Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, September 03, 2011

Dou Yifang vs Rosmah Mansor

Pendahuluan
Teringat mase tahun lepas ade satu citer cine TV2 bertajuk 'Beauty Rival In The Palace'. Jalan cerita dia menarik, lagu opening dan closing pown menarik. Dibintangi pelakon terkemuka seperti Sammul Chan sebagai Maharaja Liu Heng dan Ruby Lin sebagai Dou Yifang.

Siapa Dou Yifang??

Permaisuri Dou Yi Fang ( Dinasti Han mangkat 135 SM ) merupakan salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam sejarah berdinasti China. Suaminya Liu Heng ( Maharaja Wen ) dan anaknya Maharaja Jing sering meminta buah fikirannya dalam melaksanakan pentadbiran negara. Zaman Permaisuri Dou ini boleh dikatakan sebagai zaman keemasan bagi dinasti Han. 
Beliau telah lahir dalam sebuah keluarga yang miskin di Qinghe Hebei. Beliau memiliki 2 orang saudara iaitu Dou Zhangjun dan Duo Gangguo . Beliau telah terpilih keistana untuk dipilih untuk dipilih menjadi gundik maharaja. Tetapi tidak lama kemudian beliau telah diperintahkan oleh Maharani Li untuk menjadi perisik di Dai. Disini raja Dai iaitu Liu Heng telah meminatinya dan mereka telah jatuh cinta dan melangsungkan perkahwinan walaupun ditentang oleh Maharani Bo yang merupakan ibu kepada Liu Heng. 
Beliau telah melahirkan seorang puteri iaitu Liu Piao dan seorang lelaki Liu Qi dan seorang anak angkat iaitu Liu Wu. Liu Qi telah diangkat menjadi maharaja selepas kematian maharaja Wen. Permaisuri Dou adalah pengikut Tao yang taat . Beliau mengikut banyak ajaran Tao termasuklah dalam perkara Wu Wei. Beliau juga mampu mempengaruhi suaminya Liu Heng untuk turut mengamalkan ajaran tersebut.
Semasa pentadbiran anaknya yang memakai gelaran Maharaja Jing,beliau banyak mempengaruhi kerajaan,dasar kerajaan mengikut garis jalurnya dan kebanyakan dasar hanya diteruskan dengan dasar Maharaja Wen. Liu Wu telah diangkat menjadi Raja Liang dan akhir sekali telah dibunuh oleh Liu Piao kerana dikatakan Raja Liang ingin memberontak. Tindakan tersebut telah menyebabkan maharani Dou amat berdukacita dan telah menyebabkan beliau amat marah kepada anaknya maharaja Jing yang beliau percayai mengarahkan pembunuhan raja Liang.

Semasa pemerintahan cucunya Maharaja Wu fungsi beliau telah dikurangkan apabila maharaja Wu dihasut oleh beberpa orang pegawai. Ajaran Tao juga telah dibuang dan diganti dengan Konfusius namun ia hanya berlaku selpas kematian maharani Dou.

Cuba Bandingkan Dengan Rosmah Mansor 
 Maghi kita bandingkan dengan nenek tua Rosmah Mansor
Dier nie banyak membawa kehancuran kepada Malaysia. Menghabiskan duit rakyat Malaysia. 
Senarai pembaziran Najib-Rosmah
1) Lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 - RM17 juta


2) Kos selenggara rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM49 juta


3) Bil elektrik dan air Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri - RM10 juta setahun


4) Peruntukan Program Permata Negara - Rosmah - RM111 juta


5) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam


6) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99


7) Cincin berlian - RM24 juta


8) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta


9) Gelang tangan - RM1.65 juta

Akhir Kata

Beruntunglah kiter kalu ader 'jelmaan' Dou Yifang' di Malaysia. Manelah tau mungkin akan muncul kegemilangan Melayu Moden.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan