Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Ogos 26, 2011

Laluan Bertingkat elak kesesakan Bandar Pasir Mas



Exco negeri meninjau sendiri kerja-kerja penurapan Laluan Bertingkat di Pasir Mas
PASIR MAS ( Pengkalan Pasir ) ,24.Ogos:-Keresahan pengguna laluan Pasir Mas ke Meranti di musim perayaan kali ini akan berakhir setelah pembinaan laluan bertingkat melintasi landasan keretapi akan dapat digunakan sepenuhnya awal minggu depan
.
Laluan yang dibina dengan melibatkan kos RM15.5 juta tersebut kini sedang dalam perngkat akhir penurapan tar dan pemasangan garisan tepian jalan tersebut.
Tinjauan wartawan gegarkelantan.net bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya,Utiliti dan Alam Sekitar Datuk Mej(B) Md Anizam Abdul Rahman semalam mendapati kerja kerja sedang giat dijalankan dan ia dilaksanakan 24jam bagi memastikan dapat digunakan di musim perayaan kali ini.
“ Alhamdulillah, sehingga kini, dengan adanya laluan pintas ini, pengguna dari Tanah Merah atau daerah lain tidak perlu lagi memasuki Bandar Pasir Mas untuk ke Rantau Panjang, Meranti, Tumpat maupun Wakaf Bharu kerana mereka boleh menggunakan laluan ini dan walaupun laluan di fasa kedua masih lagi dalam proses penambunan tanah, namun ia sedikit sebanyak telah boleh atasi kesesakan dalam Bandar Pasir Mas di musim perayaan ini” kata beliau.
Penyelia Projek Kelkon ( Zailani ) memberi taklimat kepada exco negeri
Turut mengiringi beliau dalam lawatan tersebut Penyelia Projek Kelkon Sdn Bhd Mohd Zailani Shafiin.
Laluan bertingkat sepanjang 750 meter dan kelebaran 12 Meter tersebut telah dibina awal 2008 dan kini telah memasuki fasa kedua pembinaan jalan sepanjang 1.5 km di kampung Kubang Panjang menghubungkan dengan jalan utama ke Meranti .
“Jalan sepanjang 1.5 km itu sedang dilaksanakan kerja-kerja menambun dan dijangka siap akhir tahun ini,” ujar beliau lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan