Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Januari 28, 2012

Pas sasar 12 kerusi Sarawak 9 Sabah

KUALA LUMPUR, 27 Jan: PAS bercadang untuk bertanding 12 kerusi parlimen di Sarawak dan sembilan kerusi di Sabah dalam pilihan raya umum ke 13 nanti.

Menurut sumber, kerusi-kerusi itu adalah kawasan tradisi PAS di samping kawasan yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya lalu.

"Kalau selama ini PAS bertanding berdasarkan kaum atau agama yang ada di kerusi berkenaan, namun kini PAS tidak lagi ada batasan itu dengan lahirnya Dewan Himpunan Penyokong PAS atau DHPP," kata satu sumber PAS kepada Harakahdaily.

Dalam pilihan raya umum 2008, PAS hanya bertanding satu kerusi parlimen di Sarawak iaitu Batang Lupar dan hanya dua kerusi Dun di Sabah.

Namun begitu, di Sarawak terdapat 10 kerusi yang tidak ditandingi oleh mana-mana parti Pakatan dan sebahagiannya di menangi oleh calon BN tanpa bertanding.

Kerusi-kerusi yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN adalah Tanjung Manis, Igan, Selangau, Kapit dan Kanawit.

Kerusi-kerusi yang hanya ditandingi oleh calon bebas pula adalah Lubok Antu, Mukah, Ulu Rajang, Baram dan Sri Aman.

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, sehingga kini PAS sudah sah bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi di Sarawak berdasarkan kerusi tradisi.

Namun sehingga kini, 10 kerusi yang ditandingi calon bebas dan dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN belum ditentukan lagi parti mana yang akan bertanding.

Sejak beberapa bulan lepas, pelbagai badan dalam PAS turun ke Sarawak dan Sabah dari Semenanjung. Antaranya yang berkaitan dengan pilihan raya dan penerangan.

Yang terakhir adalah rombongan Lajnah Penerangan PAS Pusat yang dipimpin Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
(Gambar: Rombongan Lajnah Penerangan PAS yang diketuai Tuan Ibrahim memacakkan kayu asas surau di pulau Shanghai, Sandakan)

Melalui ekspedisi itu, PAS membuka denai dan jalan untuk membolehkan benih-benih PAS di tanam di bumi Kenyalang dan Negeri Bawah Bayu itu.

"Sambutan amat baik dan ramai penduduk tempatan yang berharap PAS bertanding di kawasan mereka," kata salah seorang anggota rombongan itu kepada Harakahdaily.

Di Sandakan, PAS telah membuat satu projek angkat iaitu membina sebuah surau di Pulau Shanghai, yang terletak setengah jam menaiki bot laju dari Sandakan.

Semua penduduk pulau itu beragama Islam namun tidak ada sebuah pun surau di pulau itu.

Calon PRU13 ditentukan pimpinan - Tengku Hasan

(Tengku Hassan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada orang Cina di Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 28 Jan: Desas-desus yang tersebar kononnya pendakwah bebas yang tersohor masa kini, Ustaz Azhar Idrus bakal dicalon bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Ladang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 sekadar spekulasi.

Bahkan, ianya tidak menggugat penyandangnya Datuk Tengku Hassan Tengku Omar sebagai wakil rakyat sejak dipilih pada pilihan raya 2008, lalu.

Katanya, siapa yang berhak sebagai calon PAS bertanding dalam PRU13 akan ditentukan oleh pucuk kepimpinan parti.

Menurutnya, bukan hak sesiapa yang boleh mendahului keputusan kepimpinan parti termasuklah menamakan mana-mana calon.

“Soal calon itu terserah kepada pucuk kepimpinan parti dan biar mereka (pimpinan) yang tentukan siapa calon-calon yang layak bertanding pada PRU13.

“Saya tidak rasa tergugat atau tercabar kerana hal calon bukan kita yang tentukan tetapi pucuk kepimpinan parti (PAS),” ujarnya ketika menghadiri rumah terbuka Dewan Himpunan Cina di Kampung Cina, dekat sini, 27 Januari lalu.
(Tengku Hassan menyambut salam Pengerusi Parti Gerakan Terengganu, Datuk Yap Kea Ping pada majlis rumah terbuka Dewan Himpunan Cina Terengganu.)

Hadir sama mengiringi Tengku Hassan ke majlis rumah terbuka tersebut Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing.

Beliau yang Timbalan yang Dipertua PAS Kuala Terengganu menyifatkan desas-desus mengenai calon PAS di Dun Ladang itu sekadar spekulasi di kedai kopi sahaja.

Katanya, sebagai Adun Ladang yang dipilih oleh rakyat masih menjalankan tugas berkhidmat kepada masyarakat sehingga kini.

“Itu (desas-desus) sebagai calon mungkin spekulasi di kedai kopi yang melihat aura populariti dia (Ustaz Azhar) masa kini yang diminati ramai.

“Saya masih seperti biasa menjalankan tugas sebagai wakil rakyat yang berkhidmat kepada masyarakat di Dun Ladang dan sekitarnya,” jelas Tengku Hassan.

Pada pilihan raya tahun 2008, PAS berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Dun Ladang apabila calon PAS, Tengku Hassan Tengku Omar menang dengan majoriti 31 undi.

Beliau memperolehi sebanyak 6,723 undi dengan menewaskan penyandangnya calon BN, Dato’ Wan Hisham Wan Salleh yang mendapat 6,692 undi pada PRU12 lalu.

Jumaat, Januari 27, 2012

KFC Malaysia dah jadi yahudi punya

PENGAMBIALIHAN QSR DAN KFCH OLEH JCORP
PENGKHIANATAN UMNO TERHADAP AGENDA BUMIPUTERA


Pada 21 Disember, 2011, Lembaga Pengarah KFC Holdings (M) Bhd. dan QSR Brands Bhd. telah bersetuju menerima tawaran yang dibuat oleh Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) untuk mengambilalih keseluruhan perniagaan KFC dan QSR termasuk semua aset dan liabiliti. Kos pengambilaihan ini adalah RM5.2 bilion dengan pertimbangan RM4 bagi saham KFCH dan RM6.80 bagi saham QSR.

MESB adalah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) yang 51% saham dimiliki oleh Johor Corporation (JCorp) dan 49% dimiliki oleh CVC Capital Partners, sebuah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan antarabangsa. Setelah proses pengambilalihan, MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia dan akan diubah status menjadi “syarikat persendirian”.

JCorp memiliki 53% saham di dalam Kulim (M) Bhd. manakala Kulim Bhd memiliki 57.5% saham di dalam QSR Brands Bhd. QSR pula memiliki 50.6% saham di dalam KFCH. QSR melalui KFCH memiliki dan mengendalikan 640 Restoran KFC di Malaysia, Singapura, Brunei, Cambodia dan India. KFCH juga menguruskan 29 Restoran RasaMas di Malaysia dan Brunei disamping 55 Kedai Ayamas di Malaysia.

Implikasi pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp melalui Massive Equity Sdn. Bhd. (MESB) adalah seperti berikut;

1) Proses pengambilalihan ini akan menyebabkan 49% saham dalam KFCH dan QSR akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera melalui pemilikan 49% saham oleh CVC Capital Partners dalam MESB. CVC Capital Partners adalah firma ekuiti persendirian dan perunding pelaburan asing yang ditubuhkan di London pada tahun 1981 sebagai firma modal teroka kepada Citigroup (Citigroup Venture Capital-CVC) yang dipercayai mendapat sokongan kuat dari Yahudi. Pada tahun 1993 CVC telah diambilalih oleh pihak pengurusannya daripada Citigroup dan ditukar nama kepada CVC Capital Partners.



2) Persoalan yang belum terjawab adalah kenapakah pengambilalihan KFCH dan QSR oleh JCorp perlu melalui pihak ketiga iaitu MESB yang 49% sahamnya dimiliki oleh CVC Capital Partners. Kenapakah JCorp tidak bekerjasama dengan banyak lagi agensi bumiputera yang berkemampuan dari segi kewangan seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), FELDA, Lembaga Tabung Haji (LTH), UDA, MARA atau syarikat koperat berkepentingan bumiputera. Cara begini akan memastikan saham KFCH dan QSR tidak akan terlepas kepada warga asing/bukan bumiputera.

3) Kenyataan JCorp yang dikeluarkan pada 19hb. Disember, 2011 dengan menyatakan pengambialihan tersebut akan menjadikan JCorp mempunyai wang secukupnya bukan sahaja untuk menjelaskan hutang tetapi juga menjana pulangan secara langsung membayangkan bahawa kemungkinan saham 51% yang dimiliki oleh JCorp dalam KFCH dan QSR akan dijual kepada pihak lain. Kemungkinan ini juga berdasarkan kepada keenganan pengurusan JCorp sekarang ini untuk mengikuti perancangan asal JCorp semasa dibawah bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Tan Sri Dato’ Ali Hashim iaitu untuk menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea yang bernilai RM6 bilion yang dimiliki melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. bagi membayar hutang JCorp.

Apabila tidak menjual ladang kelapa sawit di Papua New Guinea, maka JCorp terpaksa menjual aset-asetnya yang lain seperti Menara Pejabat Kotaraya dengan 100 tempat letak kereta beharga RM27 juta kepada Iskandar Investment Berhad (IIB), 13,687 hektar ladang kelapa sawit kepada Kulim (M) Bhd. pada harga RM700 juta. JCorp juga bercadang untuk menerbitkan bon baru sebanyak RM2.5 bilion bagi menyediakan sejumlah RM3.58 bilion bagi menebus bayar bon yang akan matang pada 31 Julai, 2012 yang telah diterbitan pada tahun 2002. Jika mengharapkan dividen RM100 juta setahun dari pelaburan JCorp dalam KFCH dan QSR ianya akan memakan masa yang lama bagi membayar balik tambahan hutang RM2.652 bilion (51% dari kos keseluruhan RM5.2 bilion) yang perlu ditanggung oleh JCorp dalam proses pengambilalihan ini. Keadaan ini akan dijadikan alasan kukuh oleh pengurusan JCorp sekarang ini untuk menjual sebahagian daripada 51% saham JCorp dalam KFCH dan QSR. Jika ini berlaku maka insiden “terlepasnya Pulau Batu Puteh” akan berulang kembali kerana KFCH dan QSE boleh dikatakan lubuk emas dari aspek pelaburan dengan jualan kasar setahun melebihi RM4 bilion. Itulah juga rahsianya kenapa MESB mengeluarkan KFCH dan QSR dari senarai Bursa Malaysia untuk menjadi status “syarikat persendirian” supaya pindahmilik saham boleh dilakukan dengan lebih mudah tanpa pengetahuan orangramai dan juga terlepas daripada syarat-syarat dan peraturan yang ketat yang dikenakan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC). Akhirnya majoriti saham KFCH dan QSR akan dikuasai oleh individu dan syarikat asing serta penguasaan bumiputera ke atas KFCH dan QSR akan terlepas.

4) Majoriti pelanggan rangkaian resoran KFC, Ayamas dan Rasamas adalah orang-orang Melayu Islam. Apabila majoriti saham KFCH dan QSR terkepas kepada warga asing dan bukan bumiputera maka isu halal ayam KFC akan timbul semula sebagaimana pernah timbul satu masa dahulu. Bagaimana nasib ratusan kontraktor bumiputera yang selama ini dibimbing oleh JCorp sebagai pembekal kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimana nasib penternak-penternak ayam bumiputera yang dibimbing selama ini bagi membekalkan ayam kepada rangkaian restoran KFC, Ayamas dan Rasamas? Bagaimanakah penguasaan 30% ekuiti ekonomi oleh Bumiputera jika agenda sebegini masih ada pada pimpinan UMNO/BN?

5) Apakah peranan YAB Dato’ Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor yang juga merupakan Pengerusi JCorp? Adalah mustahil beliau tidak mengetahui agenda yang tersirat disebalik yang tersurat. Apakah ada tangan “superman” yang dikatakan oleh Tan Sri Dato’ Ali Hashim yang menyebabkan Dato’ Abdul Ghani Othman terpaksa berdiam diri dan hanya bersetuju dengan apa yang telah dinasihatkan oleh “penasihat” atau mungkinkah Dato’ Abdul Ghani telah dijanjikan dengan habuan politik untuk terus menerajui Negeri Johor sebagai Menteri Besar bagi tempoh sepenggal lagi.

Persoalannya siapakah pemegang watak “superman” dan “penasihat” dalam filem ini. Kalau mengikut teori filem 3 Abdul, yang pasti Tuan Penasihatnya adalah Kassim Pantalan yang terkenal dengan panggilan “20 percent”. Setiap nasihat yang diberi mesti ada bahagian untuknya. Dalam proses pengambilalihan, siapakah agaknya Kassim Pantalan yang sentiasa beroleh keuntungan. Sadiq Sigaraga atau ‘supermannya’ dipercayai adalah orang atasan UMNO/BN, manakala Abdul Wahab adalah Pengerusi JCorp iaitu YAB Menteri Besar Johor dan Abdul Wahib adalah Presiden atau Ketua Eksekutif JCorp sekarang iaitu Kamaruzzaman Abu Kasim.

6) Semasa JCorp di bawah pentadbiran Tan Sri Dato’ Ali Hashim, beliau bersungguh-sungguh memastikan bahawa JCorp dan anak-anak syarikatnya tidak dipengaruhi oleh orang politik khususnya di dalam membuat keputusan pelaburannya. Pada masa beliau hanya seorang sahaja ahli politik yang terlibat iaitu YAB Dato’ Abdul Ghani Othman sebagai pengerusi JCorp. Bagi menjayakan filem ala 3 Abdul ini, UMNO telah memasukkan beberapa kuda tungganganya dalam Kulim (M) Bhd. sebagai pengarah iaitu Datuk Ahmad Zaki Zahid (44 tahun, berasal dari Kedah, Ketua Pemuda Putrajaya & EXCO Pemuda UMNO Malaysia), Natasha bte Kamaluddin (39 tahun, Pengarah Ethos & Company), Wan Mohd Firdaus Wan Ahmad Fuaad (28 tahun, berasal dari Kelantan, bekas Pegawai Khas kepada Menteri Besar Johor) dan Edward Leung Kok Keung (44 tahun, dipercayai wakil Dato’ Lim Kang Hoo, pemilik Ekovest dan Danga Bay). Kesemua mereka kecuali Natasha adalah juga dilantik sebagai Lembaga Pengarah Damansara Realty Bhd. anak syarikat hartanah Kulim (M) Bhd. Akhirnya, JCorp hanyalah dijadikan alat bagi pihak-pihak tertentu untuk memuaskan nafsu politik dan nafsu business mereka.

Selamatkan Johor

Sudah sampai masanya untuk rakyat Negeri Johor untuk sedar dari buaian mimpi rekaan UMNO/BN. Jangan ditunding jari kepada DAP, PKR ataupun PAS yang menyebabkan terhakisnya agenda Bumiputera! Jangan ditunding jari kepada golongan bukan Bumiputera sebagi penyebab gagalnya golongan Bumiputera menguasai 30% ekuiti dalam ekonomi negara! Selagi negara mempunyai pemimpin yang mempunyai agenda tersendiri untuk memuaskan nafsu politiknya maka selagi itulah negara dan khazanah negara berada dalam keadaan bahaya. Bukan sesiapa yang menjadi pengkhianat kepada agenda Melayu dan Bumiputera tatapi realitinya membuktikan UMNOlah sebenarnya yang menghakis agenda Bumiputera dahulu, kini dan selamanya.

Rakyat Negeri Johor hanya mempunyai satu pilihan iaitu memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihanraya Umum ke-13 bagi melahirkan Abdul Wahub yang akan menyelamatkan aset atau harta milik khazanah negeri dan rakyat Negeri Johor daripada terus digadaikan oleh pimpinan UMNO/BN bernafsu seperti Sadiq Sigaraga.

“MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN”

Sr. Hj Dzulkefly Hj Ahmad
Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor

Akaun Plus & Emas(bahagian 2-FAQ)

Adakah pautan pemindahan emas boleh luput?

Adakah produksi sumber meningkat dengan PLUS?

Apakah maksud 'tempahan aktif'?

Apakah prosedur pemindahan emas?

Bagaimana dengan baki emas selepas pelayan tamat?

Bagaimana hendak membeli emas dengan negara lain?

bagaimana hendak mendapatkan emas(dengan percuma)?

Bagaimana hendak mendapatkan emas?

Bolehkah penjaga membeli emas dari akaun saya?

Bolehkah saya  memindahkan baki emas?

Mengapa ada bangunan tidak boleh siap dengan emas?

Mengapa bayaran saya ditolak?

Perlukah akaun PLUS untuk aktifkan pilihan lain?

Siapa yang patut dihubungi jika terdapat masalah?

Akaun Plus & Emas(bahagian 1-Akaun Plus)

1-Kos

Akaun PLUS boleh diaktifkan selama 7 hari  dengan Gold.png10 bagi pelayar 1x. Bagi pelayar 2x atau 3x, ia diaktifkan selama 3 hari dengan Gold.png10. Apabila anda mengaktifkan PLUS, anda boleh gunakan semua kelebihannya dengan percuma dan tanpa had.


2-Nota


Dengan Akaun PLUS, anda boleh gunakan "Nota" yang boleh dilihat pada mesej anda. Di sini, anda boleh tuliskan apa sahaja (cth: arahan, peringatan dll) untuk diri sendiri, dwi pemain ataupun penjaga akaun anda.


notepad.png

3-Dua pembinaan berturut-turut

Semua puak boleh membina 2 pembinaan berturut-turut (bangunan atau lapangan sumber) selagi anda memiliki sumber yang mencukupi. Ia banyak membantu dalam memastikan pembangunan kampung anda berterusan dan lancar.
Gold.png
4-Peta Besar

Anda boleh mendapatkan peta yang lebih besar berbanding peta biasa. Peta besar memaparkan 15x31 tapak dan seterusnya memberikan keselesaan penuh kepada anda. Klik pada simbol yang disediakan (dibulatkan merah) dalam peta anda untuk mengembangkan peta anda menjadi peta besar.

big_map.png

5-Fungsi Arkib untuk mesej & laporan

Arkib disediakan untuk memudahkan anda menyimpan laporan atau mesej. Anda hanya perlu klik pada kotak di sebelah kiri laporan atau mesej dan kemudiannya klik butang "arkib" (archive) pada bahagian bawah. Jika anda hendak memeriksa laporan atau mesej yang disimpan, klik pada "arkib" yang disediakan pada menu mesej atau laporan.

archive_message.png

6-Pandangan keseluruhan pusat kampung

Fungsi ini membolehkan anda melihat keseluruhan kampung anda. Jika anda memiliki lebih dari 1 kampung, klik "kampung" pada sebelah kiri halaman untuk menggunakan fungsi ini. Jika anda hanya memiliki 1 kampung, anda perlu tambahkan dorf3.php pada URL pelayar anda (contoh: http://s1.travian.com.my/dorf3.php)

central_overview1.png

Pada menu "Keseluruhan" (Overview), kolum "Serangan" (Attacks) menunjukkan pergerakan askar anda (menyerang, diserang dll). Jika anda bawa tetikus kepada simbol yang ditunjukkan, anda boleh lihat jumlah pergerakan askar anda. Kolum "Bangunan" (Building) pula menunjukkan jumlah pembinaan yang sedang berjalan ataupun yang sedang menunggu giliran pembinaan. "Askar" (Troops) menunjukkan askar yang sedang dilatih.
Jika anda klik menu " Sumber" (Resources), jadual baru akan dipaparkan seperti di bawah.

central_overview2.png

Jadual ini membolehkan anda melihat jumlah sumber yang anda ada bagi semua kampung. Kolum "Pedagang" (Merchants) pada bahagian hujung. Nombor pertama menunjukkan jumlah pedagang yang sedang dalam perjalanan dan nombor kedua merujuk kepada jumlah pedagang yang anda ada. 
Kemudian, menu "Gudang" (Warehouse) menunjukkan maklumat berikut:

central_overview3.png

Menu "Mata budaya" (CP) menunjukkan jumlah mata budaya yang dihasilkan, perayaan yang sedang berjalan dan jumlah pentadbir/peneroka yang anda anda.

central_overview4.png

Akhir sekali menu "Askar" (Troops) yang akan menunjukkan anda maklumat umum berkaitan askar-askar anda.

central_overview5.png
Tekan "Askar dalam kampung" (Troops in Villages) untuk mendapatkan maklumat penggunaan tanaman
central_overview6.png

7-Pelengkap automatik
Fungsi ini memboleh anda menulis nama penuh kampung dengan hanya memasukkan beberapa aksara atau huruf. Bergantung kepada kegemaran anda, anda boleh menggunakan fungsi ini untuk kampung anda, kampung sekeliling ataupun kampung rakan sepersekutuan.

auto.png

Anda boleh sunting fungsi ini di profail anda pada bahagian "Kegemaran".
8-Penapis Laporan
Adakalanya terlalu banyak membuat perdagangan akan menyebabkan laporan anda dipenuhi dengan laporan perdagangan. Fungsi ini membolehkan anda menapis laporan perdagangan yang diterima anda.

report_filter.png

Anda boleh sunting fungsi ini di profail anda pada bahagian "Kegemaran".

9-Pautan terus & pautan skype

Fungsi ini membolehkan anda meletakkan apa-apa pautan bagi memudahkan anda merujuk atau melakukan sesuatu. Contohnya jika anda letak pautan "Kelab Emas" (masukkan URL untuk Kelab Emas), anda boleh terus ke Kelab Emas dengan klik pada pautan tanpa perlu masuk dahulu ke pusat kampung. Anda boleh sunting fungsi ini di profail anda pada bahagian "Kegemaran".

direct_links.png

Setelah pautan dibuat, anda boleh lihat pautan tersebut pada bahagian bawah senarai kampung-kampung atau wira anda. 

direct_links2.png

10-Stastik bergrafik

ada bahagian Statistik, anda boleh masuk ke "Plus" dan melihat statistik yang dilengkapi dengan grafik. Graf menunjukkan pembangunan ekonomi, populasi dan kekuatan bala tentera anda.

stats.png

11-menanda serangan

Anda pasti perasan bahawa terdapat bulatan kelabu pada serangan yang sedang dalam perjalanan ke kampung anda (di titik perhimpunan).  Jika anda klik pada bulatan tersebut, warnanya akan bertukar seperti yang ditunjukkan di bawah:

flaging2.png

Klik yang pertama akan mengubah warna bulatan tersebut kepada hijau, klik kedua mengubahnya menjadi warna kuning dan klik ketiga mengubahnya menjadi warna merah. Klik keempat akan menyebabkan bulatan tersebut berubah kembali menjadi kelabu.

flaging3.png

flaging4.png

flaging5.png

flaging1.png

Tujuan fungsi ini adalah untuk menanda serangan yang mendatang. Adakalanya, terdapat banyak serangan yang datang dan fungsi ini membantu anda menanda serangan yang dirasakan perlu diambil perhatian penuh dan seterusnya mengurangkan perhatian ke atas serangan palsu.

TRAVIAN-Bab 1(pengenalan)


Travian merupakan permainan berasaskan pelayar web Jerman yang dikembangkan oleh Travian Games GmbH[2] yang sebahagian besar berkait dengan permainan sebelumnya yang berjudul Tribal Wars. Pada tahun 2006, permainan ini mendapat peringkat satu dalam "permainan browser-based terbaik dengan lebih dari 10,000 pemain".

Setiap pemain memulakan permainan sebagai ketua sebuah kampung kecil samada puak RomTeuton atau Gaul. Setiap kampung hanya mempunyai dua penduduk. Kampung tersebut pada awalnya mempunyai satu bangunan utama, dikelilingi oleh ruangan pembinaan bangunan dan mempunyai 18 tapak sumber iaitu sumber: kayutanah liatbesi dan tanaman yang dapat dinaiktarafkan sehingga tahap tertentu (bergantung versi pelayan).


Permainan

Tentera dapat ditubuhkan jika telah mempunyai berek dan titik perhimpunan. Dan juga anda dapat melatih pasukan berkuda(kavaleri) apabila anda telah memiliki kandang kuda dan telah meyelidiki pasukan tersebut. Tentera lain juga akan tersedia jika anda sudah meyelidikinya terlebih dahulu di dalam akademi.


Akhir permainan

Pelayan akan bermula kembali ketika pembangunan Keajaiban Dunia (Wonder of World) mencapai tahap 100. Keajaiban Dunia memerlukan artifak dan hanya dapat dibangun di kampung puak Natar. Setiap pemain harus menguasai kampung milik puak Natar dan harus mempertahankannya dari serangan puak Natar dan pemain-pemain lain. Natar merupakan suku yang dimainkan oleh NPC dan hanya muncul setelah 300 hari setelah server normal bermula manakala untuk server speed(3x) hanya memerlukan 100 hari setelah server bermula.


Nama suku

Travian mempunyai 3 suku yang dapat dimainkan oleh semua orang dan mempunyai 1 suku yang hanya dapat dimainkan oleh NPC iaitu Natars.

Dari kiri ke kanan adalah suku Teuton, Gaul dan Romawi
. Setiap suku memilik kehebatan dan kekurangan masing-masing

[sunting]Roman

Roman merupakan salah satu suku yang sangat maju dan ahli dalam pembangunan, Roman mempunyai keistimewaan dan kekurangan sebagai berikut:
  • Dapat membangun lahan sumberdaya dan bangunan secara bersamaan.
  • Bonus bertahan tinggi-bonus dari Pagar Batu
  • Pedagang dapat membawa sumberdaya sebanyak 500 unit (kecepatan: 16 petak/jam).
  • Tempat minum kuda, bangunan yang mengurangi konsumsi pasukan kavaleri.
  • Infantri sangat kuat, pasukan berkuda rata-rata,
  • Adanya Tempat Minum Kuda yang setiap level akan menurunkan waktu pelatihan sebesar 1%.
(hanya ada di versi 3.5. Saat ini versi yang sering digunakan 3.1)
Kekurangan:
  • Pengembangan mahal dan memakan waktu yang lama.
  • Pagar batu sangat mudah untuk dihancurkan.


Gaul

Gaul merupakan suku terdamai di Travian, Gaul merupakan pasukan tercepat (rata-rata 6 bidang perjam). Gaul sangat ahli dalam pertahanan. keistimewaan dan kekurangan suku galia adalah sebagai berikut:
  • Bonus kecepatan: Pasukan tercepat dalam Travian
  • Pertahanan rata-rata-bonus kerana pagar kayu
  • Pedagang bisa membawa 750 unit sumberdaya (kecepatan: 24 petak/jam)
  • Cranny 2 kali lebih besar
  • Settler yang murah di pemeliharaan
  • Adanya Ahli Perangkap untuk menjebak unit musuh
Kekurangan:
  • Senjata berat mahal


Teuton

Teuton merupakan suku yang selalu menjarah, Teuton hebat dalam menyerang tetapi pertahanan Teuton sangat lemah, sehingga pasukan Teuton dapat dikalahkan. Keistimewaan dan kekurangan adalah sebagai berikut:
  • Bonus rampasan: gua musuh hanya dapat menyembunyikan 2/3 dari kemampuannya.
  • Pagar Tanah hampir tidak dapat dihancurkan, tetapi hanya memberikan bonus bertahan minimal
  • Pedagang dapat membawa 1000 unit sumberdaya (kecepatan: 12 bidang/jam)
  • Pelatihan pasukan yang sangat murah dan cepat
  • Adanya Kilang Bir dapat meningkatkan bonus penyerangan 1% per tahap selama perayaan berlangsung.(hanya ada di versi 3.5)
Kelemahan suku Teuton sebagai berikut:
  • Pertahanan lemah
  • Pergerakan pasukan lambat
  • Senjata berat ( Catapult dan Ram ) tidak sekuat Rom dan Gaul


Pasukan


Roman

  • Askar Legion
  • Pengawal Pertahanan
  • Askar Empayar
Kavaleri(Pasukan Berkuda)
  • Kesatria Diplomatik
  • Kesatria Empayar
  • Kestaria Jeneral
Alat Berat(seperti pendobrak atau pelontar batu)
  • Kereta Pelantak
  • Tarbil Api
Lainnya
  • Senator(semakin kerap Senator berpidato di depan rakyat desa lain semakin besar peluang anda memiliki desa tersebut)
  • Peneroka(tugas peneroka membuat desa baru dengan mengirimnya ke desa tanpa tuan


Gaul

Infantri
  • Falanks
  • Askar Pedang
Kavaleri
  • Penjelajah
  • Guruh Theutates
  • Penunggang Druid
  • Haeduan
Alat Berat
  • Kereta Pelantak
  • Tarbil
Lainnya
  • Pemimpin(tugasnya sama dengan Senator)
  • Peneroka


Teuton

Infantri
  • Askar Belantan
  • Askar Lembing
  • Askar Kapak
  • Peninjau
Kavaleri
  • Kesatria Santo
  • Kesatria Teutonik
Alat Berat
  • Kereta Pelantak
  • Tarbil
Lainnya
  • Penghulu(tugasnya sama dengan Chieftain)
  • Peneroka


Oasis

Oasis merupakan tempat yang digunakan untuk menambah sumber sebanyak 25% sehingga 50%. Untuk menguasai oasis, memerlukan seorang satria dan peneroka tahap 10 untuk mendapat 1 oasis, tahap 15 untuk 2 oasis .


Perbezaan antar server

Server speed, klasik (Travian 2.5) dan normal memiliki perbedaan. Berikut adalah daftar perbezaan antar server.


Server speed

  • Waktu permainan ditingkatkan menjadi 3 kali lebih cepat (kecuali fitur-fitur tertentu, untuk ini waktu dibagi 3 kali).


Server klasik

  • Tidak ada oasis dan kesatria
  • Tidak ada perangkap
  • Perlindungan pemula lebih lama
  • Sumberdaya dapat tingkatkan sehingga tahap 12 untuk ibukota, dan desa lain hingga level 10.


Server normal

  • Sumberdaya dapat ditingkatkan sehingga tahap 25 untuk ibukota, dan desa lain hingga level 10.