Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Rabu, Disember 22, 2010

Islam Di Jepun伊斯兰教在日本

Islam di Jepun telah mengalami pertumbuhan yang begitu pesat dalam tahun-tahun kebelakangan ini, dengan semakin banyak pemuda-pemudi kaya yang memeluk agama Islamdengan ghairah.



Sejarah

Antara 1877 dan Perang Dunia II

Hubungan Islam dengan Jepun adalah agak baru berbanding dengan hubungan agama ini dengan negara-negara yang lain di seluruh dunia.
Tidak terdapat sebarang rekod yang nyata tentang hubungan-hubungan antara agama Islam dengan Jepun atau sebarang kesan sejarah tentang Islam di Jepun melalui penyebaran agama, kecuali beberapa hubungan terpencil antara penduduk-penduduk Jepun dengan orang-orang Muslim dari negara lain sebelum tahun 1868.
Agama Islam diketahui buat pertama kali oleh penduduk-penduduk Jepun pada tahun 1877 sebagai sebahagian pemikiran agama barat dan pada sekitar tahun itu, kehidupan Nabi Muhammad diterjemahkan dalam bahasa Jepun. Ini membantu agama Islam menempatkan diri dalam pemikiran intelek orang Jepun, tetapi hanya sebagai satu pengetahuan dan sebahagian sejarah budaya-budaya.
Lagi satu hubungan yang penting dibuat pada tahun 1890 ketika Turki Uthmaniyyah menghantar sebuah kapal yang digelarkan "Ertugrul" ke Jepun untuk tujuan memulakan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara serta untuk saling memperkenalkan orang Muslim dan orang Jepun. Kapal itu yang membawa 609 orang penumpang dalam pelayaran pulang ke negara mereka tenggelam dengan 540 penumpang mati lemas.
Dua orang Jepun Muslim pertama yang diketahui ialah Mitsutaro Takaoka taro Takaoka yang memeluk Islam pada tahun 1909 dan mengambil nama Omar Yamaoka selepas menunaikan haji di Mekah, serta Bumpachiro Ariga yang pada masa yang lebih kurang sama telah pergi ke India untuk berniaga dan kemudian memeluk Islam di bawah pengaruh orang-orang Muslim tempatan di sana serta mengambil nama Ahmad Ariga. Bagaimanapun, kajian-kajian akhir-akhir ini telah mendedahkan bahawa lagi seorang Jepun yang dikenali sebagai Torajiro Yamada mungkin merupakan orang Jepun Muslim yang pertama ketika beliau melawat negara Turki disebabkan kasihan terhadap mereka yang maut dalam nahas kapal Ertugrul. Beliau mengambil nama Abdul Khalil dan mungkin pergi ke Mekah untuk naik haji.
Bagaimanapun, kehidupan komuniti Muslim yang benar tidak bermula sehingga ketibaan beratus-ratus pelarian Muslim Turki, UzbekTajikKirghizKazakh dan Tatar Turki yang lain dariAsia Tengah dan Rusia, ekoran daripada Revolusi Bolshevik semasa Perang Dunia I. Orang-orang Muslim ini yang diberikan perlindungan di Jepun menetap di beberapa bandar raya utama di sekitar Jepun dan menubuhkan komuniti-komuniti Muslim yang kecil. Sebilangan orang Jepun memeluk Islam melalui hubungan mereka dengan orang-orang Muslim ini.
Dengan pembentukan komuniti-komuniti Muslim yang kecil ini, beberapa buah masjid telah dibina. Yang paling penting antaranya ialah Masjid Kobe yang dibina pada tahun 1935 (masjid ini ialah masjid yang tunggal di Jepun pada hari ini) dan Masjid Tokyo yang dibina pada tahun 1938. Bagaimanapun, orang Jepun Muslim tidak mengambil berat tentang pembinaan masjid-masjid ini dan tidak terdapat sebarang orang Jepun yang pernah menjadi Imam.

Perang Dunia II dan selepas

Masjid Kobe di Kobe, Jepun
Semasa Perang Dunia II, satu "Ledakan Islam" telah dimulakan oleh kerajaan tentera di Jepun melalui penubuhan pertubuhan-pertubuhan dan pusat-pusat penyelidikan untuk mengkaji Islam dan Dunia Muslim. Telah dikatakan bahawa pada tempoh ini, melebihi 100 buah buku dan jurnal mengenai Islam telah diterbitkan di Jepun. Bagaimanapun, pertubuhan-pertubuhan dan pusat-pusat penyelidikan ini sama sekali tidak dikuasai atau dikelolakan oleh orang-orang Muslim dan tujuannya bukan untuk penyebaran Islam. Tujuan yang sebenarnya adalah untuk melengkapkan tentera dengan pengetahuan yang diperlukan mengenai Islam dan orang Muslim kerana terdapat komuniti-komuniti Muslim yang besar di kawasan-kawasan yang diduduki oleh angkatan tentera Jepun di negara-negara China dan Asia Tenggara. Oleh itu, dengan penamatan perang pada tahun 1945, pertubuhan-pertubuhan dan pusat-pusat penyelidikan ini hilang sama sekali dengan begitu cepat.
Lagi satu "Ledakan Islam" dimulakan, kali ini selepas krisis minyak 1973Massa media Jepun telah memberi publisiti yang besar tentang Dunia Muslim secara amnya, dan khususnya kepada Dunia Arab, selepas menyedari kepentingan negara-negara ini terhadap ekonomi Jepun. Dengan publisiti ini, banyak orang Jepun yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang Islam mempunyai peluang untuk menonton Haji di Mekah serta untuk mendengar panggilan Azan (panggilan Islam untuk bersembahyang) dan pembacaan al-Quran. Selain daripada banyak orang Jepun yang memeluk Islam dengan jujur ketika itu, terdapat juga banyak upacara pengislaman beramai-ramai yang terdiri daripada berpuluh-puluh ribu orang. Bagaimanapun, selepas kesan kejutan minyak bertamat, kebanyakan pemeluk Islam meninggalkan agama itu.
Orang-orang Turki merupakan komuniti Muslim yang terbesar di Jepun sehingga akhir-akhir ini. Jepun sebelum Perang Dunia II amat dikenali untuk kasihan dan sokongan terhadap orang-orang Muslim di Asia Tengah dan memperlihatkan mereka sebagai sekutu anti Soviet. Pada masa itu, sebilangan orang Jepun yang bertugas dalam lingkungan perisikan mempunyai hubungan dengan orang-orang Muslim itu. Sebilangan perisik Jepun itu kemudian memeluk Islam melalui hubungan-hubungan ini selepas akhir perang.
Juruterbang-juruterbang Jepun yang pergi ke negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia sebagai tentera semasa Perang Dunia II diajar mengungkapkan "La ilaha illa Allah" ketika pesawat-pesawat mereka ditembak jatuh di kawasan-kawasan ini supaya mereka tidak dibunuh. Sebuah pesawat Jepun telah dikatakan ditembak jatuh dan juruterbangnya ditangkap oleh penduduk-penduduk. Apabila juruterbang itu menjeritkan kata-kata "ajaib" itu, dia berasa hairan ketika penduduk-penduduk itu mengubahkan sikap-sikap mereka terhadapnya, dan memperlakukannya dengan baik.

Persatuan Muslim Jepun

Serangan Jepun terhadap China dan negara-negara Asia Tenggara semasa Perang Dunia II menghasilkan hubungan-hubungan antara orang-orang Jepun dengan orang-orang Muslim. Mereka yang memeluk agama Islam melalui hubungan-hubungan itu kemudian mengasaskan Persatuan Jepun Muslim di bawah pimpinan Allahyarham Sadiq Imaizumi pada tahun 1953. Persatuan tersebut ialah pertubuhan Jepun Muslim yang pertama. Bilangan ahlinya sebanyak 65 orang pada masa penubuhan persatuan ini bertambah dua kali ganda sebelum pemimpinnya meninggal dunia enam tahun kemudian.
Presiden kedua persatuan ini ialah Allahyarham Umar Mita. Mita merupakan orang Islam yang tipikal bagi generasi tuanya yang membelajari Islam di wilayah-wilayah yang diduduki olehEmpayar Jepun. Beliau bertugas dengan Syarikat Keretapi Manshu yang hampir menguasai semua kawasan Jepun di wilayah timur laut China ketika itu. Melalui hubungan-hubungannya dengan orang-orang Cina Muslim, beliau memeluk Islam di Beijing. Apabila Mita kembali ke Jepun selepas perang, beliau menunaikan haji, dan merupakan orang Jepun pertama selepas peperangan untuk berbuat demikian. Mita juga menterjemahkan maksud al-Quran dari sudut pandangan orang Muslim dalam bahasa Jepun buat pertama kali.
Oleh itu, hanya selepas Perang Dunia II baru terdapat sebuah komuniti di Jepun yang benar-benar boleh dipanggil "komuniti Jepun Muslim". Walaupun kejayaan permulaan agak memuaskan, perkembangan kemudian dari segi keahlian amat perlahan, dan walaupun terdapat banyak pertubuhan yang diasaskan sejak masa itu, setiap pertubuhan itu hanya mempunyai beberapa ahli yang aktif.

Orang Jepun Muslim

Tidak terdapat anggaran yang boleh dipercayai tentang bilangan orang Jepun Muslim di Jepun. Tuntutan tiga puluh ribu tidak diragui merupakan satu tokok tambah. Sesetengah orang mendakwa bahawa bilangannya hanya dalam beberapa ratus. Ketika ditanya, Abu Bakr Morimoto berjawab, "Bercakap terus terang, hanya seribu. Dalam pengertiannya yang paling umum, jika kita memasukkan mereka yang memeluk Islam tetapi tidak mengamalkan agama ini, umpamanya hanya untuk perkahwinan, bilangannya mungkin dalam beberapa ribu."
Perkembangan yang sebegini perlahan disebabkan sebahagiannya oleh keadaan luar. Suasana keagamaan tradisional Jepun dan kecenderungan yang amat mementingkan kebendaan harus dipertimbangkan. Tetapi terdapat juga kelemahan dari segi orang-orang Islam Jepun sendiri juga. Terdapat perbezaan orientasi antara generasi yang tua dengan generasi yang baru. Bagi generasi yang tua, Islam disamakan dengan agama Malaysia, Indonesia, China, dan sebagainya. Tetapi bagi generasi baru, negara-negara Asia Tenggara tidak begitu menarik hati disebabkan orientasi barat mereka dan oleh itu, mereka lebih dipengaruhi oleh Islam di negara-negara Arab.
"Generasi tua telah hidup dengan rapat dengan orang-orang Muslim bukan orang Jepun," Nur Ad-Din menegaskan. "Ini adalah sesuatu yang cemerlang dalam semangat persaudaraan. Tetapi dari segi yang lain, kita tidak boleh menafikan kesan sampingannya, iaitu, cara hidup ini tidak boleh mengelakkan orang-orang Jepun yang lain daripada berfikir bahawa agama Islam ialah sesuatu yang asing. Bagaimana untuk mengatasi rintangan ini ialah satu masalah yang perlu diatasi. Ini merupakan satu tugas untuk kita, generasi yang lebih muda."
Ketika melawat negara-negara Muslim, kata-kata bahawa orang-orang Muslim Jepun adalah kumpulan agama minoriti sering menimbulkan soalan daripada para hadirin, "Berapakah peratus bilangan orang Muslim di Jepun?" Jawapan ketika ini: "Satu daripada seratus ribu."

Dakwah di Jepun

Sejarah Islam di Jepun mendedahkan beberapa gelombang pemelukan agama yang rawak. Bagaimanapun, kempen-kempen agama baru di Jepun setakat ini tidak begitu berjaya, termasuk agama KristianStatistik menunjukkkan bahawa di sekitar 80% daripada jumlah penduduk Jepun adalah penganut Budhisme atau Shintoisme, sedangkan hanya 0.7% merupakan penganut Kristian. Keputusan tinjauan pendapat terkini yang dikendalikan oleh sebuah majalah bulanan Jepun membayangkan satu kaveat yang penting. Hanya satu perempat penduduk-penduduk Jepun mempercayai mana-mana satu agama yang khusus. Ketiadaan kepercayaan ini adalah lagi ketara bagi pemuda-pemudi Jepun yang berumur 20-an dengan kadar ateisme setinggi 85%.
Bilangan pendakwah yang berpotensi dalam komuniti Muslim di Jepun adalah amat kecil, dan terdiri daripada para pelajar dan pelbagai jenis pekerja yang bertumpu di bandaraya-bandaraya besar seperti HiroshimaKyotoNagoyaOsaka dan Tokyo. Persatuan-persatuan pelajar Muslim dan sebilangan persatuan tempatan sekali sekala mengelolakan perkhemahan dan perhimpunan dalam usaha untuk memperbaik pemahaman ajaran Islam serta untuk mengukuhkan persaudaraan antara orang-orang Muslim. Bagaimanapun, usaha-usaha mereka jarang diuruskan secara teratur untuk mengendalikan kegiatan-kegiatan dakwah dengan berkesan.
Terdapat keperluan yang berterusan untuk orang-orang Muslim bertahan daripada tekanan-tekanan dan godaan-godaan gaya hidup moden yang lebih ghairah. Orang-orang Muslim juga menghadapi kesusahan terhadap komunikasi, perumahan, pendidikan kanak-kanak, makanan halal, serta kesusasteraan Islam, dan kesemua ini menghalang kegiatan-kegiatan dakwah di Jepun.
Tanggungjawab dakwah seringnya dianggap sebagai suatu kewajipan orang-orang Muslim untuk berkhutbah kepada orang bukan Muslim. Bagaimanapun, panggilan yang penting untukislaah dan tajdeed juga merupakan bentuk-bentuk dakwah yang tersendiri untuk orang-orang Muslim. Usaha untuk pembaikan tahap pengetahuan Islam dan keadaan-keadaan hidup komuniti Muslim adalah satu bentuk dakwah pada dirinya yang amat diperlukan di Jepun. Jika sikap-sikap tidak ambil peduli dan kepasifan penduduk-penduduk Islam di Jepun terhadap persoalan-persolan jemaah Islam tidak bertukar, komuniti-komuniti Islam di Jepun menghadapi risiko pelemahan dan penghapusan melalui putar belit kepercayaan Islam yang akan bertambah teruk. Kemungkinan ini disebabkan oleh pendedahan yang tetap terhadap pengaruh-pengaruh adat resam dan amalan tradisional Jepun, seperti membongkokkan badan sebagai bentuk menyambut, serta penyertaan-penyertaan bersama dalam perayaan-perayaan agama dan lawatan-lawatan kuil.
Masalah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang Muslim mungkin lebih teruk bagi kanak-kanak Muslim yang, tanpa sebarang tadika atau sekolah Muslim, merupakan sasaran yang mudah untuk dipengaruhi oleh tabiat-tabiat budaya dan sosial yang bukan Islam. Ketiadaan institusi-institusi pendidikan yang bersifat Islam juga dibayangkan oleh fakta bahawa seluruh negara Jepun hanya mempunyai sebuah masjid yang tunggal. Dengan fadhl dari Allah (S.W.T), masjid itu telah bertahan daripada gempa bumi yang hampir memusnahkan seluruh bandar raya Kobe pada 17 Januari 1995. Terdapat usaha-usaha yang tetap untuk membina atau mengubah unit-unit perumahan menjadi surau di banyak bandar raya yang lain.
Tanggapan salah terhadap ajaran Islam yang diperkenalkan oleh media-media barat perlu dibetulkan dengan cara yang lebih cekap dan yang mengambil kira ciri penting masyarakat Jepun sebagai salah satu negara yang paling kenal huruf di dunia. Bagaimanapun, disebabkan taburan orang Muslim yang amat sedikit, terjemahan maksud-maksud al-Quran dalam bahasa Jepun juga tidak mudah didapati. Hampir tidak adanya kesusasteraan Islam di dalam buku-buku kedai atau perpustakaan-perpustakaan awam, kecuali beberapa esei dan buku dalam bahasa Inggeris yang dijual pada harga yang agak tinggi.
Oleh itu, tidaklah mengejutkan untuk mendapati bahawa pengetahuan orang Jepun yang biasa tentang agama Islam hanya dihadkan kepada beberapa istilah yang berkaitan denganpoligamiSunni dan ShiaRamadhan, Haj, Nabi Muhammad, dan Allah. Dengan kesan-kesan yang semakin terang tentang kesedaran kewajipan komuniti-komuniti Islam serta penilaian yang rasional terhadap keupayaan dan batasnya, Ummah Muslim telah menunjukkan tanggungan yang lebih kuat terhadap pelaksanaan kegiatan-kegiatan dakwah dengan cara yang lebih teratur.
Imej Islam dirosakkan secara teruk oleh pembunuhan Hitoshi Igarashi di Jepun disebabkan oleh penterjemahan Ayat-ayat Satan (The Satanic Verses) olehnya, Serangan 11 September2001, dan pengeboman bunuh diri di PalestinIsraelBaliIraq, dan Jordan yang dilakukan di atas nama Islam. Imej Islam juga dirosakkan lagi oleh tanggapan ketakstabilan politik di dunia Arab.

Pemilik Facebook Ditahan

KUALA LUMPUR, Dec 22 -- Polis telah menahan seorang lelaki pemilik facebook yang menghina Sultan Johor dan Institusi Beraja negeri. Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial menyatakan, lelaki berusia 40 tahun itu ditahan di sini pada 29 November lalu.

Beliau memberitahu wartawan, sebuah unit khas dibentuk Ogos lalu setelah beberapa aduan diterima perihal facebook itu, yang dibuat setelah kemangkatan Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail Januari lepas. Polis merampas lima telefon bimbit dan PDAs, lima komputer riba dan wireless router.

Syed Ismail berkata, penyiasatan menunjukkan bahawa lelaki dari Kuala Lumpur itu bekerja sendiri. Akaun facebooknya beralamat emel pendekar.bentan@gmail.com tetapi lelaki itu telah mencuri identiti pengguna lain yang tidak sign-out. Katanya lagi, suspek, seorang bekas siswa universiti tempatan, ahli kumpulan yang menganjurkan Islam sebagai gaya hidup, tetapi mengendalikan laman web itu secara bersendiri.

"Motifnya untuk mencipta akaun itu adalah untuk memperjuangkan idealisme tersendiri, dan penyiasatan menunjukkan bahawa dia bukan ahli kumpulan politik tertentu," kata Syed Ismail lagi. Laporan telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.- Bernama (Terjemahan)
Nota - Kumpulan Rajamenangis menyokong pihak polis menyiasat mana-mana pihak yang mempersendakan sultan serta Institusi Beraja di Tanah Melayu. Mereka yang didapati bersalah mesti dihukum dengan setimpal agar perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang.
Petikan pendapat : Saya tidak pasti jika peruntukan ini telah wujud di Tanah Melayu atau tidak tetapi saya mohon mencadangkan satu undang-undang khas yang menyamai undang-undang di negara Thai, dikenali sebagai lèse majesté (ertinya: biadap terhadap Raja) diwujudkan bagi memelihara dan mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu.
Di negara Thai, jika disabit dengan kesalahan, pesalah boleh dihukum penjara diantara 3 hingga 15 tahun. Sebagai contoh kes-kes dalam rekod di Thailand:
(a) Seorang profesor yang menyuruh pelajar-pelajarnya membincangkan kaedah “menyesuaikan“ sistem beraja dengan sistem demokrasi telah ditangkap. Kertas penulisan pelajar-pelajarnya telah dirampas oleh Polis untuk siasatan.
(b) Seorang warganegara asing yang mabuk telah menyembur cat ke atas gambar Raja Thai. Dia telah dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
(c) Di dalam laman web, seseorang telah meletakkan gambar orang lain di bahagian atas gambar Raja Thai turut dihukum;
(d) Seseorang enggan berdiri semasa lagu kebangsaan negara Thai berkumandang telah dihukum.
Undang-undang bagi Raja-Raja Melayu ini boleh digubal berdasarkan peruntukan di dalam perlembagaan Persekutuan Bab 2 Majlis Raja-Raja, Perkara 38 (6) iaitu . . . memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang . . yang menyentuh keistimewaan kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja.

Awasi Kawasan Flat Dari Gejala Zina

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) memandang serius kenyataan Ketua Sub-Unit Seksualiti, Bahagian Reproduksi Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah Mohd. Hassan bahawa remaja yang tinggal di kawasan flat kos rendah adalah berisiko tinggi terdedah kepada perbuatan zina dan pembuangan bayi. Menurut beliau, faktor jarak rumah yang terletak berhampiran antara satu sama lain boleh mendorong kepada perbuatan tersebut.

DPPWP berkongsi kebimbangan dengan jumlah flat kos rendah atau Projek Perumahan Rakyat (PPR) di kawasan Kuala Lumpur yang agak banyak. Dalam keadaan begini, bagaimanakah gejala seks bebas atau zina serta gejala pembuangan bayi dapat dibendung dalam masyarakat.
Faktor jarak rumah yang terlalu dekat sebagai penyumbang kepada gejala zina perlu diberi perhatian oleh pihak berkuasa. Mungkin kerajaan boleh memikirkan bagaimana agar jarak sesuatu rumah flat kos rendah tidak terlalu padat seperti sekarang dengan mengambil kira keselesaan dan kesesuaian penghuni rumah flat. Selain itu, faktor rumah yang terlalu sempit serta bilik yang kecil dan tidak mencukupi menyumbang kepada gejala ini. Bagi keluarga yang mempunyai ramai anak, kepadatan rumah menyebabkan anak-anak remaja mereka sering keluar rumah kerana tidak tahan dengan suasana sempit dalam rumah. Dalam hal ini, DPPWP berharap agar kerajaan menyediakan sekurang-kurangnya 3 buah bilik untuk mengasingkan antara anak lelaki dan perempuan di samping ruang rumah serta bilik yang agak selesa untuk sebuah keluarga.
DPPWP juga ingin mengingatkan ibu bapa agar lebih berhati-hati dan mengawasi pergaulan anak-anak. Jangan sesekali membiarkan anak-anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan serta membenarkan rumah dijadikan tempat untuk mereka berjumpa. Ibu bapa juga perlu mengawasi telefon bimbit anak-anak, video-kamera, VCD serta komputer terutamanya akses kepada internet supaya anak-anak tidak menonton pornografi di rumah.
Selain itu, DPPWP mengharapkan Rukun Tetangga atau Persatuan Penduduk agar lebih aktif dalam menjalankan rondaan. Mana-mana aduan berhubung seks bebas atau pergaulan bebas perlu dipandang serius dan tindakan segera perlu diambil. Program motivasi remaja dan bimbingan fardhu ain perlu kerap diadakan di kalangan remaja selain kuliah ilmu dan tazkirah dihidupkan di surau flat.
Akhir sekali, DPPWP turut mengharapkan agar jiran menjadi mata dan telinga kepada masyarakat sekitarnya. Peribahasa ‘jangan jaga tepi kain orang' sudah tidak boleh digunapakai lagi di dalam suasana masyarakat sekarang. Islam mengajar kita ‘amar ma'aruf nahi mungkar' dan peka terhadap apa yang berlaku di sekitar terutamanya rumah jiran mereka. Hanya dengan cara ini gejala zina, maksiat serta pembuangan bayi dapat dibendung di kawasan flat.
Disediakan oleh;

FADHIL OSMAN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Pejabat agama perlu sayangi kaki judi

Disamping pendekatan menangkap umat Islam yang berjudi di kedai judi berlesen, Pejabat Agama juga harus menggunakan pendekatan kasih sayang untuk menurunkan bilangan umat Islam yang berjudi yang semakin parah dan membarah di Malaysia sekarang ini.

Kalau di negara bukan Islam seperti di Australia dan Canada ada kempen Tak Nak Judi begitu giat dijalankan, kenapa di negara umat Islam majoriti di Malaysia ini, ianya tidak berlaku?
Baru-baru ini saya gunting rambut di pekan Senawang. Kedai judi berlesen terletak di seberang jalan. Luar kedai gunting ada kerusi tempat melepak.
Dari dalam kedai gunting saya nampak lelaki-lelaki Melayu yang dah berumur duk berbincang sesuatu sambil membelek-belek kertas judi. 
Kesian tengok orang Melayu kita ni. Pada mereka judi dah menjadi darah daging. Tak kaya-kaya pun. Tapi dah ketagih. 
Jadi disamping penguatkuasaan, eloklah Jabatan Agama gantung banyak-banyak poster Tak Nak Judi di merata-rata tempat terutama di taman perumahan dan kedai judi.  
Kalau negara barat boleh, kenapa Malaysia tak boleh ? 
Kalau Pejabat Agama tak ada bajet atau tak ada duit, sesiapa yang ada buat banner sebegini harap jual pada saya, boleh saya gantung kat taman perumahan saya. 
Antara poster-poster menarik yang mesra kaki judi pada pautan berikuthttp://waghih.blogspot.com/2010/12/pejabat-agama-perlu-sayangi-kaki-judi.html  
Antara kata-kata menarik pada poster kempen Tak Nak Judi di negara barat ialah : 
HIDUP LEBIH CERAH TANPA JUDI
ANDA AKAN MENANG BILA ANDA BERHENTI
BERJUDI BERJUDI ADALAH SATU KETAGIHAN 
JUDI, TAK KIRA MACAMANA ANDA MAIN, HOUSE YANG SENTIASA MENANG
 
SAYA AKAN BAYAR BALIK, SAYA TIADA MASALAH JUDI, NAK BERTARUH?
 
SAYANGI KELUARGA JAUHI JUDI
 
JUDI BUKAN HANYA RUGI DUIT, IA MENGANCAM MASA DEPAN DAN KEIMANAN ANDA
JUDI MENGANCAM SELURUH KELUARGA ANDA 
'Wanna bet?' Campaign
The "Wanna bet?" campaign has been developed to target people experiencing problems as a result of gambling and encourage them to seek assistance.
   
A 'GAMBLING Hangover' is the catchphrase of the State Government's new anti-gambling campaign that will use shock tactics to warn against problem gambling.
 
Friends4friends
Friends4friends is a social marketing campaign featuring advertisements in transit shelters, restaurants, bars and university newspapers, as well as on television, high-traffic websites and movie screens across the province.

Bayi 9 bulan koma dibaling papa


"MELAKA: Seorang bayi berusia sembilan bulan koma akibat pendarahan dalaman otak, akibat dipercayai dibaling bapa kandungnya ke atas katil selepas kerap menangis, di kediaman mereka di Jasin, dekat sini, Ahad lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan menyeluruh mengenainya.

Kita memang ada menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan awal mendapati bayi berkenaan koma, dipercayai akibat dibaling bapanya.

“Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selepas kejadian itu dan setakat ini, polis masih belum menangkap bapa bayi itu yang berusia awal 30-an untuk membantu siasatan.
“Kes ini juga sedang disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya di sini, semalam.
Difahamkan, bayi berkenaan dikejarkan ke Hospital Melaka oleh keluarganya selepas didapati tidak sedarkan diri, selain mengalami bengkak pada kepala sejurus kejadian berkenaan.
Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bayi itu dikesan mengalami pendarahan dalaman otak dan terpaksa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas itu bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Sehingga petang semalam, keadaan mangsa masih kritikal dan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HKL.
Aduan mengenai kejadian menimpa bayi itu dibuat seorang doktor di Hospital Melaka pada kira-kira jam 1 pagi sejurus mengesyaki ia menjadi mangsa penderaan.
Berita Harian difahamkan bayi itu adalah anak tunggal lelaki terbabit dan isterinya yang juga berusia awal 30-an.
Raja Shahrom meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi pihaknya dengan segera bagi membantu siasatan. Sumber

Datuk Seri Najib sila tunaikan janji Kerajaan malaysia ditementerai 47 tahun lalu

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Dato Seri Najib Razak hari ini dituntut agar segera menunaikan Perjanjian 20 antara Kerajaan Sabah dengan Kerajaan Malaysia yang telah dimenterai 47 tahun lalu sebelum 16 September depan.Gesaan tersebut yang dikeluarkan dalam satu kenyataan oleh bekas calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat, Joseph Wilfred Lakai @ Rick yang juga mahukan sekurang-kurangnya separuh daripada Jabatan Persekutuan di Sabah diketuai oleh anak jati negeri itu.

Perdana Menteri perlu secara serius melaksanakan Perjanjian 20 di Sabah sebelum 16 September tahun depan.
"Kalau tidak dapat semua, Najib sekurang-kurangnya melaksanakan separuh dari 59 Jabatan Persekutuan di Sabah dengan rakyat Sabah sebagai ketua setahun dari sekarang daripada hanya mengisytiharkan 16 September sebagai cuti umum kahaja,"  katanya.
Beliau menjelaskan pada masa ini rata-rata Jabatan-jabatan Persekutuan, Pengetua atau Guru Besar di sekolah di negeri ini dijawat oleh
penjawat dari Semenanjung sekaligus menafikan semangat Perjanjian Sabah itu. "Buat masa ini, saya difahamkan daripada 59 Jabatan Persekutuan, hanya lima sahaja diketuai oleh rakyat Sabah dan lebih 80 ketua sekolah dalam jabatan pendidikan di Sabah masih dijawat oleh Pegawai Kerajaan dari Semenanjung, yang jelas menafikan semangat dan surat Perjanjian 20 Sabah lebih 47 tahun yang lalu.
"Najib seharusnya membentangkan sasaran ini pada mesyuarat Kabinet yang terdekat untuk menunjukkan bahawa pentadbirannya serius untuk menangani kemurungan selama 47 tahun yang menyebabkan rakyat Sabah kecewa," katanya lagi.
Tanggungjawab kerajaan persekutuan
Beliau turut memberitahu ketika itu Tunku Abd Rahman berjaya memenangi hati pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak untuk menyertai Malaysia apabila dijanjikan peruntukan hak dan tanggungjawab kerajaan persekutuan terhadap dua negeri yang kaya dengan hasil buminya termasuk sumber minyak dan perhutanannya itu.
"Bapa Kemerdekaan kita Tunku Abd Rahman berjaya memenangi hati Sabah dan Sarawak untuk menyertai (Malaysia) dengan menjanjikan untuk memperuntukkan hak dan kewajipan (Kerajaan Persekutuan) spesifik kepada mereka.
"Kuasa-kuasa ini disemadikan dalam Perjanjian 20 Perkara di Sabah dan 18 Perkara di Sarawak yang dimeterai dengan Malaya.
"Oleh itu, rakyat Sarawak dan Sabah menjurus untuk mempercayai bahawa’Malaysia’ akan membenarkan mereka hak-hak yang lebih berbanding negeri-negeri anggota Malaya seperti Pahang atau Kedah dalam hubungan dengan Kerajaan Persekutuan," katanya lagi.
Bagaimanapun menurut beliau lagi, perjanjian ini semakin dilupakan walaupun fakta yang terdapat dalam perjanjian ini tidak boleh dipandang remeh termasuk perkara yang menyentuh agama dan bahasa rasmi di Sabah dan Sarawak.
“Fakta-fakta” ini bukan remeh-temeh, antaranya tiada agama rasmi negeri sama ada di Sabah mahupun Sarawak. Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah untuk satu tempoh yang tidak pasti.
"Sejajar dengan peredaran masa yang pantas ke tahun 2010, walau bagaimanapun,  fakta serta hakikat ini nampaknya dilupakan. Tidak kira, sama ada Perjanjian 20 untuk Sabah mahupun Perjanjian 18 bagi Sarawak dipenuhi semuanya.
Kewujudan mereka diketepikan
"Kewujudan mereka diketepikan dan terpinggir dalam bentuk nota kaki ringkas dalam buku sejarah. Untuk memburukkan lagi keadaan, kita sering kali dikhabarkan bahawa ‘Malaysia’ dilahirkan pada 31 Ogos 1957.
Baca seterusnya di sini

Utusan, NST dan Ustaz Shabudin disaman ker

PULAU PINANG, 21 Dis: Ekoran mengalami tekanan dan fitnah yang berleluasa ekoran penyiaran berita doa khutbah Jumaat yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Utusan Melayu, NST dan Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Berangan, Shabudin Yahaya disaman oleh Ustaz Zakaria Ahmad.


Dalam kenyataannya kepada media di sini malam tadi, beliau berkata saman itu adalah bagi mempertahankan kebenaran yang dibawa oleh beliau sebagai seorang tokoh agama daripada terus diperlekehkan oleh mereka yang mempunyai motif tertentu dalam membesarkan isu yang tidak benar lagi batil itu.
"Saman ini adalah bagi mengingatkan mereka yang jauh tersasar supaya tidak dengan sewenang-wenangnya menggunakan platform agama untuk mencari pengaruh.
"Saya bercakap atas dasar agama Islam yang sebenarnya. Mereka telah memfitnah saya melalui akhbar sehingga memberi satu impak yang negatif terhadap kepercayaan, kewibawaan dan reputasi masyarakat terhadap saya," tegasnya lagi.
Seperti mana dalam salinan saman yang diperolehi menyebut penyiaran dalam Mingguan Malaysia bertarikh 22 Ogos dengan perkataan fitnah oleh Shabudin 'tindakan menyebut nama Guan Eng dalam doa khutbah itu seolah-olah ada agenda politik dan membawa imej beliau'.
Begitu juga dengan penyiaran berita mengenai unsur fitnah yang mengaitkan isu khutbah dalam Berita Harian bertarikh 23 dan 25 Ogos lalu.
"Kenyataan yang menyatakan etika khutbah juga dah tak betul apabila melebihkan Guan Eng berbanding pemimpin agama Islam yang lain serta pengesahan Shabudin sebagai bekas Yang Dipertua Majlis Agama Islam bahawa saya tidak memiliki tauliah untuk membaca khutbah yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam adalah bersifat fitnah sedangkan saya mempunyai tauliah sejak 29 Mac 2003 lagi," tambahnya lagi.
Sebelum ini, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan penyalahgunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang dalam khutbah Jumaat di beberapa buah masjid di Pulau Pinang ketika mempengerusikan mesyuarat perhubungan di Tasek Gelugor.
Ekoran pendedahan tersebut Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang melalui Pemuda Umno bahagian telah membuat beberapa laporan polis supaya perkara itu disiasat.
Zakaria memfailkan saman itu Oktober lepas di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melalui Tetuan Aswar, Simon dan Azhar.
Katanya lagi, apa yang diharapkan ialah keadilan tertegak tanpa menidakkan kebenaran yang sepatutnya dijadikan asas dalam penyiaran oleh mana-mana media dalam negara ini.
Beliau juga turut dipanggil untuk memberi keterangan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 24 Ogos lalu.
Namun begitu, tiada apa-apa tindakan diambil terhadap beliau setelah keterangan yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ellias Zakaria diadakan pada 24 Ogos lalu.