Membaca artikel Al Semantani dari blog Melayu Nusantara serta Srikandi dari blog Mistisfiles mengenai senjata-senjata Melayu yang digelapkan membuatkan saya menonton semula filem Queen of Langkasuka (judul asalnya Queen of Pattani). Ada sesuatu yang menarik mengenai filem tersebut.
Memanglah filem tersebut dipenuhi fantasi dan jalan ceritanya pula menyeleweng daripada fakta sejarah. Tambahan pula, sejarah Kerajaan Melayu Patani tidak diajar di sekolah pada hari ini kerana dianggap sebagai sejarah Thailand! Pada mulanya, saya ketawa besar apabila salah satu watak utamanya, Prince of Pahang, yang berpakaian Melayu lengkap dengan samping dan tengkoloknya, dengan selamba menggunakan senjata seakan pistol dalam filem tersebut. Pengawal kepada Prince of Pahang pula dengan megah dan segak memegang senjata seakan senapang mengiringi Putera tersebut.
Kini barulah jelas kepada saya bahawa penggunaan senjata tersebut dikalangan orang Melayu pada masa dahulu bukanlah satu fantasi. Hanya berbeza nama sahaja. Orang Melayu pada masa dahulu mengenali senjata jenis pistol dengan nama Pemuras dan Terakol sementara senjata jenis senapang dikenali dengan nama Istinggar.
Setakat ini, hanya filem Queen of Langkasuka sahajalah satu-satunya filem Melayu di dunia yang memaparkan orang Melayu dahulu kala sudah cekap dan biasa menggunakan pistol dan senapang khususnya dalam peperangan. Malahan juga, ilmu ketenteraan dan strategi peperangan Kerajaan Melayu turut meliputi penggunaan baju besi dan penggunaan meriam gergasi.
Ironinya, filem tersebut dikeluarkan oleh sebuah negara yang bukan berbudaya Melayu dan masih lagi menjajah wilayah salah sebuah Kerajaan Melayu yang utama, malahan filem tersebut hampir keseluruhannya menggunakan Bahasa Thai dan tidak ada langsung Bahasa Melayu yang dipertuturkan.
Adakah kita masih ingin berpegang kepada fakta yang telah lama di'brainwash' dalam minda kita selama ini bahawa tentera Melayu dahulu kala hanya berkaki ayam sambil memegang keris dan tombak semata-mata, tumbang sebelum sempat bertempur akibat ditembak oleh pasukan bersenjata tentera penjajah dan hancur berkecai akibat dibom oleh meriam lawan?
...
...
Sama-samalah kita fikirkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan