Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Januari 20, 2012

Islam Tetap Akan Dilaksana Di Amerika


"Dalam satu berita dilaporkan bekas Speaker Kongres AS, Newt Gingrich bersetuju dan sedia menyokong calon Islam untuk jawatan Presiden AS dengan syarat tidak akan melaksanakan undang-undang Syariah. Komen saya secara ringkas: -Satu perkembangan menarik dalam corak politik dan pilihanraya AS apabila ada calon Islam yang bertanding.

--Pengetahuan Gingrich mengenai hakikat Islam boleh difahami kerana beliau bukan Islam. Malangnya beliau tidak mahu cuba memahami hakikat Islam dan kebaikannya termasuk undang-undangnya melalui sumbernya yang sebenar.
Kesediaan Gingrich menerima calon Islam dan menolak Syariah bererti beliau cuba memisahkan urusan politik dengan agama. ‘Tinggalkan untuk Ceaser baginya dan tinggalkan untuk Tuhan itu bagi Tuhan’. Itulah sekularisme.
-Calon Islam tidak mungkin memisahkan dirinya dengan undang-undang Islam kerana dia sedar bahawa dirinya hanyalah seorang khalifah di bumi yang ditugaskan menegakkan kebenaran dan syariat Allah, melainkan kalau dia seorang calon Islam sekular seperti yang wujud di pelbagai negara umat Islam termasuk di Malaysia.
-Janji Allah di dalam al-Quran, janji Nabi di dalam hadis bahawa Islam tetap akan tegak dan nyata walaupun dibenci oleh musuh. Islam akan tersebar di merata dunia. Kalau syariah tidak ditegak di AS dalamasa terdekat atau dalam beberapa abad ini, ia akhirnya tetap akan tegak bila turunnya Nabi Isa as di akhir zaman yang berhukumkan al-Quran dan Sunnah, syariat Nabi Muhammad SAW.
artikel berkaitan:

Newt Gingrich beri syarat orang Islam bertanding jadi Presiden Amerika
COLUMBIA: Bekas Speaker Kongres Amerika Syarikat, Newt Gingrich bersetuju dan tiada masalah jika ada calon Islam bertanding jawatan presiden, dengan syarat orang itu berjanji tidak melaksanakan undang-undang Syariah.
“Sokongan saya kepada calon Islam bagi jawatan Presiden Amerika, bergantung sepenuhnya kepada kesediaan beliau untuk tidak melaksanakan peraturan Islam.
“Saya mahu calon itu menyatakan sikapnya secara terbuka sebelum saya boleh menyokongnya. Apa yang pasti, saya menentang pelaksanaan undang-undang
Dalam ucapannya, Gingrich mendakwa: “Seseorang yang menyembah Allah dan berfikiran moden tidak akan menjadi satu ancaman, sebaliknya seorang yang cara pemikirannya sempit tetapi mahu pandangannya diterima semua pihak, adalah satu ancaman kepada manusia sejagat.
Gingrich mempunyai pandangan berbeza mengenai undang-undang Islam. Beliau memberi contoh peningkatan kesedaran terhadap Islam di Turki, berlaku seiring dengan pertambahan pembunuhan ke atas wanita sebanyak 1,400 peratus.
“Lihat pelaksanaan Syariah di Iran, bagaimana gereja dibakar di Nigeria dan Mesir. Lihat pula kemerosotan jumlah penganut Kristian di Iraq, daripada sejuta orang kepada 200,000 ketika pencerobohan Amerika dan meningkat semula kepada 500,000 orang sekarang.
“Berdasarkan semua ini, semuanya bergantung kepada falsafah dan cara pemikiran individu Islam itu sendiri. Jika beliau seorang manusia moden, berintegrasi dalam dunia moden dan sedia mengakui kewujudan semua agama, kita boleh timbang sokongan kepadanya.

“Namun, jika warga Arab Saudi meminta kita hormati mereka sedangkan penganut Kristian tidak dibenarkan mengamalkan ajaran agamanya di negara itu, kita juga pasti tidak dapat memberi tanggapan positif kepada mereka,” katanya.
Newt Gingrich picDalam sesi soal jawab di Aiken, Gingrich menyifatkan masjid Ground Zero (tapak serangan 11 September) sebagai ‘satu penghinaan secara sengaja ke atas rakyat Amerika Syarikat yang menjadi mangsa keganasan.
“Saya berpendapat, masanya sudah sampai untuk kita mengadakan satu perbincangan secara terbuka dan jujur mengenai radikal Islam,” katanya.
Gingrich sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila menyifatkan penduduk Palestin sebagai masyarakat yang ‘dicipta.’
Mengulas kenyataan terbaru itu, Majlis Perhubungan Islam Amerika, (CAIR) menyifatkan beliau sebagai ‘alat kerajaan Amerika.’
Pengarah Perundangan CAIR, Corey Sayolor dalam kenyataannya berkata, Gingrich adalah antara ahli politik yang paling kuat menentang kehadiran Islam di Amerika.
“Visi Gingrich akan memisahkan rakyat Amerika mengikut kepercayaan agama. Idea politik beliau sudak lapuk dan tidak boleh diguna pakai. Masa untuk sikap berat sebelah dalam politik Amerika sudah berlalu,” katanya. – Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan