
PAS Kawasan Kemaman akan merayakan ulangtahun penubuhan ke-60 Parti Islam Semalaysia (PAS) peringkat Kemaman pada 26hb hingga 28hb. Januari ini. Menurut Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun, sambutan kali ini antara program terbesar PAS Kawasan Kemaman untuk tahun 2012 ini.
Sambutan selama tiga hari tersebut akan diadakan di Dataran PASTI Adam, Mak Chili, Kemaman.Pelbagai program telah disusun bagi memeriahkan lagi sambutan tersebut.
Perasmian sambutan Insyaallah akan disempurnakan pada 26hb. Januari, Khamis jam 9.00 malam oleh Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat di mana pada malam tersebut akan diadakan Ceramah Perdana 1 melibatkan Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man sendiri, Ustaz Saiful Bahri Mamat, Timb PJ BPPNT dan Dr Balasubramaniam.

Pada hari Sabtu 28hb. Januari, akan diadakan acara sukan pelajar PASTI dan DAR, Sukan Pemuda dan Muslimat/Nisa, Jamuan Rakyat pada tengaharinya, pertunjukan bermotor dan Ceramah Perdana 2 pada malamnya yang akan menampilkan YB Ustaz Che Abdullah Mat Nawi (ADUN Kelantan yang mewakili Menteri Besar Kelantan), Sdr Shamsul Iskandar Ketua AMK PKR dan YB Mohd Wahid Endut, PJ BPPNT
Sepanjang program berlangsung, pameran 60 Tahun PAS Malaysia dan PAS Kemaman, rawatan alternatif serta penyertaan beberapa agensi kerajaan juga dibuat.
Tuan Haji Ismail menyeru seluruh lapisan masyarakat di seluruh Kemaman dan kawasan yang berdekatan tanpa mengira fahaman politik datang mengunjungi Sambutan 60 Tahun Penubuhan PAS ini termasuk menikmati Jamuan Rakyat pada tengahari Sabtu di samping para pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah basikal Fixie.

"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan