Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Rabu, Mac 14, 2012

Luaskan lagi stesen minyak diluar bandar

KOTA BHARU, 14 Mac: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, diminta mengkaji semula tempoh untuk membekukan lesen kepada pengusaha stesyen minyak khasnya di kawasan luar bandar.

Pengarah Buraqoil, Mohd Khilmi Yusof berkata, tindakan itu menyebabkan sebahagian pengusaha yang berhasrat untuk membuka stesyen minyak terbantut ekoran kerajaan membekukan lesen untuk tujuan itu sejak tujuh tahun lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang medianya semalam sempena program Pekan Buku di Kelantan Trade Cantre (KTC), di mana Buraqoil adalah penaja pada program tiga hari itu.

Sambungnya lagi, peningkatan masyarakat yang mempunyai kenderaan sendiri termasuk penempatan yang baru dibuka kerajaan memerlukan stesyen minyak yang baru bagi menangani keperluan masyarakat.

Pada masa yang sama beliau berkata Kelantan dipilih sebagai rangkaian pengedar minyak luar bandar di Pantai Timur oleh Buraqoil, memandangkan negeri itu mempunyai kuasa beli yang tinggi berbanding negeri lain.

Bagi mempastikan hasrat itu berjaya, pembekal minyak bagi stesen-stesyen minyak luar bandar melalui anak syarikatnya IPBT Sdn Bhd kini giat membantu melonjakkan jualan petrol dan diesel di stesen minyak tersebut.

Katanya, sehingga kini pihaknya menyediakan 12 stesen di negeri itu disamping dalam usaha untuk menaik taraf setesen minyak ke arah yang lebih baik.

“Seorang pengusaha stesen minyak kita di Sungai Terah Gua Musang, kini dalam proses untuk membaik pulih stesyen minyak dengan peruntukkan sendiri,”ujarnya.

Khilmi seterusnya memberitahu, Buroqoil hanyalah pembekal minyak pada stesyen-stesyen luar bandar, bagaimanapun bahan itu dibekalkan oleh syarikat-syarikat terkemuka seperti Shell, Petronas dan Esso. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan