Di Malaysia kita menyambut tahun baru ini dengan penuh ketidaktentuan. Apakah tahun 2012 ini tahun pilihan raya? Apakah Muhyiddin akan menyingkirkan Najib?
Apakah Malaysia akan mendapat Perdana Menteri baru? Apakah Khir Toyo akan dipenjara? Apakah Shahrizat akan ditangkap untuk bawa ke tingkat 14 pejabat SPRM? Apakah kes Najib di Paris akan dibuka tahun ini? Apakah Rosmah akan cuba menurunkan berat badannya? Semua tidak menentu.
Pada Jumaat lalu, Peranchis , Itali dan Sepanyol telah diturun taraf sebagai negara peminjam. Taraf ini adalah ukuran dari Standard & Poor ?badan penilai ekonomi dunia. Dari taraf AAA kini telah turun menjadi AA atau satu A.
Sembilan negara Kesatuan Eropah diturunkan taraf. Taraf 3A bermakna ekonomi negara ini segar bugar dan tidak ada masalah meminjam dan membayar hutang.
Apabila taraf diturun bermakna meminjamkan wang kepada negara ini membawa risiko tinggi. Jika negara ini ingin menjual bon ?sebagai cara meminjam duit - kemungkinan bon ini perlu menjanjikan faedah yang amat tinggi untuk menarik si pembeli.
Akhirnya, mungkin tidak ada bank dan pemilik dana yang berani meminjamkan duit untuk negara-negara ini.
Seawal 2009 lagi Greece, Iceland dan Ireland diumumkan sebagai negara muflis. Maknanya negara ini tidak ada keupayaan untuk membayar hutang negara. Apabila negara muflis bermakna ekonomi negara tidak bergerak.
Ramai warga kehilangan mata pencarian. Khidmat sosial ?hospital, jalan raya, sekolah sebagai contoh merosot. Nilai wang jatuh. Krisis ekonomi ini akan membuka krisis politik.
Krisis ekonomi dunia kapitalis ini bermula di Eropah pada September 2008 dahulu. Kesah bermula apabila sebuah bank yang bernama Northern Rock di utara England tetiba tidak memiliki duit untuk palanggannya.
Bank ini cuba mendapatkan pinjaman dari Bank of England tetapi gagal. Negara Eropah menjadi kelam kabut. Krisis keyakinan terhadap bank melanda Britain. Untuk meredakan keadaan, kerajaan British tidak ada jalan melainkan bank ini dimiliknegarakan.
Punca asal krisis sebenarnya datang dari Amerika. Untuk sekian lama bank-bank di Amerika meminjamkan duit kepada sesiapa sahaja yang mahu meminjam tanpa cagaran. Justeru bukan satu yang pelik untuk seorang warga Amerika memiliki berpuluh-puluh kad kredit.
Bank di Amerika tanpa kaji selidik dengan senang telah memberi pinjaman untuk sesiapa saja yang ingin membeli rumah. Hasilnya, industri perumahan mengelembong. Suasana ini menjemput lebih banyak lagi bank untuk meminjamkan duit kepada bakal pembeli rumah.
Hutang-piutang para peminjam ini dikumpulkan untuk dijual kepada bank yang lebih besar di Amerika. Bank-bank besar Amerika ini pula akan mengumpulkan hutang-piutang dan menjualkan sekali lagi ke pasaran dunia.
Setiap kali hutang ini dikumpul dan dijual ?bank dan jurujual ini akan mengaut keuntungan. Dalam sistem ekonomi kapitalis, apa yang boleh dijual akan dijual, asal mendapat untung. Justeru, hutang piutang pun boleh dijual beli.
Masalah timbul apabila bank-bank ini ingin memungut hutang. Tuan empunya hutang tidak ada keupayan untuk membayar. Jumlah hutang ini berbilion-bilion dolar. Akhirnya kerana gagal membayar hutang, maka rumah dirampas oleh bank.
Industri perumahan di Amerika jatuh berdentum. Tuan rumah kini menjadi warga gelandangan dan merempat. Hari ini hampir 4 juta warga Amerika kehilangan rumah.
Bank-bank kini menjadi pemilik rumah yang semakin bertimbun tambah. Perniagaan bank ialah pinjam meminjam dan bukan menjual rumah. Akhirnya banyak bank kecil di Amerika tutup kedai. Keadaan ini menjerat bank yang besar kerana perniagaan bank ini kait mengait. Ini membawa mudarat pula kepada lembaga gedong dana antarabangsa.
Solomon Brothers – gedung kewangan yang menjadi pasak ekonomi kapitalis antarabangsa jatuh muflis pada September 2008. Gedung perniagaan antarabangsa inilah yang bertanggung jawab memasarkan hutang piutang, menjual beli bon dan pinjaman meminjam.
Amat jelas sistem ekonomi kapitalis sedang menghadapi krisis yang lebih buruk dari zaman meleset tahun 1929.
Jawapan dari Presiden Obama ialah mengeluar 700 billion dollar untuk menutup lubang-lubang syarikat gergasi Amerika yang telah bocor dan tempang. Ini dipanggil rangsangan ekonomi.
Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah rangsangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini, Obama dan Najib gagal merangsang dan memberahikan ekonomi.
Ini sama seperti 60 bilion ringgit jumlah rangsangan ekonomi yang diajukan oleh Najib Razak. Hingga ke hari ini, Obama dan Najib gagal merangsang dan memberahikan ekonomi.
Di Amerika, bank besar dan gedung dana antarabangsa mendapat suntikan dari perbendaharan negara. Mereka diberi nafas baru dengan menggunakan duit orang ramai manakala peniagaan kecil dan warga biasa jatuh muflis satu demi satu.
Bayangkan jika Mek Joyah dari Felda Pasoh duduk di Rumah Puteh. Apabila Mek Joyah ditanya apa yang wajib dilakukan dalam keadaan ekonomi sedang merudum? Pastilah Mek Joyah akan menjawab: berjimat cermat dalam masa susah.
Tetapi di Rumah Puteh yang duduk ialah Barak Obama. Jawapan Obama ialah terus melancarkan perang. Meluaskan lagi perang di Afghanistan, Iraq dan membuka perang baru di Pakistan, Libya dan Syria. Berbilion-bilion dolar hangus dalam perang.
Mungkin rakyat dunia hairan ketika hampir 30 juta rakyat Amerika tanpa kerja dan lebih 4 juta warga Amerika tidur gelandangan di tepi jalan ?Presiden Obama masih mahu melancarkan perang.
Pada minggu pertama 2012 ini, lantang didengar bahawa Iran juga akan diserang. Rang Undang-Undang untuk menyekat ekonomi Iran telah diluluskan oleh Kongres Amerika.
Akibatnya: harga minyak melonjak melintasi 100 dolar untuk satu tong. Dunia kapitalis mengigil takut. Jika perang pecah di Iran, maka harga minyak akan meledak naik.
Jelas kelihatan tidak ada lojik dalam dasar pentabiran Rumah Puteh. Seimbas pandang semua yang dilakukan oleh pentabiran Obama tidak masuk akal.
Tetapi awas! Semua yang dilakukan oleh Barack Obama ialah mengikut hukum dan syarat yang dipersetujui oleh orang-orang dan organisasi yang menobatkan Obama ke Rumah Puteh.
Masuknya seorang berkulit hitam ke Rumah Puteh itu adalah satu rancangan yang dirancang oleh satu badan yang bergerak secara tertutup.
Badan dan organisasi ini memiliki pelbagai nama dan bentuk. Ada yang rahsia, ada yang bergerak bawah tanah dan ada yang bergerak terbuka.
Ada yang tersusun gelap di bawah Skull and Bones, Illuminati dan Freemason. Ada yang bergerak dalam politik secara terbuka dan berkumpul di bawah lambang Neo-Con. Ada yang aktif cergas secara terbuka mempengaruhi dasar Amerika melalui Council of Foreign Relation.
Secara gelap dan berahsia, sosok-sosok ini akan berkumpul dan berbincang dan merancang program tahunan mereka di Bohemian Grove atau bertemu secara sulit dibawah jemputan Bidelberg Group.
Dalam apa pun organisasi yang mereka masuki tujuan asal mereka ialah untuk mendukung sistem ekonomi kapitalis. Mazhab dan rukun iman mereka ialah untuk melahirkan New World Order atau Satu Tata Dunia Baru. Tata Dunia Baru di mana semua rakyat dunia akan tunduk di bawah pentabiran mereka.
Sebahagian besar dari ahli kumpulan ini adalah pemilik gedung dan syarikat besar dalam dunia. Tuan empunya bank dan gedung perniagaan mata wang. Tuan empunya syarikat senjata dan syarikat minyak.
Tuan empunya syarikat media dan pemilik styesen tv. Merekalah yang mempengaruhi politik dunia hari ini.
Untuk perbandingan, kalau dalam negara kita mereka ini ialah keluarga Lim Goh Tong, Vincent Tan, Ananda Krishna, Daim Zainudin, Syed Mokhtar, Yeoh Tiong Lay, Mahathir Muhamad, Taib Mahmud - mereka inilah yang menggariskan dasar dan arah politik Malaysia.
Justeru, secara micro politik, kita sama seperti politik dunia yang dilakar oleh kumpulan Illuminati dan sekutunya.
Justeru ketika kita menyambut 2012 ini kita semua wajib sedar bahawa perancangan telah dibuat untuk memastikan perang akan berlanjutan. Negara Arab di Timur Tengah akan terus dikacaubilaukan.
Kemungkinan Iran akan diserang bukan lagi satu yang mustahil. Perang dan kacau bilau akan melipat gandakan lagi keuntungan untuk kaum pemodal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan