di atas setiap inci muka bumi itu belayar dari Goa bersama-sama lapan belas buah bahtera, seangkatan kecil lapan ratus soldadu Portugis serta dua ratus orang upahan Malabar” (1515:58)

Siapa Albuquerque?
Saya turunkan sedikit petikan tentang diri beliau dari Encyclopædia Britannica yang tidak saya edit dan terjemah.

Afonso de Albuquerque, born 1453, Alhandra, near Lisbondied Dec. 15, 1515, at sea, off Goa, India
“Portuguese soldier, conqueror of Goa (1510) in India and of Melaka (1511) on the Malay Peninsula. His program to gain control of all the main maritime trade routes of the East and to build permanent fortresses with settled populations laid the foundations of Portuguese hegemony in the Orient.

Albuquerque was the second son of the senhor of Vila Verde. His paternal great-grandfather and grandfather had been confidential secretaries to kings John I and Edward (Duarte); his maternal grandfather had been admiral of Portugal. Albuquerque served 10 years in North Africa, where he gained early military experience crusading against Muslims. He was present at Afonso V's conquest of Arzila and Tangier in 1471. King John II (ruled 1481–95) made him master of the horse, a post Albuquerque held throughout the reign. In 1489 he again served in North Africa at the defense of Graciosa. Under John's successor, Manuel I, Albuquerque was less prominent at court but again served in Morocco.

Although Albuquerque made his mark under the stern John II and gained his experience in Africa, his reputation rests on his service in the East. When Vasco da Gama returned to Portugal in 1499 from his pioneering voyage around the Cape of Good Hope to India, KingManuel straightway sent a second fleet under Pedro Álvares Cabral to open relations and trade with the Indian rulers. The Muslim traders who had monopolized the distribution of spices turned the zamorin, or Hindu prince of Calicut, against the Portuguese. His dependency, Cochin, on the southwestern Indian coast, however, welcomed them.
In 1503 Albuquerque arrived with his cousin Francisco to protect the ruler of Cochin, where he built the first Portuguese fortress in Asia and placed a garrison. After setting up a trading post at Quilon, he returned to Lisbon in July 1504, where he was well received by Manuel and participated in the formulation of policy. In 1505 Manuel appointed DomFrancisco de Almeida first governor in India, with the rank of viceroy. Almeida's object was to develop trade and aid the allies of the Portuguese.
Albuquerque left Lisbon with Tristão da Cunha in April 1506 to explore the east coast of Africa and build a fortress on the island of Socotra to block the mouth of the Red Sea and cut off Arab trade with India. This done (August 1507), Albuquerque captured Hormuz(Ormuz), an island in the channel between the Persian Gulf and the Gulf of Oman, to open Persian trade with Europe. His project of building a fortress at Hormuz had to be abandoned because of differences with his captains, who departed for India. Albuquerque, though left with only two ships, continued to raid the Persian and Arabian coasts.

King Manuel appointed Albuquerque to succeed Almeida at the end of his term, though without the rank of viceroy. When Albuquerque reached India in December 1508, Almeida had crushed the improvised sea force of Calicut, but a navy from Egypt had defeated and killed his son. Insisting on retaining power until he had avenged his son's death, Almeida, to avoid interference, had Albuquerque imprisoned. Almeida defeated the Muslims off Diu in February 1509, and it was only in the following November, with the arrival of a fleet from Portugal, that he finally turned his office over to Albuquerque.

Albuquerque's plan was to assume active control over all the main maritime trade routes of the East and to establish permanent fortresses with settled populations. His attempt to seize Cochin in January 1510 was unsuccessful. By February Albuquerque had realized that it was better to try to supplant the Muslims; assisted by a powerful corsair named Timoja, he took 23 ships to attack Goa, long ruled by Muslim princes. He occupied it in March 1510, was forced out of the citadel by a Muslim army in May, and was finally able to carry it by assault in November. The Muslim defenders were put to the sword.

After this victory over the Muslims, the Hindu rulers accepted the Portuguese presence in India. Albuquerque planned to use Goa as a naval base against the Muslims, to divert the spice trade to it, and to use it to supply Persian horses to the Hindu princes. By marrying his men to the widows of his victims he would give Goa its own population, and its supplies would be assured by the village communities under a special regime. After providing for the government of Goa, Albuquerque embarked on the conquest of Malacca, on the Malay Peninsula, the immediate point of distribution for the Spice Islands and points east. He took that port in July 1511, garrisoned it, and sent ships in search of spices.

In the meantime Goa was again under heavy attack. He left in January 1512 and relieved Goa. Having established himself there and having gained control over the movement of goods by a licensing system, Albuquerque again turned to the Red Sea, taking a force of Portuguese and Indians. Because Socotra was inadequate as a base, he attempted to take Aden, but his forces proved insufficient. He thereupon explored the Arabian and Abyssinian coasts. Returning to India, he finally subdued Calicut, hitherto the main seat of opposition to the Portuguese.

In February 1515 he again left Goa with 26 ships for Hormuz, gaining control of part of the island. He was taken ill in September and turned back to Goa. On the way he learned that he had been superseded by his personal enemy, Lope Soares; he died embittered on shipboard before reaching his destination.

Albuquerque's plans derived from the crusading spirit of John II and others. He did not allow himself to be diverted from his schemes by considerations of mercantile gain. His boldest concepts, such as turning the Persians against the Turks or ruining Egypt by diverting the course of the Nile, were perhaps superhuman, but so perhaps was his”

(Albuquerque, Afonso de, the Great.Encyclopædia Britannica. Retrieved
2006, from Encyclopædia Britannica 2006 Ultimate Reference Suite DVD)

Dalam buku Albuquerque:Caesar Timur (1995:1), dinyatakan bahawa Albuquerque ialah salah seorang yang istimewa yang pernah hidup pada abad ke enam belas. Beliau Pembina empayar Portugis yang agung, yang bertaraf lebih besar daripada Caesar. Dari Laut Merah hingga ke Melaka, sejauh 3000 batu, angkatan lautnya menggempur Bandar-bandar dan membina kubu-kubu, hamper berjaya menguasai keseluruhan perdagangan Lautan Hindi di bawah kawalan Portugis.
Masa Albuquerque dihabiskan dengan berperang di darat dan di laut, mengemudi pelayaran angkatan laut, mewujudkan diplomasi dan mentadbir penduduk yang jauh dan tidak mudah dikawal. Tetapi beliau bukan sahaja cepat bertindak, seperti Caesar, beliau juga penulis yang produktif, menulis pada waktu malam atau mengarahkan penulisan surat-surat dan warkah kebanyakannya kepada raja Portugal, Don Manuel bagi menjelaskan dan mewajarkan semua tindakannya.

Dalam novel 1515, ada beberapa petikan dan perincian yang memerihalkan tentang Albuquerque ini antaranya:


“Hamba ada mendengar khabar awal pada tahun 1511, tidak ingat pula hamba berapa haribulan secara tepat, tentang seorang wizurai tua kerepot yang mempercayai dirinya utusan Tuahn untuk menanam salib di atas setiap ceruk muka bumi dan ada hati pula mahu membongkar makam Rasulullah , telah belayar dari Goa bersama-sama lapan belas buah bahtera, diiring seangkatan kecil lapan ratus soldadu Portugis serta dua ratus upahan Malabar”
(1515:148)


Dalam mukasurat 174, Faisal memperincikan tentang keinginan yang amat kuat yang ada dalam diri Albuquerque untuk menjajah dan menakluk Melaka:


“Albuquerque diam membatu mendengar segala pandangan sebelum bersuara., ‘Sesungguhnya aku amat yakin untuk menyerang Melaka kerana azamku, setiap denyut jantung dan sedutan nafasku adalah untuk mengusir dan membunuh setiap pengikut Muhammad. Aku adalah hamba yang paling setia dan berkhidmat untuk Raja Manuel dan tidakkah kau pasti dapat membunuh perdagangan orang Islam di Timur Tengah dan kita akan menjadi raja, melebihi Perancis, dan inggeris mahupun orang-orang Jerman di Eropah. Dengan menguasai Melaka, orang-orang Belanda akan berlutut di hadapan kita, sementara orang Sepanyol akan merangkak datang ke Lisbon untuk segala rempah”

“Albuquerque bersuara lebih tegas, menyambung..’kita bertempur esok hari dan lihat bagaimana keadaannya. Jika memang kita sulit untuk menawan Melaka, aku bersetuju untuk pulang ke Goa dan menyusun bala tentera yang lebih gagah dan berlayar semula ke sini untuk menawannya’

Walaubagaimanapun, Faisal dengan imaginasi yang tinggi dalam mukasurat 250, cuba memperincikan keadaan fizikal Albuquerque hingga menghasilkan kenyataan seperti berikut:


“ Pemilik kamar masuk. Lelaki bertubuh sasa walaupun sudah agak tua. Matanya hijau kebiruan agak bulat: walah ramus dengan jambang yang lebat . Di dada tergantung rantai dengan dahat (salib). Bibirnya nipis merah dan telinga pula sedikit besar. Dia tersengih menampakkan barisan gigi kekuningan. Rambutnya pendek dan botak di tengah’


Kematian Albuquerque
Dalam novel 1515, versi yang paling masyur tentang kematian Alburquque ialah beliau mati di Melaka dan tidak sempat untuk menakluki Melaka kerana tentangan hebat dari pahlawan Melaka serta Tun Nyemah (walaupun ada lagi versi yang lain dalam buku ini tetapi saya sengaja memilih versi ini). Kematiannya di Melaka serta Janji Tun Nyemah terhadapnya sebelum kematiannya itu telah menggerakkan armada Melaka ke Portugal untuk menakluk Portugal disamping mengotakan tuntutannya untuk mengebumikan jasadnya di Lisbon…
Walaubagaimanapun, samada versi yang dikemukakan oleh Faisal adalah benar atau sebaliknya, Faisal lebih mengetahui (lagipun telah dikatakan bahawa novel ini campuran antara Fiksyen dan fakta)

Ya… Albuquerque mati pada tahun 1515, namun demikian kematiannya bukanlah di bumi Melaka dan bukan juga di tangan pendekar Melaka mahupun Nyemah Mulya:

“Tindakan cemerlang Albuquerque di Ormuz pada 1515 telah menyebabkan Portugis menguasai sepenuhnya bandaraya dan sultan yang masih muda itu. Ini merupakan sumbangannya yang terakhir kepada Empayar Portugis. Dia memulakan kerja membina kubu, tetapi tidak lama kemudiandia telah jatuh sakit. Penyakityang serupa sejenis disenteri menyebabkannya terlalu lemah sehingga dia tidak mampu meneruskannya dan dia berazam untuk pulang ke Goa dan mati di sana. Dia hanya sempat melihat Bandar itu (GOA) sekejap sahaja dari pintu kabinnya sebelum dia mati”(Albuquerque: Caesar Timur, 1995:315)


Penutup
Walaupun apa anggapan, sanjungan, cacian dan makian terhadapnya. Beliau tetap tertulis dalam sejarah sebagai perancang utama dalam serangan ke atas Melaka dan seterusnya memastikan Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan seterusnya merealisasikan cita-citanya untuk menghapuskan ajaran Islam di muka bumi ini. Satu fakta sejarah yang amat memilukan untuk dikenang……..

Selasa, Mei 03, 2011

1515-Jejak Nyemah Mulya(Pengenalan)



Ya..masa yang terlalu banyak terluang perlu saya isi. Mendokumentasikan Jejak-Jejak Nyemah Mulya merupakan kerja saya yang paling ‘bermanfaat’ sepanjang tempoh 3 bulan latihan yang saya lalui. Pendokumentasian ini juga merupakan satu tanda hormat dan penghargaan yang mampu saya berikan kepada Faisal atas sumbangannya dalam dunia sastera

SIAPA FAISAL TEHRANI?Dia adalah ‘ikon’ penulis generasi baru (beliau menolak gelaran ‘idola’ kerana kata itu berasal dari perkataan ‘idol’ iaitu batu/berhala. Ini jelas tertulis dalam buku beliau yang berjudul ‘Advencer Si Peniup Ney’)

Memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) sebanyak tiga kali berturut-turut (2002-2004) di samping pelbagai hadiah kesusasteraan yang lain.

Anak Melaka yang kini menetap di Kuala Lumpur ini merupakan penulis sepenuh masa dan yakin bahawa penulisan beliau mampu memberikan sumbangan kepada Agama, Bangsa dan Negara.

Membaca hasil tulisannya memperlihatkan bahawa beliau seorang penulis yang matang. Kepada pembaca yang teliti akan dapat melihat bahawa penulisan Faisal menggabungkan kekuatan-kekuatan penulis mapan seperti SN Shahnon Ahmad, SN A Samad Said dan SN Keris Mas. Gaya yang tersendiri dalam berkarya, kritis dan sinis serta pembacaan dan pengembaraannya yang luas menjadikan hasil tulisannya membawa kepada percambahan ilmu para pembaca.

I515: KENAPA INGIN DIJEJAKI ?


1515
Melanggar Melaka? Portugis menempah maut!

1511
Tarikh keramat bagi bangsa Melayu, bukannya untuk benggali putih.
Alfonso de Alburquerque, wizurai perkasa yang telah menumpahkan darah puluhan ribu manusia di Ormuz dan Goa, akhirnya bertemu ajal di hujung mata pedang srikandi Melaka

Nyemah,
Tun Nyemah Mulya, perawan usia 15, panglima laksamana Melaka-Luar biasa handal, licik, penuh mekar, berbudi tegar-memimpin armada Nusantara dengan kekuatan 100 bahtera berisi lebih
60 000 tentera, membelah laut segara dengan 2 misi;
Pertama, mengotakan janji kepada Alburquerque mengebumikan jasadnya di Lisbon;
dan kedua, menakluk Portugal

1515
Kisah sejarahwan mencari hakikat sejarah,
Menjejak keagungan bangsa yang dipadam secara terancang;
Mengungkap getir gemuruhnya medan tempur;
Melukis filsafat cinta aneh, bahagia cinta sehala;
Menjulang luhur pengorbanan perempuan srikandi,
Perempuan isteri

“Petikan Blurb 1515, Cetakan 2003”


Blurbnya sahaja telah membangkitkan persoalan. Walaupun ramai yang tahu, 1515 mengisahkan sejarahwan yang cuba merungkai sejarah, 1515 juga menonjolkan tentang luhur pengorbanan perempuan serikandi dan juga isteri (yang mungkin ramai yang terlepas pandang).

Membaca novel 1515 ini memberikan saya kepuasan. Walaupun ia bukanlah sebuah novel yang begitu kuat kritik politiknya sepertimana “Perempuan Politikus Melayu” namun novel ini tetap sarat dengan kritikan halus dan pengajaran (kepada yang menyedarinya).

“ Di balairung seri sungguh padat manusia bersesak-sesak ingin melihat hamba Di hadapan terduduk menanti baginda Sultan Mahmud, Permaisuri Tun Fatimah dan baginda Sultan Ahmad yang masih lagi tidak begitu senang sebaik sahaja melihat hamba juga ada “(ms:202)

“..Sultan Ahmad mencemik sedikit, entah cemburu entah dengki, entah terancam tidaklah sesiapa tahu waktu itu hingga sampai saatnya nanti” (ms: 203)

“…waktu itu kesultanan Melaka merosot dan pembunuhan tragis Nyemah Mulya merupakan kemuncak kepada itu semua. Onar bermula daripada Sultan Ahmad yang leka dan membenci Nyemah Mulya, kemudian terbawa-bawa kepada Raja-Raja Melayu yang lain sehingga kerana perpecahan tersebut Belanda mengambil peluang dan Inggeris juga datang “ (ms: 211)

Bukankah sikap iri hati dan dengki masih lekat di hati orang-orang Melayu hingga kini???

Novel ini sebuah novel yang berteraskan sejarah dan kebanyakan peristiwa yang ditulis dalam novel ini berlaku di Negeri Bersejarah (kedua-dua faktor ini menjadikan saya begitu berminat dengan novel ini)

Saya ada terbaca beberapa kritikan tentang novel ini. Antara yang paling sinis ialah komen yang menyelar Faisal ‘kononnya’ ingin mengubah sejarah tetapi tidak kena pada tempatnya (saya baca kritikan ini di internet tetapi tidak ingat laman internetnya).

Namun harus diingat bahawa 1515 hanya sebuah novel, dan lebih menekankan imiginasi dan fiksyen penulis sendiri. Lagipun tidak ditulispun di mana-mana bahagian buku ini bahawa novel ini digarap dari kisah benar (based on true event/story)

Walaubagaimapun, bagi pembaca yang mengamati sejarah tentu tidak menafikan bahawa terdapat banyak yang ‘benar’ di samping yang ’fiksyen’ dalam novel ini.

Saya pasti, akan ada pembaca yang akan terfikir bahawa benarkah Nyemah Mulya wujud?

Benarkah tahun 1515, Melaka menawan Portugal malah menurut Faisal ada juga pembaca yang bertanya beliau tentang Tesis Doktor Falsafah Adi Famiyun…namun sebagai pembaca…kita perlu matang dalam membuat analisis dan rumusan.

Tentang kebenaran kewujudan Nyemah, Penawanan Portugal serta Tesis Adi Famiyun kita serahkan pada Faisal kerana hanya beliau sahaja yang mampu merungkainya.

Jika dibaca dengan teliti, pembaca akan bertemu dengan beberapa versi yang berbeza tentang Adi Famiyun, Nyemah Mulya (terutamanya dalam konteks ‘menawan’ atau ‘ditawan’) serta Flor de La Mar (kejadian yang menimpa bahtera gagah ini)

Terpulanglah pada pembaca untuk membuat tafsiran dan andaian masing-masing apabila selesai menyudahkan bacaan novel ini.

Walaubagaimanapun, secara jujur saya nyatakan bahawa keinginan untuk mendokumenkan foto-foto yang berkaitan dengan novel ini didorong atas rasa kesedaran.
Kesedaran bahawa novel ini mempunyai nilai sejarah (walaupun tidak dapat disukat jumlahnya), kesedaran bahawa masa yang terluang perlu dimanfaatkan sebaiknya, kesedaran kerana banyak peristiwa yang dicatatkan dalam buku ini berlaku di Negeri Bersejarah (saya juga ada di negeri yang sama). Kesedaran tentang generasi kita yang semakin melupai sejarah.

Berapa ramai antara kita yang terdetik rasa sedih dan insaf apabila melawat runtuhan Kota A Farmosa?

Saya yakin tidak ramai yang berperasaan sedemikian. Kita berbangga bergambar di A Famosa. Tetapi kita lupa (atau buat-buat lupa) bahawa A Famosa di bina atas darah dan air mata rakyat Melayu Melaka tahun 1511. Batuan untuk tembok A Famosa (selain diambil dari Pulau Upeh) merupakan batuan dari kubur-kubur Sultan Melaka terdahulu. Tapak terdirinya A Famosa merupakan tapak asal Istana Melaka dan Masjid Melaka…berapa ramaikah yang sedar ????

Seorang sahabat dalam Disertasi Sarjananya ada menegaskan bahawa sisi dan pandangan yang satu lagi ini perlu dikukuhkan dalam diri kerana jika kita leka tidak mustahil akan tertegaknya satu lagi A Famosa di bumi tercinta ini. Sejarah mengajar kita dan ia pasti akan berulang…

FOKUS PENJEJAKANIngin dimaklumkan bahawa proses penjejakan ini tidak mampu untuk dibuat secara menyeluruh. Oleh yang demikian, saya memfokuskan penjejakan saya terhadap bahagian yang saya lihat amat tulen nilai sejarahnya iaitu babak “Peperangan”.

Ada beberapa rasional saya memfokuskan kisah peperangan dalam penjejakan ini. Salah satunya ialah kesan-kesan fizikal akibat dan hasil penjajahan masih ada di Bumi Melaka dan yang amat penting aspek sosial, emosi dan agama yang tergugat sebelum dan selepas peperangan. Kerajaan yang suka berpoya-poya, pengkhianatan, Murtad adalah antara impak sosial dan agama yang jelas ketara timbul di Bumi Melaka akibat peperangan dengan Portugis.

Dalam menjejaki antara fakta dan fiksyen peperangan di tahun 1511 itu, saya turut merujuk kepada sebuah buku yang berjudul “Alburqueque: Caesar Timur”(Universiti Malaya:1995) yang merupakan himpunan surat-surat Alburqueque (Comentarios) semasa hayatnya dan amat menakjubkan apabila kebanyakan babak yang ada dicatatkan oleh Alburqueque dalam bukunya mempunyai persamaan yang ketara dengan yang ada dalam 1515.

Ini satu bukti bahawa senario dan situasi peperangan yang dicatatkan oleh Faisal dalam 1515 bukanlah fiksyen semata-mata.

Dalam penjejakan ini saya amat kecewa apabila tidak menemui sebarang dokumen yang mampu menambahkan fakta tentang peperangan tahun 1511 itu. Perpustakaan negeri saya jelajahi namun tiada yang boleh membantu. Bahan-bahan di Muzium pula amat ketat kawalannya. Jadi saya teruskan penjejakan saya dengan sumber-sumber yang amat terhad ini.

PROSES DOKUMENTASI: CABARAN JADI REALITI
Secara keseluruhannya, proses menjelmakan ide untuk menjadi kenyataan memakan masa kira-kira 6 minggu termasuk penulisan dan kajian perpustakaan. Saya telah mencuba sehabis baik untuk mendapatkan segala sumber yang berkaitan.

Namun atas beberapa kelemahan utama seperti tiadanya capaian internet peribadi dan ketiadaan koleksi buku yang hebat (di perpustakaan yang dijelajahi) maka secara tidak langsung mencacatkan usaha saya untuk menggali lebih banyak maklumat yang berkaitan. Tambahan maklumat sumber diperolehi melalui pembacaan dan pemerhatian di Muzium serta eksplorasi di internet yang amat terhad.

Kekangan masa menjadikan proses penjejakan (mengambil foto) hanya boleh dilakukan pada hujung minggu sahaja. Malah, akhir-akhir ini, hujan kerap turun di Negeri Bersejarah di setiap hujung minggu Walaubagaimanapun syukur ke hadrat Allah SWT kerana walaupun banyak kelemahan dan kesulitan. Saya berjaya juga selesaikan proses penjejakan ini.

Masa dan wang yang dihabiskan tidak menjadi persoalan (walaupun pokai juga…), yang paling penting ialah kepuasan yang diperolehi hasil dari kerja yang tak seberapa ini. Saya tahu, majoriti pengunjung blog ini merupakan peminat Faisal juga jadi, jadi apa salahlah kita berkongsi kerana kebetulan ide ini timbul ketika saya di Negeri Bersejarah iaitu negeri yang sama yang dikisahkan dalam 1515.

PENUTUP
Saya ucapkan terima kasih kepada Faisal kerana memberikan kebenaran kepada saya untuk mendokumenkan Jejak-Jejak Nyemah Mulya ini. Majoriti petikan (caption) dalam entri-entri yang ada dalam siri ini merupakan petikan-petikan dari novel 1515 tulisan Faisal dan beberapa petikan dari sumber-sumber lain yang dinyatakan.

Saya akan masukkan setiap entri berdasarkan tema-tema tertentu yang disentuh oleh novel 1515 secara peringkat demi peringkat. Keseluruhannya ada lebih kurang 20 entri untuk siri ini (selelum di edit-dan saya masih mengedit-dan terus mengedit sehingga ia dimasukkan dalam blog)

Saya amat mengalu-alukan sebarang kritikan, komen dan cadangan dari pembaca untuk saya membaiki usaha ini (insyaAllah) di masa-masa akan datang. Setiap yang baik itu datang dari Allah dan yang kurang baik itu datangnya dari kelemahan dan kekurangan saya sendiri.

Ingin saya ingatkan kepada pembaca, anda perlu membaca novel 1515 tulisan Faisal Tehrani sebelum membaca entri-entri saya yang seterusnya. Sekiranya anda tidak pernah membaca novel ini saya pasti anda tidak akan ‘merasai’ apa yang akan saya bincangkan dalam entri-entri “Jejak Nyemah Mulya” yang seterunya.






Ahad, Mei 01, 2011

Hukuman Terhadap Orang Yang Menuduh Zina Tanpa Membawa 4 Saksi Yang Adil

Di dalam Syariat Islam - iaitu Agama yang menjadi anutan majoriti orang Melayu di Malaysia termasuklah ahli-ahli UMNO - orang yang menuduh ke atas seseorang wanita atau lelaki muslim yang lain melakukan zina hendaklah membawa 4 (EMPAT) orang saksi yang adil yang menyaksikan sendiri dengan mata mereka dengan jelas alat kelamin lelaki yang dituduh itu masuk ke dalam alat kelamin wanita, maka barulah hukuman hudud jenayah zina itu boleh dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Syariah Islam.



Saksi yang adil yang dinyatakan di sini bermaksud 4 orang saksi yang tidak melakukan dosa besar dan tidak mengekalkan dalam melakukan dosa-dosa kecil.

Perkara ini telah dijelaskan oleh ALLAH S.W.T di dalam Surah An-Nur ayat 4 hingga 5 di didalam Kitab Suci Al-Quran - iaitu kitab yang wajid diikuti dan diamalkan akan segala perintah di dalamnya oleh sekelian umat manusia yang mengaku sebagai orang yang menganut agama Islam termasuklah ahli UMNO.

Sebagai orang yang mengaku orang Islam, perintah atau hukuman ini WAJIB diikuti dan tidak boleh ditakwil-takwil lagi kerana ia adalah perintah ALLAH.

Jika gagal membawa 4 orang saksi yang adil yang melihat sendiri dengan jelas perlakuan zina itu ( alat kelamin lelaki masuk ke dalam alat kelamin wanita ), maka pemerintah Islam hendaklah menjatuhkan hukuman sebat sebanyak 80 kali sebatan ke atas orang yang menuduh. Kita tidak perlu lagi teraba-teraba mencari penyelesaian terhadap isu ini yang kini berlaku di negara kita kerana segala-galanya telah diterangkan dengan jelas dan nyata oleh ALLAH S.W.T sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu.

Masalahnya sekarang, yang menjadi kerumitan kepada sebahagian besar umat Islam di Malaysia dalam isu ini ialah mereka semua tidak membaca Al-Quran, tidak memahami Al-Quran atau sengaja tidak mahu beramal dengan Al-Quran. Yang menjadi penduan dan rujukan sebahagian besar umat Islam di Malaysia hari ini termasuklah majoriti ahli-ahli UMNO yang kerap mahu melakukan sumpah laknat ialah Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, Harian Metro, Kosmo, New Strait Times, dan segala akhbar yang sewaktu dengannya. Semua media inilah yang menjadi kitab rujukan yang menggantikan Al-Quan dalam kehidupan mereka.

Sebab itulah mereka ini suka sangat melakukan sumpah laknat untuk membenarkan dakwaan dan tuduhan mereka. Sikit-sikit nak bersumpah laknat. Maka sibuklah pergi ke Masjid nak melakukan sumpah laknat sedangkan masa sembahyang berjemaah lima waktu setiap hari dan setiap malam selepas solat Maghrib atau Isyak ketika tuan-tuan guru, alim ulamak dan ustaz menyampaikan pengajian Fardhu Ain tentang hukum-hukum Islam, tentang Halal - Haram, Tentang Sah Batal, tentang muamalat, tentang Syariat Islam dan segala macam yang menjadi fardhu ain yang WAJIB dipelajari, mereka ini tidak pernah hadir. Sementara orang-orang Islam yang beriman hadir ke masjid untuk mengimarahkan rumah-rumah Allah, tetapi manusia-manusia bangsat dan munafiq ini datang ke masjid hanya untuk melakukan sumpah laknat. Maka hari ini seringkali kita lihat fenomena ini sudah menjadi satu trend di zaman "Perdana Menteri Seluar Dalam" ini.

Allah S.W.T tidak memerintahkan orang yang menuduh zina ke atas orang lain untuk membawa saksi atau bukti dalam bentuk video, gambar atau filem bagi tujuan membenarkan tuduhan mereka tetapi saksi yang perlu dibawa ialah saksi dalam bentuk manusia yang adil yang melihat sendiri perlakuan zina itu dengan jelas. Allah Taala Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana, Islam sudahpun memberitahu bahawa bukti seperti gambar dan video boleh dicipta atau dimanipulasikan. 55 tahun dahulu kita melihat sendiri P.Ramlee pernah memarahi dan menampar P.Ramlee dalam Filem Anakku Sazali. Bukankah dalam "Anakku Sazali" ada dua P.Ramlee. Filem Melayu yang ditayangkan buat pertama kalinya itu dalam bulan Oktober 1956 sudahpun memberitahu kita bahawa filem boleh dimanipulasikan.

Kepada semua ahli-ahli UMNO yang masih jahil, pemberita-pemberita bodoh dan talibarut yang bersubahat dengan kebatilan, lebih-lebih lagi pemimpin-pemimpin dan menteri UMNO dan BN yang beragama Islam yang masih tidak mahu menjadikan Al-Quran sebagai Kitab panduan hidup, berhentilah menjadikan TV dan Surat Khabar sebagai kitab rujukan dan kembalilah kepada Al-Quran kalau mahu selamat di akhirat. Tetapi jika anda mahu menjadi penghuni neraka buat selama-lamanya itu terpulanglah kepada anda. Kalau anda merasa terlalu hebat dapat melawan azab siksa ALLAH Taala kerana kononnya mempunyai kuasa politik dan wang yang banyak seperti yang boleh anda taburkan berjuta-juta ringgit semasa pilihanraya kecil atau pilihanraya umum, maka silakanlah taburkan pula wang berjuta-juta itu kepada malaikat-malaikat di padang mahsyar jika anda percaya semua malaikat itu boleh makan rasuah.

Untuk itu saya bawakan di sini Kuliah Penuh Tafsiran Surah An-Nur dalam 4 siri untuk menjadi renungan dan panduan. Selebihnya, setelah menyaksikan kuliah ini, terserahlah kepada anda samada untuk merenungi dan mengakui kebenarannya kerana sumbernya adalah dari Al-Quran, atau terus menjadikan kitab-kitab dan media Yahudi & Nasrani sebagai buku dan sumber panduan hidup anda di dunia ini. Nauzubillah himin zaalik!













Link Terus ke Youtube:-

Bahagian 1:-


Bahagian 2:-


Bahagian 3:-


Bahagian 4:-

Pelaburan Dinar Emas jadi tarikan utama bank antarabangsa melabur di Klate

dina emas kelantan

Kota Bharu, 26 April 2011 - Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB), adalah bank antarabangsa Islam pertama di Malaysia telah secara rasminya beroperasi di Negeri Kelantan dengan berlangsungnya majlis pembukaan cawangan bank antarabangsa tersebut yang disempurnakan oleh Sultan Kelantan Sultan Muhammed V di Kota Bharu hari ini.


Ketua Eksekutif Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) , Puan Jamelah Jamaluddin di dalam ucapan alu-aluannya berkata bahawa dasar pembangunan ekonomi Islam kerajaan negeri kelantan yg berasaskan emas dinar, Peningkatan dan permintaan tinggi terhadap akaun pelaburan emas di negeri Kelantan menjadi penyebab utama mengapa Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) membuka cawangan di Negeri Kelantan.Lebih dari 20KG Emas 995 telah dijual di Kelantan dan permintaan terhadap Akaun Pelaburan Emas dalam bentuk Emas Dinar amatlah tinggi serta mendapat sambutan yang menggalakkan di negeri ini

Di antara jemputan khas yang memeriahkan majlis tersebut adalah Setiusaha Kerajaan Negeri Kelantan,Speaker DUN Kelantan, Exco-exco kerajaan Negeri Kelantan, para pegawai tinggi kerajaan Negeri Kelantan, para ahli perniagaan dan usahawan tempatan serta pelanggan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad di Kota Bharu. Fenomena positif Ini menandakan bahawa kehadiran mana-mana syarikat tempatan atau asing sepertimana Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) di negeri Kelantan mendapat kerjasama dan galakan dari Kerajaan Negeri Kelantan.

Turut hadir sebagai jemputan khas di majlis pembukaan cawangan Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad tersebut adalah YB Dato Haji Husam selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan 

YB Dato Haji Husam,dilaporkan berkata bahawa kerajaan Negeri Kelantan amat mengalu-alukan syarikat multinasional dan antarabangsa melabur dan beroperasi di negeri Kelantan di dalam pelbagai bidang industri hiliran dan teknologi tinggi. Masih terdapat banyak peluang perniagaan dan pelaburan jangka masa panjang untuk diterokai di negeri Kelantan ujar beliau.

Malahan ujar beliau, Kerajaan Negeri Kelantan bersedia membantu dan bekerjasama dengan semua syarikat tempatan dan antarabangsa yang berminat untuk melabur dan beroperasi di Negeri Kelantan untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat negeri Kelantan di bawah pemerintahan yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Konsep Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan kerajaan Negeri Kelantan terbukti berkesan kerana menarik minat DAN pelabur asing untuk berurus niaga di negeri Kelantan.Suasana politik yang aman dan pemerintahan kerajaan negeri yang bebas dari rasuah menjadi salah satu faktor penyebab bank antarabangsa ini untuk beroperasi dan berurusniaga di Negeri Kelantan.Gerbang Kota Darul Naim sentiasa terbuka buat mereka di bawah polisi pembangunan ekonomi mengikut acuan sistem ekonomi islam kerajaan negeri Kelantan yang mesra pelabur.

YB Dato Haji Husam juga berkata bahawa Kerajaan negeri Kelantan menggalakkan institusi kewangan lain melabur serta memajukan produk mereka untuk dinikmati bersama oleh rakyat Negeri Kelantan.

majlis pembukaan cawangan bank antarabangsa turut mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa, seperti di web portal berita yang berpengkalan di UAE, www.zawya.com

YB Dato Haji Husam juga turut membuka akaun di Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.


Di antara senarai kemudahan kewangan di bank Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad adalah seperti pelaburan emas, akaun simpanan semasa dan tetap, akaun tabungan haji dan umrah, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan perniagaan, pembelian kenderaan dan banyak lagiboleh dirujuk di laman web rasmi Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad.

Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad (KFHMB) juga turut melancarkan produk kewangan khas di negeri Kelantan, iaitu kemudahan pinjaman tanpa faedah dan tempoh masa (minimum pinjaman ialah RM3,000 dan pinjaman maksimum pula sebanyak RM30,000) untuk para ibu tunggal memulakan perniagaan di Kelantan.

Kuwait Finance House di Kota Bharu adalah cawangan KFHMB yang ke 9 di Malaysia.Cawangan-cawangan lain Kuwait Finance House di Malaysia adalah di Kuala Lumpur, Shah Alam, Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Bureau de Change, KLIA, LCCT serta KL Sentral.

Ma Sanbao:Pelayar Cina Muslim

Zheng He (1371 - 1435Cina Tradisional鄭和Cina Ringkas郑和pinyin: zhèng hé, Wade-Giles: Cheng Ho; nama asli: Cina Tradisional馬三寶Cina Ringkas马三宝pinyin: Mǎ Sānbǎo; nama Arab: حجّي محمود شمس Haji Mahmud Shams) ialah pelaut dan pengembara China yang paling terkenal dalam catatan 4000-tahun China. [1] Dikenali juga sebagai Mah Sam Po (Cina Tradisional馬三寶Cina Ringkas马三宝pinyin: mǎ sān bǎo), beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam MelayuAsia SelatanTimur Tengah, dan juga benua Afrika, hampir satu abad sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (三保太監下西洋) atau "Zheng He ke Lautan Barat".

Riwayat hidup

Dilahirkan dengan nama Ma He di Yunnan, sebuah provinsi Mongol ketika itu yang terletak beberapa minggu perjalanannya dari pelabuhan terdekat, Zheng He merupakan orang Cina berketurunan Asia Tengah. Anak kepada seorang pegawai luar bandar, beliau ditangkap oleh tentera Cina yang menggulingkan Dinasti Mongol pada tahun 1382Dikembiri, beliau dilatih menjadi sida-sida empayar dan ditugaskan ke istana Zhu Di, putera Yan yang mahir berperang. [1]
Dalam tempoh 20 tahun, Zheng He telah menjadi salah satu pembantu utama putera Yan, serta juga ahli strategi utama dalam pemberontakan yang menyebabkan Zhu Di (dengan gelaran Maharaja Yongle yang secara harfiah bermaksud "Maharaja Kebahagiaan Abadi") menjadi maharaja Dinasti Ming yang ketiga pada tahun 1402. Dinamai semula sebagai Zheng oleh Maharaja selepas kemenangannya dalam pertempuran di Zenglunba yang terletak berhampiran dengan Beijing, beliau kemudian dilantik untuk mengetuai salah satu angkatan tentera laut yang paling kuat di dunia ketika itu. [1] Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Zheng He merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang.
Shen Du (沈度 shen3 du4), Zirafah dibawa balik dari Afrika pada tahun ke dua belas Yongle (1414 AD)
Pada tahun 1424, Maharaja Yongle mangkat. Penggantinya, Hongxi (memerintah 1424 - 1425), memutuskan untuk mengurangkan pengaruh sida-sida di istana. Zheng He melakukan satu lagi pelayaran di bawah Maharaja Xuande (memerintah 1426 - 1435) tetapi selepas itu, pelayaran kapal harta karun China berakhir.
Menurut buku SELAYANG PANDANG SEJARAH MADURA yang dibuat oleh DR Abdurrahman [perlu rujukan], Laksamana Zheng He tewas dalam pertempuran dengan Pangeran JOKOTOLE / Pangeran Secodiningrat III / Pangeran Setyodiningrat III dari Kerajaan Sumenep di PulauMadura
Laksamana Zheng He beserta perahunya hancur luluh ketanah tepat di atas Bancaran (artinya, bâncarlaan)[perlu rujukan], Bangkalan di pulau Madura. Sementara Piring Zheng He jatuh di Ujung Piring yang sekarang menjadi nama desa di Kecamatan Kota Bangkalan. Sedangkan jangkarnya jatuh di Desa/Kecamatan Socah

Pelayaran

"Lautan Barat" merujuk kepada tempat di Asia dan Afrika yang dilawati Laksamana Zheng He, termasuk:
Jumlah pelayarannya pelbagai bergantung kepada kaedah pembahagian, tetapi dia mengembara sekurang-kurangnya sebanyak tujuh kali ke "Lautan Barat" dengan armadanya. Armadanya termasuk 30,000 orang dan tujuh puluh kapal pada kemuncak penjelajahannya. Dia membawa balik banyak tropi dan wakil dari tiga puluh kerajaan ke China — termasuk Raja Alagonakkara dari Sri Lanka, yang datang ke China untuk bertemu Maharaja.
Majalah Life menempatkan kedudukan Zheng He sebagai tokoh yang ke-14 penting pada masa milenium yang lalu.

Ikatan sejarah Empayar China Akhir

Salah satu kepercayaan popular adalah selepas pengembaraan Zheng He, China telah berpaling daripada penjelajahan laut dan melalui tempoh beku teknologi. Sudut pandangan sejarah sebegini telah digunakan dalam menyokong pendapat mengenai pelaburan ke dalam penjelajahan angkasa. Walaupun pakar sejarah seperti John Fairbanks dan Joseph Needhammempopularkan pandangan sebegini pada 1950an, kebanyakan pakar sejara China kini mempersoalkan ketepatannya. Mereka menunjukkan bahawa perdagangan laut China tidak terhenti selepas pelayaran Zheng He tamat, dan China kekal mengawal perdagangan Asia Tenggara sehingga abad ke-19 dan perdagangan China dengan India dan Afrika Timur kekal aktif lama selepas tempoh masa Zheng He. Walaupun Dinasti Ming pernah mengharamkan pelayaran dengan Hai jin untuk beberapa abad, mereka akhirnya membatalkan pengharaman tersebut.
Bagaimanapun, usaha tentera laut Ming merosot dengan mengejut selepas pelayaran Zheng He. Bermula pada awal abad ke 15 negara China mengalami tekanan yang meningkat dari kaum Mongol yang melanda dari utara. Sebagai pengakuan ke atas kesedaran ini dan kemungkinannya untuk berada lebih hampir dengan pengkalan kuasa sejarah keluarganya, Maharaha Yongle memindahkan ibu negara utara dari Nanjing ke Beijing pada 1421. Dari ibu negara baru ini beliau boleh mengawasi secara langsung usaha untuk mempertahankan perbatasan utara. Dengan kos pembiayaan yang besar, negara China melancarkan ekspedisi ketenteraan tahunan dari Beijing untuk melemahkan orang-orang Mongol. Kos yang diperlukan untuk kempen ini bertanding secara langsung dengan tabung yang diperlukan untuk meneruskan penjelajahan laut.
Pada tahun 1449 pasukan berkuda Mongol menyerang hendap ekspedisi darat yang diketuai secara langsung oleh Maharaja Zhengtong kurang dari sehari perjalanan dari tembok ibu kota. Tentera Mongol menghapuskan tentera Chinese dan berjaya menangkap Maharaja. Pertempuran ini menghasilkan dua kesan. Kesan pertama, ia membuktikan dengan jelas ancaman yang diberikan oleh orang-orang nomad utara. Keduanya adalah krisis politik di China yang berlaku apabila orang-orang Mongol hanya membebaskan Zhengtong selepas saudara tirinya telah melantik dirinya sebagai Maharaja baru Jingtai. Hanya selepas tahun 1457 barulah politik China kembali stabil apabila maharaja Zhengtong berjaya merampas kembali takhtanya. Selepas kembali berkuasa, China meninggalkan strategi ekspedisi darat tahunannya dan sebaliknya melaksanakan usaha menyambung Tembok Besar Negara China secara besar-besaran yang menelan belanja yang mahal. Dengan keadaan sebegini, sumber kewangan untuk ekspedisi laut makin berkurangan.
Lebih asas lagi, tidak seperti ekspedisi negara-negara Eropah, ekspedisi tentera laut China kelihatannya gagal dalam jangka masa panjang (sekurang-kurangnya pada kaca mata penentuan ekonomi) kerana pelayaran tersebut ketiadaan motif ekonomi. Pelayaran-pelayaran tersebut dilakukan bertujuan meningkatkan lagi kemasyhuran maharaja dan kos ekspedisi dan hadiah balas kepada raja-raja asing melebihi ufti yang diterima. Dengan itu, apabila kewangan negara China berhadapan dengan masalah (yang serupa dengan semua kewangan kerajaan medieval akhirnya), pembiayaan untuk tentera laut lesap begitu sahaja. Berbeza dengan misi eropah pada abad ke 16, kebanyakan penjelajah eropah mendapat keuntungan daripada perdagangan yang terhasil dan dari perampasan tanah / sumber pribumi untuk menjadi bebas dari keadaan kewangan negara asal.

Gema Budaya

Teori kontrovesi terkini yang dikemukakan oleh Gavin Menzies (lihat buku 1421 dicatatkan di bawah 'Bacaan Lanjut' di bawah) mencadangkan bahawa Zheng He mengelilingi dunia dan menjumpai Amerika pada abad ke 15 sebelum Ferdinand Magellan dan Christopher Columbus. Teori ini tidak mendapat sokongan dikalangan pakar sejarah (lihat juga: Dokumentasi Sung).
Masyarakat pelayar angkasa "Qeng Ho" dalam novel fiksyen sains A Fire Upon the Deep oleh Vernor Vinge dan A Deepness in the Sky merujuk kepada nama Zheng He.
Pengembaraan laksamana Zheng He berkemungkinan mencetuskan penulisan cerita Sinbad pada masa berikutnya.

Sun Tzu:Panglima Perang Sebelum Masihi


A statue of Sun Tzu

Sun Zi/Sun Tzu (diperkirakan lahir pada tahun 535 SM) adalah penulis Sun Zi Bingfa (Inggris: Sun Tzu's Art of War), sebuah buku filsafat militer China kuno yang sangat berpengaruh (sebagian besar isinya tidak berhubungan langsung dengan taktik). Dia juga salah seorang realis paling awal dalam bidang ilmu politik.
Sun Tzu bukanlah nama asli, melainkan sebuah sebutan kehormatan seperti halnya Kong Tzu (Konfusius) atau Lao Tzu (Lao Tse).

Sumber-sumber mengenai kehidupan Sun Zi :

Satu-satunya sumber mengenai kehidupan Sun Zi yang masih tersisa adalah biografi yang ditulis pada abad ke-2 SM oleh ahli sejarah Sima Qian, yang mendeskripsikannya sebagai jendral yang hidup di negara Wu pada abad ke-6 SM. Namun, biografi ini tidak konsisten dengan sumber-sumber yang lain tentang periode tersebut, dan bentuk dan konteksnya mengindikasikan bahwa biografi ini kemungkinan besar ditulis antara 400 SM dan 320 SM.

Karya Sun Zi sendiri, Sun Zi Bingfa, tampaknya memuat beberapa petunjuk langsung tentang kehidupannya. Contohnya, kereta perang yang dijelaskan Sun Zi digunakan dalam periode yang relatif singkat, yang berakhir pada abad ke-4 SM, yang berarti sebagian buku ini ditulis pada periode tersebut.

Beberapa orang ahli menyimpulkan bahwa tulisan Sun Zi sebenarnya digarap oleh beberapa orang filsuf China yang tidak diketahui dan bahwa Sun Zi sebenarnya tidak ada dalam sejarah. Ini dapat dilihat lebih jauh dalam kenyataan bahwa kesejarahan Sun Zi dibahas panjang-lebar dalam kata pengantar untuk terjemahan Giles pada 1910 (tersedia online dalam Proyek Gutenberg). Giles mengemukakan perasaan ragu dan kebingungan yang melingkupi topik ini.

Pada tahun 1972, satu set teks ditemukan di kuburan dekat Linyi di Shandong. Ini telah membantu mengonfirmasi teks yang telah diketahui sebelumnya, dan juga menambah bab-bab baru. Teks tersebut diperkirakan ditulis antara 134 SM-118 SM , sehingga meruntuhkan teori lama yang menyatakan bahwa sebagian buku ini ditulis lebih belakangan.

Sun Pin, keturunan Sun Zi, juga menulis teks yang berjudul Art of War (Seni Perang), walaupun mungkin judul yang lebih cocok adalah Art of Warfare (Seni Peperangan) karena lebih membahas sisi praktis peperangan . Sedikitnya satu penerjemah menjudulinya The Lost Art of War (Seni Perang yang Hilang), karena buku ini, dalam waktu yang lama, memang hilang.

Sun Zi Bingfa (Hanyu Pinyin: Sūnzĭ Bīngfǎ)(mandarin traditional 孫子兵法), atau dikenal pula sebagai Sun Tzu Art of War, adalah sebuah buku filsafat militer yang diperkirakan ditulis pada abad ke-6 oleh Sun Zi. Terdiri dari 13 bab di mana setiap bagian membahas strategi dan berbagai metode perang. Karya ini merupakan karya tulis militer Tiongkok yang paling dihormati dan paling terkenal di luar negeri Tiongkok.[1] Siapa yang menulis buku ini sampai sekarang masih diperdebatkan oleh para pakar sejarah. Beberapa ahli berpendapat bahwa Sun Zi bukanlah nama asli penulis buku ini, melainkan julukan yang diberikan orang kepada penulis tersebut. Sebab, kata "Zi" pada nama Sun Zi sebenarnya digunakan untuk mengacu pada seorang filsuf sehingga Sun Zi diartikan sebagai "filsuf Sun."[1]

Buku ini juga menjadi salah satu buku strategi militer tertua di dunia dan banyak memberikan pengaruh dalam perencanaan strategi militer baik Dunia Timur maupun Barat, taktik bisnis, dan banyak lagi. Buku yang ditulis sekitar tahun 400—320 SM ini pertama kali diperkenalkan di Jepang pada tahun 716—735 M. Sementara itu, di Eropa, buku ini diperkenalkan oleh Jean Joseph Marie Amiot, yang menerjemahkannya ke dalam bahasa Perancis. Kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris oleh Kapten E. F. Calthrop, seorang kapten berkebangsaan Inggris.