Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Ahad, Disember 25, 2011

Universiti Antarabangsa membuka kampus di Tanah Sekebun Serendah Bunga

Malah, syarikat luar melihat negeri ini berpotensi besar terutamanya dalam sektor perniagaan, pendidikan dan pertanian. Hari ini ia dibuktikan apabila sebuah kolej antarabangsa akan membuka kampus cawangan di negeri ini tidak lama lagi.
Kelantan akan dijadikan cawangan pertama Kolej Universiti Lim Kok Wing selepas kampus induknya di Cyberjaya.
Kampus itu akan dibina di Machang, yang bakal menawarkan pengajian dalam bidang berkaitan pembungkusan, inovasi dan kraftangan produk-produk tempatan.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tanah seluas 20 ekar telah diluluskan untuk pembinaan kampus cawangan Kolej Universiti Lim Kok Wing di negeri ini.
“Kita telah menetapkan universiti ini akan dibuka di Kelantan dan akan ditempatkan di Machang, sebuah kawasan yang sesuai dan bakal menjadi pusat kraftangan yang akan dipasarkan ke Timur Tengah termasuk Makkah,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan wakil kolej berkenaan, di pejabatnya hari ini.
Kolej universiti tersebut diwakili Naib Presiden Pembangunan Akademik, Prof Dato’ Parid Wardi Sudin dan beberapa lagi pegawai kanannya.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, penubuhan kolej universiti itu tidak akan bertembung dengan mana-mana universiti atau kolej yang sudah ada di negeri ini.
Jelas beliau, Kolej Universiti Lim Kok Wing akan menumpukan kepada pembelajaran berbentuk praktikal berbanding teori.
Bahkan kolej universiti itu juga mendapat pengiktirafan dari universiti luar negara, di samping mempunyai beberapa cawangan antaranya di Afrika, London, Cambodia dan Macedonia.
“Penubuhan universiti ini di Kelantan diharap menjadi pusat pembelajaran bukan sahaja rakyat negara ini bahkan di rantau Asia dan kawasan sekitarnya. Pembinaan kampus Kolej Universiti Lim Kok Wing kedua akan dimulakan secepat mungkin,” ujarnya.
Sementara itu, Menteri Besar bersama Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Mohd Amar Abdullah serta wakil kolej universiti berkenaan turut melawat tapak kampus barunya di Machang.
Sebelum ini, ketika lawatan ke kampus induk Kolej Universiti Lim Kok Wing di Cyberjaya pada 12 Febuari lalu Tuan Guru Nik Aziz menandatangani perjanjian persefahaman dengan Presiden Kolej Universiti Lim Kok Wing, Tan Sri Lim Kok Wing.
MoU itu membabitkan kerjasama universiti berkenaan dengan kerajaan Kelantan bagi menyediakan latihan dalam penggunaan teknologi baru dan inovasi dalam bidang pendidikan. - mj

Tiada ulasan:

Catat Ulasan