Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Menonton berita di tv membuatkan saya terfikir, betapa banyaknya bencana dan kekacauan yang berlaku diseluruh dunia kini... komplot perang, penindasan, ribut salji, taufan, kebuluran, gempa bumi, pembunuhan, rogol, rasuah, zina, tanah runtuh, bangunan runtuh, kemalangan dijalan raya, udara dan laut, banjir, pengkhianatan......terlalu banyak masa untuk menulis semuanya...
Dan akal saya yang daif ilmu ini terfikir, betapa dunia sudah terlalu dekat dengan ajalnya... dunia sudah tiada keseimbangan, sudah terlalu tua untuk menampung bebanan... kiamat sudah terlalu hampir...mungkin... wallahua'lam.
Firman Allah dalam surah Muhammad:
"Tiadalah yang mereka nanti, selain dari saat yang akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba. Sesungguhnya tanda-tandanya telah datang, kesedaran mereka tiada berguna."
Jauh di sudut hati saya memohon ampun dari pemilik Hari Perhitungan ini, dan semoga saya bukan salah seorang yang akan merasai dahsyatnya ia... dan semoga saya dilindungiNya dari huru-hara yang dibawa oleh Yajuj wa ma'juj serta fitnah dajjal.
Disini saya sertakan juga fadhilat Surah al-Kahfi. Semoga dimudahkan Allah untuk beramal dengannya.
Surah al-Kahfi (bererti gua) adalah surah yang ke 18 di dalam al-Quran. Ia mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan al-Kahfi kerana dari ayat 9-26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah SWT selama lebih 300 tahun, demi iman mereka yang amat teguh atas dasar tauhid.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah al-Kahfi.
Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Baihaqi dari Abi said Al-Khudri yang bermaksud:
“ Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah”
Imam Ahmad berkata, dari Abi Darda’, daripada Nabi saw, baginda bersabda:
“ Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal.”(HR muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tarmizi daripada Qatadah)
Iman ahmad berkata, daripada Abi darda’, Nabi saw bersabda:
“ Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.” (HR Muslim dan An-Nasai)
Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi saw baginda bersabda:
“Sesiapa membaca dari surah al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)
Daripada Umar beliau berkata, Nabi saw telah bersabda:
“Sesiapa membaca surah al-kahfi pada hari jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya dari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat.” (HR Ibnu Katsir)
wallahua'lam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan