Pelan susunatur Bandar Baru Pasir Mas
Ramai diantara kita yang pulang sekali sekala akan merasa kecewa apabila melihat kelembapan pembangunan Bandar Pasir Mas. Disamping satu dua bangunan baru yang terbina, tidak nampak apa-apa perbezaan ketara sebagaimana berlaku di Kota Bharu. Seorang jurugambar dari London yang berasal dari Malaysia menyatakan perasaan menarik apabila beliau melihat gambar dibawah.
Steven Lee seorang jurufoto dari London kata bangunan ini cantik dan baik disimpan.
Sebenarnya pembangunan Bandar Pasir Mas adalah agak sukar kerana bandar kecil ini tersepit diantara Sungai Kelantan dan laluan kereapi. Sebahagian besar tanah dalam bandar yang kini digunakan sebagai stesyen bas, stesyen kereta sewa hingga ke stesyen minyak Caltex adalah kepunyaan Keretapi Tanah Melayu. Justeru ianya tidak dapat di gunakan untuk pembangunan bangunan kekal.
Masalah kesesakan kenderaan dalam bandar terutama pada hari perayaan seperti yang akan datang ini, menyulitkan lagi kehidupan dalam bandar kecil ini.
Untuk mengatasi masalah ini satu tapak Bandar Baru Pasir Mas yang letaknya 8 km dari bandar Pasir Mas telah dikenal pasti dan pembangunannya telah pun bermula. Tapak ini adalah tanah kerajaan justeru tdak tibul masalah pengambilan tanah yang pastinya menelan belanja yang banyak. Bandar Baru ini terletak di Lubuk Jong berhadapan denan Pusat Kemahiran Tinggi Mara.
Berikut adalah gambar-gambar terkini yang baru saya rakamkan.
Kedai Omar AlAhmadi telah ditukar atapnya kerana atap lama sudah bocor.