Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Februari 18, 2011

Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PELANCARAN YAYASAN SULTAN KELANTAN DARULNAIM BERDAFTAR DAN MAJLIS SANTAPAN MALAM BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

PENDAHULUAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah menitahkan supaya kerja-kerja kebajikan berteraskan keagamaan, sosio ekonomi, pendidikan dan kewangan di Negeri Kelantan diberi perhatian utama dan diuruskan secara tersusun dan berterusan. Sehubungan dengan itu, Baginda menitahkan supaya Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim ditubuhkan sebagai salah satu mekanisma bagi mencapai hasrat tersebut.

Yayasan ini telah diluluskan penubuhannya dan Sijil Pemerbadanan telah diberikan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Oktober 2010 dan diperbadankan dengan nama PEMEGANG AMANAH YAYASAN SULTAN KELANTAN DARULNAIM BERDAFTAR di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 dengan nombor pendaftaran PPAB-16/2010. Alamat berdaftar Yayasan ini adalah Pejabat Sultan Kelantan, Istana Balai Besar, 15500 Kota Bharu, Kelantan.

OBJEKTIF

Di antara lainnya penubuhan Yayasan ini adalah bertujuan bagi memberi penekanan kepada aspek-aspek yang berteraskan agama, kebajikan dan pendidikan sebagaimana berikut:- 

1. Agama

I. Memberi bantuan kewangan atau biasiswa bagi tujuan pendidikan agama kepada rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim menurut syarat-syarat dan kelayakan-kelayakan yang boleh ditetapkan oleh Yayasan dari semasa ke semasa;
II. Memberi bantuan kewangan kepada individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan yang menjalankan gerakan dakwah atau usaha untuk meninggikan syiar Islam dengan syarat individu, pertubuhan atau badan bukan Kerajaan itu telah mendapat kebenaran Kerajaan untuk menjalankan gerakan dan usaha serta gerakan atau usaha itu adalah untuk kebaikan serta memberi faedah kepada Negeri Kelantan Darulnaim atau Negara;
III. Memberi bantuan bagi pembinaan, pengurusan atau pemulihan Sekolah-Sekolah Agama, Masjid-Masjid dan Madrasah-Madrasah yang diusahakan oleh mana-mana individu atau pertubuhan atau badan bukan Kerajaan

2. Kebajikan

I. Mempertingkatkan kualiti kehidupan dan kesejahteraan rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Darulnaim dengan mengadakan skim bantuan kepada orang miskin, orang cacat serta orang-orang yang tidak bernasib baik atau ditimpa bencana alam atau musibah.

3. Pendidikan

I. Memberi sumbangan derma kepada pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dari segi bayaran yuran sekolah, buku, alat projek, pakaian seragam sekolah, kenderaan, yuran peperiksaan dan elaun tanggungan menurut syarat-syarat dan kelayakan yang boleh dikenakan oleh Yayasan dari masa ke semasa. Bantuan itu tidak terhad kepada mana-mana peringkat pengajian bergantung kepada budi bicara Yayasan.
II. Memberi bantuan kepada mana-mana institusi pengajian tinggi di Negeri Kelantan atau mana-mana institusi pengajian dalam Negara bagi menjalankan usaha penyelidikan dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, sosial, kemajuan saintifik, teknologi dan kemasyarakatan.

PENAUNG

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V adalah penaung kepada Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar.

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ini adalah sebagaimana berikut:-

Pengerusi: Yang Berhormat Dato’ Seri Setia Raja Dato’ Haji Mohd Aiseri bin Alias (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan)

Bendahari Kehormat: Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi bin Haji Che Mamat
(Pegawai Kewangan Negeri Kelantan)

Setiausaha Kehormat: Yang Berhormat Dato’ Sukri bin Haji Mohamed

Ahli: Yang Berbahagia Tan Sri Syed Mohd Yusoff bin Tun Syed Nasir
Yang Berhormat Dato’ Haji Che Mohd Rahim bin Haji Jusoh

KEWANGAN

Yayasan boleh melaksanakan perkara-perkara berikut bagi mencari sumber kewangannya:-
1. Mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti perusahaan komersil dan industri yang sesuai dengan konsep dan tujuan Yayasan.
2. Membeli, menjamin atau sebaliknya mendapatkan sebarang stok dan saham.
3. Mengadakan apa-apa aktiviti bagi mengumpul dana untuk digunakan bagi tujuan yang bersesuaian dengan tujuan penubuhan Yayasan.
4. Menerima apa-apa sumbangan dalam sebarang bentuk termasuk wang tunai dari Kerajaan Negeri atau Persekutuan, individu, agensi-agensi Kerajaan dan badan-badan bukan Kerajaan.

PENGURUSAN KEWANGAN

Akaun Yayasan ini akan diaudit oleh Akauntan yang dilantik oleh Yayasan dan hendaklah diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri setiap tahun sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 15 Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. 

MAJLIS PELANCARAN

Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 7 Mei 2011 jam 8.00 malam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V telah mengampuni perkenan untuk menyempurnakan pelancaran Yayasan ini pada malam tersebut. Di majlis tersebut juga acara santapan malam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V akan diadakan. Seramai 2000 dif jemputan dan tetamu akan dijemput menghadiri majlis berkenaan yang terdiri daripada:-
1. Pemimpin-pemimpin Kerajaan Persekutuan dan Negeri 
2. Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri
3. Ketua Badan-badan Korporat dan Syarikat berkaitan Kerajaan 
4. Ketua Badan-Badan Bukan Kerajaan
5. Ahli-ahli Korporat dan Perniagaan
6. Penderma
7. Tetamu-Tetamu Yayasan

Pihak Yayasan juga telah menjemput Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah bt. Mansor, Yang Amat Berhormat Tan Sri Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Yang Amat Berbahagia Puan Sri Norainee bt. Abdul Rahman dan beberapa orang Menteri Kabinet untuk hadir di majlis berkenaan. 

JAWATAN KUASA MAJLIS PELANCARAN YAYASAN SULTAN KELANTAN DARULNAIM BERDAFTAR DAN MAJLIS SANTAPAN MALAM BERSAMA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN MUHAMMAD V

Satu Jawatan kuasa telah ditubuhkan bagi menjayakan Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar dan Majlis Santapan Malam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V ini. Jawatan kuasa tersebut adalah terdiri daripada:-

Pengerusi: Yang Berhormat Mulia Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim (Tengku Laksamana Kelantan)

Timbalan Pengerusi: Yang Berhormat Dato’ Seri Setia Raja Dato’ Haji Mohd Aiseri Bin Alias (Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan)

Bendahari: Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat (Pegawai Kewangan Negeri Kelantan)

Setiausaha: Yang Berhormat Dato’ Sukri Bin Haji Mohamed

Timbalan Setiausaha: Yang Amat Berusaha Tuan Haji Shafie Bin Ismail
(Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan))

Penolong Setiausaha: Yang Berusaha Encik Mohd Kamal Azarul Azmi Bin Omar
(Setiausaha Sulit kepada Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan)

Ahli: Yang Berbahagia Tan Sri Syed Mohd Yusof Bin Tun Syed Nasir
Yang Berhormat Dato’ Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh
Yang Berhormat Dato’ Dr. Awang Adek Bin Hussin
Yang Berhormat Dato’ Haji Takiyuddin Bin Haji Hassan
Yang Berhormat Mulia Kapten Dato’ Tengku Ahmad Farizanudean Bin Dato’ Khairi
Yang Amat Berbahagia Dato’ Haji Ahmad Bin Mahmood
Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Halim Bin Haji Hamat
Yang Berhormat Dato’ Nik Mohd Shafriman Bin Nik Hassan
Yang Berbahagia Dato’ Azlan Meah Bin Hj Ahmed Meah
Yang Berbahagia Datuk Dr. Noordin Bin Ab. Razak
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohd Kaisan Bin Ab Rahman
Yang Berbahagia Dato’ Faridah Begum Bt Abdul Kader
Yang Berusaha Kapt (B) Wan Marzudi Bin Dato’ Wan Omar

Di samping itu beberapa Jawatan Kuasa Kecil juga telah ditubuhkan bagi melicinkan perjalanan majlis iaitu:-

JAWATAN KUASA KERJA

Pengerusi: Yang Berhormat Dato’ Seri Setia Raja Dato’ Haji Mohd Aiseri Bin Alias

JAWATAN KUASA KECIL PENAJAAN DAN KEWANGAN

Pengerusi: Yang Berhormat Dato’ Haji Mohd Faudzi Bin Haji Che Mamat

JAWATAN KUASA KECIL PERSIAPAN TEMPAT

Pengerusi: Yang Berbahagia Tan Sri Syed Mohd Yusof Bin Tun Syed Nasir

JAWATAN KUASA KECIL PERSEMBAHAN

Pengerusi: Yang Berhormat Dato’ Sukri Bin Haji Mohamed

JAWATAN KUASA KECIL JAMUAN

Pengerusi: Yang Berbahagia Datuk Dr. Noordin Bin Ab. Razak

JAWATAN KUASA KECIL KESELAMATAN DAN LALU LINTAS

Pengerusi: Yang Dihormati DCP Dato’ Pahlawan Zulkifli Bin Abdullah

PENERIMAAN SUMBANGAN

Sempena dengan Majlis Pelancaran dan Majlis Santapan Malam tersebut, Yayasan mengalu-alukan sumbangan daripada Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Badan-badan Bukan Kerajaan dan individu-individu bagi mengisi dana Yayasan. Yayasan berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM5 juta sempena majlis tersebut. Bagi maksud berkenaan, Yayasan akan mengeluarkan surat memohon sumbangan daripada pihak-pihak berkenaan dalam tempoh terdekat. Yayasan juga telah mengemukakan permohonan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bagi memohon kelulusan pelepasan Cukai Pendapatan di bawah Sub Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. 

Sumbangan dalam bentuk cek dan bank draf boleh dibuat sebagaimana berikut:-
i) Bayar Kepada - Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim 
ii) No. Akaun - 008-105-00034-4
iii) Institusi Kewangan - Kuwait Finance House

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan perkara ini boleh dibuat melalui talian-talian berikut:-
1. Y.A.Brs. Tuan Haji Shafie bin Ismail - 019-9808414
2. Y.Brs. Encik Mohd Kamal Azarul Azmi bin Omar - 012-9695501
3. Y.Brs. Encik Mohd. Roshdi bin Ismail - 013-9231886

Yayasan ini juga boleh dihubungi melalui e-mail berikut:- ysk@kelantan.gov.my

SUMBANGAN RAKAN-RAKAN MEDIA

Sumbangan rakan-rakan media adalah amat diperlukan dan dialu-alukan oleh Yayasan bagi menjayakan majlis pelancaran ini dengan cara memberi hebahan dan laporan dan liputan yang seluas-luasnya bagi makluman awam sebelum, semasa dan selepas majlis berkenaan.

CADANGAN AKTIVITI BAGI TAHUN 2011

Bagi tahun 2011, Yayasan ini telah merangka aktiviti sebagaimana berikut:-
1. Majlis Pelancaran Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur: 7hb. Mei 2011
2. Pengurniaan bantuan kenderaan, pakaian sekolah kepada pelajar miskin seluruh Negeri Kelantan: Jun 2011
3. Pengurniaan bantuan kewangan kepada golongan miskin tegar dan ibu tunggal: Julai 2011
4. Pengurniaan mesin kepada pengusaha-pengusaha industri kampung: Ogos 2011
5. Pengurniaan alatan bantuan pendengaran, kerusi roda kepada orang-orang kurang upaya: September 2011
6. Pengurniaan mesin hemodialysis kepada hospital terpilih: Oktober 2011
7. Pengurniaan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir/bencana alam: Oktober/November/Disember 2011

PENUTUP

Bagi pihak Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah dan akan memberikan kerjasama bagi menjayakan hasrat murni Yayasan. 

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang memberikan kerjasama menjayakan Majlis Pelancaran dan Santapan Malam ini. Dengan pelancaran Yayasan ini adalah diharapkan agar segala objektif murni yang dirangka akan dapat direalisasikan.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

* SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT *

Dengan hormatnya,


(DATO’ SERI SETIA RAJA DATO’ HAJI MOHD AISERI BIN ALIAS)
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sultan Kelantan Darulnaim Berdaftar
Merangkap
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

Bertarikh: 13 Rabiul Awal 1432H/16 Februari 2011

Bicara Buat Seorang Sultan(buat Sultan Muhamad V)

pada kerendahan dalam pakaian,
pada penampilan dalam keramaian,
perasaan tertawan kepada sang sultan,

pada bicara yang sederhana,
pada gaya yang bersahaja,
jiwa tertarik pada raja,
moga nyata, dia payung rakyat jelata..

inilah nasihat raja dan rakyat..

raja dimulia bukan kerna singgahsana,
raja disayang bukan kerna paluan gendang,
raja diangkat bukan kerna kalimat 'daulat',
raja dicinta bukan kerna kuasa,
raja dihormat bukan kerna pangkat,

raja dimulia kerna takwanya,
raja disayang kerna dia berjuang,
raja diangkat kerna Tuhan memberkat,
raja dicinta kerna budi bahasanya,
raja dihormat kerna kasihkan rakyat,

raja dibenci kerna buruk budi,
raja dicerca kerna tamakkan harta,
raja dimarah kerna dia bermewah,
raja dilupa kerna tinggalkan agama,

apabila raja itu zuhud,
namanya selalu disebut,
apabila raja takutkan Allah,
sekelian rakyat jantung diserah
apabila raja sangat sederhana,
jiwa jelata penuh bangga,
apabila raja kuat agama,
dengan ikhlas rakyat berdoa..

tuanku raja yang masih muda,
namun ada teladan untuk semua,
dalam persarungan penuh kerendahan,
dalam kehidupan penuh kerakyatan,
sayang rakyat penuh melimpah,
kepada raja kasih tertumpah.



Note:

1. Credit must be given to Dr Mohd Asri Zainul Abidin, the much respected former Perlis Mufti, for writing such a nice and beautiful poem.

2. The poem is indicative of people's great expectations for Sultan Muhammad V, but, insya'Allah, he will try his best to live up to them.

Sabtu, Februari 05, 2011

Piagam Madinah:Bukti Kebijaksanaan Nabi Muhamad

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.
Kandungan piagam ini terdiri daripada 47 fasal.
  • 23 fasal piagam tersebut membicarakan tentang hubungan antara umat Islam sesama umat Islam iaitu antara Ansar dan Muhajirin.
  • 24 fasal yang berbaki membicarakan tentang hubungan umat Islam dengan umat bukan Islam iaitu Yahudi.
Selain Piagam Madinah, ia juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Perjanjian Madinah, Dustar al-Madinah dan juga Sahifah al-Madinah. Selain itu Piagam Madinah juga boleh dikaitkan dengan Perlembagaan Madinah kerana kandungannya membentuk peraturan-peraturan yang berasaskan Syariat Islam bagi membentuk sebuah negara (Daulah Islamiyah) yang menempatkan penduduk yang berbilang bangsa atau kaum.

 Perangkaan Piagam Madinah

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.
Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
  • Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
  • Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
  • Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

Tujuan Piagam Madinah

  • Menghadapi masyarakat majmuk Madinah
  • Membentuk peraturan yang dipatuhi bersama semua penduduk.
  • Ingin menyatukan masyarakat pelbagai kaum
  • Mewujudkan perdamaian dan melenyapkan permusuhan
  • Mewujudkan keamanan di Madinah
  • Menentukan hak-hak dan kewajipan Nabi Muhammad dan penduduk setempat.
  • Memberikan garis panduan pemulihan kehidupan kaum Muhajirin
  • Membentuk Kesatuan Politik dalam mempertahankan Madinah
  • Merangka persefahaman dengan penduduk bukan Islam, terutama Yahudi.
  • Memberi peruntukan pampasan kepada kaum Muhajirin yang kehilangan harta benda dan keluarga di Mekah.

Prinsip Piagam Madinah

  • Al-Quran dan Sunnah adalah sumber hukum negara.
  • Kesatuan Ummah dan Kedaulatan Negara
  • Kebebasan bergerak dan tinggal di Madinah
  • Hak dan tanggungjawab dari segi ketahanan dan mempertahankan negara
  • Dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warganegara
  • Tanggungjawab individu dan negara pemerintah dalam menegakkan keadilan sosial.
  • Beberapa undang-undang keselamatan seperti hukuman Qisas dan sebagainya telah dicatatkan
  • Kebebasan beragama
  • Tanggungjawab negara terhadap orang bukan Islam
  • Kewajipan semua pihak terhadap perdamaian.

Kandungan Piagam Madinah

  • Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.
  • Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.
  • Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.
  • Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tiap-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusan darah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.
  • Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk membayar wang tebusan darah dengan adil.
·         Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.
  • Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.
  • Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.
  • Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah saling menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.
  • Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.
  • Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.
  • Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah di silih gantikan tenaga menentangnya.
  • Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.
  • Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.
·         Fasal 20-b
Bahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)
  • Fasal 21
Barang siapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetujui oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.
  • Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barang siapa menolong orang itu maka ke atasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.
  • Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.
  • Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanjai sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang
  • Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri
  • Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.
  • Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.
  • Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)
  • Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.
  • Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.
  • Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.
  • Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.
·         Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.
  • Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah membiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama-sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.
·         Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.
  • Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang
  • Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini
  • Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlakukan sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.
  • Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.
  • Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya
  • Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.
  • Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohinya.
  • Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).
  • Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.
  • Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergian dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.

Jumaat, Februari 04, 2011

Lim Jooi Soon-Salah Tanggapan Kepada Islam

PART 1


PART 2


PART 3


PART 4


PART 5


PART 6

Kambojas



Salam kepada para pembaca semua. Artikel kali ini akan membuka satu topik yang pada saya agak kritikal dan kabur dalam pensejarahan dunia dan Asia Tenggara khasnya iaitu mengenai asal usul bangsa atau suku yang diusebut sebagai Kambojas. Siapakah sebenarnya suku Kambojas dan apakah kaitannya dengan kita? Untuk pengetahuan anda semua orang-orang Khmer sehingga hari ini sangat mempercayai bahawa bangsa mereka adalah ketrunan terus daripada suatu kaum purba yang amat misteri dalam sejarah dunia iaitu kaum Kambojas. Kemisterian kaum ini adalah sangat besar keranan adalah amat sukar untuk kita mengesan sejarah asal usulnya walaupun banyak catatn-catatn kuno daripada bangsa-bangsa lain yang menulius mengenainya. Misteri kaum ini hampir sama seperti misterinya sejarah bangsa Melayu zaman srivijaya hingga tertubuhnya Melaka. Hal ini kerana sebahagian besar daripada maklumat yang sejarawan-sejarawan yang mahu mengkaji mengenai kaum ini adalah daripada catatan orang kedua terutama dari bangsa lain dan bukan catatan daripada kaum Kambojas itu sendiri. Malahan sejarawan masih tidak tahu samaada suku Kambojas ini mempunyai system tulisan mereka sendiri atau tidak.



Namun dengan mudah kita dapat membaca banyak riwayat-riwayat kuno Hindu, Buddha malahan sehingga ke Parsi dan Yunani tentang suku kaum yang bernama Kambojas ini. Namun semuanya cerita diatas cerita. Salah satu Karya kuno yang membicarakan mengenai suku ini adalah dalam Mahabrata. Dalam perang Kuruksetra yang berlaku diantara dinasti Matahari dengan dinasti Bulan, suku Kambojas dikatakan terlibat sama dengan suku-suku lain termasuk rumpunya suku Sakas atau Scytian. Ada pendapat peperangan ini adalah gambaran atau interpretasi penulisnya tentang peprangan sebenar yang berlaku diantara negara-negara di india dengan Sri Lanka dan negara-negara Asia tenggara. Hal ini bermakna tanah asia tenggara atau nusantara ini menjadi salah satu setting kepada peprangan dalam Mahabrata.


 
Berbalik kepada dakwaan orang Khmer tadi, sebenarnya saya kurang setuju bahawa bangsa Khmer berasal daripada bangsa Kambojas yang suatu ketika dahulu pernah bertapak di Asia tengah. Sebahagian sejarawan Khmer mengatakan bahawa nama khmer diambil sempena nama raja pertama mereka yang bernama Svayambahva Kambu. Dikatakan bahawa raja ini datang dari selatan india. Apa yang menariknya terdapat juga pendapat daripada Sejarawan Khmer sendiri yang sanggup mengenepikan semangat nationalis melulu dengan mengatakan bahawa Raja ini datang dari Semenanjung. Menurutt mereka dari nama ini maka terbentuklah nama kerajaan kambuja yang bermakna keturunan kambu. Akhiran ‘Ja’ adalah menunjukkan keturunan atau berasal daripada Kambu. Ia tidak ada kena-mengena dengan suku Kambojas.




Mengapa saya berkata sedemikian? Kerana jika benar bahawa suku Kambojas adalah leluhur bagi Khmer maka sudah pasti masih ada banyak sisa-sisa bahasa dan kebudayaan Kambojas wujud dalam masyarakat Khmer. Namun ianya tidak ada atau amat payah untuk ditemui. Apa yang paling penting adalah kesan-kesan bahasa. Bahasa melambangkan sesuatu bangsa dan kita boleh kesan asal-usul seseorang atau sesuatu bangsa itu melalui bahasa sehariannya tanpa mengira darah sekalipun! Tetapi yang menjadi persoalan ialah bahasa khmer lansung jauh daripada bahasa suku kambojas yang boleh dikategorikan dalam rumpun Avestan atau Parsi Kuno yakni sama dengan orang Scytia atau saka yang org melayu menggelarnya sebagai sakai yg juga bermakna gasar atau ganas ( Gasar disini tidak bermakna mereka bercawat, tidak bertamadun dan telanjang hidup di hutan, tetapi nature mereka yang suka keganasan dan peperangan).



Oleh sebab itulah dalam Kesultanan Melayu Brunei hanya golongan yang dipanggil sebagai keturunan Sakai boleh menjadi hulubalang khas untuk Sultan. Dan golongan sakai ini masih digunakan dalam upacara pertabalan dan perkahwinan diraja dimana mereka berarak mengiringi Sultan Brunei dengan tombak, pedang dan perisai.



Berkemungkinan juga Svayam Kambu raja pertama orang Khmer tersebut memang salah seorang keturunan Kambojas. Namun ini tidak bermakna seluruh masyarakat Khmer adalah berketurunan Kambojas. Namun ada suatu misteri yang besar yang mahu saya ungkapkan disini. Daripada kajian para sarjana dalam bidang bahasa, didapati bahawa bahasa Melayu mempunyai terlalu banyak persamaan dengan bahasa rumpun Avestan atau Parsi kuno yang serumpun dengan Kambojas! Adakah ini suatu kebetulan dan adakah ianya suatu ambilan atau pinjaman semata-mata? Atau sebenarnya bangsa Melayu nusantara mempunyai darah keturunan sebenar suku kaum Kambojas yang telah hilang di Asia tengah tersebut?

 
Orng india kuno menggelar mereka sebagai dalam golongan Vamsa Brahmana dan ada ditulis mengenainya dalam kitab yang namanya sama. Seperti yang kita tahu vamsa bermakna bangsa dan Brahmana adalah tuhan mereka. Namun ada pendapat menyatakan ia adalah Ibrahim. Jika terbukti bahawa fahaman Hindu Kuno adalah berasaskan agama Hanif Nabi Ibrahim yang telah dipesongkan dan ditokok tambah, maka ada kemungkinan bahawa memang Brahma adalah Nabi Ibrahim. Hal ini bermakna org India purba sudah tahu awal-awal bahawa suku Kambojas adalah anak keturunan Ibrahim a.s. Menurut para sarjana barat mereka juga sering digelar sebagai Royal Clan of the Sakas or Scythians. Seperti yang saya sebut tadi bahawa suku Scytian adalah salah satu daripada rumpun mereka, namu suku Sakas ini adalah lebih liar dan gasar berbanding mereka. Mungkin dari sinilah asalnya legasi orang Sakai sebagai Hulubalang Kesultanan Brunei.



Walaupun sarjana-sarjana barat terdahulu sering mengaitkan Suku Kambojas ini dengan suku-suku puak Gasar dan ganas serta tidak bertamadun di utara India yang sama seperti orang Hun dan Monggol, namun penemuan terbaru daripada para sejarawan menunjukkan bahawa suku kambpjas jauh panggang dari api dari telahan sarjana terdahulu. Walaupun ada dikalangan rumpun Kambojas memang bersifat gasar namun Kambojas sendiri juga sering disebut dalam kitab-kitab kuno Hindu sebagaibangsa yang terpelajar atau intelektual. Namun diakibatkan permusuhan dinasti seperti yang saya maklumkan awalnya, suku Kambojas yang berkasta paling tinggi ini dianggap sebagai kasta buangan namun tetap dalam golongan intelek. Malahan salah seorang daripada keturunan Kambojas juga adalah pengarang kepada Rig Veda yang merupakan kitab suci berbahasa Sanskrit yang tertua sekali. Dalam Rig Vedalah banyak sarjana perbandingan agama menemui bibit-bibit sejarah nabi-nabi terdahulu dan perkaitan dengan agama-agama Samawi! Adakah anda dapat lihat kaitannya sekarang! Berkemungkinan besar Rig Veda yang asal telah diubah dan ditokok tambah kandungannya sehingga membentuk Rig Veda yang ada sekarang yang penuh dengan unsur mitos dan dewa-dewi. Untuk pengetahuan anda Rig Veda adalah diantara kitab paling suci penganut Hindu. Saya sendiri pernah membacanya semasa mengaji perbandingan Agama dahulu dan mendapati banyak nilai-nilai moral di dalamnya dan cerita-cerita sejarahnya berkaitan dengan agama tauhid! (Nasihat saya kepada anda yang mahu membaca kitab2 Hindu supaya banyak-banyak Zikir dan ambil wudukdahulu, bukan sebb kitab tu suci tapi sebab banyak gangguan akan datang walaupun terjemahan inggeris). Dalam kitab-kitab tersebut suku Kambojas sering disebutkan sebagai Guru atau pendita dan yang mengetahui pelbagai jenis Ilmu selain daripada peperangan dan menunggang kuda. Malahan dalam arena menunggang kuda semua kaum-kaum purba seperti Arya, Yunani, India dan lain-lain menganggap tidak ada bangsa lain di dunia yang lebih mahir berkuda berbanding suku Kambojas.


 

Ukiran dinding ini menunjukkan suku Sakas atau Scytian sedang membawa ufti untuk Maharaja Parsi. Topi berbentuk kon adalah trade-mark mereka dan mereka adalah tergolong dalam rumpun yang sama dengan Kambojas.


Mengarnai suku Scytian atau Sakas pula, sama sepertinya kaum-kaum peribumi rumpun Melayu tertentu di Nusantara ini antaranya Batak, Iban, Dusun,Kelabit, Penan, dan lain-lain yang banyak di Borneo, Kaum Sakas atau Scytian yang merupakan satu rumpun dengan Kambojas juga adalah head hunters. Malah ada yang mengatakan bahawa mereka cannibals sama seperti suku batak yang memasak dan memakan musuh mereka yang kalah dalam peperangan untuk mendapatkan kekuatan. Mereka juga dipercayai memakai cacah atau tatoo seperti puak-puak rumpun Melayu pribumi di Nusantara sini. Nampaknya ada kemungkinan suku-suku Melayu yang kurang develope atau kurang maju ini adalah dari persemendaan diantara suku Sakas atau Sycitian dengan kaum peribumi Nusantara yakni bangsa Naga atau orang laut manakala Suku Melayu yang lebih maju dan menjadi ruling class adalah dari percampran darah Kambojas dan Mala.

Mayat seorang lelaki Scytian. Anda boleh lihat dengan jelas bahawa mereka juga bertatu atau cacah di lengan dan bahu sama seperti suku-suku peribumi Nusantara.


Jadi Hipotesis saya bahawa Kambojas seperti yang diakui oleh teks-teks India purba sebagai salah satu kaum cendekiawan namun pada masa yang sama sangat handal dalam peperangan. Manakala rumpunnya iaitu Sakas adalah lebih gasar dan liar dan kurang Intelek. Maka kita dapat mmembuat hipotesis bahawa suku Sakas/Scytia/Sakai ini juga telah berhijrah bersama suku Kambojas ke Nusantara untuk mencari tanah nenek mereka keturah. Macam mana, anda semua setuju? Kalau ada galah tolok jolokkan cempedak itu ye, terutama kepada yang pakar.

 
Kawasan pengaruh Kambojas


Adakah asimilasi kaum ini berlaku dalam tempoh masa yang singkat? Pada pendapatan saya tidak, ia mengambil masa beratus atau mungkin beribu tahun. Suku Kambojas ini tidak terus-terus berhijrah ke timur atau Nusantara sebaliknya telah membina tamadun mereka di seluruh asia iaitu tempat-tempat yang mereka singgah bermula dari Mesopotamia ke Asia tengah dan kemudian meninggalkan jejak mereka di Persia kemudian ke utara india dan ada yang ke selatan dan kemudian barulah mereka sampai ke Nusnatara. Namun wasiat nenek moyang masih tidak dilupakan. Apabila tiba masanya maka mereka pun bergeraklah ke tanah nenek mereka di Nusantara.



 
Kawasan pengaruh Scytian


 
Daripada ini dapat kita simpulkan bahawa sebenarnya kaum Indo-Aryan yang bermigrasi ke India dan menubuhkan kerajaan-kerajaan India purba adalah terdiri daripada suku Kambojas! Oleh kerana itulah kita dapat lihat banyak persamaan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Sanskrit sehingga dalam jumlah yang tidak logik seolah-olah bahasa sanskrit adalah bahasa asal orang Melayu. Padahal memang benar ia adalah salah satu daripada rumpun bahasa Avestan yang memang diwarisi masyarakat Melayu daripada percampuran nenek moyang mereka dari suku Kambojas dengan suku-suku Austronesia.


Keturah


Perlu diingatkan bahawa suku Kambojas ini walaupun mereka pernah menguasai India Selatan, namun mereka bukanlah orang Tamil atau Dravidian sama macam keturunan India di negara kita ini. Mereka adalah berkulit cerah putih kemerahan macam orang Parsi dan Arab. Jika ada terdapatnya Chauvinist India yang mengaku bahawa raja-raja Melayu adalah keturunan mereka, maka kita dapat tolak hujah mereka dan suruh mereka blah jauh-jauh...:) sebab itu tidak benar. Di India, raja-raja daripada suku Kambojas ini tidak akan sesekali mencampurkan darah mereka atau dalam bahasa lebih sopan bersemenda dengan kaum Dravidia yang berkulit agak kurang cerah seperti orang-orang Tamil. Sebab itu di India sehingga sekarang adanya sistem kasta. Sistem ini dipercayai diperkenalkan oleh orang luar atau orang Indo-Aryan yang mahu mengekalkan legasi keturunan mereka termasuklah legasi keturunan Kambojas.



Mungkin apa yang mahu saya perkatakan ini agak sensitive sedikit, namun sejarah tetap sejarah dan kami tak boleh nak ubah-ubah sejarah atas sebab nak jaga hati orang. Kebenaran tidak harus disembunyikan, jangan campur adukkan sejarah dengan politik ya..:) Sebenarnya kebanyakan orang –orang Tamil yang berhijrah ke sini pada zaman British dahulu adalah daripada kasta rendah seperti Pariah, Sudra, dan Vaisha. Kasta Pariah adalah yang paling rendah sekali malahan saya pernah dilarang oleh seorang pensyarah berbangsa India supaya tidak menyebut lansung perkataan tersebut kerana menurutnya ia terlalu hina...What!??@#$*^&....Opss! Sorry tak sengaja..:)Malahan menurut pembacaan saya mereka ini lebih hina dari babi dan anjing dan hanya layak berkerja sebagai pencacai tahi orang. Sungguh dasyat sekali amalan system kasta yang diamalkan di India!



Di Malaysia hanya segelintir sahaja dari kasta Kasyatria dan Brahmin yang turut berhijrah pada zaman British dahulu, itupun belum tentu asli. Sebab apa saya kata demikian, kerana saya dapat maklumat dari fail-fail British bahawa pada zaman Kolonial dahulu suku kaum dari India Selatan ini mahu lari daripada penindasan tuan- tanah dan kasta atasan, maka apabila mereka ke Tanah Melayu ada yang cuba mengubah status kasta mereka. Ada yang menaikkan satu kasta ada naik dua malah ada naik ke kasta Brahmin terus...:O. Oleh sebab itu mereka tiada hak untuk mengatakan bahawa tradisi Melayu adalah warisan nenek moyang mereka dari India Selatan kerana tradisi dan Raja-raja kita adalah terus dari suku Kambojas yang bersemenda dengan Suku Mala Naga di Nusantara dan budaya kita kalau tidak lebih tua pun mungkin sama tua dengan budaya mereka kerana suku Kambujas telah bertandang ke tanah nenek moyang mereka setelah menguasai kerajaan-kerajaan di India selatan. Namun diharapkan rakan-rakan India saya diluar sana janganlah terasahati, saya tidak bermaksud menghina atau menuduh. Namun saya pasti hanya segelintir sahaja daripada kaum anda yang berkelakuan sedimikian bukan?



Tapi di Nusantara tak ada pulak raja-raja yang kononya orang India ini mereka nak letakkan sistem kasta yang amat ketat seperti di India. Anda rasa mengapa? Mungkin kerana mereka tahu bahawa penduduk disini adalah keturunan yang sama seperti mereka dari jurai sebelah ibu iaitu keturah! Maka tak ada beza, mereka adik beradik. Tiada kasta bawah dan tiada kasta atasan. Oleh sebab itulah juga bahasa Sanskrit banyak digunakan dalam bahasa seharian orang-orang Nusantara dan bukan para Brahmin sahaja. Tapi kalau di India jika anda dari kasta rendah cuba untuk berbicara dalam bahasa Sanskrit malah membaca Vedas maka anda akan dihukum bunuh atau dicabut lidah! Malah kaum perempuan kasta atasan di India juga tidak dibenarkan membaca dalam Sanskrit sehinggakan bahasa dan tulisan khas dicipta untuk mereka iaitu Prakrit.



Apa yang menariknya dalam lagenda masyarakat Saka atau Scytia ada menyebut tentang seorang pengembara yang berkahwin dengan seorang puteri Nagi atau Naga sama seperti yang tercatat dalam inskripsi Khmer dan Champa! Hal ini mennjukkan bahawa memang benar suatu masa dahulu ada seorang pengembara berkemungkinan Nabi Allah Ibrahim berkahwin dengan seorang wanita berketurunan Naga dan mewujudkan suku bangsa Kambojas dan Scytian. Selain itu tradisi dalam masyarakat Tamil zaman Pallava juga ada menyebut bahawa raja-raja mereka adalah keturunan daripada seorang pengembara dari luar dengan seorang wanita keturunan Naga. Nampaknya adalah benar bahawa raja-raja Tamil zaman empayar Pallava juga adalah dari keturunan Kambojas kerana dalam perjalanan untuk sampai ke tanah nenek moyang, orang-orang Kambojas ini telah meninggalkan wakilnya di Selatan India untuk membina sebuah kerajaan dan mentamadunkan bangsa-bangsa Dravidian atau Tamil di Selatan India. Sungguh besar jasa suku kaum Kambujas keturunan Nabi Allah ini kepada tamadun-tamadun dunia.

Cyrus The Great atau Kurush Agung. Ramai sarjana Islam berpendapat bahawa Kurush adalah Iskandar Zulkarnain kerana beliau telah menyelamatkan orang-orang Israel dan membebaskan Baitulmaqdis.

 
Untuk pengetahuan ada juga Raja Cyrus atau Kurus Agung adalah daripada jurai keturunan Kambojas dan di dalam kitab-kitab yahudi kuno baginda dikatakan sebagai seorang raja yang beriman kepada Allah. Beginda juga dikatakan telah menyelamatkan Bani Israel daripada penindasan bangsa-bangsa Media Dan Lydia dan membantu orang-orang Israel membangunkan semula Jerusalem yang telah dimusnahkan. Sebahagian besar sejarawan Islam bersetuju bahawa Cyrus inilah Iskandar Zulkarnain yang sebenar kerana empayar Cyrus sebenarnya adalah lebih besar dan lebih gah berbanding empayar Alexander the great. Malahan memang India adalah salah satu jajahannya. Sebab itulah Raja Suran dikatakan berasal daripada keturunan baginda. Dan dari keturunan ini juga lahirnya raja-raja Melayu. Sekarang anda nampak pattern ini sentiasa berulang sejak dari zaman Nabi Ibrahim lagi dimana terdapatnya situasi sirih pulang ke ganggang. Mula-mula Ibrahim a.s berkahwin dengan Soma. Soma dibawa ke Mesopotamia dan digelar Keturah. Soma melahirkan ramai anak. Anak-anak ini diwasiatkan untuk bertebaran di bumi timur sehingga sampai ke tanah ibu mereka iaitu Nusantara. Kemudian anak cucu Ketura- Ibrahim inipun sampailah walau sedikit lambat sebab terkendala di Asia Tengah, di Iran, di Afganistan dan utara India dan kemudian di Selatan India dan Sri Lanka. Dari India maka anak cucu teruskan perjalanan ke tanah nenek Keturah. Samar-samar...tapi dah nampak dari kejauhan. Pertapakan di tanah nenek bukan mudah kerana terpaksa berhadapan dengan keturunan adik baradik nenek yang telah mewujudkan kerajaan-kerajaan Mala serta dinasti Hari dan Perehu yang berpegaruh Mesir rupanya anak cucu keturnan Nuh a.s dah sampai dulu sebelum mereka. Sekian dahulu untuk topik ini, misteri Kambojas dan Mala tak terhenti disini sahaja, kajian masih berterusan dan berterusan dan berterusan dan....

Wallah hu a’lam.