"Pada pandangan ana, Ramadhan tahun ini nampak berbeza daripada ramadhan-ramadhan sebelum ini. Pelik dan Takjub. Ramadhan tahun ini ana lihat bilangan jemaah 'terawih' tidak seperti dahulu.
Dulu-dulu di kebanyakkan masjid-masjid dan surau-surau di Selangor, pada awal Ramadhan, masya'allah ramai jemaah. Sampai terpaksa buat khemah di luar. Siap kena agihkan tikar sholat tambahan. Tetapi, semakin minggu berlalu, minggu demi minggu semakin berkurangan jemaah. Hingga lahpada pengakhiran minggu ke-4. Tinggal tak sampai 1 saf.
Bak kata ustaz-ustaz. Jemaah Terawih ni, seumpama 'kahwin' jugak. 1, banyak-banyak... 2, sikit-sikit... 3, jarang-jarang dan 4, kadang-kadang...
Pada Ramadhan kali ini, sehingga malam 28 Ramadhan, nampak berbeza sekali. Tidak seperti teka-teki yang diberi kepada Pak Nujum Belalang. Apakah ramuan dan rahsia Sholat Terawih pada tahun ini?
Hah ini lah perlu Jabatan-jabatan agama dan kerja senator JPM yang dilantik tu, untuk siasat dan buat kerja mereka. Boleh dapat tesis sekurang-kurangnya Sarjan, insya'allah.
Disini ingin ana cerita sebuah kisah ikhtibar, yang ana perolehi daripada salah satu malam Ramdhan ini jugak. Ianya agak sesuai dengan tajuk perbincangan ana ini, ada siasat menyiasat, ada satu golongan yang tidak suka, dan ada pihak berkuasa.
Dimasa dahulu, semasa zaman pemerintahan seorang maharaja China yang terkenal (ana lupa namanya), terdapat lah sebuah masjid mengadakan sessi tazkirah pada setiap malam.
Nak jadi cerita, ada juga segolongan manusia yang tidak suka akan tazkirah ini, lalu cuba menimbulkan fitnah dan melaporkan kepada maharaja bahawa tazkirah dimasjid itu adalah satu ancaman kepada maharaja. Didalam tazkirah itu, para jemaah telah diseru untuk memberontak menentang maharaja.
Maka, maharaja sendiri telah turun padang, menyamar sebagai salah seorang jemaah masjid tersebut dan telah turun mendengar tazkirah yang disampaikan selama beberapa malam.
Nak jadi cerita, pada satu malam, apabila penceramah mengajukan soalan sekiranya ada sebarang pertanyaan, maka bangunlah maharaja tersebut dan menyatakan bahawa beliau adalah maharaja China.
Terkejut semua para jemaah dan takut. Maka diperlawa maharaja kedepan mimbar untuk menyampaikan titah. Maka maharaja kedepan dan menyampaikan titahnya. Berikut adalah titahnya (lebih kurang).
"Selama beberapa malam ini, beta telah menyamar sebagai jemaah ke masjid ini, kerana beta telah menerima aduan bahawa program tazkirah yang di buat di masjid ini, telah disalah guna untuk mencetuskan pemberontakkan kepada beta. Tetapi, setalah mendengar tazkirah-tazkirah yang disampaikan, beta amat terharu dan suka. Kerana tazkirah itu adalah baik, menyeru rakyat untuk melakukan amal mulia, berusaha, taat kepada tuhan dan sebagainya. Maka dengan ini, beta titahkan. Sesiapa yang menabur fitnah keatas masjid ini. Mereka akan dipancung".
Masya'allah. Betapa hebatnya maharaja china tersebut. Tidak percaya kepada cerita-cerita dari mulut orang lain, dan mahukan kebenaran dan kepastiaan dengan dirinya sendiri. Masih adakah pemerintah sebegini di dunia? ataupun di Malaysia ini? Beliau mencontohi Rasulullah dan Para sahabat, walaupun bukan muslim.
Tak salah juga bila salah seorang ulamak berkata (lebih kurang), "Di bumi Islam, saya nampak ramai MUSLIM, tetapi di negara barat, saya nampak ISLAM". Masya'allah, benar lah apa yang dikatakan. Di bumi islam seperti Malaysia, Indonesia, negara-negara Arab dan lain-lain. Memang kita nampak ramai orang Islam, tetapi di negara Barat, kita tengok, negara itu lebih islami, iaitu mengamalkan apa yang disuruh oleh Islam. Di negara Islam, RASUAH, kebersihan alam sekitar, semangat kerjasama, hormat menghormati, melaporkan berita FITNAH dll dianggap REMEH. Tetapi kita tengok apa yang dibuat di negara BARAT. Berani mereka MERASUAH, berani mereka mengamalkan KRONISMA dll.
Berbalik kepada kisah tadi, dapat lah dirumuskan peranan kita dan pemerintah dalam beberapa perkara yang ana sampaikan diatas amatlah penting. Jangan bertindak sebelum PASTI kebenarannya dan ikutilah ajaran dan suruhan Rasullullah dan para sahabat.
Kelebihan negara islam adalah kita memiliki IMAN, manakala negara Barat memiliki AKHLAK yang baik. Sekiranya negara Islam memiliki kedua-duanya, IMAN dan AKHLAK sempurna, Pasti negara Islam bakal menjadi CEMERLANG, GEMILANG dan TERBILANG.
Berbalik kepada misteri Ramadhan kali ini. Apakah rahsia yang menyebabkan jemaah Terawih pada tahun ini berbeza dari tahun sebelumnya? Rahsianya adalah "TAZKIRAH" . PadaRamadhan kali ini, kerajaan negeri Selangor telah memainkan peranan dengan menggalakkan masjod-masjid dan surau-surau untuk mengadakan Tazkirah.
Pada permulaannya memang ada segolongan yang ANTI-TAZKIRAH ini, tetapi lama kelamaan, setelah mendengar Tazkirah yang disampaikan. Makin sejuk hati dan makin rapat dan kerap mengunjungi rumah Allah. Alhamdulillah. Tambahan pula majlis-majlis ILMU ini, para penceramahnya hebat-hebat belaka.
Moga-moga, majlis ILMU seumpama ini diteruskan, bukan sahaja dibulan Ramadhan sahaja, malahan di bulan-bulan lain, dan moga-moga ianya menjadik ikutan, pada negeri-negeri lain. Insya'allah.
Dengan ini ana ingin akhiri pandangan ana yang tak seberapa ini dengan ucapan Selamat Menyambut Ramadhan dengan sepenuh jiwa. Bak kata ustaz, "Seperti Ramadhan terakhir kamu", dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat yang beragama Islam, dan selamat bercuti panjang bagi yang beragama lain, semoga kita bertemu lagi di Ramadhan tahun depan, insya'allah. Maaf zahir batin. "Taqabarallahhu minna wa minkum".