KOTA BHARU ( Kota Lama ) 11.OgosKepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri Kelantan semakin mendapat kepercayaan masyarakat Tionghua walaupun pelbagai cara digunakan oleh pihak tertentu untuk mengugatkan kerajaan Kelantan.
Dengan adanya pelbagai skim kebajikan yang dilaksanakan seperti Skim armalah, Pemberian beras percuma (Al-It’am ) dan juga Kifaalah warga emas, masyarakat kini boleh menarik nafas lega walaupun sumbangan kerajaan adalah sedikit.
Melalui skim Kifaalah warga emas yang tidak mengira fahaman politik,kaum dan kedudukan ekonomi keluarga, semua rakyat negeri ini yang berusia 60 tahun ke atas adalah layak menerima sejumlah RM1500 sekiranya warga emas tersebut meninggal dunia.
Baru-baru ini penyampaian sumbangan wang kifaalah kepada wasi dari masyarakat Tionghua seramai Sembilan orang telah diadakan di pejabat Pusat Khidmat Dun Kota Lama yang disampaikan sendiri oleh Adunnya Datuk Anuar Tan Abdullah. Turut hadir Penghulu Tanpa Mukim Lim Guan Seng dan Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu Chia Chuan Lay.
Menurut Lim Guan Seng sehingga kini sejumlah 3378 warga Kota Lama dari masyarakat Tionghua telah berdaftar dengan skim Kifaalah ini dan setakat ini mereka yang meninggal dunia berakhir disember 2010 telah mendapat sumbangan tersebut.
“saya berharap bagi wasi yang ahli keluarganya meninggal dunia dalam tahun ini bersabar dan pihak Dun sentiasa berusaha untuk membuat pembayaran secepat mungkin..
Penerima sumbangan tersebut Lee Gee Leong, 49 yang kini tinggal di Kampung Balai Bachok berkata walaupun sumbangan ini berjumlah seribu lima ratus sahaja namun ia amat besar nilainya dari segi keperihatinan kerajaan negeri kepada rakyat
“ Sebelum ini saya merasa ragu-ragu juga dengan kedudukan sumber kewangan negeri yang terhad, macamana hendak membuat pembayaran tersebut, namun saya kini yakin kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mampu mencari jalan untuk menyelesaikannya”ujar beliau.
“ Sebelum ini saya merasa ragu-ragu juga dengan kedudukan sumber kewangan negeri yang terhad, macamana hendak membuat pembayaran tersebut, namun saya kini yakin kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz mampu mencari jalan untuk menyelesaikannya”ujar beliau.
Beliau yang merupakan wasi kepada bapanya juga mengucapkan terima kasih kepada Adun Kota Lama yang begitu serius mengambil berat terhadap masyarakat tionghua bukannya sahaja di Dun kota Lama malah di seluruh negeri ini.
Bagi Gan Soo Beng,51 dari Kampung Kubur Kuda pula berkata dengan adanya sumbangan kerajaan ini ia boleh membantunya untuk menyara hidup seharian.“ Saya amat terharu dengan sumbangan kerajaan ini dan ini amat berbeza dengan kerajaan umno di negeri lain yang sering menindas rakyat dan tidak mengambil berat kebajikan rakyat. Di sini Tok Guru begitu cakna terhadap semua rakyat walaupun berbeza agama dan kaum”katanya lagi.
Sementara itu bagi Madam Yam Chuin Hwa,48 dari Wakaf Mek Zainab pula berkata dengan adanya sumbangan ini ia boleh digunakan untuk buat kebajikan kepada mendiang ayahyanya.
“ Kerajaan Kelantan kini sudah mampu membantu rakyat dengan tanpa mengira fahaman politik dan kaum dan ini menunjukkan kerajaan di bawah tok guru nik aziz amat baik dan bersih dari rasuah, saya amat berterima kasih kepada tok guru dan wakil rakyatnya yang ambil berat masalah rakyat”kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan