Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Oktober 28, 2012

Bandar Baru Chiku membawa rahmat ke kawasan pendalaman


bandar chiku
Peneroka Felda merebut peluang berniaga walaupun dengan hanya membina gerai di tepi jalan masuk ke Bandar Chiku.
GUA MUSANG - Sebuah bandar baru yang dikenali Bandar Chiku dikatakan membawa rahmat kepada  peneroka Tanah Rancangan Felda Chiku 3, dekat di sini, berikutan menyediakan pelbagai projek pembangunan dan kemudahan untuk mereka.

Malah, peneroka berpeluang menjalankan perniagaan, sama ada di bangunan yang dibina sendiri atau gerai kecil yang dibina di sepanjang jalan masuk ke bandar terbabit.

Peneroka, Zulkifli Yaacob, 58, berkata, jika dulu peneroka terpaksa pergi ke Bandar Gua Musang yang terletak hampir 50 Kilometer dari rumah untuk membeli pelbagai barang keperluan, kini mereka boleh membeli-belah di Bandar Chiku.

"Adanya Bandar Baru Chiku  memudahkan saya membeli barang keperluan.

"Selain mempunyai banyak  kemudahan di Bandar Chiku kami juga dapat berniaga, sekali gus  menambahkan pendapatan keluarga tanpa bergantung sepenuhnya dengan hasil ladang,”katanya.

Sementara Alwi Yusoff, 57, berkata, sejak kebelakangan ini orang luar juga berniaga di bandar itu.

"Kebanyakan peneroka yang pada mulanya hanya membuka gerai kecil, kini melangkah lebih maju dengan membina bangunan kedai bagi memperbesarkan perniagaannya.

“Kita sama-sama bersyukur di atas kewujudan Bandar Chiku yang memberi faedah bukan sahaja kepada peneroka, juga kepada generasi kedua Felda yang mempunyai wawasan dalam perniagaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan