Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, April 16, 2011

Pakatan mampu menguasai Miri-YDP Pas

MIRI, 16 April : Pakatan Rakyat mempunyai harapan besar untuk menang di Miri dan Sarawak secara keseluruhannya dengan menang atau PR mampu menafikan penguasaan 2/3 BN.

"Saya yakin PR boleh menang dengan syarat tiada sebarang penipuan di saat-saat akhir," tegas Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Haji Jofri Jaraaie.

Haji Jofri yang juga Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Sarawak berkata, sambutan pengundi Cina memang memihak kepada Pakatan sejak sebelum ini, semakin hebat selepas penamaan calon hingga kini.

"Mereka dengan jelas menunjukkan menerusi pakaian, bendera, kenderaan, cenderung untuk hadir ramai-ramai termasuk sumbangan wang ringgit dan tenaga.

"Kerana itu, tidak hairan jika kutipan untuk satu malam sahaja di Kuching, Sibu dan Miri mencecah sebanyak RM30 ribu membuktikan masyarakat Cina khususnya sangat benci pada BN, tegasnya.

Mengenai perasan takut dan ugutan, beliau berkata, satu lagi unsur tambahan, perasaan sukar untuk berubah dalam kalangan pengundi Melayu adalah kerana mereka sudah biasa sangat dengan BN.

Ditambah lagi dengan sentimen perkauman yang acapkali dimainkan media pro-BN yang menyelitkan perasaan bimbang amat sangat jika BN kalah, yang akan menimbulkan masalah pada orang Melayu.

Sewajarnya, tambah beliau lagi, mereka hendaklah melihat contoh bagaimana pentadbiran Pakatan Rakyat di Semenanjung seperti di Negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor yang tidak timbul sebarang masalah perkauman.

Namun begitu, jelasnya, pengundi dalam kalangan masyarakat Melayu di bandar lebih terbuka untuk menerima perubahan ke arah Sarawak Baharu berbanding orang Melayu di kampung-kampung.

Beliau memberikan satu contoh di mana ketika calon Keadilan, Dr Teo menunaikan jemputan penduduk Kampung Muhibbah, ada suara-suara 'tidak cerdik' berkata kepada Dr Teo, "ini jalan BN, kenapa kamu guna?"

Menurutnya, Dun Piasau dan Pujut, BN boleh kalah namun di Senadin bergantung kuat kepada undi pos melibatkan jumlah 1,000 dari pasukan askar dan polis.

Begitu juga dengan undi dari pengundi Melayu yang dikira sedikit bermasalah ekoran dari jumlah pengundi Senadin berjumlah 22000, 6000 adalah Melayu dan Cina pula 11000 di mana kalangan Melayu menjadi undi penentu. 

Menurutnya jika pendirian penduduk semua kawasan setinggan di sekitar Bandaraya Miri kekal dengan bertambah menyokong PR, sudah pasti keputusan malam nanti akan memihak kepada PR.

Masalah 30 tahun tidak mendapat geran tanah sah, bekalan elektrik dan bekalan air sempurna seperti di Kampung Pasir, Kampung Api Api, Kampung Batu Satu Jalan Lutong - Kuala Baram telah beberapa kali disuarakan HarakahDaily.

Haji Jofri berkata, semua kawasan setinggan yang dibiarkan hidup bermasalah sejak sekian lama merupakan kawasan pembangkang yang boleh jadi menjadi penyebab kepada penderitaan mereka selama ini. 

Sementara itu, proses pengundian di Sekolah Kebangsaan Luak, dekat sini berjalan dalam keadaan tenang berdasarkan jumlah rakyat yang keluar mengundi hingga saat ini baharu sahaja mencecah 600 orang. 

Menurut Haji Jofri, daripada 2,000 pengundi berdaftar di sini, hanya sekitar 30 peratus sahaja yang berbuat demikian.

Haji Jofri telah menunaikan kewajipan mengundinya berkata, entah apa sebabnya keadaan jadi begini, sedangkan cuaca begitu baik dan berharap pengundi akan segera keluar sebelum hujan pada sebelah petang. 

Jelasnya, keadaan ini bukan sahaja menyelubungi pihak Pakatan Rakyat yang bertanding di situ, diwakili calon Keadilan, Dr Teo Yu Keng tetapi juga berlaku kepada pihak BN.

Katanya, pihak media menunggu kedatangan Dr Peter Chin meskipun tidak bertanding tetapi beliau turut mengundi di sekolah tersebut namun sehingga jam 11.30, masih belum kelihatan.

"Suasana seperti tiada apa-apa berlaku ini boleh jadi disebabkan SPR hanya membenarkan pihak mereka sahaja mendirikan barong bertujuan menyemak nama dan saluran mengundi.

"Kerana itu, tidak nampak sangat suasana meriah merayu undi di saat-saat akhir," jelasnya yang memang sedia maklum keadaan ini sejak sekian lama.

Masa pusat pengundian di sini dibuka seperti biasa bermula pukul 8 pagi dan akan berakhir pada jam 5 petang nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan