Pelawat

free counters

Pengujung Istimewa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Join us here

Sabtu, Oktober 16, 2010

Bajet 2011: Rosmah Diutamakan, Kelantan Biar Terkemudiankan

"Kelantan terus dilupakan.Ahli Parlimen Tumpat,Datuk Kamaruddin Jaafar menyatakan kekecewaan beliau terhadap bajet yang dibentangkan Perdana Menteri 1 Malaysia semalam di mana beliau menyatakan betapa Kelantan terus dipinggirkan dalam bajet tersebut.Jika Rosmah di bawah programnya PERMATA menerima bajet yang besar sehingga RM111 Juta,Kelantan tidak mendapat keistimewaan serupa.Malah,bukan sahaja Kelantan,negeri-negeri Pakatan Rakyat lain juga turut dipinggirkan seperti yang dikhabarkan oleh KM Pulau Pinang,Lim Guan Eng.




Tambah Kamaruddin,""Saya amat kecewa sebagai ahli Parlimen daripada Kelantan, tidak ada apa-apa projek pun yang disebut menyentuh Kelantan sama ada jalan raya, lebuh raya, pangkalan, lapangan terbang ataupun laluan kereta api tak ada satu pun yang memberi nikmat kepada rakyat Kelantan."



Jika diimbas kembali 4 teras utama yang dinyatakan dalam bajet tersebut,nyata Kelantan tidak disebut secara langsung seperti penglibatan Kelantan hanya akan membantutkan usaha membangunkan ekonomi Malaysia.Mari kita lihat teras utama bajet iaitu MENDAYA KEMBALI PELABURAN SWASTA.Di bawah teras ini,perkongsian usahasama kerajaan swasta akan ditingkatkan di bawah pelbagai projek berskala tinggi:



1.pembinaan lebuhraya-lebuhraya seperti Guthrie-Damansara,Damansara-PJ,Banting-Taiping selain Senawang-Paroi-KLIA.Di sini bukti tiada peruntukan lebuhraya untuk Kelantan.Untuk rekod,semua negeri di Semenanjung mempunyai lebuhraya 4 lorong pergi balik kecuali Kelantan.Awang Adek pula cuba memutarbelitkan fakta dengan mengatakan:



Mengenai pembinaan jalan lebuh raya, beliau berkata peruntukan bagi Kelantan mungkin dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Kamarudin mungkin keliru dan tidak faham antara pembentangan Bajet 2011 hanya dalam tempoh satu tahun dengan pembentangan Bajet RMK-10 yang mengambil masa lima tahun," katanya. Di sini nyata Pusat cuba menutup helah mereka memandangkan seperti yang diumumkan dalam RMK10,tiada projek pembinaan lebuhraya di Kelantan.Daripada tujuh lebuhraya yang bakal dibina,langsung tiada lebuhraya yang dicadangkan di Kelantan.Ketika inilah penulis berharapan alangkah baiknya sekiranya I'da World benar-benar mampu membina sebuah lebuhraya yang menebuk banjaran Titiwangsa.



2.Penglibatan swasta dalam Greater Kuala Lumpur (1MDB yang akan membangunkan Sungai Besi dan KWSP yang bakal membangunkan Sungai Buloh selain pembinaan Menara Warisan berketinggian 100 tingkat).Di sini,penulis sedih dengan diskriminasi Pusat di mana bandaraya utama lain di Malaysia diiktiraf dan terus dimajukan sedangkan Kota Bharu Bandaraya Islam sampai kini belum diiktiraf walaupun pemasyhurannya dibuat lima tahun yang lepas.



3.MENCERGAS INDUSTRI MINYAK,GAS DAN TENAGA.Pemilihan Johor sebagai kawasan pembangunan petroleum selepas Kerteh dan Kuantan dilihat terus mendiskriminasi industri petroleum yang patut dibina di Kelantan.Pusat pendaratan minyak perlu dibangunkan segera di Kelantan bagi mewujudkan peluang pekerjaan selain bertepatan dengan koridor ECER yang menekankan industri petroleum dan gas asli.



4.Peruntukan bagi mempercepatkan pembangunan projek koridor juga lebih tertumpu kepada Projek Taman Industri,Loji Rawatan Air dan Pelancongan di kawasan Pahang Tenggara dan Jengka.Tiada projek segera untuk wilayah Kelantan.



Dari segi pembangunan luar bandar,pembinaan jalan kampung,bantuan kepada golongan miskin dan projek perumahan secara dasarnya masih mengekalkan dasar daripada belanjawan yang terdahulu.Namun,untuk merancakkan ekonomi,taraf sosioekonomi dan peluang pekerjaan,secara jelas tiada bantuan yang khusus bagi membangunkan negeri Kelantan.Seperti yang disuarakan Datuk Kamaruddin,betapa tiada manfaat yang diperoleh untuk pembangunan sebuah lebuhraya.Selain itu,lapangan terbang di Kelantan juga masih belum dinaiktaraf walaupun lapangan terbang tersebut lebih sibuk jika dibandingkan dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu yang ditukarkan kepada lapangan terbang bertaraf antarabangsa.



Seterusnya,Kelantan juga berhak mendapatkan sebuah kawasan perindustrian berat dan sederhana berat jika diikutkan cadangan Pusat untuk memajukan lagi sektor perindustrian negara terutamanya dalam bidang elektronik.Jika dilihat di kawasan perindustrian utama Malaysia seperti di Shah Alam,Klang,Johor Bahru dan lain-lain,ternyata terdapat ramai pekerja yang berasal daripada Kelantan.Oleh itu,sudah tiba masanya untuk kerajaan membina sebuah kawasan industri ataupun menaiktaraf semula kawasan perindustrian di Pengkalan Chepa dan Bukit Jong di Kuala Krai.



Selain itu,perkhidmatan kereta api di Kelantan patut dinaiktaraf memandangkan stesyen kereta api sedia ada hanyalah seperti sebuah bangsal kelapa sahaja.Perlu diingatkan,kereta api turut menjadi pilihan utama rakyat Kelantan antara bandar-bandar di Kelantan selain perjalanan ke Kuala Lumpur.



Apapun,Kelantan akan terus dipinggirkan selagi Barisan Nasional memerintah Malaysia.Semuanya disebabkan politik.Oleh itu,berdoalah semoga BN dihukum dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan