maklumat peribadi
Uthman bin Affan (
Arab:
عثمان بن عفان) merupakan salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ketika beliau menjadi khalifah, berlaku pertelingkahan dikalangan umat
Islam mengenai cara bacaan
Al-Quran. Disebabkan oleh itu
Uthman bin Affan telah meminjam suhuf, (kumpulan penulisan Al-Quran daripada Hafsa. Selepas itu
Uthman bin Affan telah memerintahkan empat orang sahabat untuk menyalin semula Al-Quran dalam bentuk yang sempurna yang dikenali sebagai
Mushaf Uthman. Salinan
Mushaf Uthman tersebut dihantar keseluruh pusat jajahan bagi mengantikan salinan-salinan yang lain.
Biografi
Saidina Uthman dilahirkan di dalam sebuah keluarga
Quraish yang kaya di
Makkah beberapa tahun selepas kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w.. Dia ialah salah seorang daripada orang yang pertama sekali memeluk
Islam dan amat dikenali kerana sifat dermawannya kepada orang yang susah. Beliau juga berhijrah ke
Habshah dan kemudian
penghijrahan dari
Makkah ke
Madinah.
Perkembangan Islam semasa Pemerintahan Saidina Uthman
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas
Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun
644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun
644 sehingga tahun
656. Semasa pemerintahannya, keseluruhan
Iran, sebahagian daripada
Afrika Utara, dan
Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar
Islam. Adalah dikatakan bahawa Saidina Umar melantik saudaranya sebagai pentadbir jajahan baru Islam. Enam tahun pertama pemerintahannya dianggap aman manakala enam tahun terakhir pula dianggap keadaan huru-hara. Beliau juga berjaya menghabiskan usaha pengumpulan
Al Quran yang dimulakan oleh
Saidina Abu Bakar (
khalifah pertama Islam).
Pandangan ahli Sunah mengenai Saidina Uthman
Menurut pandangan ahli
Sunah Waljamaah, dia mengahwini dua orang puteri Rasulullah s.a.w. dalam masa yang berbeza. Saidina Uthman Radhiallahu An'hu juga telah dijanjikan syurga.
Pandangan Syiah mengenai Saidina Uthman
Golongan
Syiah percaya bahawa
Saidina Ali Abi Talib yang sepatutnya menjadi khalifah memandangkan beliau ialah sepupu dan menantu
Nabi Muhammad s.a.w.. Mereka percaya bahawa Saidina Uthman tamak dan mementingkan saudara sendiri dalam melantik pentadbir baru tanah jajahan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan