Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Disember 03, 2010

Sehingga begitu Allah hiburkan hati kita


"Sedih dan pilu yang menyelubungi kita dalam mengejar rezeki dikota raya ini serta kenaikkan harga barangan utama baru-baru ini telah menyebabkan kita rasa takut untuk menghadapi hari esok. Disatu pihak dengan rasa bangga mnyembunyikan permasalahan rakyat dan satu pihak lagi terpaksa mengejar erti kepayahan hidup.

Kesusahan kita hanya berkisar pada kepayahan untuk mendapatkan sesuap nasi atau lebih tepat ingin mengumpulkan harta benda didunia ini. Tetapi tahukah anda bahawa ada seorang manusia yang hampir pasrah untuk meneruskan penghidupannya bukan disebabkan susahnya mendapat sesuap nasi?

Kisah bagaimana seorang insan ini tidak langsung memikirkan hati dan perutnya sendiri sehingga tidak berlaku adil kepada manusa yang lain.Apa yang bermain difikirannya hanyalah bagaimana pegangannya harus dikongsi dengan insan lain sehingga beliau dikutuk,dimaki,dipulaukan,diugut bunuh,dirasuah,diseksa sahabatnya, digoda,dibaling batu,dihalau dan segala macam bentuk ancaman kepada beliau agar tidak menyiarkan syiar yang diperkenalkannya itu.
Disebabkan kesemua bentuk 'demotivated factor' yang Allah uji kepadanya,beliau kelihatan tidak mampu lagi untuk meneruskan membawa risalah Allah dimuka bumi ini. Allah Maha Adil dan Maha Mengasihani dan Allah tenteramkan hati beliau dengan diangkat darjatnya dan bukan dengan wang ringgit seperti yang ditagih oleh manusia biasa. Allah ceritakan bagaimana Allah memujuk Rasulullah SAW agar terus kuat dan memotivasikan baginda bahawa bagi setiap kesusahan ada kemudahan.Kata-kata Allah itu ada diceritakan pada video dibawah..
 
Lapangnya rasa didada bila mengetahui itulah janji Allah untuk makhluknya.
yang hebat itu Allah dan lemah itu Aku.
md daud yusri fie al hutan melintangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan