Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Khamis, Oktober 13, 2011

1923 dendam 1453

Nabi Muhammad bersabda,”Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yg menaklukinya adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yg berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan.
(H.R. Ahmad bin HanbalAl-Musnad 4/335)

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam(tentera Sultan Muhamad Al-Fateh). Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Selepas pembukaan kota tersebut, musuh-musuh Islam cuba sedaya upaya untuk membalas kembali. Hasrat ini tercapai apabila Mustafa Kemal Artartuk Lakhnatullah dan sekutunya(Britian, Perancis dan golongan Yahudi) merancang strategi pembubaran khalifah Islam.

Artartuk dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan taklukan Khilafah Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan belaiu ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya.
Beliau ialah golongan Yahudi Daunamah yang terdiri daripada 600 buah keluarga. Mereka mendakwa memeluk Islam pada tahun 1095H (1683M), tetapi masih menganut agama Yahudi secara senyap-senyap. Ini diakui sendiri oleh bekas Presiden Israel, Yitzak Zifi, dalam bukunya Daunamah terbitan tahun 1377H (1957M):

Imej Mustakam Kamal menonjol selepas meletusnya Perang Dunia Pertama apabila beliau dipilih sebagai panglima pasukan ke -19 di Sinaq Qal'ah. Pasukannya dapat mengalahkan tentera British sebanyak dua kali di Semanjung Ghalibuli di Balkan Darnadil mestkipun kekuatan tentera British mampu mengalahkan tentera Artaturk. Dengan kemenangan tersebut, Ataturk telah dinaikkan pangkat kapten dan kemudiannya jeneral pada tahun 1335H.(1916M). Pada hakikatnya, kemenangan yang dicapai oleh Mustafa kamal adalah kemenangan yang disengajakan dirancangkan oleh tentera Inggeris supaya reputasi Ataturk dipandang tinggi oleh Kerajaan Uthmaniyyah.

Propaganda Barat telah membesar-besarkan kemenangan pimpinan Mustafa Kamal ini dan menyebarkannya dengan cepat ke negara-negara Islam. Orang islam telah tertipu dengan tindakkan Mustafa yang berjaya memenuhi aspirasi mereka sehinggakan Ahmad Shauqi pernah memuji belaiu melalui sebuah qasidah yang mengumpamakan Ataturk seperti Khalid bin al-Walid.

Malangnya impian mereka yang tertipu dengan tindakan Mustafa tidak tercapai kerana 3 Mac 1343H (1924M)., tersiar berita tentang pembubaran Kerajaan Khalifah pada 3 Mac 1924. Khalifah dan kerabat diraja telah dihalau keluar dari negara Turki, manakala dua buah kementerian iaitu Kementerian Wakaf dan Kementerian Undang-undang Syari'ah telah dimansuhkan. Sekolah-sekolah agama telah ditukar menjadi sekolah-sekolah awam.

Ataturk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dala tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang islam mengerjakan Ibadah Haji. Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendikan sebuah gedung

Dalam urusan munakahat, belaiu melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki. Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung.
3. Penyakit darah tinggi.
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.
Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Kejatuhan Khilafah Islamiyyah, secara keseluruhannya memberi kesan yang amat mendalam kepada umat Islam dari pelbagai aspek, semenjak detik kejatuhannya 85 tahun yang lalu, sehingga ke hari ini. Dia antara kesannya adalah terhadap identity umat Islam, agama, sosial, undang-undang, pendidikan, ekonomi, bahasa, kesatuan umat Islam, bahasa dan pemikiran.


4.1 HILANGNYA IDENTITI UMAT ISLAM

Kesan daripada kejatuhan Turki Uthmaniyyah boleh dilihat dari sudut hilangnya identiti umat islam yang mana tiada lagi sistem pemerintahan khilafah. Umat islam menjadi lemah sehingga mudah dijajah satu persatu dan umat islam mula diperkotak-katikkan dan ditindas kerana tiadanya seorang pemerintah yang adil lagi saksama.umat islam tidak lagi mampu mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya kerana tiada pemimpin islam.

Selain itu, umat islam hilang identiti dan maruah sebagai umat islam kerana umat islam mengalami gejala perpecahan yang amat dahsyat.umat islam pada asalnya berada di bawah satu khilafah Islamiyyah. Tidak timbul pada mulanya kerajaan-kerajaan kecil yang mempunyai sistem perundangan dan identiti sendiri. Kedatangan penjajah telah memusnahkan sistem Khilafah islamiyyah dan membahagikan Negara-negara umat islam kepada kerajaan kecil mengikut identiti bangsa dan sempadan negeri. Maka wujudlah Negara Mesir, Iran, Arab Saudi, Kuwait dan lain-lain lagi.

4.2 AGAMA

Dari sudut agama pula ialah Mustafa Kemal Atartuk telah memerintahkan penerjemahan Al-Quran ke dalam bahasa Turki, sehingga kehilangan makna-maknanya dan cita rasa bahasanya.

Hari cuti umat islam iaitu hari Jumaat pula, ditukarkan kepada hari ahad, menyamai hari cuti mingguan orang kristian. Sambutan hari raya Aidilfitri dan hari raya Aidiladha dihapuskan kerana dikatakan mengganggu ketenteraman rakyatnya. Kaum muslimin Turki pula dilarang menunaikan Haji. Kalendar barat diambil sebagai ganti kalendar Hijriyyah. Kaum muslimin dipaksa menyerukan azan dengan bahasa Turki. Ini kerana, pernah suatu ketika dia mendengar azan subuh dari masjid berdekatan dengan istananya, maka dia memerintahkan supaya tempat azan tersebut dirobohkan. Umat Islam jiga dipaksa membaca Al-Quran Karim dengan bahasa Turki bukan dengan bahasa arab.

Selain itu, beliau terus menerus melakukan penghinaan terhadap masjid-masjid dan mengurangkan jumlah para khatib yang mendapat bayaran dari pemerintah sehingga berjumlah hanya 300 khatib. Dia juga memerintahkan pada mereka untuk membicarakan banyak perkara dalam khutbah Jumaat antaranya masalah pertanian, industri, politik dan disertai dengan pujian keatasnya.

4.3 SOSIAL

Dari segi sosial, Umat islam diharamkan memakai Tarbus dan menggantikannya dengan topi. Dia mewajibkan rakyat Turki memakai topi, yang merupakan simbol kekafiran dalam pandangan bangsa Turki muslim. Mustafa Kemal memerintahkan tenteranya supaya membuat tiang gantung di seluruh lapangan yang terdapat di Bandar. Bagi mereka yang menolak memakai topi, akan digantung di lapangan tersebut. Kalau dilihat tiang itu digambarkan seolah-olah seperti buaian anak kecil yang mereka pakai bermain pada hari raya.

Pengharaman hijab bagi kaum wanita juga dikuat kuasakan. Kaum wanita diperintahkan untuk menanggalkan hijab. Selain itu pemakaian tudung juga tidak dibenarkan di universiti dan sekolah, manakala kakitangan awam wanita yang memakai tudung dianggap melakukan kesalahan dan disingkirkan dari jawatan.

Dia juga melarang poligami yang memang menentang syariat islam, dan menyamakan persamaan hak dan kewajipan antara lelaki dan wanita. Pemerintah memaksa wanita keluar dari rumah untuk memegang jawatan kerajaan yang mana dahulunya wanita kebanyakannya berperanan sebagai suri rumahtangga. Pemerintah mendorong diselenggarakan pesta-pesta tari dan drama-drama yang menggabungkan antara lelaki dan perempuan.


4.4 UNDANG-UNDANG

Dari sudut undang-undang pula, Al-Quran tidak lagi dijadikan asas utama dalam pentadbiran negara dan pembentukan undang-undang. Undang-undang Allah s.w.t dianggap sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Selain itu, Undang-undang Syariah digantikan dengan undang-undang Sivil, atas dasar sekularisme, dan kemudian diadoptasi daripada undang-undang Swiss, Itali dan Jerman.

4.5 PENDIDIKAN

Kesan kejatuhan Khilafah dari segi pendidikan pula ialah kebanyakan sekolah agama digantikan dengan sekolah sekualar, yang mengamalkan sistem pendidikan sekular sebagai asas dalam pendidikan negara. Sistem ini bertujuan untuk memisahkan islam dari kehidupan keduniaan manusia. Mereka dengan berani menutup sekolah semua sekolah dan tadika islam dengan alasan keselamatan, yakni bagi mengelakkan tersebarnya fahaman ekstrim. Kanak-kanak pula mula dididik supaya mencontohi masyarakat di negara barat.

Mereka juga membangunkan sekolah yang mengajar Tarian Timur dan Tarian Barat supaya negara Islam terus lena dalam kemunduran melalui hiburan dan pelbagai bentuk maksiat yang melepasi sempadan syara’ dan kewarasan akal yang normal.

4.6 EKONOMI

Ekonomi juga menerima tamparan hebat akibat kejatuahn Khilafah. Ekonomi Islam dihapuskan dan diganti dengan sistem ekonomi barat seperti Kapitalis, Sosialis, Kapitalis moden atau globalisasi ekonomidan sebagainya. Bank-bank riba berleluasa dalam negara umat Islam. Penyelenggaraan ekonomi berasaskan riba merupakan perkara yang kebiasaan dalam kehidupan umat islam walaupun islam dengan jelas mengharamkannya. Selain itu perkara yang jelas hukum haramnya seperti arak dan judi diperniagakan dan dijadikan sumber kewangan utama bagi individu dan negara tanpa mengira kesan negatif kepada masyarakat.

4.7 BAHASA

Kejatuhan Khilafah Islamiyyah tidak sahaja memberi kerosakan dalam bidang pendidikan, bahkan dalam bahasa yang mana mereka telah menggantikan bahasa arab dan bahasa Turki dengan huruf Latin. Dengan cara tersebut, bangsa Turki telah dapat dipisahkan secara keseluruhannya daripada agama dan warisan mereka. Mereka yang tidak menguasai huruf latin dengan baik pada ketika itu dihukum dengan pengharaman kerja, menarik balik kewarganegaraan, pengusiran dari tanah air dan penjara. Selain itu, pengajaran bahasa arab dan bahasa Turki dihapuskan serta penggunaan bahasa arab dalam penulisan dan komunikasi diharamkan.


4.8 PEMIKIRAN UMAT ISLAM

Kejatuhan Khilafah telah menyebabkan umat islam mula diterapkan dan disogokkan dengan pemikiran sekularisme yang menanam dalam jiwa manusia bahawasanya kemajuan itu hanya dapat dicapai dengan mengikut cara barat. Pemikiran ini amat membahayakan, kerana asas bagi tiap sesuatu itu adalah agama, kerana tanpa agama akan rosaklah segalanya.

Marilah kita bersama-sama berusaha untuk mengembalikan sistem pemerintahan khalifah nubuwah islamiyyah di dunia ini. Saya rasa umat Islam  sepatutnya bersama-sama anti ideologi nasionalisme, sekularisme, republikanisme  dan pelbagai lagi fahaman yang diperkenalkan Barat. Ideologi sekularisme telah menyebabkan pemisahan hal-hal agama dalam pentadbiran. Sebagai contoh di  zaman Artartuk Lakhnatullah, syiar Islam telah dipinggirkan kerana sekularisme diamalkan oleh pemerintahnya yang bertujuan menghapuskan Islam secara tersembunyi dan perlahan-lahan.

Ideologi nasionalisme mengenai semangat kebangsaan. Implikasi ideologi ini mengakibatkan kegagalan umat Islam bersatu menjadi satu negara Khalifah Nubuwah Islamiyah. Hal ini kerana, ideologi ini menyebabkan pengikutnya hanya mementikan bangsa daripada agama.Sebagai contohnya, umat Islam sekarang tidak menintik berat penindasan Islam yang berlainan bangsa seperti Kekejaman Komunis Tanah Besar China kepada Bangsa Uyghur, kekejaman Thai kepada Pattani, kekejaman Filipina kepada Bangsa Moro Mindanao, Kekejaman Russia kepada Dagestan dan Chenchnya, kekejaman rejim pol-pot di kemboja, kekejaman Zionis kepada palestin dan lain-lain lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan