Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Januari 27, 2012

Akaun Plus & Emas(bahagian 1-Akaun Plus)

1-Kos

Akaun PLUS boleh diaktifkan selama 7 hari  dengan Gold.png10 bagi pelayar 1x. Bagi pelayar 2x atau 3x, ia diaktifkan selama 3 hari dengan Gold.png10. Apabila anda mengaktifkan PLUS, anda boleh gunakan semua kelebihannya dengan percuma dan tanpa had.


2-Nota


Dengan Akaun PLUS, anda boleh gunakan "Nota" yang boleh dilihat pada mesej anda. Di sini, anda boleh tuliskan apa sahaja (cth: arahan, peringatan dll) untuk diri sendiri, dwi pemain ataupun penjaga akaun anda.


notepad.png

3-Dua pembinaan berturut-turut

Semua puak boleh membina 2 pembinaan berturut-turut (bangunan atau lapangan sumber) selagi anda memiliki sumber yang mencukupi. Ia banyak membantu dalam memastikan pembangunan kampung anda berterusan dan lancar.
Gold.png
4-Peta Besar

Anda boleh mendapatkan peta yang lebih besar berbanding peta biasa. Peta besar memaparkan 15x31 tapak dan seterusnya memberikan keselesaan penuh kepada anda. Klik pada simbol yang disediakan (dibulatkan merah) dalam peta anda untuk mengembangkan peta anda menjadi peta besar.

big_map.png

5-Fungsi Arkib untuk mesej & laporan

Arkib disediakan untuk memudahkan anda menyimpan laporan atau mesej. Anda hanya perlu klik pada kotak di sebelah kiri laporan atau mesej dan kemudiannya klik butang "arkib" (archive) pada bahagian bawah. Jika anda hendak memeriksa laporan atau mesej yang disimpan, klik pada "arkib" yang disediakan pada menu mesej atau laporan.

archive_message.png

6-Pandangan keseluruhan pusat kampung

Fungsi ini membolehkan anda melihat keseluruhan kampung anda. Jika anda memiliki lebih dari 1 kampung, klik "kampung" pada sebelah kiri halaman untuk menggunakan fungsi ini. Jika anda hanya memiliki 1 kampung, anda perlu tambahkan dorf3.php pada URL pelayar anda (contoh: http://s1.travian.com.my/dorf3.php)

central_overview1.png

Pada menu "Keseluruhan" (Overview), kolum "Serangan" (Attacks) menunjukkan pergerakan askar anda (menyerang, diserang dll). Jika anda bawa tetikus kepada simbol yang ditunjukkan, anda boleh lihat jumlah pergerakan askar anda. Kolum "Bangunan" (Building) pula menunjukkan jumlah pembinaan yang sedang berjalan ataupun yang sedang menunggu giliran pembinaan. "Askar" (Troops) menunjukkan askar yang sedang dilatih.
Jika anda klik menu " Sumber" (Resources), jadual baru akan dipaparkan seperti di bawah.

central_overview2.png

Jadual ini membolehkan anda melihat jumlah sumber yang anda ada bagi semua kampung. Kolum "Pedagang" (Merchants) pada bahagian hujung. Nombor pertama menunjukkan jumlah pedagang yang sedang dalam perjalanan dan nombor kedua merujuk kepada jumlah pedagang yang anda ada. 
Kemudian, menu "Gudang" (Warehouse) menunjukkan maklumat berikut:

central_overview3.png

Menu "Mata budaya" (CP) menunjukkan jumlah mata budaya yang dihasilkan, perayaan yang sedang berjalan dan jumlah pentadbir/peneroka yang anda anda.

central_overview4.png

Akhir sekali menu "Askar" (Troops) yang akan menunjukkan anda maklumat umum berkaitan askar-askar anda.

central_overview5.png
Tekan "Askar dalam kampung" (Troops in Villages) untuk mendapatkan maklumat penggunaan tanaman
central_overview6.png

7-Pelengkap automatik
Fungsi ini memboleh anda menulis nama penuh kampung dengan hanya memasukkan beberapa aksara atau huruf. Bergantung kepada kegemaran anda, anda boleh menggunakan fungsi ini untuk kampung anda, kampung sekeliling ataupun kampung rakan sepersekutuan.

auto.png

Anda boleh sunting fungsi ini di profail anda pada bahagian "Kegemaran".
8-Penapis Laporan
Adakalanya terlalu banyak membuat perdagangan akan menyebabkan laporan anda dipenuhi dengan laporan perdagangan. Fungsi ini membolehkan anda menapis laporan perdagangan yang diterima anda.

report_filter.png

Anda boleh sunting fungsi ini di profail anda pada bahagian "Kegemaran".

9-Pautan terus & pautan skype

Fungsi ini membolehkan anda meletakkan apa-apa pautan bagi memudahkan anda merujuk atau melakukan sesuatu. Contohnya jika anda letak pautan "Kelab Emas" (masukkan URL untuk Kelab Emas), anda boleh terus ke Kelab Emas dengan klik pada pautan tanpa perlu masuk dahulu ke pusat kampung. Anda boleh sunting fungsi ini di profail anda pada bahagian "Kegemaran".

direct_links.png

Setelah pautan dibuat, anda boleh lihat pautan tersebut pada bahagian bawah senarai kampung-kampung atau wira anda. 

direct_links2.png

10-Stastik bergrafik

ada bahagian Statistik, anda boleh masuk ke "Plus" dan melihat statistik yang dilengkapi dengan grafik. Graf menunjukkan pembangunan ekonomi, populasi dan kekuatan bala tentera anda.

stats.png

11-menanda serangan

Anda pasti perasan bahawa terdapat bulatan kelabu pada serangan yang sedang dalam perjalanan ke kampung anda (di titik perhimpunan).  Jika anda klik pada bulatan tersebut, warnanya akan bertukar seperti yang ditunjukkan di bawah:

flaging2.png

Klik yang pertama akan mengubah warna bulatan tersebut kepada hijau, klik kedua mengubahnya menjadi warna kuning dan klik ketiga mengubahnya menjadi warna merah. Klik keempat akan menyebabkan bulatan tersebut berubah kembali menjadi kelabu.

flaging3.png

flaging4.png

flaging5.png

flaging1.png

Tujuan fungsi ini adalah untuk menanda serangan yang mendatang. Adakalanya, terdapat banyak serangan yang datang dan fungsi ini membantu anda menanda serangan yang dirasakan perlu diambil perhatian penuh dan seterusnya mengurangkan perhatian ke atas serangan palsu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan