Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Selasa, Mei 29, 2012

Jiwa sep klate suko berpuok-puok



Sering kali kita mendengar pendapat orang ramai tentang bagaimana sikap orang-orang Kelantan ini.. Hal ini timbul kerana beberapa sebab. Antaranya ialah limpahan anak-anak Kelantan di setiap pelusuk negara. Selain itu, orang Kelantan yang sukar meninggalkan loghat Kelantannya dan juga sikap suka berpuak-puak sesama anak-anak Kelantan. Persoalannya, bagaimanakah sebenarnya sikap dan perangai orang Kelantan?

Sebetulnya, nilai kesatuan dan perpaduan begitu mendalam dalam jiwa anak Kelantan ini. Bagi rakyat Kelantan, mereka tidak suka dilabel sebagai rakyat yang begitu assabiyah atau mempunyai semangat kenegerian yang tinggi.. Semangat kenegerian itu kuat dalam diri setiap anak Kelantan kerana mereka begitu sayangkan negeri dan juga rakyatnya. Faktor rakyat Kelantan selalu bergaul dengan sesama rakyat Kelantan bukanlah kerana kuatnya semangat kenegerian sehinggakan menjauhi dari bergaul dengan orang selain dari Kelantan. Kita ibaratnya seorang rakyat Malaysia yang belajar diluar negara dan terjumpa dengan rakan pelajar juga dari Malaysia, pertalian antara rakan pelajar senegara pasti berbeza dengan rakan-rakan yang lain.

Sama juga dengan rakyat Kelantan. Mereka keluar dari Kelantan dan berhijrah ke negeri lain pasti akan merasai banyak perkara yang jarang dijumpa semasa mereka membesar di Kelantan. Perbezaan yang paling ketara ialah dari segi komunikasi. Sesetengah anak jati Kelantan tidak mampu untuk mengubah loghat Kelantannya walaupun bukan berada di Kelantan. Jadi bergaul dengan orang Kelantan lebih selesa bagi kebanyakkan rakyat Kelantan. Tapi jarang kita lihat anak-anak Kelantan ini menjauhi orang bukan Kelantan kan? Faktor budaya juga menjadikan rakyat Kelantan lebih mudah rapat untuk bergaul. Mereka membesar dengan pelbagai kebudayaan negeri Kelantan. Kelantan negeri yang kaya dengan seni budaya seperti dikir barat dan wayang kulit. Kebudayaan ini melahirkan rasa minat yang sama dalam kalangan rakyat Kelantan.

Pensyarah Akademi Pengajian Melayu (APM), Universiti Malaya (UM), Dr Ahmad Ramizu Abdullah berkata,





"Tidak menolak orang Kelantan memang ada sifat kecintaan dan rasa kasih sayang yang menebal yang jelas serta menebal dalam diri terhadap budaya serta warisan mereka kerana ia sudah menjadi amalan sejak kecil. Kemana saja masyarakat Kelantan pergi, mereka turut membawa makanan, percakapan, seni, budaya dan permainan yang sudah sebati dalam diri, sekaligus memperlihat kesungguhan mereka dalam memperjuangkan dan mendaulatkan warisan bangsa." 


Rakan setugasnya, Pensyarah Jabatan Kesusasteraan APM, Muhd Ramli Raman berpendapat,

"Jika kita melabel mereka sebagai tertutup, itu tidak tepat kerana masyarakat luar mempunyai sikap serupa dalam mempertahankan negeri, budaya dan warisan masing-masing".


Aktivis dikir barat, Zukifli Hamad menjelaskan bahawa masyarakat Kelantan ada sifat dan hubungan keakraban jiwa yang erat dan kebenarannya perkara itu dapat dibuktikan melalui penggunaan dialek seharian mereka walaupun berada di luar Kelantan.


"Disamping loghat Kelantan, ada satu budaya kekitaan yang cukup tinggi  dalam diri masyarakat negeri iaitu suka berada dalam lingkungan mereka sendiri, tetapi tidak boleh diklasifikasikan 'berpuak-puak' kerana ia turut melambangkan keakraban dan kekeluargaan yang berjaya ditanam dalam diri setiap anak negeri", katanya.

Suasana politik di Kelantan juga boleh dijadikan contoh sikap sebenar masyarakat Kelantan ini. Tun Dr Mahathir ketika mengulas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2000, apabila Kelantan tumbang kepada APU (Angkatan Perpaduan Ummah), melabelkan kononnya orang Kelantan kuat dengan semangat kenegerian atau kedaerahan itu. Orang Kelantan marah. Pertarungan Mahathir-Tengku Razaleigh tidak boleh diterima rakyat Kelantan. Mereka mahu Melayu bersatu. Jadi sebab itu mereka menyatakan sikap mereka melalui pilihanraya. Calon pembangkang telah meraih belasan ribu majoriti undi, sesuatu yang luar biasa, misalnya belasan ribu majoriti Hajah Ilani Ishak ketika mengalahkan Tengku Ahmad Ritahudeen. Maknanya ahli UMNO tidak undi UMNO pun, kerana marah. Situasinya bagaikan gelombang.


Apakah orang Kelantan bersikap kenegerian, sedangkan PRU 2000, 2004 dan 2008, ada ‘orang luar’ diberi tempat. Mohamed Sabu, Daeng Mariok, Nasharuddin Mat Isa, Dr Mohd Hatta Ramli, Sallehuddin Ayub, Saifuddin Nasution menjadi Ahli Parlimen bukan di daerah asal mereka. Jauh sebelum itu Zulkifli Muhammad adalah orang Perak. Maknanya orang Kelantan tidak tolak ‘orang luar’.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan