Salamua’laik,
Kalian sudah puas
dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan
perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih
kepada saudara Rijal82, JTR,BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi
lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.
Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata
pandangan ke Gaza
lalu meninggalkanBilderberg melakukan mesyuarat secara senyap.
Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai
mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita
keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan
yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.
Para saintis terhandal dunia telah membuat
beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang
sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang . Perancangan mereka
tidaklah selengkap perancangan Allah.
Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’
Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas
(pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver
Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.
Tanpa kita sedari,
upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan
‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan
menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui
gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika
ada sebarang bahagian yang salah)
Upacara dimulakan
dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik
yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka
panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..
[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an
equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]
Upacara pembukaan
diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak
masuk Jabulani ke
tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur
penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan
kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi
tatapan dan pujian semua.
Penyanyi terkenal
Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto
Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai
tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh
lebih penting.
Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan
seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!
[BBC : A
smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening
ceremony]
Mereka diluar
stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam
kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadiumSoccer City ,
Johannesburg
berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan
warna api.
Sepanjang kempen
Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang
kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan
kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah
sinonim dengan mitosKraken,
sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.
Sudah terang lagi
bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan
buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya
ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang
menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya
dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan