Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Jumaat, Ogos 12, 2011

Bangsa Mim ketika banjir paling besar




ADAM di turunkan selepas bumi di ‘bersihkan’ dari makhluk-makhluk yang suka membuat ‘perang’ yakni di gelar JAN. Azazil yang berasal dari bangsa JAN ini di naikkan ke langit dan menjadi IBLIS bila dia enggan untuk ‘sujud’ pada ADAM. Maka, turunlah IBLIS dan kuncunya lalu membentuk pelbagai makhluk di muka bumi yang ketika itu terumbang-ambing tiada pegangan. Lantas ADAM turun untuk menjadi khalifah dan membawa semua makhluk itu menuju ‘satu umat’ lantas dapat membina ketamadunan yang amat hebat. Takkala itu, manusia dari benih ADAM yang di beri ilmu ‘pengurusan’ di naikkan’pangkat’ menjadi raja. Para raja-raja ini mampu naik turun di mana sahaja yang menjadi ‘matrix’ dunia manusia. Kenapa sampai begitu sekali? sudah tentu mereka mampu kerana mereka itu khalifah di langit dan di bumi.
Para raja inilah yang di gelar sebagai dewa-dewi yang mampu melakukan perkara di luar adat manusia. Seandainya, kita mendengar ketamadunan di mana-mana planet sekali pun, itulah sisa-sisa ‘pemerintahan’ waris ADAM yang di gelar raja@dewa.
Apapun, misteri dewa-dewi dan mengenai adam-adam ini memberi impak yang besar kepada pengunjung . Sejak siri 1 hingga 3, ramai yang bertanyakan mengenai ADAM, dewa-dewa dan tentang ILMU nama-nama atau di kenali sebagai ILMU SEGALA ini. Insyallah, saya akan terangkan setiap satu darinya selepas misteri Bangsa MIM ini di bongkar sepenuh.
Untuk artikel kali ini dan selajutnya adalah amat berat untuk di tulis kerana ianya memerlukan fakta yang benar-benar kukuh. Artikel pada sebelumnya lebih pada cerita, mitos, teori dan fakta yang bukti secara fizikalnya sukar untuk di buktikan. Biar bagaimanapun, artikel akan datang akan membongkar ‘puzzle-puzzle’ yang telah saya berikan pada anda. Siri bangsa MIM- tak hilang di dunia ini bukanlah satu artikel panjang yang di pecah-pecahkan kepada beberapa bahagian, akan tetapi lebih pada kelompok data yang harus saya kronologikan agar kita semua dapat melihat siapakah ‘melayu’ itu sebenarnya.
BANGSA MIM KETIKA BANJIR PALING BESAR
Sebagaimana yang kita tahu, pada zaman dahulu, pernah terjadi satu banjir yang di anggap telah memusnahakan hampir separuh ketamadunan manusia di muka bumi ini. Bukan saja Islam, akan tetapi dalam agam lain juga menyebut perkara yang sama tentang banjir yang hebat ini. Hampir keseluruhan bangsa-bangsa di muka bumi ALLAH ini di ‘implan’kan memori mengenai banjir besar ini melalui cerita-cerita orang tua, kitab-kitab suci, dan sebagainya.
Tapi, saya hendak menanyakan kepada anda, kenapa hampir semua bangsa dan agama mengatakan tentang BANJIR BESAR… persoalannya, kenapa BANJIR? kenapa tidak tsunami, ombak besar, ribut petir atau apa saja yang melibatkan air dan kemusnahan?
Jika kita fikir secara mendalam, jika banjir, kita akan teringat tentang hujan lebat seperti musim tengkujuh di pantai timur. Seperti di dalam filem 2012, apa yang kita lihat itu adalah simulasi kepada tsunami dan peristiwa gempa bumi yang dasyat yang membawa kepada
banjir ‘super’.
Seperi di dalam wikipedia, Banjir bermaksud:
“Banjir ialah keadaan air yang menenggelami atau mengenangi sesuatu kawasan atau tempat yang luas”
Limpahan yang tidak dapat di bendung akan menyebabkan sesuatu kawasan itu di naiki air. Arus yang sedang meningkat naik itu akan menyebabkan pergerakan di atas dan di bawah air yang besar kemungkinan akan menyebabkan ombak besar dan tusnami. Banjir yang paling menakutkan ialah banjir yang berpunca dari laut. Seperti yang kita tahu hampir 14 buah pulau dan negara yang akan hilang di sebabkan arus laut yang semakin mendadak ini. Ini juga di sebabkan limpahan air yang semakin tinggi yang berpunca dari ais di kutub utara yang semakin mencair. Di antara yang di khuatiri hilang adalah Sychelles, Tuvalu, Kiribati, dan Palau, serta Maladewa di Samudra Hindia. (klik sini)
Persoalannya, adakah banjir yang datang dari laut inikah yang menyebabkan banjir besar pada zaman nabi Nuh a.s dulu? mari kita kaji tentang ini.
BANJIR DI SELURUH DUNIA
“Dan Nuh berkata: “Naiklah kamu sekalian ke dalamnya dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya.”
Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
“Dan bahtera itu berlayar membawa mereka dalam gelombang laksana gunung. Dan Nuh memanggil anaknya – sedang anak itu berada di tempat yang jauh terpencil: “Hai anakku, naiklah bersama kami dan janganlah kamu berada bersama orang-orang yang kafir.”
“Anaknya menjawab: “Aku akan mencari perlindungan ke gunung yang dapat memeliharaku dari air bah!” Nuh berkata: “Tidak ada yang melindungi hari ini dari azab Allah selain Allah Yang Maha Penyayang”. Dan gelombang menjadi penghalang antara keduanya; maka jadilah anak itu termasuk orang-orang yang ditenggelamkan.”
“Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan hai langit berhentilah,” dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi , dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim .” Ayat 41-44 surah Huud
Inilah persoalan yang sering di ajukan pada saya. Adakah banjir besar ini meliputi seluruh dunia atau hanya merangkumi beberapa tempat sahaja. Untuk mendapatkan jawapan itu, mari kita sama-sama mengali data yang ada dan membuat konklusi bersama. Saya tidak mahu anda hanya pandai menadah ilmu dan taklid padanya. Saya mahu kita sama-sama bangun dan saling berkongsi tanpa ada rasa ego di hati. Insyaallah.
Baiklah, di antara klue-klue yang di perolehi adalah:-
1- Hampir seluruh kebudayaan dan agama menceritakan tentang banjir besar yang pernah terjadi di zaman dahulu
2- Peta pada zaman dahulu bukanlah seperti sekarang. Tambahan pula, Era Nuh adalah era di mana kerajaan ‘satu umat’ masih berkuasa. Terdapat juga beberapa ketamadunan di tempat lain dan persoalannya, ketamadunan itu turut musnah atau masih kekal dan berevolusi?
3- Di dalam buku stephen oppenheinmer, Model ‘Dryas Flood’ di katakan yang terbaik untuk enerangkan kejadian banjir-banjir besar yang pernah terjadi pada zaman dahulu. Dryas adalah Model yang menerangkan keadaan bumi yang super sejuk yang mana menyebabkan pencairan yang mengejut lantas memnyebabkan bumi mengalami limpahan banjir. Terdapat 3 zaman di mana peristiwa ini pernah berlaku, yakni:
- oldest dryas yang berlaku sekitar 15,000 tahun lalu dan tidak membawa banjir
- older dryas yang berlaku sekitar 14,000 tahun lalu dan berlaku banjir pertama
- young dryas yang berlaku sekitar 13,000 tahun lalu dan berlaku banjir kedua
Di antara tiga fasa ini, yang ketiga itulah yang paling dasyhat. Kejadian suhu menurun di katakan secara mendadak dan paling sekejap berlaku. Ia berakhir pada 11,150 tahun lalu dan juga berlaku secara mengejut. Young dryas adalah model penyejukan yang paling mengejut dan membawa bencana.
Bayangkan kutub utara kita tiba-tiba saja menyejuk sehingga dapat ‘membina’ bongkah-bongkah ais raksasa dan kemudiannya mencair dengan begitu pantas sekali. Kenaikan aras air itu akan menyebabkan aras garam di lautan menjadi tidak stabil lantas menyebabkan perubahan cuaca yang mendadak. Besar kemungkinan, akan berlaku ribut petir yang dasyat kemudian di susuli dengan gempa bumi akibat ketidakstabilan di bawah tanah akibat mendapan air laut yang super berat. Tekanan demi tekanan kepada bumi akan menyebabkan ia berlaku secara total binasa. Ia bukanlah sekadar peristiwa yang boleh di permain-mainkan. Bila ia berlaku, ia akan menberi impak pada seluruh dunia. Tiada maaf bagimu!!!
4- Sebagai muslim, kita perlu melihat Al-quran dalam pengkajian ini. Siapa kata ilmu sains dan ilmu agama tidak boleh disekalikan. Dek kerana itulah banyak pembinaan teknologi memberi kesan negatif pada bumi. Jadi, surah Nuh as menceritakan segalanya.
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh as kepada kaumnya : “Berilah kaummu peringatan sebelum datang kepadanya azab yang pedih”, ayat 1, Surah noh
“niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,” ayat 11, surah noh
“Nuh berkata: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan seorangpun di antara orang-orang kafir itu tinggal di atas bumi.” ayat 26, surah noh
Bukan hanya surah Nuh as yang memberi kata kunci mengenai apa yang sedang berlaku pada zaman dahulu, akan tetapi banyak lagi yang menceritakan perkara yang sama, cuma anda harus mengkaji ilmu lain supaya apa yang anda baca itu anda akan faham. Kebanyakkan yang saya lihat pada zaman kini, ramai yang mengatakan supaya kita harus kembali pada Al-quran, akan tetapi pada hakikatnya mereka tidak melakukan apa-apa. Mereka hanya memandang remeh pada orang yang membuat kajian berdasarkan Al-quran dan cuba menghalang mereka yang cuba menaikkan islam memlalui keilmuan. Jika anda baca Al-quran dan memahaminya, anda akan lihat banyak persamaan kaum-kaum kafir dan musyrik pada manusia di zaman kita ini. Apakah kita tergolong dari kalangan itu? Sedaya upayalah kalian menjauhinya.
Jadi, daripada sedikit klue-klue yang saya dedahkan ini, apa yang anda semua dapat simpulkan. Adakah banjir besar ini terjadi hanya pada sesuatu kawasan
atau hampir seluruh dunia?
Jawapan saya…di seluruh dunia.
BANGSA MIM BELAYAR DI BAHTERA PALING BESAR
“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan”. ayat 28, surah nuh
Seperti yanh saya terangkan pada aritkel dahlu, bahtera ini menyimpan pelbagai spesis haiwan dan golongan manusia beriman kepadaNYA demi penerusan kehidupan. Di dalam injil dan kitab-kitab terdahulu (owh..sudah tentu anda akan melatah dan berkata ‘kenapa nak ikut kitab dulu?!) ada mengatakan tentang makhluk gergasi yang di namakan Nephilim. Di katakan mereka ini telah pun mendominasi bumi pada ketika itu dan perangai mereka pun boleh tahan jahat. Di katakan Nephilim ini adalah kombinasi genetik Fallen angle dan manusia.
Di dalam blog dan forum di barat, mereka menceritakan tentang kajian mereka tentang Nephilim ini. Nephilim ini telah pun mendominasi dunia pada ketika itu dan perang terjadi di mana-mana. Ternyata Nephilim ini adalah golongan perosak sebelum banjir besar itu berlaku. Bila kita melihat balik pada Surah Nuh, ayat 7:-
“Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya dan mereka tetap dan menyombongkan diri dengan sangat.” dan surah nuh, ayat 23
Dan mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan tuhan-tuhan kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan wadd, dan jangan pula suwwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr “.
Kita dapat Nephilim bukanlah sedar raksasa, akan tetapi mungkin sebagai sesuatu yang dapat menguasai semua yang berada di bawah penguasaan ‘satu umat’ pada ketika itu. JIka saya kata Nephilim ini adalah para elite pada masa itu, anda bersetuju? Banyak persamaan apa yang berlaku di zaman Nuh as dan kita ini.
Kita di kuasai oleh Hidden Hand dan di katakan berupa ‘serpent atau lizard men’. Pada era Nuh as pula, mereka di kuasai Nephilim dan berupa raksasa yang mempunyai sesuatu kekuasaan yang mendominasi. Di tambah pula, pada ketika itu, umat manusia mulai menyembah berhala yang mereka idolakan dari kalangan para raja-raja agung yang terdiri dari waris nabi ADAM yang juga di gelar dewa-dewi. Kemudiannya, dengan teknologi serta perkara di luar adat yang dapat mereka lakukan, kesombongan mereka makin terserlah. Demikianlah para kafir pada ketika itu terjadi. Di dominasi, di manipulasi dan di exploitasi.Jadi, samakah kita dengan era nabi Nuh as itu?!
Berbalik pada pelayan di bahtera paling besar, jika kita amati kata-kata baginda Nuh a.s, para manusia yang bersamanya di gelar ‘ahli rumah’. Pada ayat 28, surah Nuh, jelas di katakan sesiapa yang masuki ‘rumah’ Nuh as itu, akan di ampuni dosanya. Dan demikianlah ‘dosa-dosa’ itu di ampunkan yakni dengan memulakan kehidupan baru di rumah baru dan daratan baru.
Di artikel yang lalu, saya ada menerangkan tentang campuran manusia di dalam bahtera NUh as menghasilakn bangsa pertama di dunia yakni bangsa MIM. Sebenarnya, tidak di ketahui nama sebenar bangsa ini. Ada yang mengatakan merekalah Quraisy kuno yang membawa kepada qurasiy baru yang melahirkan nabi muhammad dan seterusnya.
Pelayaran yang mungkin memakan masa yang cukup lama ini. Bagaimana pula dapat melahirkan ‘suatu bangsa’ dalam tempoh 10 tahun sahaja. Sudah tentu ia memakan masa paling cepat 100 tahun perkiraan kini. Jika kita amati secara mendalam, jika bahtera itu seperti kapal-kapal seperti kini, agaknya, mampukah ia bertahan lama meredah ombak dan memberi makan secukupnya pada ahli-ahli rumah itu?
Di katakan, Nabi Nuh as adalah seorang yang di perlekehkan kerana telah mencipta bahtera di kala bumi sedang nyaman. Sedangkan pada ketika itu, ALLAH telah pun ‘menghantar’ pentanda-petanda kedatangan azab akibat banjir kepada mereka. Jika di ambil model Dryas dan mana-mana teori penyebab kemusnahan alam, sedikit perubahan bumi adalah petanda bagi mereka yang berfikir.
Nabi Nuh adalah seorang designer dan seorang ahli engineering serta arkitek yang hebat pada ketika itu. DIa tidak mengendahkan ejekan kaum-kaumnya yang tidak mahu berfikir itu. Bila tiba bencana, kaum-kaum yang beriman menaiki bahtera itu. Pelayaran itu kemudiannya menerusi ‘gerak-geriNYA’ dalam menyelamatkan kaum-kaum yang beriman di tempat yang lain seperti yang terkandung dalam mitos-mitos bangsa lain.
Pendaratan bantera itu kemudiannya di susuli dengan pegerakkan anak-anak Nuh a.s (yafidt, Sam dan Ham) lalu membentuk bangsa-bangsa mengikut warna kulit. Ada yang mengatakan Yafidt melahirkan bangsa berkulit putih dan bergerak menuju ke barat dan utara. Sam melahirkan bangsa berkulit kuning dan Ham melahirkan bangsa berkulit hitam (di katakan sebagai sumpahan kerana bersetubuh ketika bencana).
Ketiga-tiga waris Nuh as ini bergerak dan melahirkan ketamadunan dunia yang sedia kita ketahui seperti Sumeria, akkadian, mayan dan lain-lain. Bukanlah mereka yang membuka ketamadunan ini akan tetapi anak cucu kepada mereka-mereka inilah yang membukanya. Jadi, di manakah pula bangsa MIM ini. Golongan yang menjadi raja inilah bangsa MIM di setiap ketamadunan itu tadi. Rakyat-rakyat itu pula adalah waris dari golongan beriman yang menaiki
bahtera nuh as itu tadi.
Bagaimana ini boleh terjadi?
Di dalam bahtera nuh itu anak-anak Nuh as melahirkan waris mereka masing-masing. Umur mereka pada ketika itu juga amat panjang. Anak-anak Nuh as itu bukanlah turun pada satu tempat akan tetapi berpisah di tiap-tiap daratan kerana itulah wasiat Nuh as. Apakah itu wasiat Nuh as ?.
Wasiat nuh adalah kata-kata kepada warisnya supaya kembali semula ke tanah asal mereka yakni pentas sunda yang tenggelam itu. Jadi, demi memenuhi wasiat itu, di setiap pergerakkan waris anak-anak Nuh as ini, akan terdirinya ketamadunan yang hebat.
INFO _ PENDEKAR SUFI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan