Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Ogos 30, 2012

Sejarah cap mohor amerika




SEJARAH MOHOR BESAR AMERIKA

Sifat semulajadi mohor besar begitu misteri sehinggakan sebahagian orang percaya bahawa ia berasal dari kekuatan alam ghaib. Satu kisah direkodkan oleh Dr Robert Jerome dalam bukunya "Founding Father Secret Societies", mengatakan bahawa mohor besar itu diberikan kepada Thomas Jefferson oleh satu lembaga berpakaian misteri. Kisah yang menceritakan bahawa Jefferson menceritakan sebuah kisah yang aneh:

Seorang lelaki mendekatinya memakai jubah hitam yang menutupi wajah dan kesemua dan memberitahu kepadanya bahawa dia pengunjung aneh tahu mereka cuba untuk mereka sebuah mohor, dan bahawa dia mempunyai reka bentuk yang sesuai dan bermakna. Dan dia kemudian menunjukkan kepada orang lain dan dia memberitahu mereka tentang bertemu orang ini di luar, seterusnya mereka pergi ke luar untuk pergi untuk mencari orang itu dan dia telah pun hilang.



Thomas Jefferson yang menerima rekaan mohor Amerika daripada seorang lelaki memakai jubah hitam.



Buku Founding Father Secret Societies oleh Dr Robert Jerome

Jadi dikatakan kita tidak akan mengetahui siapa yang mereka bentuk mohor besar Amerika Syarikat.

Sementara Dr Jerome mengakui bahawa dia curiga mengenai kisah-kisah seperti itu namun ada orang lain yang mendakwa percaya hingga hari ini. Mungkin ada hubungannya dengan John Adams yang berada di jawatankuasa mohor pertama dengan Thomas Jefferson. Menurut cerita Retny, John Adams berada di sana ketika peristiwa aneh ini berlaku. Anehnya memorial Adam di Washington DC dihiasi dengan lembaga berpakaian misteri.



John Adams yang merupakan Presiden Amerika ke-2 (1797–1801)



Memorial John Adam di Washington DC

sumber > http://rahsiaisidunia.blogspot.com/"
 

Jumaat, Ogos 10, 2012

Konspirasi world cup 2010

Salamua’laik,
Kalian sudah puas dengan keputusan Piala Dunia yang baru lepas? Baiklah, kini kita tumpukan perhatian kita berbalik kpd kajian konspirasi ‘kebetulan’ semula. Terima kasih kepada saudara Rijal82, JTR,BradoKapak dan beberapa lagi pengkaji konspirasi lain atas pendedahan awal mereka mengenai Piala Dunia yang lepas.
Mavi Marmara diserang, satu dunia menumpukan mata pandangan ke Gaza lalu meninggalkanBilderberg melakukan mesyuarat secara senyap. Terima kasih kepada Ibnuyaacob.com yang mendedahkan hal mengenai mesyuarat ini. Mavi Marmara kemudian ditinggalkan kita lalu terbanglah kita keawangan menuju ke Afrika Selatan melihat dan ‘memuja’ kehebatan ciptaan Tuhan yang juga kebanyakan daripada mereka adalah anti-Tuhan.
Para pengkaji konspirasi telah mendedahkan logo Piala Dunia yang berbentuk kepala Horus dan bola yang digunakan ketika Piala Dunia (Jabulani) yang menyamai lambang Jahbulon. Jahbulon adalah ALAT sembahan Freemason yang dihasilkan daripada gabungan triniti Jehovah, Ba’al dan Osiris.
Para saintis terhandal dunia telah membuat beberapa siri kajian supaya bola kesayangan mereka itu menjadi bulatan yang sempurna dan menjadi rebutan dan kesayangan para ‘pahlawan’ atas padang. Perancangan mereka tidaklah selengkap perancangan Allah.
Sepanjang kempen Piala Dunia, ‘kesempurnaan’ Jabulani telah memberi banyak masalah kepada para pemain dan memaksa Adidas (pengeluar) menghantar bintang-bintang mereka (Ricardo Kaka, Petr Cech, Oliver Kahn, Michael Ballack dan beberapa pemain lain) mempertahankan Jabulani.
Tanpa kita sedari, upacara pembukaan Piala Dunia juga sebenarnya dipenuhi dengan upacara sembahan ‘dewa’ mereka (saya tidak berkesempatan menyaksikan upacara pembukaan. bahagian ini diceritakan kepada saya melalui gambar-gambar dan penerangan-penerangan yang disiarkan di laman BBC. maaf jika ada sebarang bahagian yang salah)
Upacara dimulakan dengan persembahan penyanyi Afrika dengan bunyian gendang dan alat-alat muzik yang lain. Persembahan ini dipanggil The Calling. Siapa yang mereka panggil?Mungkin ini yang mereka panggil untuk masuk ke tengah padang dan menjadi perhatian dunia..
[BBC: A giant human-powered dung beetle dribbles an equally large Jabulani around the pitch to the delight of the fans in the stadium]
Upacara pembukaan diteruskan dengan beberapa krew mengangkat kumbang (Dung Beetle) yang menolak masuk Jabulani ke tengah pentas persembahan/padang. Kumbang juga merupakan salah satu unsur penyembahan firaun mesir kuno. Manusia/kita mengangkat kumbang tersebut dan kumbang tersebut mengangkat Jabulani ke tengah perhatian dunia supaya menjadi tatapan dan pujian semua.
Penyanyi terkenal Hollywood (ejen mata satu terhebat), R Kelly bersama Soweto Spiritual Singers, penyanyi gereja Afrika menyanyikan lagu ‘Sign of a Victory’ sebagai tanda kemenangan mereka menjauhkan perhatian dunia daripada isu-isu yang jauh lebih penting.
Peta Afrika dilakarkan ditengah padang diperhatikan seluruh masyarakat dunia. Sememangnya tumpuan kita tertumpu disana!
[BBC : A smoking calabash, depicting the stadium design is featured during the opening ceremony]
Mereka diluar stadium (the Hidden Hand) menggunakan kita semua dengan ‘membakar’ kita dalam kawah berapi besar (stadium) dalam upacara penyembahan matahari mereka! Pembinaan stadiumSoccer City, Johannesburg berbentuk kawah berapi disertai dengan bahagian dalaman yang diwarnai dengan warna api.
Sepanjang kempen Piala Dunia, kita disajikan dengan kehebatan sotong Paul menyesatkan umat Islam. Dengan senang kita menerima Paul dan pasangannya Pauline dari Jerman dengan mengiakan kehebatan mereka. Sotong (dalam bahasa Jerman dipanggil Krake) memang sudah sinonim dengan mitosKraken, sotong gergasi di tengah lautan dalam yang menghancurkan kapal-kapal besar.
Sudah terang lagi bersuluh, sotong Jerman tersebut memang disediakan awal-awal bagi memecahkan buih-buih di lautan. Bukankah nabi sudah berpesan, umat Islam akhir zaman hanya ibarat buih-buih di lautan? Jika anda rajin perhatikan laman-laman web yang menyiarkan berita bola sepak sepanjang kempen Piala Dunia, anda sebenarnya dapat mengagak bahawa pemenangnya memang sudah dipilih awal-awal lagi… ‘allahu’alam.

Metar di Pantai Kundur


Kalau Alkelantani96 sebut Pantai Cahaya Bulan, semua orang nak kenal dan tahu kat mana tempat tu. Kalau aman sebut Pantai Kundur, korang kenal dan tahu tak kat mana ?

 Lambaian pohon kelapa yang sempat aman snap masa kat pantai kundur
masjid kuala besar yang baru siap. penuh dengan gaya asli kemelayuan kelantan

Tak macam PCB yang famous sebagai tourist attraction dan untuk makan colek kat gerai-gerai yang berlambak kat sana, Pantai Kundur is less known by other. Kiranya ramai tak kenal even kalau bagitau kat orang kelantan sendiri pun diorang no have idea kat mana Pantai Kundur nie. Lokasinya sama macam nak pegi PCB tetapi kena masuk ikut jalan nak pegi Kuala Besar. Masuk saja jalan Kuala Besar, ada 2 options jalan boleh guna. Satunya jalan Sekolah Kedai Buloh dan satu lagi jalan yang hendak menghala ke LKIM. Takyah cari dalam google map, confirm tak jumpa punya. Nak cakap betapa unknown tempat nih.

Kalau PCB pantainya pun dah kena pasang tembok sebab hakisan, kat Pantai Kundur, pantainya masih landai dan cantik. Kat sini orang pun takde except orang tempatanlah. Yang peliknya orang kita tak tahu tapi Alkelantani96 tengok ramai tourists dari luar kat sini. Diorang selalunya pegi dengan berbasikal. Kiranya tempat nie famous dikalangan orang luar negara tapi orang kita sendiri tak tahu. Aneh sungguh. 

Kalau PCB famous kerana colek dan tembok penghadang ombak, kat Pantai Kundur nie memang terkenal kerana perusahaan ikan masin. Nak cari keropok yang sedap. Silalah datang ke Pantai Kundur. Nak beli batik direct dari pembuatnya, korang datang sendiri ke Pantai Kundur. Memang ramai yang cari makan dengan membuat batik. Korang kena pegi tengok sendiri macam mana susahnya nak menghasilkan sehelai kain batik nie. Sehelai nie memakan masa dua hari beb.

Kalau kat Sabak ade kubu pertahanan ketika perang dunia kedua, kat Pantai Kundur pun ade jugak. Kubu-kubu yang Alkelantani96 tengok masih dalam berkeadaaan baik dan tak dihakis ombak pun sebab terletak kat kawasan yang agak selamat.

sejarah yang dimamah usia

Alkelantani96 tak akan puas untuk selalu datang ke Pantai Kundur kerana ianya sememangnya aman, kerana keramahan penduduknya, kerana dapat tengok dan belajar serta appreciate kehalusan batik, dapat tengok nelayan kecik bawak naik ikan, dapat tengok macam mana ikan masin dibuat. Kat bawah nie sedikit gambar kat pantai kundur yang sempat aman snap untuk dienjoy bersama dengan pengunjung blog ini.....

  disebelah sana adalah pantai kundur, disebelah sini adelah pulau kundur
 Sini memang banyak pokok kelapa.Nun disana pantainya yang membiru
 Anak pantai kundur yang girang