Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Jun 04, 2011

Red Warrior di Gunung Everest

OTA BHARU – Enam pendaki berhasrat memakai jersi resmi pasukan bola sepak Kelantan serta mengibarkan bendera The Red Warriors (TRW) itu di Gunung Everest dalam misi pendakian Mei depan.

Mereka yang diketuai Asyran Raeof Amran, 33, kini giat mengadakan latihan sebagai persediaan menawan tiga puncak di Everest iaitu Island Peak setinggi 6,160 meter dari aras laut), Everest Base Camp (6,050m) dan Kala Pattar (5,545m).

Asyran berkata, kumpulan pendaki yang dianggotai golongan profesional termasuk doktor pakar bersepakat untuk mengenakan jersi TRW sepanjang pendakian dan akan mengibarkan bendera untuk dirakamkan sebagai kenangan.

“Saya ke Everest secara solo pada tahun 2007 dan berjaya menjejakkan kaki ke Island Peak Himalaya. Sejak itu saya menanam hasrat untuk kembali semula kerana ia merupakan pengalaman yang cukup bermakna.

“Pada Mei depan saya akan ke Everest, kali ini ditemani lima rakan dan saya yang sudah melalui pahit getir pendakian sudah tentu diberi kepercayaan membantu mereka,” katanya.

Asyran mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menawan puncak Island Peak dalam tempoh satu hari walaupun ia lazimnya mengambil masa lima hari.

Asyran berkata, persetujuan untuk memakai jersi dan mengibarkan bendera TRW di Island Peak, Everet Base Camp dan Kala Pattar dianggap rasional sebagai sokongan kepada kejayaan pasukan itu di pentas bola sepak.

Dalam masa sama, Asyran dan rakan-rakan berharap misi itu mendapat ‘suntikan’ khususnya daripada barisan penaja TRW dan pihak berkenaan yang berminat untuk menaja boleh menghubunginya di talian 013-9000701.

“Kami tetap akan ke sana sekalipun terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri termasuk menyediakan peralatan mendaki, mengadakan latihan di luar negara, membayar penunjuk arah dan banyak lagi. Sumbangan penaja pastinya akan meringankan beban kami,” katanya.

Dalam pendakian tahun 2007, Asyran menghadapi detik cemas apabila tergelincir akibat ribut salji namun bernasib baik apabila bergantungan selama beberapa minit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan