Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Julai 24, 2011

Hilir & Daghak: جسكو ke Kelantan.


Sudut pandang kuasa beli rakyat Kelantan tidak dapat dinafikan amat penting dalam meningkatkan sosio-ekonomi negeri ini yang sejak kebelakangan ini dikatakan mundur oleh Pusat. Penghijrahan rakyat Kelantan ke negeri lain khususnya Lembah Klang adalah merupakan suatu bentuk migrasi dalaman yang wujud secara aktif sejak akhir tahun 1997 akibat krisis kemelesatan ekonomi, pendidikan, pengangguran dan beberapa faktor lain. Dan akhir-akhir ini, walaupun ditinggalkan rakyatnya, Kota Bharu tetap ceria :) bersama dengan rakyat sejatinya dengan memperlihatkan satu bentuk menifestasi dalam aspek pembangunan selepas hampir 20 tahun Kerajaan PAS mengambil alih. Penonjolan aspek keislamikan telah menjadi aspek teras dalam setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan baik dari Pusat, Negeri mahupun pihak swasta iaitu dengan menekankan elemen model negeri Islam di Kelantan.

Supermarket yang cukup nostalgik kepada Kelantanese yang lahir di era 80-an. ;)
Dan menyebut soal kuasa beli, kebanyakkan rakyat Kelantan yang lahir di sekitar era 80-an dan sebelum itu, dimana pada masa itu wujudnya pasaraya ‘generasi pertama’ atau nostalgik supermarket di Kelantan iaitu Chin Seng (bapa supamarkek kelantan), Hankiu Jaya@Naim Jaya, Mydin, Addin Ria?, Parkson Ria, Pantai Timur dan juga The Store, mereka tidak lagi berminat untuk membeli-belah di situ kerana wujudnya persekitaran yang serba moden di Kota Bharu dengan sekarang ini telah wujudnya pasaraya ’genarasi kedua’ di Kelantan iaitu Tesco, Parkson, Giant dan yang terbaru ialah Jusco. Sebut pasal pasaraya terkemuka di Malaysia, Kelantan dikatakan agak ketinggalan sedikit jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain khususnya dalam penerimaan syarikat-syarikat luar yang beroperasi di negara ini untuk membuat pelaburan di Kelantan. Ia disebabkan Kerajaan Negeri telah mengamalkan beberapa dasar dan syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat-syarikat tertentu yang ingin membuka rangkaian baru di Kelantan dan bukan disebabkan Kelantan tiada sumber pelaburan atau lebih tepat dikatakan mundur.

Kelantan Islamic-Style: Apabila TESCO menjadi تيسكو.
Dan mengikut sejarahnya, Tesco atau secara literal di Kelantan menyebut Tisku (تيسكو). TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pada 9 November 2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia .Ber-ibu pejabat di UK, TESCO merupakan peruncit ketiga terbesar di dunia dari segi hasil kutipan (selepas Wal-Mart dan Carrefour) dan kedua terbesar didunia dari segi catatan keuntungan (selepas Wal-Mart). Setelah hampir 8 tahun beroperasi di Malaysia barulah TESCO memilih Kota Bharu, Kelantan sebagai rangkaian baru yang strategik. Buktinya, setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut kutipan lebih RM1 juta sehari. Pun begitu, kemasukan TESCO di Kelantan telah dilengkapkan dengan beberapa prosedur dan syarat tertentu untuk dipatuhi bagi membolehkan TESCO bertapak di Kelantan. Antaranya, TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal. Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” dengan sebutan (تيسكو) TISKU. :)

Kelahiran bersama PARKSON & GIANT di KBTC.
PARKSON pula telah dibuka pada 15 Ogos 2009 di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) iaitu ‘mall’ yang terbesar di Kelantan. Ia merupakan rangkaian Parkson ke-34 di seluruh Malaysia. Ditubuhkan pada pada tahun 1987, Parkson Corporation Sdn Bhd – merupakan sebuah rangkaian terbesar di Malaysia. Dan setelah hampir dengan usia saya ;) , barulah PARKSON menjejakkan kaki mereka ke Kelantan. Parkson di KBTC dibina dengan keluasan 100,000 kaki persegi, berkapasiti 3 tingkat dan menjual lebih 350 barangan berjenama, contohnya wangi-wangian, kosmetik, tas tangan seperti Estee Lauder, Lancome, Kate Moss, Giorgio Armani, URS, Nichi, Tiffany, Alain Delon, GMV, Valentino Rudy, Oreef, Camel Active, Hush Puppies, Elle Paris. Walaupun ianya agak ‘hilir’ bagi rakyat Kelantan, sekurang-kurangnya ia memberi sedikit kelainan dan memberi pilihan kepada sesuatu yang baru bagi mereka-mereka yang mempunyai selera yang tinggi atau secara jujurnya di Kelantan menyebut ‘hilir/iaitu kontra kepada daghak’.. :) . Pun begitu. PARKSON turut mematuhi beberapa prosedur dan syarat-syarat tertentu sebelum lulus dan dibenarkan membuka rangkaian baru mereka di Kelantan seperti apa yang kita lihat hari ini. dan seperti biasa apa yang nak di highlight kan ialah perkataan Parkson dalam Rumi (Romanised Malay) ditukarkan kepada Old Malay (Jawi) menjadi Paqsin (ڤقسين). :)
Bersama-sama dengan PARKSON di KBTC ialah GIANT Hypermarket. GIANT ditubuhkan pada 1944 di Kuala Lumpur oleh Keluarga Teng sebagai peruncit kecil-kecilan dan berkembang pesat dengan penubuhan beberapa cawangan di seluruh Malaysia sehingga lewat 1999. Ia merupakan salah sebuah anak syarikat Dairy Farm International Holdings (DFI) yang berpangkalan di Hong Kong. Sehingga 2006, syarikat berkenaan telah beroperasi dengan 86 hypermarkets/supermarkets di seluruh Malaysia dan tidak terkecuali Kelantan. GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, pemilik pasar raya besar Giant tersebut telah membuka cawangan pertamanya di Kota Bharu pada 2009 dengan mematuhi etika Islam di mana Iklan, garis panduan pakaian hendaklah mengikut syariah. Pengarah Pemasarannya, Ho Mun Hao, dipetik berkata “cawangan yang akan dibuka di Kota Bharu Trade Centre (KBTC) itu memberi pengalaman baru kepada GCH Retail”. “ Ini adalah sebuah cawangan yang istimewa bagi Giant. Bagi cawangan ini kami menyediakan laluan membayar dan bilik mencuba pakaian yang berasingan untuk lelaki dan wanita. “Selain itu semua gambar bagi iklan dan risalah bagi cawangan ini juga akan dipastikan mengikut garis panduan ditetapkan terutama dari aspek etika berpakaian” . sila rujuk disini.

Jusco dengan perkataan semulajadinya :)

Kelantan-shock: adakah JUSCO bertukar menjadi جسكو...? :)
Dan yang terbaru akan tiba di Kelantan ialah JUSCO. ÆON CO. (M) BHD. (dahulunya kenali sebagai Jaya Jusco Stores Bhd) telah ditubuhkan pada 1984 hasil usaha sama dengan sebuah syarikat Jepun telah mempunyai lebih daripada 20 rangkaian seluruh Malaysia. Difahamkan ( ÆON) menyasarkan tempoh tiga tahun lagi untuk melengkapkan rangkaian pusat beli-belahnya Jusco meliputi seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Menurut Pengarah Urusan ÆON, Nagahisa Oyama, pada masa ini, ÆON mempunyai rangkaian di seluruh negara tetapi tidak di Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan. Oleh itu, bagi peluasan ke empat buah negeri itu, pihaknya sedang membuat perancangan teliti termasuk kajian tentang pasaran yang boleh diterokai sebelum menetapkan tempoh yang sesuai bagi pembukaan rangkaian gedung Jusco. Pada masa kini, Jusco masih belum mempunyai rangkaian pusat beli-belah di Pahang dan Kelantan begitu juga Sabah dan Sarawak. Jusco sememangnya mempunyai rancangan untuk membukanya tidak lama lagi. Usaha meneruskan pembukaan cawangan baru menjadi agenda utama, tapi ia mengambil masa untuk menubuhkannya kerana ia memerlukan perancangan rapi sebelum membuka cawangan lain di empat negeri berkenaan. Apapun, segala penerangan yang saya huraikan adalah picisan jika hendak dibandingkan dengan hakikat dan realiti di Kota Bharu itu sendiri dalam usaha untuk menjadikan Kelantan sebuah model negeri Islam di Malaysia. Dan adakah Jusco akan bertukar menjadi جسكو apabila tiba di Kelantan..? sama-sama kita nantikan… :)

Sabtu, Julai 23, 2011

Kesan Protokol Yahudi ke-10 terhadap Malaysia



"

Cuba kita renungkan kebenaran artikel ini sebagai rujukkan kita bersama dan sebagai ingatan kepada kita.

Di ingatkan semula agar kita tidak lupa dan lalai terhadap apa yang dunia hidangkan kepada kita.




Protokol Yahudi

Di bawah adalah Protokol ke 10 Yahudi (jumlah protokol 24 kesemuanya) mengandungi 8 perkara untuk melalaikan manusia. Sekaligus memudahkan mereka menguasai dunia seperti yang terjadi sekarang ini.

Dakwah melalui lagu? Setakat ini saya tak dapat lihat kesannya

Song

Lagu-lagu amat menghiburkan dan melalaikan. Ada anak-anak yang tidak tahu mengucap tetapi boleh menghafal lagu Hindustan yang panjang berjela. Tidak menghafal ayat-ayat al-Quran meskipun sependek al-Fatihah tetapi boleh menghafal lagu dalam bahasa yang tidak difahaminya. Berjayakah Yahudi? Sememangnya mereka berjaya sehinggakan kita terfikir, bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu? Boleh ke hidup tanpa lagu? Tanya diri anda sendiri. Al-Quran atau Protokol Yahudi yang anda ikut?

Sex

Sex sudah menjadi kegilaan remaja dan orang tua sekalipun. Sex senang didapati di mana-mana. Di kaca tv, di dalam filem, dalam iklan, babak sex amat lumrah. Filem 18SX amat laris di pasaran. VCD lucah amat mudah didapati dan harganya amat murah. Kini kita seakan-akan tidak kisah dengan filem yang mempunyai unsur sex. Lagi sekali Yahudi berjaya.

Smoke

Rokok adalah hasil ciptaan Yahudi. Tetapi mereka tidak merokok. Rokok telah menjadi kegilaan para remaja sehingga dikatakan tidak lelaki jika tidak merokok. Malah sekarang merokok menjadi budaya bagi perempuan yang kononnya mahu di gelar 'up to date'. Kita seakan-akan mendokong penuh dalam merialisasikan matlamat yahudi.

Sport

Pelbagai jenis sukan telah dipopularkan. Lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba untuk mencapai target dan kemenangan. Bila bersukan, jarang yang menutup aurat, sembahyang dan puasa juga boleh di tangguhkan dan dibaikan. Yang menonton pun leka dan lupa menunaikan solat. Ramai yang fanatik dengan pasukan sukan masing-masing. Sampaikan ada yang bergaduh. Menangis kerana menang atau kalah. Pernah kita menangis kerana Allah? Atau menagis kerana permainan Yahudi?

Berbaloikah tangisan ini?

Fun

Kita seolah-olah tidak dapat lari dari hiburan. Hiburan ada disekeliling kita. Betul ke kita tak dapat lari dari ini semua? Adakah pancaindera yang dianugerahkan kepada kita hanya untuk berhibur? Semua lapisan peringkat umur meminati hiburan. Akademi Fantasia contohnya memberikan kesan yang buruk kepada masyarakat. penonton melekat di depan tv berjam-jam lamanya. Seolah-olah itulah dunia mereka. Mereka gelak dan menangis bersama. Yang pasti yahudi gelakkan kita.

Apakah masa hadapan kanak-kanak ini?

Female

Perempuan, tawaran Yahudi ini amat mengasyikkan. Perempuan dijadikan sebagai 'pelacur' untuk melariskan produk-produk syarikat dan memeriahkan event seperti lumba kereta dan sebagainya. Apa relevannya meletakkan perempuan separuh bogel di dalam iklan bateri kereta? Ini adalah untuk merendahkan martabat dan maruah perempuan. Hak-hak perempuan? Apa itu? Dari Quran atau pemikiran Yahudi?

Adakah Nabi Muhammad s.a.w ingin hadir ke festival fesyen islam ini?

Fashion

Fesyen terutama perempuan ada bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka sudah tidak menutup aurat. Macam mana hendak dikatakan menutup aurat jika bertudung tetapi berbaju dan berseluar ketat? Yahudi lebih mengetahui nafsu syawat lelaki berbanding wanita. Faham apa yang saya sampaikan? Fesyen lelaki juga semakin pelik. Gambar lucah terpampang di dada-dada mereka. Gah berjalan seolah-olah bangga dengan fesyen mereka tampilkan. Yahudi ketawakan kita lagi.

Food

Lagi satu kegilaan Umat Islam ialah obses terhadap makanan dari Barat seperti MC D, Kentucky , Pizza hut dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Hanya dibeli setahun sekali apabila bulan Ramadan tiba. Tetapi makanan Barat menjadi kebanggaan walaupun memudaratkan kesihatan. Makanan-makanan ini memang dicipta supaya Umat Islam lemah berfikir dan akan menjadi 'pak turut' kepada Yahudi.


Itu semua adalah hasil dari kejayaan protokol yang ke 10. Yang lain-lain akan dirumuskan di dadalam artikel yang akan datang.

Jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, pilihlah Allah.
 
Follow di sini untuk membaca artikel sambungan <"

Bijih besi dikenalpasti di empat daerah



ALOR SETAR, 19 Julai 2011 – “Antara daerah-daerah yang dikenalpasti mempunyai bijih besi termasuklah Kuala Muda, Kubang Pasu, Baling dan Yan,” jelas Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.

Katanya lagi, aktiviti perlombongan hanya akan memberi kesan yang minima kepada alam sekitar dan selepas aktiviti perlombongan dijalankan kawasan tersebut akan dipulihkan.

“Aktiviti perlombongan tidak melibatkan pembersihan hutan secara keseluruhan dan ianya tidak menggunakan air yang banyak. Oleh itu ia tidak menjejas atau mencemarkan anak-anak sungai di tapak tersebut,” sambungnya lagi.

Jawapan bertulis tersebut dikemukakan bagi menjawab soalan ADUN Pedu, YB Dato’ Seri Mahawangsa, Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid sempena Mesyuarat Pertama Penggal ke Empat Dewan Undangan Negeri Kedah Ke Dua Belas. Soalan yang diajukan inginkan penjelasan daerah-daerah yang dikenalpasti mempunyai bijih besi serta kesan perlombongan kepada alam sekitar.

Berikutan soalan seterusnya yang berhubung kait dengan anggaran pendapatan  serta pengeluaran lesen dan garis panduan melombong, Azizan menambah lagi, kerajaan negeri  mengenakan royalti pengeluaran bahan bantuan sebanyak lima peratus iaitu anggaran RM100 ribu bagi tahun 2011 ke atas harga semasa pengeluaran. Anggaran ini dijangka akan meningkat setiap tahun melalui pertambahan kawasan perlombongan bijih besi pada masa akan datang.

“Garis panduan telah diwujudkan dan akan diperkemaskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Sementara  permohonan lesen melombong kita mengutamakan permohonan dari syarikat-syarikat,” sambung beliau lagi.

Menteri Besar juga merupakan Pengerusi JawatanKuasa Tetap Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli.

EKSKLUSIF!! Rakaman Video Penuh, Mat Sabu dilanggar Polis



"PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan

Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [The Malaysian Insider].

Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.


Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di bawah dengan mata kepala anda sendiri.

Sila lihat video tersebut di SINI "

Tengku Indera Petra, Mantan Raja Muda Kelantan


Sudah lama Saya mencari gambar ini, Saya pernah meminta dari Kerabat DiRaja Kelantan tetapi tak siappun mahu membantu malah memberi berbagai alasan. Akhirnya gambar ini sebenarnya ada dalam simpanan MBS Mini Royal Library Syah di Rawang Residence. Tentu anda tidak mengenali individu yang Saya ingin perkatakan disini tetapi ia cukup dikenali dikalangan kerabat diraja Kelantan dan pihak Istana Kelantan. Beliau adalah YAM Tengku Tan Sri Abdullah ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Tengku Besar Indera Petra atau Tengku Indera Petra. Apa yang terjadi kepada beliau merupakan salah satu titik hitam dalam perjalanan sejarah kesultanan Kelantan dan iannya tidak boleh dilupakakan begitu sahaja kerana Sejarah Tidak Boleh Diubah cuma kita tidak perlu membangkitkan cerita lama ini untuk kepentingan diri sendiri.

  • Dari Kiri ke Kanan :- Raja Muda Kelantan, Tengku Indera Petra bersama adindanya Tengku Yahaya Petra (Sultan Yahaya Petra) yang ketika itu menjadi Tengku Bendahara Kelantan.
Tengku Indera Petra dilahirkan pada tahun 1916 di Kota Baharu, Kelantan. Beliau merupakan Putera Sulung Sultan Ibrahim ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV, Sultan dan Yang DiPertuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim. Bondanya adalah Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Zainab binti Tengku Ahmad Zainal Abidin. Apabila menjadi anak sulung lelaki seorang Sultan sudah tentu beliau merupakan pewaris pertama tahta kesultanan Kelantan. Selepas ayahandanya ditabalkan sebagai Sultan Kelantan, beliau pula telah dilantik sebagai Raja Muda Kelantan (sekarang gelaran itu dikenali sebagai Tengku Mahkota Kelantan) pada 25.10.1944. Tengku Indera Petra merupakan seorang yang mendapat pendidikan Barat dan agak sosial. Walau bagaimanapun apabila terjadi perbalahan diantara beliau dan ayahandanya, Sultan Ibrahim, Tengku Indera Petra terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pewaris tahta. Tengku Indera telah menulis surat perletakan jawatan pada 25.11.1947 sebagai Raja Muda Kelantan dan keturunannya tidak akan menuntut tahta dan menjadi raja. Sehubungan dengan itu Sultan Ibrahim melantik putera kedua baginda, Tengku Yahya Petra iaitu ayahanda Sultan Kelantan sekarang menjadi Tengku Mahkota Kelantan pada 01.02.1948 . Bonda Tengku Yahya adalah YM Che Puan Besar Che Embung binti Daud yang merupakan salah seorang isteri Sultan Ibrahim dan bukan anakanda Sultanah Zainab. Memang pernah terjadi didalam sejarah kesultanan Kelantan, Tengku Mahkota dilucutkan dari jawatannya dan diambil alih oleh Tengku Bendahara Kelantan sebagai Sultan Kelantan.
  • Kiri ke kanan :- Sultan Ibrahim dan Sultan Yahaya Petra.
Apabila dilucutkan dari gelaran Raja Muda Kelantan, beliau telah menceburi bidang politik sebagai wakil rakyat di Ulu Kelantan, pernah menjadi duta di Sri Langka, Jepun dan Pakistan, beliau juga pernah memangku jawatan Yang Di-Pertua Besar Negeri Pulau Pinang. Beliau berkahwin dengan seorang perempuan British, Annette Edith Olive Wheller pada tahun 1939 dan kemudiannya bercerai pada 23.05.1949 di London. Isteri kedua beliau adalah Puan Sri Zainab bt Ali. Tengku Petra mangkat pada 1983. Salah seorang anakanda beliau, Tengku Ibrahim Petra pernah membuat tuntutan terhadap tahta Kelantan tetapi tidak berjaya.
  • Duduk dari kiri ke kanan :- YTM Tengku Ismail Petra (Sekarang Al-Sultan Kelantan), DYMM Al-Marhumah Raja Perempuan Zainab, KDYMM Al-Marhum Sultan Yahya Petra, YAM Tengku Rohani
  • Berdiri dari kiri ke kanan :- YAM Tengku Rozan, YAM Tengku Salawani dan YAM Tengku Marjan.
Gambar kenangan Tuanku Yahya Petra sekeluarga. Kanak-kanak lelaki disebelah kiri sekali merupakan DYMM Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Peta ibni Al-Marhum Sultan Yahaya Petra.

Jumaat, Julai 22, 2011

google earth membuktikan kebenaran Nabi Muhamad

Sungguh Kami ( sering ) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani ) yang diberi Al Kitab ( taurat dan injil ) memang mengetahui, bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lalai dari apa yang mereka kerjakan.(Al-Baqarah : 144)

Pada tahun kedua hijrah, ketika semua arah kiblat mengarah ke Baitul Maqdis, Rasulullah Muhammad SAW yang ketika itu berada di Madinah Al-Munawarah diperintah oleh Allah SWT supaya kiblat harus diubah kepada menghadap Masjidil Haram di Mekah Al-Mukaramah. Sejak waktu itu, Masjidil Haram menjadi kiblat untuk semua umat Islam dan sejak saat itu Islam terus tersebar. Dan dengan pertolongan Allah SWT Islam meraih kemenangan, dan ramai yang memeluk Islam ketika itu termasuk orang orang Yaman

Setelah itu, Rasulullah saw mengirimkan mereka (orang2 Yaman) guru untuk mengajar mereka tentang agama. Maka Rasulullah saw mengirim Ali bin Abi Thalib ke Hamdan dan mengirim Muath ibn Jabel ke Janad dan ia mengirim utusan utusan ke Sana'a. Dan diantara utusan utusan itu, adalah Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee yang diutus sebagai pelindung (Sana'a) kemudian memerintahnya untuk membangunkan sebuah masjid dengan ketentuan yang Rasulullah saw telah tentukan sendiri.

At-Tabrani di dalam Al-Mu'jamAl-Awsat berkata : "Wabr ibn Yuhanas Al Khozaee berkata : "Rasulullahsaw berkata padaku : " jika kamu membangun masjid Sana'a, bangunlah dikanan sebuah gunung bernama Deyn." Al-Hafez Al-Rahzey dalam bukunya "History of Sana'a" mengatakan, Rasulullah saw yang memerintahkan Wabribn Yuhanas Al-Ansarey ketika ia mengutusnya ke Sana'a untuk menjadi pelindung berkata " Panggillah mereka kepada Iman (kepercayaan / untuk membuktikan kebenaran). Jika mereka mentaatimu tentang hal itu maka aturlah mengenai Solat. Jika mereka mentaatimu mengenai hal itu, bangunlah masjid di taman Bathan, di mana disitu ditemukan sebuah batudi Gamdan dan arahkan ke sebuah gunung bernama Deyn." dan Al-Rahzey berkata: " Rasulullah saw menulis kepada Wabr untuk membangun dinding Bathan masjid dan membuatnya dari posisi dasar batu, dan mengarah ke Deyn."

Dan 14 abad selepas kejadian itu. Roket-roket dicipta dan mereka dapat melintasi jarak yang jauh (ke angkasa) membawa satelit-satelit.

Demi bintang ketika terbenam. 


Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm (Bintang) : 1-4

Satelit-satelit membuktikan kebenaran Rasulullah saw.

Sebuah research yang dilakukan syeikh Abdul Majid Al-Zandaney

Melalui Google earth, kita boleh melihat bumi dari satelit. Dan kita boleh melihat wilayah Sana'a dan kemudian di zoom in sehingga nampak sebuah Masjid besar (mesjid agung) yang dibelakangnya terdapat masjid Sana'a yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw yang sekarang dibatasi oleh batu Mulallamah seperti yang digambarkan Rasulullah saw.

Dalam video itu kita dapat melihat pilar Masmoorah, yang dipelihara penduduk Yaman dan tepat diseberangnya adalah pilar lain yang disebut Manq'urah. Kemudian ditampilkan kiblat dari arah luar masjid. Setelah itu kita dapat lihat masjid yang berada di antara menara menara tersebut. Kemudian skrin di zoom out sehingga nampaknya wilayah Sana'a dengan masjid agung di pusatnya.

Kemudian kita dibawa untuk melihat foto satelit Gunung Deyn, sehingga bergeserlah foto satelit bumi itu ke arah barat laut ke arah gunung yang dimaksud oleh Rasulullah saw, di mana ia memerintahkan kepada Wabribn Yuhanas untuk mengarahkan kiblat masjid ke arah Gunung Deyn dan untuk membangun masjid di kanan dari Gunung Deyn.

Kemudian video di zoom in sehingga nampak jelaslah puncak gunung Deyn, sekarang diatasnya terdapat kem tentera dengan sebuah stesen pemancar televisyen.

Kemudian video di pusing kedudukannya sehingga kita dapat melihat puncak Gunung Deyn secara horizontal. Nampaklah puncak gunung Deyn beserta jalan yang menghubungkannya dengan Sana'a dan wilayah Amran.

Kemudian kita diajak kembali ke gambar satelit wilayah Sana'a, sehingga kita dapat memulai dari masjid yang dibangun atas perintah Rasulullah saw. Dibuatkan garis halus (digambarkan sebuah garis kuning) yang dimulai dari kiblat masjid Sana'a yang mengarah ke gunung Deyn, garis dari kiblat masjid Sana'a ditarik ke arah PUNCAK gunung Deyn dan nampak garis itu melalui kem tentera. Maka terbentuklah sebuah garis lurus melintang dari kiblat Masjid Sana'a ke PUNCAK gunung Deyn.

Dan kita diajak untuk memanjangkan arah garis kuning itu lurus ( benar-benar garis lurus ) terus ke arah barat laut ke luar dari batas negara Yaman. Ternyata Garis itu menuju ke Mekah. tidak hanya itu, tidak ke tempat lain, garis itu tepat menuju Masjidil haram lebih dari itu, ketika di zoom in, tidak ke bahagian masjid yang lain, garis itu tepat menuju Kabah tanpa menjauhi arah pusat Kabah.

Kalau diteliti secara terbalik ( bermula dari arah tenggara ), nampaklah sebuah garis lurus dari pusat Kabah ke puncak gunung Deyn, ke masjid agung, dan ke mesjid Sana'a, iaitu tepat ke kiblat yang arahnya ditentukan oleh Rasulullah saw. Jadi tempat ibadah di masjid yang dibangunkan atas perintah Rasulullah saw di Sana'a itu yang mengarah kepuncak gunung Deyn, ternyata terus merentasi menuju pusat Kabah, melalui sebuah garis lurus.

Jarak antara Sana'a ke Mekah sekitar 815 km dan jarak dari Sana'a ke Gunung Deyn adalah 30 km.

Tidak ada seorang pun manusia di bumi ini dapat menggambarkan sebuah garis lurus dipermukaan bumi antara dua wilayah yang begitu jauh, kecuali dengan bantuan peta yang sangat terperinci, yang sekarang dapat dikaji dengan adanya pesawat terbang dan satelit, dan ilmu pengetahuan tentang garis bujur / garis lintang / ketinggian tanah dan lain lain. Dan Rasulullah saw, 14 abad lalu, tidak menggunakan semua itu.

Subhanallah.

Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
An Najm :3-4
 
Sumber : http://zharifalimin.blogspot.com/2009/10/google-earth-membuktikan-kebenaran-nabi.html
 
"

Emas Melonjak ke Paras Tertinggi USD$1,600 seauns, Bakal Cecah USD$2,000



"
Pelabur alih tumpuan berikutan bimbang krisis hutang di Eropah, AS berlarutan.

HARGA emas melonjak melepasi paras AS$1,600 seauns semalam, iaitu paras tertinggi dalam sejarah, berikutan belian berterusan pelabur yang mengalihkan pelaburan kepada logam berharga itu kerana bimbang masalah hutang semakin meruncing di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Harga komoditi itu terus mengukuh dalam sesi dagangan pagi semalam dengan melonjak ke paras AS$1,600.10 seauns di Pasaran Jongkong London selepas menyaksikan arah aliran meningkat sejak Jumaat. Ketua Penyelidik di Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata ketidaktentuan terhadap penyelesaian masalah hutang di Eropah serta AS menyebabkan pelabur mengalih tumpuan terhadap emas kerana logam berharga itu dianggap sebagai pelaburan paling selamat ketika krisis.

Beliau berkata, harga emas dijangka meneruskan arah aliran menaik dengan potensi untuk mencecah AS$1,650 seauns dalam jangka sederhana dan AS$2,000 seauns dalam tempoh dua tahun.

“Kelemahan dolar AS dan euro berikutan kebimbangan masalah hutang yang semakin meruncing di negara ekonomi terbesar dunia dan rantau mata wang tunggal itu menyebabkan pelabur memilih untuk melabur dalam emas, sekali gus melonjakkan harganya,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Beliau berkata, pelabur semakin bimbang dengan perkembangan terkini di AS selepas Presiden Barack Obama dan Parti Republikan terpaksa bekerja keras pada hujung minggu lalu bagi mencapai persetujuan menaikkan paras siling hutang negara itu.
Nazri berkata, kebimbangan pelabur kemungkinan krisis hutang di Eropah akan merebak ke Itali dan Sepanyol telah menyebabkan mata wang euro didagangkan lemah dan keadaan itu mendorong peningkatan permintaan untuk emas.

Kelmarin, Senat parti campuran bercadang membuktikan paras hutang AS dapat dikurangkan jika ia memperoleh hasil sebanyak AS$1.5 trilion hasil potongan perbelanjaan untuk tempoh sedekad.

Jika kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan menjelang tarikh akhir pada 2 Ogos ini, ekonomi terbesar dunia itu mungkin berdepan isu kegagalan membayar hutangnya.

Ia adalah senario yang digambarkan Obama sebagai ‘kehancuran ekonomi’, sekali gus akan memberi kesan ketara pada peringkat global.

Krisis zon Euro juga terus berlanjutan berikutan penggubal dasar masih gagal memperoleh pelan penyelamat kedua untuk Greece.

Kenyataan terkini Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Jean-Claude Trichet bahawa ECB tidak dapat menerima kegagalan penebusan semula bon sebagai cagaran telah membimbangkan pelabur.

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan harga emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, susulan permintaan kukuh pengguna dan pelabur.

Akhir tahun lalu, harga emas ditutup pada AS$1,421.40 seauns, naik kira-kira 31 peratus berbanding 2009 didorong permintaan berterusan dari China dan jangkaan spekulator bahawa mereka akan meraih untung lebih daripadanya.

http://sendukemas.blogspot.com/ "
 

Allah Takdirkan Bapa Francissca Peter Mati Dalam Islam



"Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Allahyarham adalah bapa kepada Francissca Peter, penyanyi popular lagu-lagu Melayu tahun 80an, adalah seorang penganut agama Kristian sebelum itu.

Mungkin ramai peminat Francissca hanya mengenali Fran sebagai seorang penyanyi sahaja. Namun, ramai yang tidak mengetahui bahawa Fran adalah seorang yang aktif dengan program dan aktiviti gerejanya. Malah kini beliau dilantik sebagai duta sebuah NGO Kristian.

Banyak aktiviti NGO ini yang dilakukan beliau tidak menyebut dengan jelas landasan Kristiannya namun lebih atas nama kebajikan.

Walaubagaimanapun, Allah Yang Maha Esa telah mentakdirkan bahawa ayahnya sendiri memeluk Islam genap 4 tahun lalu.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya."
 

apa yang tidak kena dengan kolej negeri di Seremban



"Setakat ini telah 3 aduan mengenai Kolej Negeri di Seremban tersiar dalam laman web Aduan Rakyat Online. Dan setakat ini tiada kenyataan dikeluarkan oleh Kolej Negeri mengenai kesahihan aduan berkenaan. Adakah Kolej Negeri ini milik kerajaan Negeri Sembilan? Jika ya, kerajaan negeri juga harus mengeluarkan kenyataan mengenai aduan yang tersiar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.


 
Laman web Kolej Negeri di www.kolejnegeri.edu.my  
KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 PENIPU!
Aduan Rakyat Online
May 23rd, 2011
Saya pelajar Kolej Negeri Seremban 2 nak adukan rasa tak puas hati. Selama 3 tahun kami ditipu. Ada kursus yang ditawarkan tidak diiktiraf MQA. Ada kawan kami yang terus berjumpa dengan pihak MQA untuk mendapatkan kepastian tetapi jawapan yang diterima amat mendukacitakan kami.
Kursus kami tidak pernah sekalipun membuat permohonan MQA. Apabila kami kemukakan hal ini ke pihak pengurusan kolej, mereka terus menafikan. Kami juga tidak dibenarkan mengambil peperiksaan akhir atas alasan tidak membayar yuran pengajian.
Yang hairannya, tindakan sebegini baru diambil berat pada semester lepas dan semester ini. Ramai yang diantara kami langsung tidak mengambil ujian 2.
Kami taknak ia berlaku pada peperiksaan akhir. Untuk pengetahuan encik kami mengambil kursus diploma dibawah kerjasama UTM. Kami diugut oleh ketua program kolej kami untuk menipu pada pihak UTM bahawa kami belajar disini dengan penuh sempurna, tidak ada sebarang masalah.
Tetapi hakikatnya kami belajar di sebuah bangunan lama yang tiada kemudahan langsung yang diperlukan oleh semua student seperti perpustakaan, studio, kantin, unit kaunseling dan sebagainya. Kami tinggal di asrama (rumah kedai) berasak-asak, kerana berpuluh orang tinggal di asrama yang sama.
Selama ini kami bersabar kerana telah menghabiskan banyak wang disini tetapi apabila mengetahui ketiadaan MQA, kesabaran kami ibarat tercabar dan terasa tertipu. 
Pensyarah yang mengajar selalu tiada, selalu bertukar-tukar, perkara yang diajar kadang-kadang tiada dalam silibus, ini telah membuatkan ramai pelajar merosot, pointer jatuh, pelajar ramai berhenti. Seorang pensyarah terpaksa mengajar sehingga 3-4 subjek.Pihak kewangan juga enggan memberi kembali deposit asrama.
Mereka hanya mengerah kami membayar tetapi kami tidak diperdulikan.Deposit kami langsung tidak diperdulikan. Kami bukan sedikit..kami ramai. kami sangat-sangat ditindas. Harap pihak encik dapat berikan kerjasama..janganlah hanya melihat warga MALAYSIA dijajah oleh warga MALAYSIA sendiri..bantulah merdekakan kami.. 
PELAJAR KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2 DITINDAS
Aduan Rakyat Online
July 19th, 2011 
Assalamualaikum.. Saya antara salah seorang pelajar Kolej Negeri Seremban 2. Saya mahu membuat aduan tersebut untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kolej melalui aduan rakyat kerana sebelum ini kami sebagai pelajar telah banyak kali meminta penjelasan daripada pihak kolej negeri tetapi mereka nampaknya seperti memekakkan telinga mereka. 
Pihak aduan rakyat mungkin dah terima banyak aduan tentang kolej negeri ni kan. Kami mintak sangat tolonglah kami. Kami tak nak keluar2 dari tempat belajar dengan masalah.. Salah satu masalah yang saya mahu adukan berkenaan di kolej ini.
Sya yang belajar di sini sangat kesian kepada rakan2 yang datang dari sabah telah di tindas apabila dahulu pihak mara telah bersetuju bahawa sesiapa pelajar dari sabah yg datang belajar di semenanjung akan diberi rm2000 untuk tiket penerbanagan tetapi pihak kolej akan membayar pada pelajar dengan harga tiket yang paling tinggi dan cuma sekali sahaja. mana yang selebihnya??? masalah lain ketiadaan MQA, pembayaran yg bukan2, dan macam2…. tolonglah siasat aduan rakyat..kami bermohon!! 
KOLEJ NEGERI SEREMBAN 2
Aduan Rakyat Online
April 13th, 2011 
assalamualaikum, saya disini…tidak ada niat hendak memburuk kn kolej ini..tapi..kolej ini sangat x bertanggungjawab..kalau pihak tuan pergi ke kolej tersebut.tuan akan faham,bgaimana kebajikan pelajar2 di jaga.. 
saya paham jikalau punca yuran yg tidak terlalu mahal,menyebabkn facility kolej ini,kurang memuaskn..utk makluman ,malah pernah berlaku pencerobohan di dalam dom wanita..yg dipanjat oleh orang luar..sewaktu mereka tidur..malah ada saksi yg terlihat kelibat lelaki di dalam dom wanita  dengan bayaran yg x seberapa..
saya memahami keadaan tersebut tapi kalau layanan dan sikap kurang profesional dari staff2 di kolej tersebut amat tidak boleh d terima pelbagai masalah timbul dari segi management.saya sgt berharap pihak tuan menegak kn kebenaran untuk pelajar2 di sana, sekurang nya..membagi amaran…betapa penting nye kebajikan pelajar di kolej tersebut… saya sangat berharap kolej ini memahami,bukan mudah bagi2 keluarga yg kurang senag..sanggup mengeluar kn EPF,asalkn ank mereka boleh mendapat segulung ijazah dan diploma.. 
saya sagt berharap kolej ini sedar tanggungjawab mereka…membantu bukn membazirkn duit ibu bapa yg mempercayai kolej negeri seremban 2 ini.. 
 "